Thursday, April 13, 2017

Winter in Korea 2017 Day 9 : Twosome coffee, Hangang Park, Yooganae & the longest journey back to Yongin

Hari ke-9 di Korea memang tersangatlah sejuk. Sejuk dia aku rasa lain macam. Malam sebelumnya memang snow turun sikit. Dia punya sejuk bersuhu negative, sampaikan...

bekas air untuk anjing ni pun beku
So, boleh bayangkan tak macam mana sejuknya. Tapi so far alhamdulillah boleh survive dengan cara berpakaian masa winter suhu negatif-negatif ni. Pagi tu lepas breakfast power kat rumah, bergerak dengan Maisa, Zul, Mateen dan Alim ke Seoul. Alim dia ada kelas Korean kat Seoul. Sofea tinggal dengan grandma kat rumah.



cemana nak cair kalau cuaca beku




sementara tunggu bas mestilah sibuk nak ambil gambar walaupon muka dah kebas. hahaha

Masuk aje ke Seoul, Maisa sekeluarga turun dulu, diorang nak pergi ke Daiso yang sebelum hentian Myeongdong. Aku pulak berhenti di Namdaemun dan berjalan ke Myeongdong dan Alim terus ke Seoul station untuk naik subway ke kolej dia. Jumpa Shah kat Myeongdong lepas tu kami ke Twosome Coffee yang depan Pacific Hotel tu. Order coffee dan duduk mengopi. Aku order Pistachio Latte. Rasa macam ubat selsema bak kata Shah.











Settle mengopi, kami naik subway ke Hangang park. Lagi sekali aku tersalah turun subway station, kami pergi turun station yang selepasnya. So naik balik subway, turun ke station sebelumnya dan keluar terus jumpa Hangang park. Snow turun lebat selebat lebatnya. Merasa lah shooting dalam snow. Bajet artis korea sangat. Hahaha.
















compulsory jumping shot

Betul kata orang, bila snow turun ni dia punya sejuk takdelah beku tahap dewa sangat. Masih boleh lagi tahan, siap tak pakai glove lagi.

Lepas dah puas ambil gambar semua, kami pun naik balik subway dan patah balik ke Myeongdong. Lama jugak kami kat Hangang Park tu. Basah la jugak hoodie.




yang ni over hahaha

Balik ke Myeongdong, perut pon dah lapar. So kami pun pergilah makan nasi goreng seafood kat Yooganae.


Dalam pukul 5.30pm macam tu aku dah gerak balik ke Yongin dah. Sebabnyak mama dah pesan, hari sabtu for the past 9 weeks ialah ada picket tunjuk perasaan orang Korea ni nak suruh presiden dia turun jawatan. So banyak bas tak boleh masuk ke Seoul. So aku pon gerak balik awal, pergi tunggu bas kat station bas yang aku selalu tunggu kat Myeongdong tu. 

Tunggu punya tunggu, tengok kat signboard memula lagi 30 minit, then lagi 45 minit, sekali 90 minit waktu menunggu. Tak boleh jadi ni, konfem bas tak masuk Seoul. 

Pastu aku teringat Alim, cane pulak dia nak balik. Aku hantar text kat dia tapi dia tak reply. Aku toleh across ramai-ramai manusia kat station bas tu, dan nampak Alim. Punyalah seramai-ramai orang tu boleh nampak dia. Aku pergi kat Alim, dia pon terkejut tengok aku. Kami jalan ke station bas Namdaemun, kat situ katanya bas lgi 50 minit. Alim online dan tengok bas takkan lalu kat station bas tu. So konfem akan delay lagi bas. So kami opt for naik subway. 

Kami naik subway dari Namdaemun station tu, tukar 5 kali subway dan sampai ke station Gwangju. Sampai aje kat situ, ambil taxi dan balik rumah, kena KRW11,000. 

Kami sampai rumah jam 9.30pm. Lama gila perjalanan balik. Pergh, memang penangan betul bila picket kat Seoul tu. By the way itu ialah malam last Shah kat Korea. Esoknya dia balik Malaysia dah. 

Sebab kelaparan, balik rumah aje terus makan. hahaha.





Friday, March 3, 2017

Winter in Korea 2017 Day 8 : Snowwwww!!!, Itaewon Seoul Masjid, Edae (again), Dongdaemun

Rasa nak nyanyi "let it snow let it snow let it snow" aje walaupon dah January masa tu. Sebabnya snow sepanjang malam sampai ke pagi you alllllll... Malam tu bila snow aje memang aku excited. Dah bayangkan esoknya semua putihhhhhh aje walaupon time tu baring melekap kat lantai panas sebab ada floor heater best gila.

Yes, snow pagi tu. Semai dan family berteka teki nak join berjalan ke tidak haritu. Akhirnya diorang tak ikut aku ke Seoul. Oleh kerana pagi tu snow dan haritu ialah hari last mama mengajar kelas dengan orang Samsung, aku pon hantar mama ke kelas nun atas bukit. Semai pon follow sekali.

Sepanjang jalan dari rumah ke bangunan Samsung atas bukit tu memang kerjanya ambil gambar, selfie, minta mama ambilkan gambar, pose sana pose sini. Kemain lagi.


cantik kan

bahagian walkway tu orang dah sodok dan tabur garam supaya tak licin. tapi kami jalan hati-hati jugak

ketebalan snow


percubaan selfie

selfie lagi

wefie berjaya!

nak bercakap ke nak selfie memasing ni

omelnyaaa

kasut basah don't care

posing lagi

apartment mama. nampak tak snow turun?

pose macam nak iklankan bangunan

nampak snow turun tak?

nak buat lompat bintang ke nak bersin tu?

tebal beb, tebal

winter wonderland sangat

semai salah arah?

cek kasut tenggelam sebab kaki dah kebas

yes, masih kebas dan nak bersin

paksa semai ambilkan gambar hahaha

snow tengah turun pon takde hal nak pose

flying without wings?

masih sempat lagi selfie

masih sempat lagi cameo

amboi mimaa omelnya

sejuk tak tangan tu mima?

berdiri senget menandakan kecanakan bukit Samsung itu

tugu kat main roundbout HUFS ni pon settle diselaputi snow

Lepas hantar mama ke Samsung, kami turun bawah balik, aku terus ke busstop untuk tunggu bas. Lebih tepat lagi aku berlari ke bus stop sebab bus tengah on the way nak turun ke bus stop dan sambil babai Semai. Semai balik ke apartment. 

Kali ni janji dengan Shah nak jumpa kat Starbucks Korea Post.

Sorry ler lama tunggu saya
Nasib kat starbucks ada wifi free. Sempat upload gambar kan Shah?

overlooking outside the building


Coffee is about Exploration (capital letters)
Mula-mula nak pergi ke Edae, barulah ke Itaewon. Tapi sebab masa tu dah pukul 11am lebih lepas shooting kat Starbucks tu, kami pon proceed terus ke Itaewon. Solat Jumaat di Masjid Seoul.

Masjid atas bukit so nampak bahagian bawah Seoul

penuh snow kat bumbung

Masjid Seoul di Itaewon

close up and personal with Him
Ini kali ke-3 aku solat Jumaat. First time di University of Nottingham masa buat PhD di sana. Second time di Masjid Nabawi masa buat Umrah tahun 2014 dulu.

Lepas solat Jumaat, terus turun ke bawah dah singgah makan set kebab kat kedai Mr. Kebab. Portion besar, makan 2 orang pon kenyang.


orang kedai snapkan gambar dan aku ialah kelaparan ready nak makan

sedap hoi. ini mixed ayam dan lamb kebab, nasi dan salad.
Settle makan, kami ambil subway terus ke Edae. Mission utama ke Edae ialah nak beli sweater yang aku nampak hari sebelumnya dan malam semalamnya aku mimpi sweater tu. So kenalah datang semula dan beli. Ok bab mimpi sweater tu aku tipu je, aku memang mengada nak beli sweater tu.

Tapi sebab tak ngopi lagi harini. So, mai pekena kopi dulu.

Yang aku perasan, kedai kopi kat sini kalau yang independent or personal punya, macam yang brand tak dikenali, mesti kopi dia murah. Kalau yang glamour atau imported brand, mesti harganya mahal. Tapi kopi punya pasal, memang dah ada budget aku khaskan.

kedai kopi murah. teknik guna phone, keluarkan 1 jari sahaja.

yess dah dapat caramel macchiato

Tengoklah harga dia semua ok sangat
Lepas tu kami pon jalan-jalan keluar masuk kedai, beli sweater aku tu, then try kasut lah bagai semua, tengok handbag, etc.

basking masa cuaca -10 degree? takde hal sis.

buat survey masa winter? lagi lah takde hal.

siapa hantu green tea boleh lah masuk kedai ni
Lepas tu kami ke Dongdaemun. Misi utamanya nak tengok lampu LED kat Dongdaemun History and Cultural Park.

bangunan tu baru siap

konon-konon jalan lintas

yes dah jumpa. tapi hari masih siang so tak nampak sangat lampunya

siang pon siang lah. shooting tetap shooting



masa ni membayangkan kalau gelap lagi cantik

Lepas tu kami ke area yang jual kasut-kasut (opposite Doota shopping mall) - sebelah tempat lampu LED tu. Jalan-jalan kat lorong kasut, tengok-tengok kasut. Keluar masuk kedai kasut, try kasut, etc. Last-last Shah sambal sepasang. Aku? takde yang menarik di hatiku. Singgah Daiso beli benda merapu aje lepas tu sebab murah. Hahaha. 

Oleh kerana lampu tu tak berapa menarik dilihat walaupon masa maghrib, kami pon decide untuk pergi makan dulu.

Ini first time aku makan di kedai ikan bakar kat Dongdaemun ni. Aku sure yang ramai Malaysian datang sini untuk makan ikan bakar. So aku pon google info dan ikut panduan dari blogger Kak Azie aziejaya.blogspot.com.

Masa sampai kat lorong kedai ikan bakar tu, tanjat gegirl. Sebab banyak kedai nak pilih. Kitorang pon lintas satu persatu kedai. Semua pun greet dengan "ikan bakar ikan bakar". Alamak, sis buntu untuk membuat pilihan. Shah seperti biasa "Shah tak kisah, ok je mana-mana kedai". Sambil jalan tu, tiba-tiba sorang ahjumma keluar dari kedai dan panggil kitorang sambil cakap "sini sini ikan bakar, sotong... Malaysia... Malaysia...". Terus rasa nak nyanyi lagu Negaraku. Then, ok, kami pilih kedai tu. Kenapa? Sebab ahjumma tu tau kami orang Malaysia. Sebab kita kan selalu dianggap orang Indonesia or Singapore (sebab bertudung).

order ikan tenggiri bakor dan sambal sotong


Oleh kerana kelaparan, licin kami settlekan. Semua sedap, pedas berapi sampai telinga. Terbaek lah. 1 meal KRW7,000. Kami order 2 meals (Ikan bakar dan sotong) so totalnya KRW14,000 sahaja. Berbaloi dan murah.

Lepas tu dengan perut penuhnya kami jalan balik ke tempat lampu LED tu. Actually takdelah jauh sangat tapi sebab perut penuh kan. Hahaha.

Cantik kan...

gitu sangat nak pegang tapi tak dapat

berlapis-lapis background




penuh lampu ni




Lepas tu kami ambil Subway dan balik ke Myeongdong. Jalan-jalan kejap kat Myeongdong, beli barang yang member aku kirim, then kami pun berpisah. Aku balik rumah dan Shah balik ke guesthouse dia.