Thursday, January 13, 2011

Sambal sotong


penat pegi candat sotong kat Hyperama. maka kita harus masak dengan jayanya. i mean, DrNotts yang masak. gua tolong siang dan potong-potong aje sotong ni.

Bahan-bahan:
sotong bersaiz sederhana - 8 ekor
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
bawang besar - 3 biji dipotong bulat-bulat (ring)
serbuk cili - 1 sudu besar
gula 1 1/2 sudu besar
garam secukup rasa

Kaedahnya:
  1. panaskan kuali. masukkan sedikit minyak masak.
  2. tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau
  3. masukkan serbuk cili dan gula
  4. tumis sehingga cili masak
  5. masukkan sotong. tak perlu  masukkan air kerna air dari sotong tersebut akan keluar.
  6. masak sotong untuk 2-3 minit sahaja. jangan terlalu lama nanti sotong liat macam pemadam. camne nak gigit.
  7. masukkan bawang ring tadi. gaul-gaulkan
  8. siap. makan dengan roti pon ok jugak nih..

2 comments:

Ribbon Clown said...

terliur tgk..dah la kul 1 pagi nih..rs nk gi dapur mkn ape2, puaskan ati.. hehe seyes nmpk sedap..

aliaaroslan said...

ribbon clown - boleh pegi dapur. tapi ambik bau aje. esok boleh masak n makan. hehe.. bergigih!