Saturday, July 31, 2010

makan lagi

Ni aku baru balik dari majlis makan-makan kat rumah abg fariz n kak kyra. Diorg buat acara makan-makan ni untuk aku, pasal nak balik "kampung" tak lama lagi kan. Oh,sangat terharu ok!

Lagi satu sebab acara ni dibuat ialah untuk majlis house warming pasangan pengantin tu ler.

Menu ialah sangat best. Laksa utara, popia, fruit cocktail, air special "teransang". Nama hebat ok!

Aku bawak egg sandwich. Izzat bawak begedil. Tiqa paling success sekali, bawak chocolate pie kesukaab ramai. Yeehaaaaa...

Nanti la aku letak gamba kitorang posing sakan ok!

Thursday, July 29, 2010

time time macam ni la kan nak...

  1. company nak bagi salary adjustment
  2. tambah benefit kerja di sini
  3. bagi bonus yang lagi separuh tu
  4. suasana ofis kembali meriah
  5. student semua tengah best best
  6. terjumpa kedai untuk lunch yang baru buka dan sedap
  7. menyambut ramadhan
  8. harry potter nak keluar (eh, apasal ni?)
 memang saje je kan

Wednesday, July 28, 2010

BFF

define BEST FRIEND FOREVER


silakan....

alasan

beli durian lagi, dengan alasan adik ipar nak makan bubur durian.

padahal diri sendiri yang duk nak makan durian lagi.

haiyaaa.. nasib baik lah ko tak panas kalo makan durian.. kalo tak, bersilat la malam ni.

kolesterol


aktiviti menambah kolesterol yang sedia banyak di ani sup utara seksyen 9 BBB.

ini ialah geng saya di upm. jejaka2 ini semuanya single but not available, sebab either diorang dah kahwin or dah berpunya. single pasal semuanya datang single2 aje. tak bawak double nye. maklumlah lunch time hari bekerje.

so nak makan2 dengan diorang ni kne pilih lunch time. kalau ajak keluar makan malam, diorang semua dah busy dengan aktiviti di rumah bersama keluarga, etc.

diorang ni banyak gila tolong aku. masuk aje upm, diorang la yang akan di cari kalo ada kelas kat lab or nak guna computer lab. bila dapat bilik aje, diorang la jugak yang tolong angkat2 barang dan tolong mengemas. siap kasi karpet la, meja la, cable internet la. macam2 lagi. then pergi survey camp sama2 ke rompin, kota bharu dan port dickson. cuma survey camp diorang yang baru2 di lumut aje tak dapat pegi, sebab ada survey camp kliuc berjalan sekali. tapi turun dari cameron tu, pusing pegi lumut pasal nak jugak jumpa geng2 ni. lepas ni tatau lagi bila berpeluang outstation dengan diorang lagi.

kenangan? banyak sangat. gumbira, sedih, penat, letih, ketawa, stress. macam2 lagi. memang diorang ni orang baik2 belaka.

jgn lupakan saya tau!

En Nik, En Halim, En Fairus, En Azry, En Wan, En Razali & En Amin.

Thank you soooooo much!

hugh jackman

semalam first time tengok cerita Australia.

now dah suka balik kat beliau.

serius ko gatal weh!

Tuesday, July 27, 2010

channing tatum

apasal aku ialah suka tengok mamat ni berlakon? sebab die ialah best. filer terbaru ialah Dear John. kan best kalo aku jadi savannah, tapi aku nak jadi savannah yang versi tak cari lelaki lain. weh, kalo real life dapat lelaki macam Channing ni, serius tak cari lain!

Monday, July 26, 2010

resdung, asma, eczema

aku ni memang whole life ialah selsema. kecik2 dulu orang kata resdung. bila dah besar2 ni pon ingatkan resdung. tapi aku duk dengar cerita orang, kalau resdung ialah akan gatal2 hidung, mata, muka, etc. aku ni pulak kadang2 aje yang gatal hidung. ke pasal memang aku ni gatal? ntah.

pagi tadi duk bersin2. then dah sampai ofis rasa ok aje. siap pegi sarapan, balik, buat kerje (yeke?), borak2 lagi, pegi lunch kat ani sup (paling best dalam dunia). skrang ni ialah baru lepas abis bersin non-stop. berenti pon pasal telan ubat selsema.

aritu aku tanya opinion dari doktor, adakah aku perlu untuk undergo operation for resdung. then dia kata aku ni kategori biasa aje, bukan kronik yg sampai kne operate. nak aje cakap kat doktor tu, kalo kategori ok, meh amik resdung aku ni. cuba testing tengok ko stress tak kne resdung. mesti dengan ko skali berenti kerje sebagai doktor kan. ha, amek.


resdung, asma n eczema ni ialah penyakit keturunan yang tatau asal usul dari mana. ada orang kne asma aje, or resdung aje, or eczema aje. or combine 2 dari 3 penyakit2 di atas tu. tapi aku ni semua ada, pakej. tengok, limited edition kan? ko ingat kereta dan handbag aje ada limited edition?

ada orang kalo resdung or asma or eczema ni, tokleh duk tempat sejuk2. oh, aku ni lain banyak. kalo selsema, lagi duk bawak aircond, lagi cepat baik. limited edition tak aku ni?

oh, kalo nak masuk meminang, walaupon aku ada ketiga2 penyakit keturunan manusia ni, takde diskaun ye. sila take note. hahahahahaaaaaaaaaaaa

salji

apekah first impression bila tengok salji / snow?

sejuk

lembut

ABC (what??)

oh, memang sejuk. tapi kalo sejuk yang terlampau, boleh kene frost bite. boleh burn tau, sebabnya ais itu ialah panas sangat! tu yang kulit boleh melepuh kalau terlalu lama kene ais or rendam dalam air berais yang banyak.

lembut? tak sama sekali. salji ialah tajam ye. kalo tengok betul2 under microscope, ais ialah bersegi2. kalo goreskan jari kat ais kiub tu boleh luka yu ols. yang ni aku sekalu kena. kalo jalan atas jalan berais, konfem jatuh tergolek penuh bergaya, then nak tahan badan dari terjelepuk dengan kuat, akan tahan dengan tapak tangan yang tidak bersarung. maka bercalar balarlah tapak tanganku terkena ais2 tepi jalan itu.

ABC? untuk minum la, ape lagi. ish, itu pon nak ajar.

beef lasagna

aku rasa beef lasagna kat delifrance adalah yang paling sedap dalam dunia. well, no offense semai, tapi memang iye pon. yang lasagna ko buat aritu tu bukan tak sedap. tapi sebab ko buat sekali aje kan, so aku tokleh nak compare la banyak kali bila pegi makan kat delifrance. nanti aku nak belajar la cne nak buat lasagna ni.

tiba2 terasa nak makan lasagna lagi. walaupon semalam baru makan dengan wiwin n semai.

jumpa wiwin si budak engineer sorang tu, memang akan bersembang sampai tak ingat dunia. sekali sekala jumpa, memang panjang penceritaannya. die kata, bila lagi nak jumpa cik aliaa. nanti kita boleh chatting2 aje la kan, tak pon email2. aku cakap, itu pon kalau awak tak busy, boleh la kan. takpe, will make time for it ok?

so, sapa nak ajar aku buat beef lasagna ni? kalo mama baca ni mesti die kata cani "ha, balik nanti beli bahan2 buat la lasagna kat rumah. boleh kita makan sama2". then aku pulak akan jawab "takyah ma. siap2 aje, me amek kat rumah n kita pegi delifrance aje".

wakakakakakakakakaa

Saturday, July 24, 2010

movie-holic

tadi pegi tengok inception (leonardo de caprio) dengan mama. memang best cerita tu. kalo abg leo berlakon, memang best gila. always, everytime kalo movie baru die keluar, mesti lakonan die lebih hebat dari previous movie die..

yup, aku memang kaki wayang. ada sekali tu time final exam kat uitm (tak ingat masa sem berapa), hari2 aku pegi tengok wayang. sorang2 pon layan.. abes semua movie aku tengok. dengan cerita melayu bodoh pon aku tengok.

ada kebaikan jugak tengok cerita melayu yang kurang berkualiti ni. kita boleh belajar banyak dari dia. tapi masalahnya ada pengarah n producer filem melayu ni yang syok sendiri. kritikan orang tak diendah. tapi at least dirang cuba kan?

pengarah muda yang dikagumi n boleh pergi jauh skrang ialah khabir bhatia dan ahmad idham. bagus diorang ni. suka buat movie lain dari yang lain. lagi sorang, all time feveret ialah afdlin shauki.

pengarah2 lama yang memang dikagumi macam erma fatima, bada hj azmi, suhaimi baba dan ofcos, pengarah yang berani cuba pelbagai genre, datuk yusof  haslam. hopefully pengarah2 muda boleh belajar banyak dari diorang ni.

adik ipar

yang dah konfem jadi adik ipar dah sorang (wife aiman). ini adik ipar jenis baik punya. bagus gila. nasi lemak memang terbaik. senang aku sebagai kakak ipar yang memang pemalas ini. mwahahahaaa..

sorang lagi ialah si semai punya bf, ialah soon to be jugak ni. budak kuat kerje. ko abes belajar nanti, aku pon semai ke UK, then korang kawin eh. senang kawin kat UK. takyah buat perosedur pelik2 ni. yang penting yang wajib. eh, salah. yang penting hari2 ko boleh belikan aku cheese n salad baguette kat gregss. bagus!

mamat punya "teman tapi mesra" ialah budak si drug dealer. i mean pharmacist to be. memang baik bersopan budaknya. senang dibawa berjalan.

widad n alim, sila cari yang doktor medical surgeon dan film producer. senang aku nanti, free aje nak pegi check kalo sakit dan dapat tengok movie free all the time. kata movie-holic.

taiping - PENANG - jitra = wedding fariz+kyra

alamak, terlupa la lagi satu pitstop sebelum bergerak2 khas ke penang. ni bangunan majlis daerah taiping rasanya. ayoi kata design bangunan ini ialah cantik, marilah kita amek gambar..


macam biasa, posing haruslah over dari tourist luar negara. mestilah, ini lah jugak festaim aku masuk tempat ni ok! izzat malas nak kuar kereta pasal panas. kitorang pedulik hape kan, kata pelancong. mwahahaha.. abes basah ketiak segala. nak bergambar sakan punya pasal.



ok, sekarang mari memulakan perjalanan ke penang! hoooyeah! perjalanan lebih kurang sejam la dari taiping nak sampai pulau pinang. sembang2 lagi. kunyah2 lagi.


ok, apasal ada kilang yusof tayob kat tengah2 highway ni?


jambatan pulau pinang dilalui dengan hati yang girang gilang gemilang. serius eksaited terlebih, tambahan pulak dengan perut lapar. plan asal ialah nak pergi makan di restoran minah ro gelugor, tapi bila sampai aje kat kedai tu, tutup lah pulak. tatau kenapa, biasanya dia ialah tutup hari isnin.


kenapa sibuk2 nak makan kat restoran minah ni? sebab masakan die ialah the best dalam dunia (aku rasa la). tapi kali ni takde rejeki la nak merasa.. lepas tu terus kitorang ke bandar, untuk cek in hostel dan lunch.

dalam banyak2 billboard, yang ni paling menarik sekali.


ayoi amek bilik yang sorang. aku n izzat amek yang double. murah gila, kitorang kene sorang RM18 semalam. alah, untuk tido aje pon. kalo hanimun nanti baru lah boleh pegi hostel yang grand2 kan.

jalan kaki tak salam 30 saat ialah kedai makan nasi kandar line clear. kekonon nak makan kat situ tapi duk tengok line tak clear2 pon. penat beratur aje. so kitorang makan kat kedai nasi kandar sebelah die (ape ntah nama die). sedap jugak beb. layan....


perut pon dah kenyang, maka kitorang ke tempat visit yang seterusnya, rumah P. Ramlee dilahirkan. dengan bantuan GPS yang best, kitorang sampai sana dengan agak mudah. jalan pon tak jem.





ok, seperti biasa posing mestilah lebih over dari aksi dalam filem ye. so faham2 aje lah perasaan bila ke rumah p. ramplee, seniman agung weh. beliau tu suma boleh, menyanyi, cipta lagu, tulis lirik, main semua alat muzik (yup, semua ye puan-puan), berlakon, mengarah, producer, etc.




dah puas mengimbau dan membaca semua info, kitorang terus2 menuju ke tempat pelancongan yang seterusnya, tokong pebende ntah. yang ada banyak2 turtle dan tempat sami2 semayang segala.




view sungguh cantik kat puncak. lebih2 lagi kalo amek gambar time panas gila ni, memang gambar akan jadi sangat chantekkkkksssss..

lepas tu kitorang terus ke queensbay mall. nak makan n bergambar. siap dengan sesat2 kebagai tapi int the end sempat jugak sampai. masuk aje mall tu, tak nampak bende lain dah, nampak makanan aje. kedaiyang first pulak kebetulan dave's deli. smorang muka tak bleh blah lapar, terus order n makan. jgn banyak cakap oi!





lepas makan2, jalan2 kejap. then ada orang promo jual lcd tv kat mall tu n display concert celine dion kat las vegas. aku n ayoi layan gila berdiri lama gila kot teruja tengok. izzat pegi kedai buku ape ntah. then jumpa balik kat kereta, terus ke bay untuk bergambar2. masa ni izzat ialah dah muntah2 mabuk so aku n ayoi aje yang sakan berposing malam2 buta tu.







lepas tu kitorang terus balik ke hostel. mandi2 dan tido. esoknya janji nak turun jumpa kat bawah pukul 7.00am. so kitorang bangun awal, siap2 dan terus cek out. sebelum ke gurney drive, stop bergambar posing kat masjid ape ntah, tak ingat nama lagi..







perut pon dah ala2 lapar jugak pagi2 buta ni kan. terus ke gurney drive, cari makan.. sambil makan, sambil meniup udara segar dari laut...



lepas breakfast kitorang terus bertolak ke jitra. nak seberang balik ke tanah besar, kitorang naik ferry pulak.. layan wooooo..

so, next ialah journey seterusnya ke jitra. (tempat kejadian perkahwinan tersebut).

hotcake & pancake

aku tatau la ape beza dua2 cake ni. tiqa kata die sama aje, cuma satu tu lembut sikit pasal dipebihkan air, lagi satu tu biasa aje. yang kat breakfast mc d tu ialah hotcake kan? yup, aku suka yang itu punya..

oh, siapa nak belanja mc d breakfast ni?

TAIPING - penang - jitra = wedding fariz+kyra

pesanan : entry ini ialah sangat panjang. sila ambil nafas dulu sebelum start baca. entry ini juga sangat banyak gambar. sila klik gambar untuk gambaran yang lebih besar.

invitation telah diperolehi. tabloid perkahwinan adalah nama yang lebih tepatnya. orang lain kasi kad, die kasi tabloid perkahwinan. itu la abg fariz, suka nak lain dari yang lain. bila ditanya, kenapa susah2 design2 tabloid perkahwinan ni? die kata, alah, kawin sekali aje, insyaAllah..

planning dah dibuat, maka berangkatlah rombongan menuju ke utara. majlis perkahwinan adalah hari ahad, 6 June 2010. tapi kami bertolak pada 3 June 2010, khamis malam. niatnya nak berjimba2 die taiping pada hari jumaat dan meronggeng-tonggeng pada hari sabtu di penang.

izzat datang ke office aku dah parkir keretanya di situ. kami bertolak ke PJ untuk mengutip ayoi di rumah bundanya. oh, aku angkut sekali kanak 5 (widad) dan kanak 6 (alim) kerna diorang ialah nak balik kampung..

pitstop pertama haruslah restoran jejantas sungai buloh. wajib mengisi perut yang kelaparan itu. oh, KFC idamanku selalu.

aku ialah menyimpan niat untuk makan die KFC or Mc D setiap hari sehingga hari bertolak ke sinun nanti. kununnya memikirkan nanti tak dapat makan fast food dah kat sana kerna dikhuatiri kehalalan ayam di sinun. tapi, kalo ke KFC, aku ialah akan order fish burger. kalo ke Mc D, aku selalunya order filet-o-fish. so tiada gunanya hasrat tersebut.

anyway, lepas makan2 kitorang teruskan perjalanan ke taiping. sampai kat sana lebih kurang pukul 12tengah malam. mandi2, ready2 n tido.. kepenatankah? atau eksaited terlebih?

jumaat (4 june 2010), pagi2 lagi kami sudah bersiap2. lepas breakfast kat kedai makan tepi jalan, kitorang terus ke kaki bukit larut. ayoi, selaku bendahari program kali ini, terus menjalankan tugas dengan membeli teket jip untuk naik ke puncak bukit larut.


lepas dah mabuk2 naik jip, akhirnya kami sampai di puncak. suasana ala2 die cameron highland, dengan kabus tebal dan cuaca sedikit dingin.


ok, ini gambar syok sendiri



jip yang dimaksudkan


pemandangan memang best gila. takyah cakap la tahap kebestannya tu gred ke berapa. abes setiap angle kami nak bergambar. kitorang diberi masa lebih kurang 45 minit untuk lepak2 kat puncak bukit tu. lepas tu jip akan datang untuk drop orang yang baru naik dan kutip kitorang untuk dibawa turun. sekali lagi mabuk petai dengan perjalanan turun yang sungguh adventures tahap dewa sipersaiya! (sila bayangkan jalan terus gila zig-zag macam ular kene palu dan perjalanan menuruni bukit yang elevationnya ialah dalam 60-70 degree angle).

masa tu dah hampir ke waktu tengah hari. ayoi kene pegi solat jumaat la mesti kan. tapi sebelum balik rumah, kitorang singgah makan kat kedai cendol n rojak yang aku rasa paling feymes kat taiping tu..

hek eleh, gambar isi duit parking pon nak amek!



nak kata kelaparan tu takla jugak. tapinyer bila makan cendol n rojak tu, terus ilang mabuk petai tadi. mwahahahahaa... ingatkan nak tambah mangkuk cendol ke-2, tapi kne simpan perut untuk aktiviti makan petang nanti pulak..

balik rumah, aku n izzat di join oleh widad, kitorang ke salon rambut. cuci rambut, urut2 kepala n bahu, cuci muka = RM9 sahaja. sapa nak nangis sekarang? ok, takpe, kalo korang nangis sebab murah, aku tak marah. sebab dulu aku dah nangis jugak.. aku nangis? biar benar. tipu aje! lebih kepada terkejut ye. sementara tu ayoi pegi solat jumaat dengan alim, merempit naik moto.

lepas tu kitorang teruskan aktiviti lagi dengan makan mee udang mak jah. kampung ayah aku kat kuala sepetang ye. so memang sangat glamer la dengan mee udang. semorang pon nak bukak kedai mee udang. dalam banyak2 kedai, kedai ni aje yang paling sedap, paling dipercayai dan konfem udang fresh baru naik dari laut. ada kedai2 yang lain ialah pakai udang bela yang diberi makan pallet. tak sedap ye encik!


kesedapan ialah berlipat ganda bilamana mee udang tersebut dibalas pulak dengan laici kang sejuk gila. sapa boleh lawan tahap kesedapan mee udang home made? oh, ini festaim aku makan mee udang kat kedai ni. sebelum2 ni aku selalu order kuey tiaw goreng udang aje.. hihi

lepas tu terus kitorang muzium ape ntah namanya di matang. bergambar sakan ialah diwajibkan bagi setiap pitstop. kalau tak, akan terasa janggal dan kekurangan aktiviti di situ.



dalam banyak2 bende, yang ni paling best skali. alat2 mengukur zaman dulu. ada yang aku pernah pakai utk buat kerje n ada yang aku tak pernak tengok! kagum! berbangga aku jadi salah seorang land surveyor!


ayoi : ko ni sayang sangat dengan UK
aku : mestila. tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat kene frost bite
izzat : frost bite tu ape?



lepas puas bergambar dan tengok pameran, kitorang terus menuju ke muzium taiping yang terletak di bandar taiping. tapi muzium ialah dah tutup. makanya kitorang terus ke taman tasik taiping.


gambar lari + lompat




dah puas bergambar, kitorang ronda2 lagi taiping tu sampai gelap. lepas maghrib, kitorang dengan pantas terus ke zoo taiping untuk masuk night safari.


masa tengah duk beratur tunggu train ride, ada sekumpulan orang kurang upaya pekak-bisu tengah tunggu sama. borak2 dengan ketua kontijen diorang, rupanya diorang buat rombongan dari kelantan. bagus jugak kan, semakin banyak aktiviti dianjurkan untuk diorang untuk create awareness dikalangan rakyat malaysia.

naik train ride, kitorang borak2 sambil tengok kiri kanan. ada binatang yang nampak clear, ada yang tak berapa clear. maklumlah, malam. takkan org zoo taiping tu nak letak lampu terang benderang kat semua tempat bagaikan dalam bagunan yang dipasang lampu ketika malam. kalo ko nak tengok terang2, baik ko pegi zoo tu masa siang hari.





lepas keluar dari zoo, masing2 dah lapar. singgah makan dulu sebelum balik ke rumah.. penat ke? tak lah sebab best dapat bergambar..

esoknya (5 june 2010) kami bangun pagi2 lagi dan bersiap2 untuk meneruskan perjalanan. nak habiskan tour de taiping dulu sebelum berangkat ke penang. pagi tu ingatkan nak bawak diorang pegi makan cucur udang best gila kat kuala sepetang tu, tapi kedai tu dilanda banjir dan hanya boleh order untuk takeaway sahala. maka ayah orderkan cucur udang 10 keping dan air untuk kitorang..


kitorang pegi ke forest reserve park. tempat tengok macam macam pokok bakau di tanam dan dijaga. slumber kitorang buka makanan n berkelah kat situ. takpe, takde orang berani marah sebab diorang takut dengan cikgu roslan.




lepas dah makan, kitorang pon jalan2 ronda tempat tu. memang best lah. ni kali ke-2 aku pegi sini. ada jugak budak2 kecik yang kutik anak2 kayu bakau untuk dijual. bagus diorang ni. kecik2 dah pandai bisnes.




lepas jalan2, kitorang ke muzium taiping (yang tutup semalam tu). best gile! by the way, semua muzium adalah free ye. memang best.








lepas bergambar sakan dan hari pon semakin panas, kitorang pon terus bergerak ke penang. ok, yang tu cerita kat next entry pulak ye..