tapi, salah satu bende yang membuatkan aku terkilan dengan diorang-diorang ni, yang kekonon anggap aku kawan baik, ialah:
- bila ko nak kawen, sehari sebelum ko kawen baru ko bagitau aku. itupon pakai text message ataupon call yang berdurasi selama 20 saat. kad jemputan jauh sekali.
- kalau yang dari single berubah kepada bergirlfriend tu, ko berubah dari ganas (sebab ko suka nak tunjal kepala aku kan) kepada takut girlfriend. kalo tanak keluar makan dengan aku n the geng, aku boleh terima lagi. ini sampai tahap girlfriend monitor ko hantar text message kat sapa, ini sudah lebey. kamon lah, aku kenal ko lagi lama dari aweks baru ko yang kekonon cun melecun tu. entah entah girlfriend ko monitor skali masa ko tengah nak punch card dengan mak ko kan?
- aku ajak ko datang ke konvo aku, ko datang. wah, aku sungguh menghargai kedatangan ko siap dengan bunga bagai. tapi, esoknya, lepas girlfriend ko nampak gambar ko datang konvo aku kat dalam friendster aku, terus ko call aku suruh delete suma yang ada gambar aku. alasannya, pasal girlfriend ko marah ko tak ajak dia datang sekali konvo aku, berkenalan dengan aku. eh, sukati aku lah. itu kan friendster aku. aku nak letak gamba robbie williams pon boleh tau.
- bila ko senang hati, duit banyak, no fon aku pon ko TERdelete. bila ko susah, tiba-tiba ko dapat nombor office aku. call dan mintak nak guna nama aku untuk beli kereta ko. boleh?
- slumber aje ko kutuk aku gemok gedempol pastu paksa-paksa aku tolong ko angkat barang yang ko sendiri pilih. pastu bila aku cakap berat, ko cakap "eh, ko kan besar. takkan itu pon tak boleh angkat".
- kalo nak pegi outdoor punya aktiviti, seboleh-boleh taknak aku ikut. alasan - ko gemok, susah nak gerak. nanti melambatkan ape-ape proses. bila sekarang, sebok ajak aku naik gunung sana sini. katanya - ko dah kecik sikit Aliaa. takla senget kereta aku (bongok tak?).
tapi ada jugak yang aku salah tafsir orang. di mana, ada kawan yang aku ingatkan dia ialah stok "friends for life", turns out menjadi seperti orang yang aku tak pernah kenal sebelum ni.
ada orang cakap, people change. tapi kalau change for the best, aku suka. kalo change for the worst, aku maleh dah nak pikir.
8 comments:
baru tau the true colors of your friends, ei! semua tu tak boleh pakai punya orang. buang terus je! tak rugi. buat kawan baru. kawan awak pakistan di sini yang tak jumpa dah 7 tahun lagi baik dari kawan malaysia yang awak sebut tu. go pakistan go!
ish, teruknya kawan2 aliaa yg ituuu.. paling tak buleh blah, ada hati nak guna nama nak beli kereta.. kenapa diorg slamba badak aje panggil org gemok? apa diorg tu perfect sgt ke ape?hishh!!!
This is so true!!!
-your silent reader :P-
waaa cheese naan..(hanyut kejap)
ish xbleh blah ble isu berat bdn pon masok. nk kne tunjal nih!
DrNotts - oh ya, baik kan si kashef tu. nasib dia dah kawen. kalo tak, bermenantu pakistan lah jawabnya.. hihi
ciklurpak - mungkin pasal diorang perasan selim melim, tu yang jadi tak sedar diri kot.
anon - yup. by the way, thanx for reading..
sedih dan keji nye kawan cik aliaa yang buat camtue..memang langsung tiada perasaan..isk..isk..isk..
lalink7 - sebab diorang takde perasaan la jadi camtu. binatang pon ada perasaan. so, kalo yang takde perasaan ni kategori ape ye?
Post a Comment