Monday, October 18, 2010

duty MMS - 5

udin call aku...
 

udin : kak aliaa, datang perindu kejap

aku : nape?

udin : ada masalah ni. nak kne bawak budak pegi PK

aku : owh. ok.

udin : tapi budak ni sakit pelik la.

aku : sakit ape? melecet teruk ke?

udin : tak. dia histeria.

aku : oo. ok, lagi 5 minit ke camtu aku sampai. kat belakang perindu 4 kan?

udin : aah. tapi budak ni histeria teruk ni. bawak la yasin ke ape ke pendinding diri kak aliaa tu.

aku : ok.

ye, aku cuak ok time ni. kalo budak histeria perempuan, aku tau la nak espect ape. tapi lelaki? dapatnya yang tenaga macam kerbau, tak letih + patah riuk ko dikerjakannya. by the way, time tu ambulance takde, pasal bawak budak pegi hospital klang.

aku ni duk geledah satu sickbay siswi, cari yasin. tapi tak jumpa. ke aku salah cari tempat ke tatau la. pastu aku terpandang satu buku best. aku capai, terus lari masuk kereta, pecut pegi perindu 4. buku ape aku bawak? buku "panduan solat". pasal aku pikir, "ok kot bawak ni, at least dalam ni ada ayat-ayat al-quran kan".

perasaan memang nervous time tu. sampai aje perindu 4, udin turun. suruh aku tunggu jap diorang nak bawak turun budak histeria tu. skali diorang bawak turun budak tu dengan stretcher. aku tengok, budak tu tak meronta pon. pastu takde jerit2 pon. budak tu ialah pengsan. tapi dalam kereta aku tu diorang ikat budak tu dengan cadar pasal diorang kata sebelum tu budak tu meronta. dapatnya dia duk naik syeh dalam kereta time aku drive, naya you all, tak pasal kitorang accident skali. kalo tak salah, abg zizan pegi jugak PK menyusul dengan motor beliau.

sampai PK, terus bawak pegi kat kecemasan. dapat pulak MA Haji Rahim (yang bekas tentera tu). baringkan budak tu kat katil, Haji Rahim picit antara mata dia, terus budak tu sedar. takde jerit, takde meronta. macam terpinga-pinga.

aku, udin dengan abg zizan terus rasa pelik. Haji Rahim kata, "biasalah, budak dah penat.

so, budak ni ialah histeria ke ape sebenarnya? aku pon sampai sudah tatau pasal Haji Rahim tanak cerita. dia tanak kasi kitorang panik kot, pasal tu hanyalah hari pertama MMS. ada lagi 6-7 hari lagi kitorang nak mengadap PB-PB yang banyak kerenah ni.

itulah first time tau / tengok budak lelaki histeria. lepas tu ada lagi, time duty PLKN pulak..

2 comments:

Momoe said...

owh ini die citer picit bebola mata tuh. rseny abg zizan pon penah citer mse klas jurulatih.

haha tenaga cam kerbau

julie^beth said...

momoe - tenaga kerbau memang gila ok! pecah suma bende.

masa kelas jurulatih kan ke yang encik singh tu ada cakap 2 point untuk sedarkan orang, satu yang bebola mata tu satu lagi kat dada. yang abg fendi kene tu kan?