sampai di kolej kediaman Sengih, boleh pulak budak tu ada gotong-royong tak boleh keluar. sebab aktiviti sampai jam 6pm. budak tu pulak tak kasitau kami yang dia tak boleh keluar. pastu dia ingat kitorang saje datang nak tengok aje dia, apekehalnya nak tengok je. haruslah nak bawak keluar beli barang ke, jalan-jalan bandar melaka ke kan. hampeh! amukan betul aku rasa. so aku ajak DrNotts tinggalkan aje dia di kolej dicintai sangat tu, dan kami ke bandar melaka. park di mahkota parade (sebab dataran pahlawan konfem takde parking) dan seberang jalan masuk dataran pahlawan. jalan punya jalan, memang target utama ialah nak lunch dulu. dah pukul 2pm lebih dah pon, so sangat kelaparan tahap dewa.
plan nak makan di Zen, tapi dah tutup. bila pulak Zen kat dataran pahlawan ni tutup? ganti adik-beradik dia, secret recipe. tapi kami baru aje makan secret recipe minggu sebelumnya. so kami decide untuk makan di food court sahaja.
tapi...
pineapple fried rice? sebatu satu diced pineapplenye.. |
sotong penyet namanya. tapi saiz sotong ialah 1/5 daripada saiz satu sotong penyet. |
tomyam seafood yang ada sebuah udang, kaki2 kecik sotong dan carrot sebesar ibu jari |
nasi goreng tomyam yang tak pedas pon? |
ini aje lah yang rasanya sama walau di mana dibeli |
sangat tak sedap dan tidak menyelerakan. dahla aku tengah tak suka makan ni. selera ada, tapi tak suka makan. kenapa entah. masa dah nak habis makan, barulah teringat kat situ ada johnny's. cisssss. double cissssss.
lepas makan yang tak seberapa tu, kami jalan-jalan cari dvd. habis shopping sakan dvd, kami balik. tapi plan nak singgah bawak sengih keluar dinner.
so lepas meredah jam dari bandar ke lendu ikut highway AMJ, kami ambil sengih di kolej dia. pergi beli barang dia di Family Store di masjid tanah. then patah balik ke lendu dan dinner di restoran area depan uitm tu. jauh lagi sedap makanan dia dari food court dataran pahlawan tu.
budak kelam kabut memanjang |
16 comments:
sebab tu la akak tak makan dkt food court lain kecuali food court jaya jusco or food court KLCC, hehehe
eh tambah satu lagi, food court midvalley pun sodap gakk
eh uitm lendu tu dekat ngan umah parents akak tau....jgnlah cakap ulu-kampung-mane-entah....tertusuk tau! hihi....
bila-bila datang alor gajah lagi..try gi makan kuih udang dekat dgn bas stand alor gajah tu....orang kata best...
ayok,sama ngan adik saya baru masuk sana. Nak turun Londu kasi roger dulu, rumah kita area situ je...=)
food court kat dataran pahlawan tu memang tak sedap betul makanan dia. tak kan pegi lagi sampai bila2 kot..hehe
nape tak makan layer cake yg marbeles n fames kat mahkota parade
potong stim habis kalau tengah lapar dan layanan juga makanan tidak ada 'stim'.
;(
@DeLancrettLurpak tapi foodcourt JJ kat balakong ni tak sedap langsung! depends pengurusan kot..
@DeLancrettLurpak foodcourt midvaley best gile sebab ada stall korean food! hahaha..
lagi satu, foodcourt alamanda pon ok, sebab under pengurusan KLCC
@ajujua alamak, sorry kak ju. maklumlah, kami anak bandar yang perasan glamour ni tak biasa. hehehe.
bas stand alor gajah dah lalu haritu. nanti saya nak pegi cari lah kedai akak cakap tu.
thanx kak!
@naduta minggu lepas christmas nanti insyaAllah akan turun lagi, nak hantar budak tu balik. hehe.
adik awk ambil course ape?
@cahya indah kalau bawak chef dari masterchef malaysia, baru sodap!
@Shiema kat mane kedai tu kak shiema?
@haslina sangat kan kak? tu yg makan sikit aje tu. sian kat mama sebab lapar sangat. huhu..
cube google layer cake melaka....name sebenar adalah mille crepe. kedai yg kat melaka ni lah pelopor pastri kek nih kat tanah semenanjung
@Shiema wah, sejarah ni. baik, akan aliaa google dan cari kalau ke melaka lagi, insyaAllah. thanx kak shiema.
Post a Comment