Minggu lepas, ke Ireland untuk 2 hari, 1 malam. ada urusan negara (yo la tu!!) yang perlu disettlekan di sana. Flight was on Tuesday morning, 28th August 2010 at 6.35am from east midlands airport to dublin airport. bajet-bajet nak keluar dari rumah pukul 2.30am. ambil teksi ke town, then ambil bus ke airport. hari Isnin pukul 10malam aku dah masuk tidur. kekonon at least nak dapat 4 jam tidur, bangun pukul 2am, bersiap dan pukul 2.30am call taxi. tapi, entah kenapa, tak boleh tido. keji betul. abis dah bergolek-golek, akrobatik segala. tapi still tak boleh tidur. maybe dalam fikiran terlalu concentrate takut tak sempat sampai airport. akhirnya, nak dekat pukul 2am, aku dan bangun dari katil dan bersiap-siap. then turun bawah, tengok tv sambil online, nak tengok whether forecast for Dublin. nak bawak jacket yang sesuai. kat tv ada cerita hindustan ok!
pukul 2.30am aku call taxi, tak sampai seminit dah sampai. mintak taxi hantar ke nottingham bus station. patutnya bas ke airport pukul 3.10am. aku dah sampai bus station pukul 2.45am. so biar awal kan. nak dekat pukul 3.10am tu, aku dah nampak bas airport tu kat jalanraya kat luar. tapi dia tak pusing masuk bas station pon. aku pelik jugak. so aku keluarkan balik pamplet bas airport, tengok, betul ke tempat aku tunggu bas ni. rupanya, kalo bas ke airport, kene tunggu di nottingham TRAIN station, bukan BUS station. ampehhh. next bus ialah sejam lagi. so nak mengelakkan lambat sampai airport, call lagi taxi tu. sampai airport dalam pukul 3.45am.
east midlands airport yang takde orang |
dalam setengah jam lepas tu baru dia bukak. lepas cop teket, terus aku masuk ke security area. malas nak tunggu kat luar tu sebab ada satu group nenek-nenek n atuk-atuk (tatau la persatuan ape) duk kecoh2 barang diorang la, nak cek in la, berebut la. aku fikir, kalo beli makanan kat luar ni, tokleh lepas security. baik aku beli makanan lepas security.
so lepas security cek, aku tengok kedai kopi ni aje yang bukak. ada la muffin segala jual jugak tapi macam takde mood nak makan. so just orfer caffee latte large. jenuh nak habiskan!!!
kedai pon tak bukak lagi |
gate number pon diorang tak display lagi. |
sambil duduk duduk tu, tengok lah gelagat orang. sambil berusaha keras nak habiskan kopi tu kan. lepas dah habis kopi, ha, berulang pegi toilet you all! coffee kan akan dehydrate air dari badan kita. ada la 5 kali jugak pegi toilet. cisss.
dalam pukul 6am dah didisplay gate no. so cepat2 pegi ke gate dan orang semua dah beratur nak naik flight. flight smooth aje dan sampai lebih awal dari jangkaan. instead of 1jam, jadi 45mins aje. bak kata kapten flight, the whether is being very good to us today.
lepas landed, terus keluar dari flight. actually tak penuh pon flight tu. separuh aje rasanya. dan majority ialah pakcik pakcik yang bekerjaya. aku aje yang slumber pakai jeans, tshirt, hooded jacket 2, bagpack n trainer. lepas imegresen (GARDA), aku pon jalan slow n steady ke exit gate.
keluar aje, dah nampak orang yang menjemput. top up fon dulu, then baru bertolak ke lucan, which is rumah my uncle. perjalanan lebih kurang sejam setengah lebih, sebab jam dan peak hours. pukul 8am ok! kalau tak, memang 15 minit aje ke rumah uncle.
sampai rumah uncle, breakfast dulu, borak-borak. catch up on things, news, etc. then bersiap-siap untuk perjalanan ke limerick.
uncle mengajar tajwid untuk budak2 melayu |
sempat buat cupcake topping dulu |
lepas dah ready, aku, uncle dan orang menjemput naik kereta dan memulakan perjalanan ke limerick. macam-macam kami borakkan dalam kereta untuk mengelak bosan. perjalanan lucan-limerick lebih kurang 2 jam setengah. sekarang ni roadworks dah banyak upgrade. kalau tak, lagi lama kot perjalanan.
sampai di limerick, aku terus settlekan semua urusan. sekolah alim, sekolah widad, estate agent, argos, rumah aisyah. lebih kurang sejam lebih di sana, alhamdulillah semua settle. terus kami bertolak pulang ke lucan.
ontheway balik tu, singgah di rumah kawan uncle, lebih kurang 20mins dari lucan (tak ingat ape nama tempat dia). kawan uncle tu head chef ok! dapat kami makan roti cicah sup daging. sedapppp!!
sampai di rumah uncle, terus kami dinner. aku terus mandi, maghrib dan turun bawak borak-borak dan layan adawiyah (anak uncle). sorang lagi anak uncle, Inaas dan selamat beradu. then masing-masing pon penat, terus tidur.
esoknya adah bangun awal pagi. lepas subuh, layan adawiyah & inaas borak-borak sambil buat origami. kanak umur 9 & 5 tahun, memang best melayan tau.. lepas tu diorang breakfast & pegi sekolah. lepas tu baru aku breakfast dengan uncle & untie. sambil tu borak-borak.
on that day aku stay kat rumah. tengok tv, tolong kemas ape yang patut dan kemas barang-barang yang nak dibawa balik ke notts. petang tu aku ikut uncle bawak kanaks jalan-jalan.
depan rumah uncle n untie.. |
adawiyah |
uncle dan untie aku ialah doktor pakar yang tinggal di ireland. gambar inaas tak sempat snap sebab budak tu sangat aktif!!!
aku mintak uncle n untie drop off aje sebab uncle n untie nak kne pegi ziarah sahabat mereka yang kurang sihat.
kosong gila dublin airport! |
lepas check in luggage dan cop ticket, aku terus masuk ke tempat security. then terus ke gate. kat airport ni memang dan display gate mana kita kene tunggu. kan senang camtu.. sempat lagi minum kopi secawan before naik flight.
dalam plane dah.. nak balik UK.. |
selamat tinggal ireland. nanti saya datang lagi!
flight pukul 10.15pm on 29th August 2010 (Wednesday). bertolak on time. sampai pon ontime, pukul 11.15pm. sampai di airport, bas dah ada. terus naik bas untuk ke nottingham town. sampai di town, naik teksi ke rumah. sampai rumah jam 12.30am, 30th August 2010. mama yang buka pintu dengan muka berseri sambil menanti cerita ceriti menarik aku nak sampaikan. Story from Ireland, about people in Ireland, what happened in Ireland.
Nottingham - East Midlands Airport - Dublin Airport - Lucan - Limerick - Lucan - Dublin Airport - East Midlands Airport - Nottingham.
0 comments:
Post a Comment