tiga orang mak nenek duduk sebelah aku ni ialah bercakap non-stop dari diorang masuk. agaknya, dah 15 tahun tak jumpa. padahal diorang ni classmate, tengah duk discuss assignment kot. yang sorang ni asyiklah nak mengajar. yang sorang ni asyiklah nak tanya. sorang lagi asyiklah nak tengok kiri kanan kawan dia buat kerje.
takkan diorang ni student masters kot sebab kerja yang diorang buat ni ialah tulis report pasal histogram lah, etc. seingat aku, dulu masa kat UPM takde pulak aku kene buat kerje camni. its more complicated than that.
tapi, ni ialah lab untuk Graduate students. diorang ni budak undergrad kah? tapi, mane diorang dapat password pintu untuk masuk lab ni?
ya, mereka masih lagi berbual pasal kerja + nak pegi bar mane malam ni + ko dah siap ke kerja kelas dot dot dot.
lagi dua orang grad student lain duk bahagian depan sikit, diorang pon tak bercakap, macam aku ler.
boleh pulak mak nenek ni slumber makan sandwich + crisps segala. halo, kalo ko takat minum takpe. ni nak berlunch bagai.
dan of course, sampah letak selit aje tepi monitor. keji sungguh!
nak jadi pengadu pengadak tak?
0 comments:
Post a Comment