Showing posts with label Ireland. Show all posts
Showing posts with label Ireland. Show all posts

Friday, October 15, 2010

makan

hari-hari memang konfem ada banyak dapat pamplet free. pamplet makan pon ada jugak.


malaysian curry, malay sambal


orang malaysia kot yang empunya kedai ni. dekat gila dengan rumah. tapi tiap kali lalu asyik la nak tutup.. dah kaya kot, tu yang buka sukati time dia aje.

teringat kat limerick, ireland, kedai cina yang kitorang selalu pegi untuk beli sambal olek dan rempah ratus. tuan punya kedai dan konco-konconya cakap melayu ok dengan kitorang. kaya raya lah diorang. buka kedai runcit aje, tapi boleh survive. kerna ada orang macam aku n family yang akan cari jugak bende-bende temptation malaysia.

Thursday, October 7, 2010

from limerick with love.. ye ke?

banyak banyak bende yang aku ambil dari limerick, ini yang paling mahal ni.. surat doktor normaliza!!!

kenangan ni. indah ke tak indah, itu belakang kira. yang penting ada bukti.. kan kan kan..



surat sekolah alim




kenapa balik nottingham? sebab kenangan dengan arwah nenek ada kat sini.

kenapa tak duduk limerick? sebab banyak orang poland!!!

orang irish baik, handsom, serta kacak laksana. tengok la westlife kan.

Wednesday, October 6, 2010

padan muka aku

haritu pegi town. bawak camera. abes aku kene kutuk. padan muka aku.

"time ni nak sangat bawak camera, snap sana sini. aritu tak amek pon gambar, harap bawak aje camera". kwang kwang kwang. terus terasa nak jadi batu, berdiri sebelah left lion kat market square tu. saya malu..

captured by camerawomen tegar, Dr Mama


hangen agak kuat ya kawan-kawan

budak excited nak pegi sekolah
jalan punya jalan, masuk suma pelusuk, suma kehausan. marilah ke strabucks. sini kalo minum starbucks, macam minum oldtown white coffee aje. affordable. kalo kat mesia, rasa membazir lah pulak. huhu..



letih aku nak dengar widad mengarut


lepas tu jalan lagi. jangan tak jalan. akibat merembat caffee latte venti (lagi), ha, pegi toilet 2-3 kali jugak ye. itulah akibat minum kopi yang terlalu banyak. tapi sodappppp!!!! kini saya sudah kembali minum neskepe setiap hari. huwaaaaa..

dah penat jalan, lapar lah pulak. haruslah nak makan jacket potatoe. marilah..


testing filling lain, cheese + baked beans + veggie chillie. sodap! tapi sebab banyak sangat, siap simpan untuk dinner malam tu & breakfast esok paginya. huahuahua..
sambil duduk-duduk kat depan broadmarsh centre tu, ada la geng-geng budak uni (aku rasa la) kutip derma untuk persatuan cancer. so untuk attract attention orang ramai, diorang dress up macam-macam style.

pakai boxer kat luar seluar, gaya rambut amy winehouse, bdrseluar pantai bagaikan mahu pegi snorkling
kami parking di broadmarsh centre. lebih jimat dari naik bas atau tram secara berjemaah ye kawan-kawan.

station bus tempat aku tunggu bas ke airport. patutnya tunggu di train station. ampeh la ko aliaa!


barulah pelancong, jalan sikit amek gamba.

geng budak laki yang duk slumber nyanyi sambil jalan. mementang ada lawan bola malam tu..


kami pulang ke rumah dengan kaki yang sakit, pipi yang membeku tapi berhati girang riang gumbira.

Tuesday, October 5, 2010

Ireland

Minggu lepas, ke Ireland untuk 2 hari, 1 malam. ada urusan negara (yo la tu!!) yang perlu disettlekan di sana. Flight was on Tuesday morning, 28th August 2010 at 6.35am from east midlands airport to dublin airport. bajet-bajet nak keluar dari rumah pukul 2.30am. ambil teksi ke town, then ambil bus ke airport. hari Isnin pukul 10malam aku dah masuk tidur. kekonon at least nak dapat 4 jam tidur, bangun pukul 2am, bersiap dan pukul 2.30am call taxi. tapi, entah kenapa, tak boleh tido. keji betul. abis dah bergolek-golek, akrobatik segala. tapi still tak boleh tidur. maybe dalam fikiran terlalu concentrate takut tak sempat sampai airport. akhirnya, nak dekat pukul 2am, aku dan bangun dari katil dan bersiap-siap. then turun bawah, tengok tv sambil online, nak tengok whether forecast for Dublin. nak bawak jacket yang sesuai. kat tv ada cerita hindustan ok!

pukul 2.30am aku call taxi, tak sampai seminit dah sampai. mintak taxi hantar ke nottingham bus station. patutnya bas ke airport pukul 3.10am. aku dah sampai bus station pukul 2.45am. so biar awal kan. nak dekat pukul 3.10am tu, aku dah nampak bas airport tu kat jalanraya kat luar. tapi dia tak pusing masuk bas station pon. aku pelik jugak. so aku keluarkan balik pamplet bas airport, tengok, betul ke tempat aku tunggu bas ni. rupanya, kalo bas ke airport, kene tunggu di nottingham TRAIN station, bukan BUS station. ampehhh. next bus ialah sejam lagi. so nak mengelakkan lambat sampai airport, call lagi taxi tu. sampai airport dalam pukul 3.45am.

east midlands airport yang takde orang
serius, aku tergezut. takde orang kat kaunter pon. so yang pelancong-pelancong (termasuklah aku), i mean the customer, suma agak blurr lah muka masing-masing. aku duduk lepak kejap sementara tunggu kaunter bukak. then kaunter cek in bag pon bukak, meaning ada la sorang staff duk situ. aku nak pegi cop teket, pasal tak nak cek in bag pon. tapi dia kata, kalau nak cop, ada kaunter lain. dan kaunter tu pon tak bukak lagi. cisss. tunggu lagi.

dalam setengah jam lepas tu baru dia bukak. lepas cop teket, terus aku masuk ke security area. malas nak tunggu kat luar tu sebab ada satu group nenek-nenek n atuk-atuk (tatau la persatuan ape) duk kecoh2 barang diorang la, nak cek in la, berebut la. aku fikir, kalo beli makanan kat luar ni, tokleh lepas security. baik aku beli makanan lepas security.

so lepas security cek, aku tengok kedai kopi ni aje yang bukak. ada la muffin segala jual jugak tapi macam takde mood nak makan. so just orfer caffee latte large. jenuh nak habiskan!!!



kedai pon tak bukak lagi

gate number pon diorang tak display lagi.

sambil duduk duduk tu, tengok lah gelagat orang. sambil berusaha keras nak habiskan kopi tu kan. lepas dah habis kopi, ha, berulang pegi toilet you all! coffee kan akan dehydrate air dari badan kita. ada la 5 kali jugak pegi toilet. cisss.

dalam pukul 6am dah didisplay gate no. so cepat2 pegi ke gate dan orang semua dah beratur nak naik flight. flight smooth aje dan sampai lebih awal dari jangkaan. instead of 1jam, jadi 45mins aje. bak kata kapten flight, the whether is being very good to us today.

lepas landed, terus keluar dari flight. actually tak penuh pon flight tu. separuh aje rasanya. dan majority ialah pakcik pakcik yang bekerjaya. aku aje yang slumber pakai jeans, tshirt, hooded jacket 2, bagpack n trainer. lepas imegresen (GARDA), aku pon jalan slow n steady ke exit gate.

keluar aje, dah nampak orang yang menjemput. top up fon dulu, then baru bertolak ke lucan, which is rumah my uncle. perjalanan lebih kurang sejam setengah lebih, sebab jam dan peak hours. pukul 8am ok! kalau tak, memang 15 minit aje ke rumah uncle.

sampai rumah uncle, breakfast dulu, borak-borak. catch up on things, news, etc. then bersiap-siap untuk perjalanan ke limerick.

uncle mengajar tajwid untuk budak2 melayu








sempat buat cupcake topping dulu


lepas dah ready, aku, uncle dan orang menjemput naik kereta dan memulakan perjalanan ke limerick. macam-macam kami borakkan dalam kereta untuk mengelak bosan. perjalanan lucan-limerick lebih kurang 2 jam setengah. sekarang ni roadworks dah banyak upgrade. kalau tak, lagi lama kot perjalanan.

sampai di limerick, aku terus settlekan semua urusan. sekolah alim, sekolah widad, estate agent, argos, rumah aisyah. lebih kurang sejam lebih di sana, alhamdulillah semua settle. terus kami bertolak pulang ke lucan.

ontheway balik tu, singgah di rumah kawan uncle, lebih kurang 20mins dari lucan (tak ingat ape nama tempat dia). kawan uncle tu head chef ok! dapat kami makan roti cicah sup daging. sedapppp!!

sampai di rumah uncle, terus kami dinner. aku terus mandi, maghrib dan turun bawak borak-borak dan layan adawiyah (anak uncle). sorang lagi anak uncle, Inaas dan selamat beradu. then masing-masing pon penat, terus tidur.

esoknya adah bangun awal pagi. lepas subuh, layan adawiyah & inaas borak-borak sambil buat origami. kanak umur 9 & 5 tahun, memang best melayan tau.. lepas tu diorang breakfast & pegi sekolah. lepas tu baru aku breakfast dengan uncle & untie. sambil tu borak-borak.

on that day aku stay kat rumah. tengok tv, tolong kemas ape yang patut dan kemas barang-barang yang nak dibawa balik ke notts. petang tu aku ikut uncle bawak kanaks jalan-jalan.

depan rumah uncle n untie..


adawiyah



uncle dan untie aku ialah doktor pakar yang tinggal di ireland. gambar inaas tak sempat snap sebab budak tu sangat aktif!!!


lepas dinner, terus kami manghrib berjemaah. then aku terus bersiap sebab uncle n untie nak hantar ke dublin airport.


aku mintak uncle n untie drop off aje sebab uncle n untie nak kne pegi ziarah sahabat mereka yang kurang sihat.

kosong gila dublin airport!

lepas check in luggage dan cop ticket, aku terus masuk ke tempat security. then terus ke gate. kat airport ni memang dan display gate mana kita kene tunggu. kan senang camtu.. sempat lagi minum kopi secawan before naik flight.

dalam plane dah.. nak balik UK..




selamat tinggal ireland. nanti saya datang lagi!

flight pukul 10.15pm on 29th August 2010 (Wednesday). bertolak on time. sampai pon ontime, pukul 11.15pm. sampai di airport, bas dah ada. terus naik bas untuk ke nottingham town. sampai di town, naik teksi ke rumah. sampai rumah jam 12.30am, 30th August 2010. mama yang buka pintu dengan muka berseri sambil menanti cerita ceriti menarik aku nak sampaikan. Story from Ireland, about people in Ireland, what happened in Ireland. 

Nottingham - East Midlands Airport - Dublin Airport - Lucan - Limerick - Lucan - Dublin Airport - East Midlands Airport - Nottingham.

Saturday, October 2, 2010

trip to ireland (28-29 sept 2010)

pictures : will only put in some. but the rest, exist only in my memory and only for my own eyes. (menyampah tak?)

fun or no fun : fun and exciting

mission accomplished : first mission, definitely, with flying colours. second mission? still in progress. please pray for the best.

Friday, October 1, 2010

SPBT

maknanya skim pinjaman buku teks. aku tak payah beli buku teks masa sekolah, sebab nya anak cikgu kan. suma anak cikgu memang tak perlu beli buku teks. automatik dapat pinjaman.

aku : saya tak perlu beli pon buku teks masa sekolah. sebab anak cikgu kan. so memang dapat aje SPBT tu.

doktor 1 : aah, uncle pon sama. kita kan anak cikgu. hehehe.

doktor 2 : aku tak pernah dapat pon apekebendelah tu. memang konfem kene beli.

maknanya?

cili

chef : adik, tak makan pedas ke?

aku : makan. tapi kalau cili api saiz besar, takut nak makan. kalo blender, memang makan (padahal same aje kan konsepnya, pedas).

doktor : alah, tak pedas pon. dah gigit dah tadi. tak rasa ape pon.

aku : ha? yeke? aiyokk. tapi takut la nak makan. nak pedas dia aje boleh? (sambil pandang chef)

chef : kne la gigit. takpe dik, next time uncle buat cili hitam ok.

doktor : tak pedas pon. cuba la gigit.



sampai sudah aku tak gigit pon cili api dalam sup sedap gila tu.

jagung rebus makan, air jagung tak minum.
cili api kalo diblender utk buat cili hitam, makan. tapi cili api sebijik tak makan.
ikan bilis sambal makan, ikan bilis goreng aje tak makan.
kalo susu letak dalam cereal, minum. susu sahaja tak minum.
tomato mentah makan, tomato letak dalam sup / dalca (ade ke?) tak makan.

kesimpulan : aku memang mengada.

tv

L : ni cerita the librarian ke? (persoalan yang tidak ditujukan ke mana-mana pihak, konsepnya cakap sorang-sorang).

I : eh, librarian tu cerita lama. ni cerita lain. hehehheee..

Thursday, September 30, 2010

makan

lasagna / orange cake / sambal ayam yang paling sedap dalam dunia tu aku dah testing masak. pasal takkan nak makan doner kebab kat Khyberpass aje? euwww. bukan sodap pon.

tiba-tiba nak masak nasi lemak pulak. balik nanti nak masak la.

pergh, terus aku jadi rajin masak la, try recipe baru la, cari recipe kat google la. ape kes? roti canai aje tak buat lagi. pasal ada roti pratha, which yang jauh lebih healthy lagi dari roti canai.

tiba-tiba aku terasa nak makan roti canai kat kedai nenek kat ikram. sambil tengok bkj. bkj? huahuahua.

panjat

masa kat malaysia, kalau aku stress, boleh jugak aku buat sesi mendera kaki tangan lutut, bahu, badan, pinggang, segala dengan panjat bukit or gunung. kat sini, mane aku nak panjat? rata aje aku tengok land surface kat sini.

apekah ini bermakna aku kne berjinak-jinak untuk berjogging dan mengworkoutkan diri kat outdoor gym di forest field tersebut sambil tengok team bola sepak nottingham forest training, tapi tak pernah nak menang tu?

ataupon, aku perlu ke konsert westlife sahaja sudah memadai?

oh yes, westlife is enough.

ma, sapa bawak pegi carboot arnold jap lagi?

pasta bake

A - dah makan ke?

H - dan makan dah tadi. (tapi ambil jugak mangkuk & senduk pasta bake. terus makan)

kata dah makan???

(aku, terus aje tengok laptop ni)

video

kalo anak orang putih, sua aje camera / video camera dan say "action!", diorang akan terus aje bercakap tanpa henti.

kalo anak orang malaysia (biasanya lah), sua aje camera / video camera dan say "action!", terus bisu, keras kejung satu badan.

kalau widad, tak sempat nak sua camera / video camera, dia terus aje bercakap sorang-sorang dan posing sorang-sorang.

kesian betul adik aku sorang ni. weh, arini ko pegi college tak widad?

doctor

my uncle said that, it is not too late for me to study medicine, if i am still into it.

one of the most interesting thing that he said to me was, "all those 6 years of studying medicine in the university, doesn't prepare me for my first day of work". wow, really?

any medical doctor would like to comment on it?

ie, uk

ireland lain, united kingdom lain. orangnya pon lain. cara hidup pun lain.

orang polish (poland)? mane diorang pegi, sama aje perangai. cisss!

dublin : 5.10pm (29th sept 2010), kuala lumpur : 12.10am (30th sept 2010)

doa kene banyak-banyak

usaha dan ikhtiar kene sehabis mungkin

sebab hasil takkan datang bergolek

saya perlu kuatkan semangat

semua yang terjadi, dirancang atau tidak

mesti ada hikmahnya

Wednesday, September 15, 2010

Cliffs of Moher, Ireland - 5th September 2010

balik dari Galway, kitorang kemas-kemas barang-brang, basuh baju, basuh bekas-bekas, kemas rumah, etc. then aku terus browse internet macam mane nak pegi ke cliffs of moher ni. nak sangat pegi cliffs ni sebab salah satu video clip westlife - My Love ada buat kat sini. silalah type Westlife My Love kat youtube, nescaya akan berjumpa dengan video clip tersebut.


perjalanan lebih kurang sejam lebih sikit dari limerick. patutnya less than an hour tapi sebab lalu jalan kampung, ikut belakang truck ladang, lalu tepi kandang kambing biri-biri, etc. sebelum sampai ke tempat kejadian, singgal petrol station, tumpang toilet. oh by the way, budak irish yang jaga petrol station tu ialah hensem.

alim tunggu turn


tempat ni kne parking kat tempat parking yang disediakan. then bayar n masuk. parking free tapi nak masuk kne bayar. dewasa 6 euro, kanak free. so skali lagi widad jadi kanak.


sangat teruja dan excited. dari tempat parking tak nampak lagi cliffs nye. kitorang jalan lah jalan..


dah nak dekat sampai dah tempat view cliffs tu.. dah nampak sikit-sikit. excited tapinyer control macho. hahahaaaa

ya, sudah sampai ke tempat view nya. sangat cantik. sangat sejuk. sangat kuat angin. sangat best. sangat berangan jadi westlife, panjat kat atas cliffs tu n nyanyi.

photographer tegar pakai camera yang aku pon tatau la canggih ke, old school tapi menghasilakn gambar yang sangat cantik ke, aku pon tatau.


yey! sangat cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


tengoklah rambut widad bersepah. bukti angin yang sangat kuat. yelah, tepi laut kan.


nangis nangis nangis

almost semua gambar diambil oleh photographer tegar, Dr Mama










die ada 2 puncak yang boleh panjat naik untuk bergambar, etc. aku n widad naik puncak kanan, mama n alim naik puncak kiri. kitorang amek gambar mama n alim dari puncak kanan n vice versa. then kitorang join mama n alim, panjat ke puncak kiri pulak.

tercungap-cungap memanjat. padahal ada atok n nenek siap pakai tongkat, relex aje naik, siap potong kitorang. malu makcik!





kat puncak kiri tu ada pagar ni, diorang tak kasi lintas pagar ni pasal private property dan ada orang dah pernah mati jatuh dari cliff tu. tapi omputih ni kan ke degil sejak azali lagi. ada aje yang seberang. kitorang baik, ikut peraturan. hahaha








turun dari cliffs, ada macam tempat pameran. kitorang masuk dan tengok tengok ape yang dipamerkan sangat kan. agak berinformatif jugak..









dah beku-beku kesejukan tu, kitorang dan puas bergambar sakan, kitorang beli souvenir sikit. then ambil gambar lagi sementara ondway jalan ke kereta.






widad n alim kutip batu kat sini. batu westlife katanya. nak main batu seremban dengan batu westlife.



aku pon kutip sama. westlife tau



lepas tu kitorang pon pulang ke rumah. sampai rumah, masak chicken n chips untuk berbuka puasa..