Monday, June 30, 2014

Baju Raya

Ape memori masak kecik-kecik yang paling korang ingat pasal baju raya?

Aku punya memori ialah, masa kecik-kecik, kami akan beli baju raya beberapa bulan sebelum ramadhan. Yes, sebelum ramadhan. Sebabnya bila dah ramadhan tu, kan ke nak kena berdrama jadi lembek sebab tak makan n minum. ahahahaha seriously, kes drama queen ni memang ternak dari kecik.

Anyway, kami akan pergi ke KL untuk beli baju raya. Yelah, mana ada Alamanda ataupun Mines zaman late 80's dan early 90's. Kalau kat KL tu kami akan ke ampang park, Yaohan dan Globe. Iye, kau, Globe silk store tu. Pastu keluar sikit ke Semua House. Kalau tak cukup stok kat KL, kami akan ke Subang Parade.

Yang paling ingat, dah pilih-pilih baju tu, dah try-try baju tu, mother akan duduk kat satu sudut, last streaming sambil pegang calculator. Kira budget. Masa tu gaji cikgu cikgi tak lah mewah macam sekarang. Tapi dalam pada macam tu, setiap sorang kami akan dapat at least 5 pasang baju baru untuk raya, tak termasuk baju kurung dan baju melayu.

Habis settle tu, kami akan cari kasut raya di kedai Bata. Dan kami akan dapat sorat satu sandal dan sorang satu kasut. Memang akan dipastikan kami dapat semua tu untuk hari raya.

Aksesori tambahan macam handbag ke, sepit rambut ke, memang ada jugak. Balik je dari shopping, semorang akan fashion show. Habis je, semua baju kasut dimasukkan dalam plastik, simpan dalam almari. Takkan keluar-keluar sampailah raya nanti.

Tapi, aku suka je sorok-sorok keluarkan, try baju raya tu then lipat baik2 tak tinggalkan kesan pon. Hevat tak i ols?

Yes, paling diingati ialah part calculator tu.

Friday, June 27, 2014

Molten Chocolate Lava Cake


Lama dah berniat nak buat cake ni. Siap beli ramikens dari aunti jee lagi.

Last week buat seround. Tapi sebab biar lama sangat dalam ramikens lepas dah masak tu, chocolate tengah dia pun masak sekali. So takdelah lava melelehnyaaa.

Kali ni dah pandai adjust masa dan terus keluarkan cake tu dari ramikens 2 minit lepas keluar dari oven. Tapi, terlebih panas pulak, so agak hitam di situ. Tapi, rasa totappp sama. Yeah, berjaya!


Aku pakai recipe di sini. Boleh tengok video dia sekali.

Ni yang aku punya version, ada alter here and there...

  • 1 ounce bittersweet chocolate – chop, if thick (aku guna 60gram)
  • 4 Tbs. unsalted butter – cut into small cubes
  • 3 Tbs. all purpose flour
  • 1/8 tsp. salt
  • ½ cup cups confectioner’s sugar, plus more for dusting (also known as icing sugar or powdered sugar)
  • ¼ tsp. pure vanilla extract
  • 1 egg – room temperature
  • 1 egg yolk – room temperature
  • 2 – 4 ounce custard ramekins – 2 inches deep
  • Whipped cream and/or ice cream – optional (tak letak sebab tak sabar nak makan)
  • Fresh strawberries or raspberries, for garnish – optional (tak letak sebab takde)
  • Note: I created the recipe so that it can be increased by servings of 2 very easily. (I did not create this recipe, saya hanya ikut sahaja =)

Directions:

  1. Preheat oven to 425 degrees F and place oven rack in center position. (Saya letak pada 180 darjah celcius)
  2. Grease 2 ramekins with non-stick spray or butter and place on a baking sheet. Set aside.
  3. Place butter and chocolate into a large microwave-safe bowl and microwave on high, until butter and chocolate melt. Whisk to combine. Mixture should be completely melted and very smooth.
  4. Sift the sugar into the melted chocolate mixture, add the salt and whisk together, until smooth and thoroughly combined.
  5. In a small bowl or measuring cup, lightly whisk together the egg(s), egg yolk(s) and vanilla extract.
  6. Gradually whisk the egg mixture into the chocolate. Mix, until thoroughly combined.
  7. Sift the flour into the chocolate mixture and mix gently to combine, just until the flour disappears. Scrape the sides and bottom of the bowl.
  8. Evenly pour the batter into ramekins and bake for about 13-15 minutes, until edges are set and center is soft. Mine were perfect at 14 minutes, but ovens vary. Allow to cool for a minute or two, before handling. (Saya keluarkan pada minit ke-12 sebab dah berasap)
  9. Run a knife or thin metal spatula around the edge of each ramekin to loosen. Holding the ramekin with a dish towel or pot holder, invert it onto the serving plate. Dust cakes with powdered sugar, if desired. My favorite way to serve these is with a fanned strawberry or several raspberries, a few tiny scoops of vanilla ice cream and some whipped cream, chocolate shavings and spring of mint on top of each cake. Then I drizzle a little chocolate syrup over the ice cream and on the plate. Beautiful and delicious! Enjoy! (Saya tunggu 2 minit, keluarkan dari remikens dan terus zas potong!)


Pasal ikan

Ikan ape? Ikan-ikan emas I ols lah...

Alhamdulillah so far semuanya masih happy bersama-sama di dalam aquarium tu. Nasib baik dah beli batu warna warni so rasanya diorang happy kot.

Aku duk tanya-tanya kat orang kedai jual ikan tu, boleh ke campurkan ikan emas dengan ikan lain. Dia kata, tak boleh sebab ikan emas ni lembut.

Tapi so far alhamdulillah ok jek mereka berkawan dengan ikan kecik-kecik yang Sofea belikan untuk maklong dia ni haritu.

So, ape lagi ikan lain yang boleh join sekali ikan emas ku itu? Or, I should stick with ikan emas je semua tapi beli yang jenis lain-lain.

Erm... pasal guppy pulak, haritu beli 6 ekor, tingga seekor aje. Yang lain dah mati. So yang sorang tu dia syok la duk dalam bowl sorang-sorang. Aku syak, mesti dia dah kerjakan kawan-kawan lain sampai mati sebab nak konker bowl tu. Hahahah kemain syakwasangka kau Aliaa. Guppy ni terkenal sebagai ikan longkang. Warna cantik dan boleh hidup kat mana-mana je. Patut ke aku tambah balik guppy tu?

Dan yang paling lama sekali bertahan alhamdulillah, since January haritu aku beli, ialah ikan laga ku itu. Biru dan merah warna diorang tapi of course tak boleh kasi duduk sekali. Aku beli bekas kecik yang ada penghalang tengah tu. Yang tu memang hardcore. Baek punya survivor.

So untuk present day tahun ni, silalah hadiahkan saya ikan emas china yang harga RM75 itu.


Thursday, June 26, 2014

Kohyang. One of the Korean food place.

Kami memang suka makan korean food di Dubu-Dubu. Tapi haritu ada kawan yang suggest untuk try korean foor di Kohyang ni. Kohyang ni ada banyak tempat, dan yang paling dekat tapi bukanlah sebelah rumah aku ialah di Cyberjaya.

So, aku dan mother pon pergilah try makan korean food di Kohyang ni.

world cup fever, cocacola pun cop Brasil ok!

Kami order lain-lain. Tapi basically kami order makanan yang sama yang biasa kami order di Dubu Dubu.

Mine, Dol Sot Bibimbap (beef)
           
Mother punya, Sondubu Chiggage (Seafood)

Dan kami tapaukan Teok bukki untuk Alim budak yang nak masuk acara merejam lembing untuk sokan sekolah dia tu. Why Alim Why??? Oh, dia menang johan acara 4x400m lari. Ok, well done for that Alim.

Anyway, Erm erm erm... Untuk taste kami yang Korean dan British celup (ape kena mengena?) ni, kami prefer korean food di Dubu Dubu. For me, the Bibimbap macam rasa kureng bila takde taugeh celur tu. Macam kurang rangup. For mother, Sondubu Chiggae nya tak pedas dan macam kurang berasa. Alim kata, Teokbukki dia tak pedas langsung dan aku rasa sikit semalam, memang tak pedas.

Maybe just ok untuk lepaskan gian makan korean food tapi untuk lebih enjoy, better ke Dubu Dubu.

Dan takde, Dubu Dubu or Kohyang takde nye bayar aku untuk post ni.

Progress yang slow

Ape lagi kalau bukan PhD lah. Memang slow mlow betul... Tukang kasi semangat aka mother punyalah hari-hari jadi pom-pom girl untuk siapkan research ni. Tapi, banyak betul tapinya. Ada je benda yang nak dijadikan alasan. Cis cis cis.

Haritu ada colloquium, untuk present progress research dan untuk dapatkan feedback dari supervisory commitee team, termasuk juga lecturer dalam bidang yang sama pun attend juga untuk beri komen. Yang aku tak suka pasal colloquium ni, ialah akan menggelabah takut yang orang tak faham ape research yang aku nak buat dan nanti kena start all over again. Tapi yang aku suka pasal colloquium ni ialah nanti semua lecturers akan beri komen membina untuk improve lagi research kami ni. Takde pun unsur-unsur nak menghentam ke, provokasi ke, memang takde. Alhamdulillah research group ni bersifat macam ni.

So macam biasa, lepas present, rasa bersemangat nak siapkan research walaupun kadang-kadang buntu dan tak sure macam mana nak siapkan.

Wednesday, June 25, 2014

Pasal broadband

From my point of view. 

Since pindah duduk sendiri ni, awal-awal tu aku akan angkut laptop ke rumah mother dan menumpang kasih internet laju unifi yang best asbestos tu. Tapi aku kan pemalas. So aku pun decide nak ambil broadband. Aku ambil dengan maxis.

Awalnya, aku rasa line dia ok je. Cuma ada la beberapa kali yang no internet access. Tapi bila esoknya dah ok, ada line. 

So oleh kerana aku rasa line maxis kat rumah aku ok, aku decide untuk tukarkan line mobile phone aku sekali kepada line yang sama. Kebetulan ada offer terbaru yang all in one tu, 2G data plan + call to any network (unlimited) + SMS to any network (unlimited) for RM128/month. Aku rasa good deal since average aku akan spend about RM150 permonth on that.

Tapi, bila tukar je, haaaaa masalah mula timbul. Asal pukul 5petang ke atas je mulalah line internet broadband dan phone bermasalah. Bila pukul 12malam ke atas, dia ok sikit. Masalahnya, aku ialah nak tidur time tu, bukannya nak buat kerja. Aku nak buat kerja time pukul 8malam camtu. Mind you, dua-dua line internet bermasalah, broadband + mobile phone. Tapi lama-lama tu line phone aku ok. Broadband je bermasalah

Mulanya, masalah ni waktu petang ke malam je. Bila pagi, dia ok.

Ini tak boleh jadi. So, aku pon call lah maxis buat aduan. Call pertama, dia suruh reset network di handphone. So aku pon reset, dan takde perubahan. Call kedua, maxis yang resetkan network broadband dan mobile phone dari office dia. Takde perubahan pun. Mereka pon dah check memang kawasan rumah aku tu takde masalah gangguan network. Call ketiga, terus diorang buat report. Katanya dalam tempoh 48 jam diorang akan cuba settlekan dan call aku semula.

Tapi, memang diorang takde call pon. Haish memang istigfar banyak betul aku ni. Lepas tu, penyakit network ni berjangkit kepada belah pagi jugak. Ini tak boleh jadi.

Ada ke fellow blogger ata readers yang guna maxis dah berhadapan masalah yang sama?

Aku rasa memang nak kena pergi balik office maxis ni.

What say you?

Monday, June 23, 2014

Pasal rokok

Orang merokok. Ialah selfish.

Kot ye pon nak merokok, masuk bilik sorang-sorang dan merokok lah sorang-sorang.

Kami yang tak merokok ni tak berminat nak tumpang sedut asap rokok tu sekali.

Update : Correction (terima kasih Abg Zizan membetulkan penyataan saya)

Merokok, hukumnya harus makruh.

Harus Makruh, maksudnya kalau buat tak dapat dosa, kalau tinggalkan dapat pahala.

Pulaknya, perkara harus makruh ni kalau ulang tiga (3) kali berturu-turut, jatuh hukum haram. (Quote dari Abg Zizan : kalau tak silap, majlis fatwa dah keluatkan fatwa yg mengatakan merokok tu haram)

Bukan ustaz kata. Al-Quran yang kata.

Al-Quran siapa turunkan?

Allah.

Maksudnya, kalau merokok, langgar perintah Allah kan?

Saturday, June 21, 2014

Wowieeee terasa rumah bersih sangat

Sebabnya, baru lepas mengemas. 

Sapu sampah satu rumah sekali dengan balcony.

Ketuk karpet. 

Mop the whole rumah including dapur. Well walaupon i all jarang masak, mesti kena mop jugak kan.

Cuci toilet. 

Now, tengah duduk tengok tv sambil tunggu kain siap dibasuh oleh washing machine, dan minum kopi yang beli di Korea haritu with harsh brown and karipap ikea. 


Friday, June 20, 2014

New semester bermula. Ready?

Seperti biasa, kalau dah minggu pertama semester baru, office akan meriah dengan lawatan student yang perlukan bantuan bermacam-macam. Ada sesetengah masalah tu boleh diatasi je, sebab reoccurred sahaja. tapi bab masalah baru yang kengkadang memang unsunkereable (ada ke perkataan ni?) tu yang memang berpeluh nak menyelesaikan...

One of the usual thing that will happen ialah, the new students will call you "Cikgu" or "Teacher". So kena betulkan diorang ni, sila lah panggil Miss / Madam / Dr / Cik / Encik / Sir.

Tapi, ada sekali tu, student baru ni panggil aku "kakak". Ewah... bila pulak aku jadi kakak kauuu. Adik aku yang banyak tu pon aku dah lost track ini pulak nak tambah adik.

Or, sebab nampak muda ke? Ha... Takyah perasan!

Actually, ada student buat appointment nak jumpa pukul 8.30am tadi. Tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Hurm...

This sem, aku akan mengajar subject lama. Notes masih kena update. Soalan quiz dan test mesti ditukar dan major revamp ialah final exam question. Takde soalan recycle ya. (Sila nangis kepada yang berkenaan).

Ready ke? Ready tak ready, kena ready jugak.


Thursday, June 19, 2014

Bacaan sebelum tidur

4 Qul.
Al-Fatihah.
Ayatul Qursi.
2 kalimah syahadah.
Doa tidur.
Surah Al-Mulk. 


detimmm

ahad lepas aku berdetim dengan alim je. mother pergi terenggu kitooo.

kami dah book dan beli tiket wayang siap-siap. file x-men dan how to train your dragon. kat mana? alamanda of course.

dan, being alamanda, of course ada masalah aircond. jeng jeng jeng. ape masalahnya?

ok, let's start dari pagi.

lepas subuh kami hantar mother ke KLIA. lepas tu balik rumah. tidur kejap. then pukul 9am kami pergi ke papparich kat bangi nun. walaupon awal pagi, tapi memang rasa bahang dalam papparich tu. knapa entah kami tak duk bahagian luar kedai tu.

then by 10am kami dah sampai alamanda. some parts of alamanda memang rasa kurang dingin. well, kami assume sebab aircond baru on. wayang kami jam 12pm so kami pon lepak tunggu kat area depan kaunter ticket tu. suddenly, bila nak dekat pukul 12pm tu, ada announcement.

semua wayang termasuk area beli popcorn dan kaunter tiket tu ialah ada masalah aircond.

dangggggg... so, ada 1 options. boleh terus je tengok wayang tu tapi dengan keadaan panas, or boleh refund.

teket x-men pukul 12pm dan teket how to train your dragon ialan pukul 4pm.

so kami decide nak refund je x-men tu sebab bila aku check online, kat mines ada filem x-men around that time.

so, ke mines lah kami.....

sampai di mines, terus ke kaunter teket. tiba-tiba kami tengok ada how to train your dragon pukul 2.10pm. so kami decide tengok jelah cerita tu kat mines dan later on akan pergi balik alamanda untuk refund (sebab orang alamanda tadi kata boleh refund jugak yang how to train your dragon tu).

sementara nak tunggu wayang tu, kami jalan-jalan then main game tembak-tembak kat arcade. gile ko sampai lenguh tangan aku semua dengan kaki sekali. lepas tu main game racing kereta dan pingpong. alim main lagi game basketball.

then kami pergi solat zuhur dan turun ke area tempat makan yang ada sushi king dan chicken rice shop tu. tak tau nak makan ape, tapi tak lapar sangat sebab breakfast pon heavy. so decide makan hot and roll je.


lepas tu kami naik ke wayang. beli air dan jagung, dah masuk tengok wayang.

habis wayang, kami terus ke alamanda balik. alim je masuk untuk refund ticket. aku park tepi jalan je. then kami ke bangi nak pergi makan.

plan awal nak pergi ani sup utara. tutup.

jemari. tutup.

then ingat nak makan kat tempat makan dalam jaya grocer tu. dia macam ada makanan western ala-ala delifrance tu. tapi alim nampak Homst Kitchen, masakan chinese muslim. so kami ke situ.

fiuhhhh nasib baik kedai dia sejuk. selesa betul.

alim makan 3 mangkuk nasi putih + 2 pinggan honey lemon chicken.

aku - yee mee sizzling with loads of cili potong.

lepas masing-masing dah full sampai tokleh bergerak, kami pon balik rumah...

malam tu, lepas isya' aku dok ronda dengan alim carik kedai gunting rambut dia. nape sampai ronda? sebab almost semua kedai kami lalu, ada lebih dari 4 orang yang menunggu. kecuali 1 kedai tu memang ramai menunggu tapi dia ada 3 orang barber. so aku tinggalkan je alim kat situ.

aku ke KLIA jemput mother.

then balik rumah dan tidooooo.

sekianlah detim kami pada hari ahad yang lalu...

Wednesday, June 18, 2014

Aliaa and food

Memang tak dapat dipisahkan. Walaupon ada time yang rasa malas or taknak makan, tapi most of the time kenalah makan kan. Sempena nak ramadhan ni, kena asah balik skill masak. Bukan nak masak canggih pon, biasa-biasa je. 



Ha, macam nasi goreng kasih sayang atas ni. Aku angkut nasi putih yang dalam fridge kat rumah mother ke rumah aku. Pastu esoknya, aku lerai-leraikan dia lepas keluarkan dari fridge. Pastu panaskan kuali, masukkan minyak, perencah nasi goreng adabi, sosej dah potong-potong, nasi putih tadi. Gaul sampai rata. Then garam secukup rasa, pecahkan beberapa biji telur. Gaul sampai kering, dan siap!


Speghetti kari ni lagi pemalas punya style. Dahla rencah dia telur rebus je. Gilos kan. Memang saje ganti mee kuning dengan speghetti. Rasa lagi sedap lak tu. 


Ha, yang last ni mestilah bukan aku yang masak. Kat IG aku dah upload, ni satay willy namanya. Memang alhamdulillah nasib baik masa nak tapau satay ni tunggu turn 2 orang je. Sampai rumah mother terus ngap. 

Sape dah siap list juadah untuk berbuka ramadhan ni? I need suggestion please.

Tuesday, June 17, 2014

Tergolek

Kalau ubah position tidur dia, luke keluarkan tangan dia supaya tak kekal tersepit, amukan akan berlaku.

Pacifier tak lepas tau tak.

Grandma belikan baju tu kan PD. 


Ok, lepas ni jom beli ikan untuk aquarium mak. 

Engineering your future

Oh my office. 


Multitasking. Envelop kena collect sendiri ya. 

Saturday, June 14, 2014

Devils Food Chocolate Cake (dfcc)

Ini bisnes kawan aku, kawan dari sekolah rendah. Asalnya aku tengok je dari jauh. Tapi maltesers tu memang buat meleleh air liur aku. 

Untuk yang berminat, boleh tengok instagram dia dan contact terus.



Aku try dfcc ni. Seriously memang sedap. Aku order 1kg dfcc with maltesers.


Lepas tu aku whatsapp adik-adik aku semua gambar ni. Well, siapa lambat, memang kekal tengok gambar je la. 

good or bad?

Semalam, aku saje buat online survey on

How well do you know the band / pop group from the 90s and early 2000 <-- click this link.

Sekali kau, score aku 15/15.

Nampak sangat memang masa aku teenager tu, kau memang takde kerje lain, Aliaa. Balik-balik duk dengar lagu westlife, five, steps, s club 7 bagai semua. Lepas dengar, hafal lyrics pulak. Tapi seriously itu memang menyumbang ke arah aku reti english sikit-sikit.

Tapi, memang aku punya die hard fan pon takat beli keset (masa tu zaman keset, lepas-lepas tu barulah CD). Pastu paling kuat pon beli magazine top of the pop sebab nak poster diorang. Lepastu tampal poster kat bilik. ewah, bajet bilik teenager anak omputih sangat. padahal kau makan sambal ponnnn.

Tapi pada masa yang sama, aku minat je nak belajar benda-benda lain.

Contohnya, masa kitorang duk England tahun 2000 ke atas, arwah nenek duduk dengan kitorang sekali for 3 months (ke lebih?). So masa tu, aku belajar mengait dengan arwah nenek aku. seriously mengait wei. dapat la sebijik purse kecik.

Lepas tu aku belajar buat karipap. dengan arwah nenek aku jugak. tapi dalam pada tu, tetap keep track bila magazine smash hits keluar sebab nak pergi ASDA beli. haish... teruk kan. tapi takat tu je lah.

aku rasa good kalau pengaruh sesuatu benda tu tak memudaratkan.

tapi, kalau sampai nak ikut dressing yang negatif dan nak try benda-benda yang pelik, baik control or jangan terus je.

Friday, June 13, 2014

Gaya makan

Gaya makan alim. 



Tak sure sama ada dia nak tunjuk the feminine side of him atau jadi kelingking sakit kah?

Hahahha slumber kutuk adik sendiri. Well, sape nak kutuk adik kalau tak kakak dia kan. 

Yes, dia makan ikan pari bakor, ayam kampung goreng, dan ikan keli goreng on top of sepinggan nasi penuh. 

Teenagers!

Oh my guppies

Masa first time bela guppy, bertubi-tubi mati. Asal beli je, mati. Sampai lah ada sehari tu aku beli ikan kecik-kecik warna oren kat downtown jalan reko. Sekali pakcik tu cakap, ikan ni tak boleh semua air baru. Kena half air lama half air baru.

Patutlah. 

Sebabnya, air guppy tu selang 2 hari aku tukar. Basuh semua bekas sekali then ganti SEMUA air baru. 

Lepas tu dah ok. 

Tapi lepas tu aku tambah ikan emas. Then mungkin sebab cuaca panas, ada ikan guppy dan emas yang mati. Sofea siap gantinan dengan 12 ekor ikan kecik- kecik lagi.

So now dah beli aquariun besar sikit. Tapi orang ikan tu tak suggest campur ikan emas dengan ikan lain. So aku asingkan. Guppy aku letak dalam bowl. 





Jap, guppy kena ada mesen oxygen ke macam ikan emas or ikan-ikan lain?

why we do things that we do

interest?

force?

reward?

it will all come back to you. since you are the one who are doing it / them!

like blogging. why do i blog?

initially it was for some sort of assignment cum learning process, preparation to teach.

then it turns to making new online friends. like sharing experiences, interest and even cooking recipes.

but now. there are things that i can write and there are things that i cannot write.



but worry not, i will keep on posting food pictures. hehehe.

Monday, June 9, 2014

Masak yang once in a blue moon

Orang lain hari-hari masak, releks je. Aku yang sekali sekala berasap dapur ni, kemain bercerita.

Alkisah... Since balik, aku asyik teringin nak makan nasi lemak. Bila keluar nak pergi office je, kedai nasi lemak dekat rumah tu mesti belum buka lagi. Biasanya makcik tu sampai pukul 7.30pagi. Tapi kengkadang lewat. 

So berangan punya berangan, last sekali Jumaat malam lepas aku cakap dengan mother nak masak nasi lemak untuk esoknya. 

So, jadilah nasi lemak tak berapa lengkap macam kat kedai tu. Kitorang memang biasanya tak prepare / goreng ukan bilis goreng dan kacang pun. Ada sambal, telur and timhn dah cukup.

Since Alim sakit mata dan tak boleh makan udang yet, aku buat sambal ikan bilis berkuah juga, other thank sambal udang.





Petang Sabtu tu aku join mother dan widad groceries shopping. Belilah buah-buahan yang fancy ni. Sebenarnya nak menanam sifat makan buah banyak. The strawberry was masam, tapi kiwi tu manis. 


Sekian berita dapurku berasap sekali sekala.