Saturday, October 23, 2010

maafkan saya

Assalamualaikum wrb.

kehadapan akak yang bercakap dalam telefon kat surau uni semalam,

saya nak mintak maaf jikalau tulisan saya ini menyinggung perasaan akak. tujuan hanyalah satu, untuk mengingatkan sesama manusia tentang perlakuan seharian kita.

saya memang mengaku, saya tak kenal semua orang melayu yang duk kat notts ni. sebab sangatlah ramai berbanding dulu. kalau terjumpa, saya bertegur. kalau tak perasan tu, saya mintak maaf sangat. 

saya masuk ke surau untuk letak bag saya sebelum ambil wuduk. saya senyum pada akak. tapi mungkin akak tak perasan. saya pon tak ambil hati bila akak tak senyum balik. selesai berwuduk, saya masuk ke surau untuk solat. sedang saya bersiap, saya terdengar perbualan akak dalam telefon. saya agak, mungkin akak sedang berbual dengan kawan. 

sedang saya nak angkat takbir, akak masih lagi berbual. saya agak, mungkin akak nak perlahankan suara akak. tapi akak masih bercakap dengan kuat. saya terasa sedikit terganggu. tapi saya meneruskan solat saya. selesai saya solat, akak masih lagi berbual dengan kuat. baru saya terperasan ada lagi seorang muslimah sedang mengaji alquran, tetapi suaranya sangat perlahan berbanding suara akak yang sangat kuat. mungkin dia menghormati saya dan muslimah lain yang hendak solat.

kemudian saya keluar dari surau, saya boleh dengar suara akak berbual dari luar surau. 

saya rasa, kalau akak nak berbual, baik akak duduk lepak kat tempat duduk-berehat di ruang legar student union sahaja, daripada mengganggu orang yang betul-betul nak menggunakan surau untuk tujuan ibadah. 

saya berasa malu kerana akak (yang sah sah pangkat kakak dan of course lebih tua) sepatutnya menunjukkan tauladan kepada adik-adik yang muda (itu pesan mama saya kepada saya sehingga hari ini yang saya cuba laksanakan..). 

maaf sekali lagi, tapi saya rasa tak guna jika bertudung labuh serta berjubah tetapi tidak menghormati tempat ibadah. orang lain di perantauan lain, ditempat dia menuntut ilmu atau bermusafir, tidak disediakan tempat beribadah pun. di tempat kita ni yang disediakan tempat ibadah, sepatutnya digunakan sebaik mungkin.

peringatan untuk diri saya jugak ni kak. 

Ma'a salam.

0 comments: