Tuesday, October 19, 2010

mengadap

masa aku form 1, minggu orientasi yang diharungi ialah paling extreme skali aku rasa. kene buli memang stok kaw kaw punya. tak caye, tanye lah yang seorientasi dengan aku.

lepas dari orientasi tu, ada pulak geng-geng akak form 2 yang panggil kitorang (form 1) untuk perjumpaan. ingatkan untuk ape, rupenye nak berkenal-kenalan. oh, by the way, yang ni adegan dihadapi oleh budak yang duk asrama aje. yang duk luar tak kene.

perjumpaan pertama tu memang la berkenalan. kat akhir perjumpaan tu, kene sound oleh akak-akak form 2 pasal hormat lah, kene bagi salam lah, kalau terlanggar bahu kne mintak maaf lah, keluar dorm kene pakai kain lah, solat kene berjemaah (yang ni memang bagus aku rasa), termasuklah kene ingat nama penuh akak-akak form 2 ni suma. nama penuh ye mind you. dengan binti sekali.

tak lama lepas tu, ada lagi perjumpaan dengan diorang. kali ni, konsepnya, pin point kesalahan yang dilakukan oleh budak form 1. aku ialah kene pertuduhan paling banyak sekali. termasuklah menjeling pada salah sorang akak form 2 dalam dorm aku. aku pon tak ingat lah memang aku menjeling dengan niat (pasal tension) ataupon tanpa niat (aku tengah sakit mata ke, etc). kaedah pembacaan pertuduhan ialah, sorang akak form 2 akan sebutkan kesalahan yang dibuat. lepas tu, budak form 1 ialah dipaksa untuk mengaku yang kesalahan itu adalah dia yang buat. meh aku kasi contoh:

akak : ada sorang  budak form 1 ni, dia jeling pada kawan saya. dia ialah budak dorm saya.

lepas tu, orang yang terasa dia buat kesalahan tu, mestilah mengaku.

aku : saya yang buat kesalahan tu.

paling bestnya, dalam dorm aku tu, aku sorang aje form 1. lain suma form 2, 3, 4 dan 5. so, konfem-konfem lah pesalah yang dimaksudkan itu aku, takkan pulak budak form 1 halimunan dalam dorm aku kan. patutnya, takyah pakai ayat belit-belit. baik cakap cani :

"aliaa dah jeling kat kawan saya".

kan senang. tapi of course lah. kalo takde aksi pembacaan pertuduhan dan mengakuan pesalah, tak la thrill kehidupan di asrama tersebut.

alah, lepas dari tu, memang aku saje yang kene buli ke, kene soal siasat ke. pasal, lagi ko cakap jangan buat, lagi la aku nak buat. lepas tu bila kene buli or kene panggil n torture n marah dengan senior, aku slumber aje balik dorm dan boleh tido dengan lena sekali tanpa dihantui ape-ape perasaan. lepas tu aku buat lagi, dan aku kene lagi. diorang tu suka nak buli aku pasal aku bukan stok pengadu pengadak. cuba sekali aku ngadu kat mak pak aku, mesti korang tunduk mintak maaf sambil sembah aku kan. hahahaha

alamak, mintak maaf ye sape yang terasa. tiada niat di hati nak mengenakan sesiapa. cuma tiba-tiba teringat adegan kene torture kat asrama aje.

tapi, aku rasa, kalo aku ngadu kat mama aku time tu, mesti aku kne angkut keluar asrama punya. kalo aku kne angkut keluar asrama, tak dapat la aku mandi kolah.

by the way, kat kolah pon kne bagi salam tau, walaupon di kala pagi-pagi buta nak mandi sebelum subuh.

oh, kne pastikan ko bagi salah kat orang pasal kolah tu takde lampu. jeng jeng jeng...

6 comments:

nottingham said...

tak ada lampu kat kolah? (kalau aku tahu, memang aku tarik bawa balik rumah)

DrSinga said...

kalau tiba-tiba ada lak orang menyahut kat kolah yang tak ada lampu itu.......

mau lari sampai tercabut kain...
(keluar dorm mesti pakai kain kan!!)

julie^beth said...

DrNotts - jangan risau bunda. mandi secara beramai-ramai..

DrSinga - kalo tercabut kain yang bawah tu ada pakai seluar takpe. kalau nak lari time tengah berkemban? huwaaa

Momoe said...

haha kecik2 lg dh gile darjat mereka2 tuh

orang said...

mase orientasi aku x suke bile kena main2 dgn kakak fasi..
dahlah suh kita cari nama penuh pastu kena dapatkan signature plak..
klu bg nama betul x pe...kdg tu nama bukan maen canggih n glamor, rupenya tak...
adehh...
pastu aku igt yg kite kena jaga telur ayam jgn bg pecah...yay! aku di antara 7 pelajar yg x pecah...

julie^beth said...

momoe - darjat tak mengira usia. huahuahua..

orang - aku punya telur ayam pon tak pecah. tapi member aku dia silap simpan, pegi letak dalam poket baju kurung. sekali slumber aje akak senior tepuk. gila berbau ok! sian member aku basuh baju kurung dia tu brapa round ntah. zaman aku pulak kne minta nama penuh, sign n no ic sekali ok. gila, boleh pulak no ic diorang kasi separuh separuh. kaedah ape ntah.