Friday, August 2, 2013

yang pasta baked tu lah...

semalam member office block belakang, kak haslina tanya, "eh aliaa, cuba ko letak sikit resepi nak buat pasta baked ko tu. aku tergodek-godek blog kau tak jumpa-jumpa pon resepi nya. aku je meleleh air liur tengok gambar". aku jawab "alamak kak, resepi tu aku pernah letak tapi kat facebook. ok ok nanti aku letak kat blog eh".

so inilah resepi pasta baked versi aku punya tekak. ala-ala melayu sebab pedas sket.

Resepi Pasta Beked. Kalau tengok gambar kat bawah ni, satu tray sederhana tu untuk 6 orang makan, portion sederhana. kalau macam saiz lasagna kat secret recipe tu, kira-kira satu tray 4 orang makan. Yang ni aku buat 2 tray saiz sederhana.


Bahan-bahan red sauce :
400g minced beef (aku beli yang cap Ramlee)
1 biji bawang besar holland (bawang besar biasa pon boleh) - potong dadu
1 sudu besar serbuk cili (atau 1 sudu besar cili boh)
1 tin (430g) tomato puree (aku suka pakai cap dolmio atau kimball)
3/4 sudu besar gula
2 sudu teh garam
1 sudu teh dried Oregano
2 sudu besar olive oil (atau minyak sayuran lain atau minyak masak biasa)
1 1/2 cawan air

Bahan-bahan white sauce :
1 sudu besar butter / mentega (aku suka pakai butter)
2 cawan susu segar (skimmed milk pon boleh, sedap je)
2 sudu besar tepung gandum
3 keping cheddar cheese (aku suka pakai cap Kraft)
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan lain :
400g spiral pasta (aku suka cap San Remo) - Rebus hingga kembang dan toskan airnya
100g mozarella cheese (kalau nak sedap letak lebih lagi)


Cara membuat red sauce:
  1. Panaskan periuk. Masukkan olive oil. tunggu hingga minyak panas.
  2. masukkan bawang besar. tumis hingga naik bau.
  3. masukkan serbuk cili dan gula. tunggu hingga cili masak.
  4. masukkan minced beef. kacau sentiasa sehingga semua daging tu bercerai dan masak.
  5. masukkan tomato puree dan air. kacau sebati.
  6. masukkan oregano dan garam. masak hingga kuah pekat. 
  7. padamkan api. masukkan pasta yang telah ditoskan tadi. gaul semuanya hingga rata. masukkan ke dalam tray atau bekas pembakar. 
Cara membuat white sauce:
  1. letak periuk di atas dapur. masukkan susu, butter, tepung dan garam. hidupkan api dan kacau sentiasa dengan api paling perlahan sekali.
  2. bila sauce menjadi panas, masukkan chedda cheese. gaulkan sehingga sauce menjadi pekat dan likat. padamkan api.
  3. tuangkan white sauce ke atas pasta + red sauce tadi. cuba cover keseluruhan permukaan tray.  
Taburkan mozarella cheese di atas white sauce. Lagi banyak lagi sedap.

Bakar dalam oven (api bawah sahaja) 170 darjah celcius selama 30 minit. pastikan mozarella cheese tadi semua dah cair dan pasta semua dah sebati.

Bila dah siap, biarkan pasta baked sejuk dahulu. kasi dia mampat dan "mesra" sesama merekad alam tray tu.

Boleh potong dan hidang atau kat rumah aku, ambil senduk, senduk dan letak dalam mangkuk dan makan.

Yum yum...

0 comments: