Wednesday, December 28, 2016

Climbing Kinabalu Trip #aliaatoseeaki2016

Haaaa, kemain kan hashtag begitu sangat. Berkobar-kobar nak pergi jumpa Aki, nak tengok sendiri Gunung Kinabalu dengan mata sendiri. Trip ni aku organize sendiri. Minta contact dengan member hiking aku dan contact terus direct untuk booking slot mendaki. Since kejadian gempa di Kinabalu tahun lepas, Kinabalu Park dah strictkan peraturan untuk mendaki Gunung Kinabalu ni.

Untuk mendaki, perlu register melalui agent yang disahkan oleh Kinabalu Park sahaja. Kalau dulu sape-sape pon boleh naik, janji ada guide. Sekarang wajib register melalui Kinabalu Park, dan guide pon dihandle oleh Kinabalu Park. Untuk booking trip ni, aku register dengan En. Razif dari Sutera Sanctuary (Mobile no: 013-8365651). Package yang kami ambil ni 3 hari 2 malam (1 malam bermalam di Kinabalu Park dan 1 malam bermalam di Laban Rata) all in. Harga untuk tahun 2017 adalah berlainan so aku tak boleh nak statekan di sini. Trip ni aku pergi dengan Wawa, geng diving dan dijoin oleh lagi 2 orang budak lelaki yang En Razif joinkan kami untuk jadi 1 group. Flight ke KK aku book sekali dengan Wawa. Trip kami 15-17 December 2016, aku dan Wawa extend lagi 1 malam di KK.

Aku packing barang-barang malam sebelum bertolak. Sebelum tu memang dah kumpul barang sikit-sikit. Bawa apa yang ada selain dari songlap snow cap Alim dan glove Mamat.


semua aku sumbat dalam beg ni, termasuk beg daypack. senang nak angkut masuk flight.

Flight kami awal pagi, 7.50am dan tak delay. Sampai di KLIA2 awal dan memang berjanji nak breakfast sama dengan Wawa.

carboloading sepanjang hari

excited tak? nak selfie pon gegar hahaha



Kebetulan flight kami sama sekali dengan lagi 2 orang budak lelaki tu, Saufi dan Man. Awal-awal lagi jugak kami dah book return van dari KK Airport ke Kinabalu Park (En. Jastin : 010-8116597). Sampai aje di airpot, tunggu kejap dan van pon sampai.


Perjalanan dari airport ke Kinabalu Park dalam dua jam macam tu. Tapi halfway kami berhenti lunch. Sebelum sampai di Kinabalu park kami singgah jalan-jalan di Pekan Nabalu. Masa ni memang masih tak percaya yang dikelilingi gunung ganang di Sabah. Pemandangan tersangat cantik.













jualan souvenir di rumah panjang


sempat beli buah



Settle jalan-jalan kat Pekan Nabalu, kami pon teruskan perjalanan ke Kinabalu Park. Sampai kat situ, ini perkara yang perlu kami settlekan:
  1. Check in tempat tinggal di Office Sutera Sanctuary. Senarai pendaki dah disimpan di office ni. Maksudnya kalau nama kau takde, kau tak boleh mendaki. Dapatkan resit check in tu dan senarai pendaki. Lepas dah check in, terus ke office sebelahnya untuk urusan hiking permit.
  2. Uruskan permit mendaki kat office sebelah Office Sutera Sanctuary. Bayar hiking permit untuk semua orang dan setiap orang kena isi borang emergency contact kat sini. Dapatkan resit bayaran.
  3. Kemudian, di office yang sama, ada kaunter untuk bayaran guide. Bayar bayaran guide dan dapatkan resit bayaran. 
  4. Kemudian ke office sebelah nya untuk bayar transport setiap orang untuk dari office Sutera tu ke Timpohon gate (starting point mendaki). 
Settle semua urusan. Senang kan? Ha semua ni En. Razif dah inform awal-awal kepada aku. So kami uruskan sendiri. 

urusan check in di office Sutera Sanctuary
Settle semua urusan check in, bayaran dan sebagainya, kami pon naik van yang disediakan Sutera untuk ke tempat tinggal kami. Kami bajet akan duduk hostel gitu. Sekali dia kasi sebiji rumah kau. Menurut kawan aku yang pernah kerja kat Kinabalu Park ni, ini ialah penempatan yang kategori mahal. Fuh beruntung nya.




Saufi dan Man






 

Dari sebelum datang ke KK ni memang aku dah contact member aku, Shafa. Kawan dari PBSM UiTM dulu. So bila kami dah settle check in, solat semua, Shafa pun sampai. Dia bawak kami jalan-jalan kat Kundasang...

tetap comel seperti dulu
Kami ke DESA CattleFarm di Kundasang. Nak tengok lembu ala-ala scenery New Zealand tapi kabus tebal dan lembu pon dah tak banyak bila petang-petang ni.











 

Walaupon sejuk, tetap jugak kami blasah ice cream. Hahaha. Lepas tu kami ke area Mersilau. Patutnya ada lagi 1 entrance untuk naik gunung Kinabalu, melalui Mersilau gate. Tapi yang ni dah tutup habis sejak kejadian gempa.






antara kesan gempa, batu-batu besar ni jatuh dari atas gunung. dulu sungai ni jernih airnya, sekarang dah coklat.
 Lepas tu kami singgah di pekan Kundasang jalan-jalan sebelum balik semula ke Kinabalu Park.


nampak sikit puncak Kinabalu tu


Malam tu kami carboloading lagi, makan dinner buffet (inclusive dalam pakej).







Dah kekenyangan, kami pon naik van dan balik semula ke rumah penginapan. Masa tu baru pukul 8pm tapi sini cepat gelap, maghrib pun jam 6pm. Kami pon berkemas untuk preparation esok. Satu beg kami tinggalkan di kaunter hotel, lagi satu beg aje yang akan bawa naik ke Laban Rata.


Selesai berkemas, kami mandi dan tidur. Esok nak kena bangun awal ni.

ready?
Pagi tu kami call van untuk ambil kami dan bawa ke office Sutera. Kemudian kami breakfast, check out dan settlekan tinggalkan luggage.


terbentang gunung kinabalu di belakang




Selesai breakfast dan check out, kami terus ke Office, dapatkan hiking tag, jumpa guide dan ready naik kenderaan untuk ke Timpohon gate. Nama guide kami En. Francis.


 






berdebar nak jumpa Aki


Aki tu siapa? Haaaa Aki tu ialah penunggu dan penjaga Gunung Kinabalu. Boleh la google untuk info selanjutnya.

Secara ringkasnya, ada 3 peringkat untuk daki Kinabalu ni.
  1. Day 1 : Timpohon gate ke Laban Rata = 6km. Check in, rest. 
  2. Day 2 : Laban Rata to Low's Peak = 2.7km (cut off time at last check point Sayat-sayat before summit is 5.30am)
  3. Day 3 : Peak to Laban Rata (Check out), to Timpohon gate.
Untuk peringkat pertama tu, the first 4km ialah tangga setangga tangga nya yang ada. Macam tak habis-habis tangga. Boleh mabuk tengok tangga. Setiap 0.5km ada signboad.





Aki is waiting...

maafkan perut tersembul


tak jemu tengok pemandangan






Lepas KM2.0 aku dah tak kuasa nak ambil gambar sebab penat. Hahahaha. In between Timpohon gate ke Laban Rata tu ada banyak pondok rehat yang disediakan. Jarak antara pondok ada yang jauh ada yang dekat. Setiap pondok tu ada toilet bersih, tong sampah dan air dari gunung.

Lepas KM4.0, tracknya jenis berbatu pulak. Macam-macam jenis dan saiz. Ini pon mental jugak sebab tak habis-habis pulak rasanya track ni.




Aku menjadi last person dalam group aku. Guide memang pesan, naik ikut pace sendiri, tak perlu tunggu sapa-sapa. Lagipon diorang di kalangan guide memang kenal each other dan memang selalu tengokkan peserta lain.



Lunch di Layang-layang hut
Oh lupa nak cerita. Masa breakfast pagi tu memang diorang dah sediakan lunch pack untuk makan on the way naik gunung.

Lepas KM4.0 tu, hujan start turun renyai-renyai. Tapi tak basah kuyup pon. Aku sarung wind breaker yang water proof so tak basah.

closer and closer

Masa tengah mendaki tu, of courselah berselisih dengan orang yang turun. Dalam banyak-banyak orang yang berselisih ni, ada sorang lelaki yang tegur aku cakap cani "akak (dia lagi tua dari aku by the way) nak naik sampai puncak ke?". Aku jawab "insyaAllah". Sekali dia cakap lagi "tinggi ni kak. Kalau kat sini pon akak dan penat tak larat, tak tau la. Tapi boleh la cuba". Cehhhhh kurang asam betul. Guide aku geleng kepala je, dia cakap patutnya orang kasi semangat. Aku down jugak la time tu. Pastu aku fikir, maybe dia tak dapat sampai puncak kot so dia frust so dia blasah la cakap sukahati kat orang lain. Mmmm obviously bukan spirit hikers yang kental. At that time, aku prefer orang cakap dengan aku "sikit lagi kak, lagi 5 minit sampai" walaupon aku tau ada lagi 5 jam baru nak sampai. 

Aku sampai di Laban Rata jam 7.30pm. Orang paling last sekali. Aku pon tak tau macam mana aku boleh sampai jugak kat Laban Rata tu. Wawa dah simpankan makanan aku siap-siap alhamdulillah. Lepas makan, terus naik, bersihkan diri, sarung tambah baju thermal wear, solat dan tidur.

Kat Laban Rata tu penempatannya ialah dorm. So pagi tu kami bangun jam 1.30am, bersiap semua dan siap asingkan mana yang nak ditinggalkan kat dorm. Siap dah pesan kat Saufi dan Man kalau diorang sampai balik Laban Rata awal (diorang laju), check out siap-siap dan bawak keluar barang yang kitorang tinggalkan tu, takut kitorang terlambat.

bersiap
Lepas dah siap kami turun untuk supper. Makan isi perut kasi tenaga nak mengerah keringat ni, untuk summit attack. Guide aku punyalah positif, siap cakap "ok kita cuba ya sampai puncak". Kami start mendaki jam 2.30am. Semalam, aku ingat dah tangga habis dah. Ini lagi lahhhhh banyakkkkkkk tanggaaaaaaaaaaaaa. Maybe sebab masa naik tu gelap, so tak lah nampak betapa banyak nya tangga. So layan jelah naik naik dan terus naik tangga tu.

view Kundasang

starting sunrise


Naik punya naik lah tangga tu, then nampak macam dah dekat aje check point sayat-sayat tu. Tapi macam tak sampai-sampai. Aku pon dah mentally prepared yang takkan dapat sampai situ by 5.30am. Oxygen makin nipis. Aku pon makin cepat penat. Sampai part kena naik guna tali, dengan keadaan sejuk, tangan sejuk (dah pakai glove), memang slow sangat aku rasa. Siput pon lagi laju. Tengok jam, dah 5.30am. Berdua dengan guide, aku pusing dan tengok sekeliling...




Aku cakap kat guide "ok lah En Francis. dah tak sempat ni. Tak payah la naik sampai check point tu, dah tak boleh naik puncak dah ni". Tapi, dia cakap "kita sikit lagi sampai checkpoint tu. Kat checkpoint tu ada kawasan lapang, cantik ambil gambar kat situ". Kau mampu, pandai dia saiko aku. Means dia nak aku sampai jugak checkpoint tu, ada achievement. Taklah datang for nothing.

Guide cakap, nanti bila kita dah sampai checkpoint, kamu rehat di situ dan ambil gambar semua, saya nak naik tengok kawan-kawan kamu yang lain. Aku cakap, kalau macam tu, En. Francis naik ajelah terus, nanti saya pergi ke checkpoint tu sendiri, dan saya akan turun balik sendiri. Saya akan ikut orang lain (sama macam konsep kawan-kawan aku yang lain naik ikut orang lain). Route Kinabalu ni memang 1 je jalan naik dan turun. Always ada bomba meronda, insyaAllah takkan sesat.



5.45am. Muka pon dah pucat. hahaha





Rupanya, bukan aku sorang aje yang naik sampai sayat-sayat, ramai lagi yang berhenti sampai situ sahaja. Aku agak-agak dalam 40% daripada pendaki yang naik sama hari dengan aku, tak naik ke puncak. Ada yang sampai sayat-sayat dan ada yang sampai di Laban Rata sahaja. Aku pon layan view sepuas-puasnya dalam keadaan menggeletar menggigil kesejukan. Sejuk gila hoiiiii. Duduk atas batu pon sejuk. Nasib baik pakai thermal wear. Orang lain pakai thermal wear kat dalam, aku sarung ikut luar je sebab nanti senang nak bukak bila turun balik ke Laban Rata.

Sambil layan view, aku borak-borak dengan orang lain yang melepak kat sayat-sayat jugak. Kami tolong ambil gambar each other.


kau mampu thermal wear belang-belang


nampak bulan





one of my favourite view

Puas bergambar, aku ikut sorang kakak  dari lahad datu dan guide dia untuk turun balik ke Laban Rata. Aku fikir nak turun slow-slow lah.





kesan batu yang pecah akibat gempa haritu



Matahari naik makin tinggi, direct kena muka. So dapatlah sunburn sikit dari Kinabalu.


masa nak turun ni barulah terasa yang steep betul masa panjat dengan tali tu



belakang tu antara tangga yang dipanjat pagi tadi. banyak gilaaaaa tanggaaaaaa




bonsai




Aku sampai balik di Laban Rata dalam jam 9.30am. Masa tu breakfast baru aje siap. So ape lagi, capai pinggan dan terus makan. Kelaparan kauuuuuu.

Laban Rata
Wawa sampai di Laban Rata jam 10.30am macam tu. Aku dah simpankan makanan untuk dia siap-siap sebab orang sana dah start kemas dah time aku tunggu Wawa tu. Terus kami kemas barang, check out dan start turun ke Timpohon gate.


sebelum turun


makan last kopek

Masa memula turun tu, tak hujan. Bila dah sampai KM5.0, dah start hujan renyai. Then sampai kat KM4.5, hujan lebat, sampai lah ke bawah. Bayangkan berapa lama kami trekking dalam hujan lebat. Kami turun dan turun dan turunnnnn je terus. Alhamdulillah kami selamat sampai di Timpohon gate jam 6.30pm.

Lepas dah sign off, kami terus naik van ke office Sutera. Ambil balik luggage, dan aku terus ke toilet dan mandi, tukar baju kering. Habis lencun dah aku dan wawa time tu. Siap aje mandi, van yang bawa kami ke KK Aiport pon sampai. Dah berterima kasih banyak-banyak kepada En. Francis guide terhebat, terus naik van dan driver bawa secepat mungkin sebab Saufi dan Man punya flight jam 10.30malam tu. Alhamdulillah selamat sampai aiport jam 9.00pm. Lepas dah babai diorang, van terus hantar aku dan Wawa ke Hotel di KK town, namanya Hotel Five 2. Settlekan payment baki van, terus kami pun masuk dan check in.

Paling kelakar, kaki dan badan dah start sakit. Dapat pulak bilik tingkat 1, takde lift. Ha kau berpaut bagai nak naik ke tingkat 1 tu. Sampai kat hotel, plannya nak keluar cari dinner sebab lapar. Memula duduk je kat katil sementara tunggu wawa mandi. Pastu baring sikit. Pastu terus tarik selimut dan tertidur. Sekali wawa kejut, tanya nak gi makan tak. Memang tak larat lansung dah sebab ngantuk gila. So kami dua-dua pon tidur je hahaha.

Esoknya bangun, sebab lapar. So mandi bersiap, terus keluar cari makan. Aku siap google nak pergi makan kat mana. Kami jalan kaki aje walaupon jalan bergaya ketam dan suffer setiap kali turun naik divider jalan. Kami makan di Yee Fung Restaurant di Gaya Street. Kebetulan ada sekali morning market kat situ. Memang terbaek.



semeja dengan Korean couple

jeruk kelubi

selfie semeja dengan local couple

mihun kari (macam laksa sarawak)

dah makan sorang semangkuk, siap tambah dry wonton mee lagi hahaha kelaparan

Sabah pearl


deep sea pearl. mahalll

freshly blended fruit juice

jalan-jalan di pasar filipina

dinner KFC
Actually lepas jalan-jalan kat pasar Filipin tu, banyak lagi masa yang kami ada. So kami masuk Centre Point dan tengok wayang cerita Sing. Hahaha punyalah nak membuang masak.

Lepas tengok wayang dan makan KFC, kami ambil beg di hotel dan panggil grab car untuk ke KK Airport. Orang hotel yang suggest ambil grab car sebab jauh lebih murah. Kalau taxi RM30 fixed price. Grab car haritu kami bayar RM11.

Sampai di airport dan check in luggage wawa, kami terus masuk dan tunggu di gate sambil ngopi. Flight kami delayed sejam lebih.

tunggu flight delay
Alhamdulillah sampai di KLIA2 jam 12.30pm. Mamat jemput aku di airport.

Next mission is summitting Kinabalu, insyaAllah. Masa on the way naik nak dekat sayat-sayat tu, guide ada bagitau yang kalau nak naik lagi, next time ambil pakej 2 malam di Laban Rata. Means takde cut off time di last check point, bila turun dari puncak akan bermalam lagi 1 malam di Laban Rata. Aku baru tau pakej ni ada. Masa nak turun dari Laban Rata ke Timpohon gate pon sama jugak, ada guide dan abg bomba mention pakej tu.

Orang tanya, kenapa tak serik.

Jawapan aku, sebab Kinabalu is special.

Besides, belum dapat jumpa Aki.