Sunday, February 20, 2011

speghetti hailam itu

barulah koboi habis kalau masak main blasah aje. terasa feeling-feeling macam pegi camping pulak. masak main bedal ikut ape stok yang ada.

bahan-bahan:
speghetti 1 paket - rebus.

kuah  -
bahan tumisan (bawang besar + bawang putih + sedikit halia)
ayam isi sahaja - 2lbs - potong dadu besar
cili serbuk - 1 sudu kecil
gula
garam
kicap manis - 10 sudu besar
kicap masin - 10 sudu besar
air secukupnya
telur 5 biji

kaedahnya:
  1. panaskan kuali / periuk
  2. masukkan sedikit minyak
  3. tumis bahan tumisan sehingga naik bau
  4. masukkan cili serbuk dan gula. 
  5. tunggu hingga cili masak.
  6. masukkan ayam dan tunggu hingga ayam masak
  7. masukkan kicap masin dan manis
  8. masukkan air (adjust supaya tak cair sangat atau pekat sangat)
  9. kalau rasa masin dah cukup, tak perlu tambah garam
  10. adjust api kepada api paling kecil skali
  11. pecahkan telur dalam kuah tadi
  12. jangan kacau, biar sehingga telur masak.
  13. siapppp
hidang - letak speghetti dalam mangkuk dan tuang kuah!

selera mesti tamak. tu yang slumber pakai besen sahaja. tapi tak habis. laptop digunakan sebagai alas untuk ambil gambar sahaja.

p/s : kalau nak pedas lagi, tambah la sambal kicap ataupon cili padi ke.

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

ok, akan cuba resipi ini kalau dah sebu perut makan nasik, roger!

aliaaroslan said...

kak mimah - berita faham, over.

cepat senang dan mudah. tambah sayur lagi best!

Melissa Imran said...

aliaa,

Kita pon rajin makan dalam besen. Kadang2, makan dalam periuk terus hehehehe

aliaaroslan said...

melissa farah - baru betul penuh bergaya bila periuk naik atas meja. hehe.. janji boleh makan kan.