Friday, February 27, 2015

Masih kuat semangat

Kami sekeluarga masih kuat semangat...

Tak pergi makan Mc Donald's.

Tak shopping di Tesco.

Tak beli dan makan famous amos.

Tak makan minum di Starbucks.

Dan beberapa tempat lain serta produk yang berkaitan.


Sebab...


Giant kan ada...

Coffee Beans dan The Loaf kan ada...

Paling sedap, Satay Willy. Keh keh keh....

2nd time here

At IDT, interactive dakwah training. Intan dan Kak Yan yang introduce aku ke IDT ni. 

Ini second time aku join. Kali ni tajuknya understanding different religion - hinduism. 


Banyak persamaan dan perbezaan antara agama islam dan hindu. Aku lebih faham tentang hinduism malam ni, dan membuatkan aku lebih faham dan cintakan agama Islam. 

Terima kasih Ustaz Helmi atas perkongsian ilmu yang sangat menarik tadi. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak join  IDT ni, boleh roger aku. Semua sesinya ada yang free dan ada yang berbayar, tapi minimum bayarannya. Macam malam ni free je. 

Kalau boleh spend dan make time untuk pergi tengok wayang beberapa jam, why not sekali sekala datang IDT. Jom...

Thursday, February 26, 2015

Change in life...

Aku terasa nak tulis something related to post Kak Diana Ishak kat SINI.

Part of it, aku pon ada terima soalan yang sama, nape kau berani pergi umrah awal-awal, Aliaa?

Bagi aku, konsepnya, bila dah sampai jemputan dari Allah. Ya, jemputan. Bukan duitan ya. Bab duit, honestly aku bagitau, mother bayarkan half of my umrah package. Kalau nak harap aku, kerjanya nak pergi Korea aje. Cettt sangat kan. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah dan doa mother, aku selamat pergi dan balik umrah tahun lepas, 21 May - 1 June 2014. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal pengalaman umrah. Lebih kepada change in life pre, during, post and until today yang related to my umrah.

Sebelum menunaikan umrah, aku attend kursus umrah 2 kali. 1 kali aku attend di Andalusia dan satu kali lagi aku attend di Tabung Haji. Aku pergi umrah dengan pakej Tabung Haji. Dalam kursus tu memang ustaz-ustaz tu banyak beli informasi, dan bimbingan serta menjawab soalan-soalan yang sentiasa dalam fikiran aku selama ni.

Dari segi luaran, aku mula kurangkan pakai pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya. Literally menutup aurat. Means no skinny jeans, no t-shirt yang pendek dari punggung, mula pakai stokin kaki dan stokin tangan, jaga perlakuan - cover sikit ape yang keluar dari mulut, etc. Cuma tudung je aku masih pakai yang sarung menyarung Ariani yang saiz medium, yang just cover sampai dada sahaja. Aku banyak membaca blog perjalanan umrah orang lain, dan mendalami step by step semua rukun umrah. Tak ketinggalan, bangun solat malam - solat hajat, solat tahajjud, solat taubat, solat istikharah, solat witir, etc. Semua ni, masa tu, aku buat dengan tujuan persediaan untuk mengerjakan umrah.

Masa di Mekah dah Madinah, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Kebetulan bulan aku pergi tu musim panas, tapi walaupun pakai berlapis-lapis - jubah, stoking tangan dan kaki, leggings, kain dalam, niqab / purdah, telekung, tapi aku rasa selesa. Aku sendiri tak perasan dan baru tau yang betapa selesanya pakai niqab. Yes, memang best dan selesa. Perasaannya, tak tergambar.

Balik ke Malaysia, alhamdulillah aku dipermudahkan untuk terus istiqamah begitu, berpakaian menutup aurat dan dengan support mother, aku terus tukar fesyen tudung, pakai tudung yang labuh melebihi paras dada. Alhamdulillah masih terus istiqamah memakai stokin kaki dan tangan yang tebah dan mother belanja pulak beli jubah Jumana - kain cotton dan sangat selesa. Dalam pada tu, setiap hari aku doa agar aku diberikan kekuatan terus istiqamah untuk begitu, dengan 1 tujuan, mendapat keredhaan Allah.

Aku terfikir-fikir, aku ingin mengenakan niqab. Ramai yang dah aku rujuk, katanya semua itu mesti datang dari hati dan mendapat keredhaan Allah. Redha Allah datang dari redha ibu bapa. Aku tau mother dan father tak kisah, asalkan aku gembira. Tapi, aku berbalik kepada niat kenapa aku nak berniqab???

Bila aku muhasabah diri, aku nak berniqab sebab:
1. Nak jaga perlakuan - supaya tak terlalu bebas pergaulan sosial. Aku kurang minat keluar malam dan sebagainya.  Boleh jamin keselamatan.
2. Supaya rasa selamat - agar orang tak tengok kita. Masalahnya, di Malaysia ni orang berniqab bukanlah dalam golongan majoriti. Jadi, kalau aku berniqab, mesti orang akan perhatikan aku. Tak dapat nak capai objektif.
3. Dan sebab lain yang related dengan sebab no. 1 & 2.

Tapi, aku terlupa. Yang hanya boleh lindungi aku adalah Allah. Bukannya niqab.

Dan setelah belajar dan merujuk, aku yakin aku akan berniqab satu hari nanti. Bukan bermaksud masa tu aku dah "bersedia" untuk berniqab, tapi Allah dah izinkan.

Semuanya dengan izinNya. Dan doa restu mother.

Cepat tak cepat, berani tak berani pergi umrah awak ke lambat, semuanya kerana Allah. Dia yang akan jadikan semuanya.

Wednesday, February 25, 2015

Ini kali lah

Kali ni bawak jacket belon ringan.

Pinjam mother punya yang beli kat Aldi di Nottingham dulu. 

Dan fleece jacket. Kalau sejuk sangat kena pakai dua-dua.

Tapi. Dilema nya. Nak pakai hiking boot yang aku selalu pakai masa survey camp tu, atau pakai trainers sahaja. Sebab akan berjalan kaki dengan banyak ni. 

Ok, kasut fikir nanti. 

Esok nak ambil luggage bag pulak. 

8 more sleeps. Tak termasuk malam ni.

InsyaAllah, dengan izinNya. Dan doa mother. 

Penang!!!

Ola you all. Haritu aku pergi site visit ke Penang. Bawak student katanya. Tapi dalam entry ni tak nak lah cerita pasal site visit, tapi cerita / tunjuk gambar aku dan kawan-kawan office berjalan-jalan sambil site visit tu....

Kami bertolak pagi, dalam jam 10am camtu. Gedebuk gedebak jalan dan stop di RnR, kami pon sampailah kat terminal ferry Penang. Bas tinggalkan kami kat situ dan seberang dengan jambatan. Kami haruslah nak merasa naik ferry. Sekali sekala you all...

aku, kak siti dan ruby

Bawak student dalam 20 orang, lecturers nya pon ramai jugak. 



Kami sampai ke Penang dulu dari bas. Sementara tunggu bas, kami borak-borak dan rest dulu. Tiba-tiba rasa nak snap gambar dengan tong surat ni.


dari jejantas nak seberang jalan


Sampai je, kami ke site yang pertama. Settle kat site tu, kami jalan-jalan di area Padang Kota Lama. Sambil tu singgah makan mee sotong. 



kak siti, aku, kak faiza dan ruby

anta students yang ikut

mee sotong kuah

mee sotong goreng



Penat dah jalan-jalan kat area padang kota lama, kami terus ke hotel di area Gelugor.

Lepas dah mandi solat semua, malamnya kami ke Batu Feringghi. Jalan-jalan sambil makan malam. Tapi tak nampak pantainya...

Kedai makan ni kat depan Hotel Holiday Inn Penang. Char Kuey Tiaw special dengan udang dan kerang yang banyak, hanya RM7 sahaja. Terkejut aku. Biasanya mahal. Dan, sedap giile!

Sampai je balik hotel, semua terus tertidur kepenatan. Maklumlah seharian travel, pergi site dan jalan.

Esoknya kami ke site ke-2. Sambil tunggu project manager sampai, kami jalan-jalan sekitar tu. Sitenya depan Penang port. 





Site ni ialah refurbishment of building lama, nak dijadikan Hotel 6 bintang. Kosnya banyak juta. Nangis dengar. Tapi sebab bangunan ni under Malaysia Heritage, tu yang tak boleh sembarangan buat refurbishment. Banyak rules and regulation yang kena ikut. 



salah satu section dalam bilik contoh

Lepas dah berpeluh dan puas round site, kami pun ke next agenda. Jalan-jalan di sekitar masjid kapitan. 


berderet kedai emas

Sambil tu ada banyak art gallery kat sekitar tu. Mind you, kami jalan kaki tau. Serious best walaupon berpeluh jangan cerita. 


kak siti dan ruby beli beberapa hand panting dari pakcik ni. harga sangat berpatutan!!!
 



Jalan punya jalan, dah tengah panas haruslah haus kan. Kami plan nak berhenti minum je kat kedai ni, tapi rupanya ni kedai nasi kandar imigresen. Haruslah makan terus nasi kandar kat sini!!!



Licin kami makan. Kepenatan kan kehausan dan kelaparan katanya! Lepas tu kami ronda area tu mencari-cari wall painting. Tapi jumpa satu je wall painting dan yang lainnya iron art.













Kami solat di masjid kapitan. Lepas tu kami terus ke destinasi seterusnya, Penang hill. Jalan memang sesak, sejam jugak nak sampai situ. Sempat terlelap dalam bas sebab kepenatan. 



dalam cable car. belakang tu Sr Anuar dan student





Sampai kat atas tu, kami decide nak round dengan buggy service. RM30 untuk 20 minit. Satu buggy boleh naik sampai 6 orang. Memang berbaloi! Dia round sampai habis jalan.


tong surat hadiah dari queen victoria kepada raja melayu. tua sangat tong surat ni.


rumah penjaga dot dot dot nak tau cerita ke?

ni lah buggy nya. sporting betul pakcik driver tu ambilkan gambar kitorang camni


angkut batu arang
sebelum turun, kami sempat minum-minum kat atas Penang Hill... Of course ambil gambar kenangan.



hadoi comel gila anak didi ni

Lepas tu kami singgah di kedai Jeruk Pak Ali di Nibong Tebal. Aku beli sikit-sikit je jeruk, untuk sendiri makan. Lepas tu terus bertolak balik. Ada juga berhenti di RnR untuk solat dan makan.

Kami sampai balik di IUKL dalam jam 2.00 pagi. Letih memang letih tapi syok!

GoPro moment dalam ferry!