Wednesday, January 27, 2010

comelnya!

Posted by julie^beth at 11:47 PM 5 comments
sesi puji diri sendiri : comelnya aliaa!


ni masa umur 2 tahun.. ms ni ktorang duk kat rumah warden asrama kat maahad tuh.. diorang ni ler member2 aku.. geng main bunga api, kejar2, buli, etc.. skrang diorang suma dah 40++ dah rasanya..

KB 17 - 19 dec 2009

Posted by julie^beth at 3:30 PM 4 comments
sungguh busy sekali sampai tak sempat update blog.. tengok tarikh pon bulan 12 punya event.. maka, berpergianlah daku ke kelantan bersama bonda ku.. bonda ku ini ialah lepak sahaja di hotel dan menonton citer korea + jepun + taiwan.. ya, masih die hard fan sehingga kini..

tujuan pegi KB, sebab dah lama tak pergi kelantan.. dulu aku ada pernah cakap kat member yang asal dari kelantan "aku rasa, kalo aku g kelantan, mcm balik kampung weih.. seronok gila".. eh jap.. entah2 nanti aku nak kwen dgn orang kelantan kot.. hahahaaaaaaa..

salah satu tujuan, adalah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawan baik di UPM, raja rusdy irwan dengan amira (wife beliau).. utk majlis akad nikah, aku tolong jadi photographer.. utk majlis bersanding, die ada upah orang lain.. so aku jadi photographer masa akad nikah tu, kira adiah kawin la ek.. boleh ke rusdy?

acara wajib waktu malam2 adalah jalan2 di wakaf che yeh.. layan weh.. utk penggemar shopping mcm aku ni, mmg best.. suma bende aku nak try.. ketupat palas pon dapat free brader tukang jual tu kasi.. alhamdulillah..

sedap yu all! memang layan gila.. kan aku dah kata, pegi kelantan, macam balik kampung weh..
oh, ya.. driver rasmi + pemandu pelancong (yang tak tau pot mana yang sedap2 utk makan) adalah akma.. member aku ni mmg best.. bawak aku merata2.. jalan2 shopping dgn aku sampai terduduk la die.. haha.. kan aku dah cakap, aku ni kalo shopping, boleh dari pagi (tolong tokei kedai buka kedai) sampai kne halau dari kedai sebab tokei nak tutup kedai.. you are the best akma!

oleh kerana bondaku begitu mengenjoykan diri beliau menonton citer korea + jepun + taiwan, maka bonda ku itu tidak menghiraukan penceritaan daku tentang bestnya jalan2 + shopping2.. cissss..


dua pagi berturut2 kami semua bersarapan di Kemaman Kopitiam.. sungguh seronok bersarapan di kala hujan gerimis sambil makan baked beans + egg on toast.. oh ya, kami makan dengan banyak ya..





malam last di KB, sesi packing bermula.. ha, kan dah tak muat beg.. shopping lagi banyak2.. so aku terpaksa meroger akma utk mintak tolong die dapatkan kotak utk isi barang2.. memang kelakar beb!

masa kat KB, kitorang makan laksa utara + laksam di rumah makcik akma, dan nasi dagang paling best dalam dunia kat rumah nenek akma.. so, sungguh tidak sesuai utk berdiet ketika berkunjung ke kelantan sebab sangat rugi jika tidak merasai (read: makan dengan banyak) masakan orang kelantan yang sanaggaaaatttttttt sodap!

akma hantar kami ke airport utk pulang ke KL.. lepas cek in bag, baru la lega.. takde barang yang tak lepas.. takut jugak tak lepas sebab slumber aje bawak balik akok letak dalam luggage utk letak dalam kargo.. mwahahhaaaa

huh, hand luggage pon sekian banyak .. memang kelakar ok! aku bajet tanak shopping banyak2.. nak tengok2 aje.. tapi, dari tengok2, jadi try2.. dari try2 jadi tawar menawar harga.. dari tawar menawar, terus rembat masuk supik (read: plastik).. mwahahahaa

nasibla beg ni sangat tahan lasak.. merata dah aku bawak, macam2 dah aku sumbat.. tapi masih berjasa sampai skrang.. since 2004 aku pakai.. mmg best.. samsonite, beli mahal.. bleh pakai lama gila!
teman di kala bosan, psp utk tengok video clip lagu korea n main sudoku!.. haha.. itu bunga telur dapat kat wedding rusdy.. jam tu bukan hadiah ye.. dan jugak bukan utk di give away..
beg laptop, dengan penuh barang2 + citer korea + wayar2 + hard disc + etc.. jawabbbbbb


bila nak pergi lagi? kne kumpul duit dulu.. this time kalo nak pegi, walaupon tak bajet nak shopping, kne bawak jugak beg besar.. mane tau, tershopping banyak kan? hahaha

Friday, January 22, 2010

dihatiku, dihatimu jua

Posted by julie^beth at 11:07 AM 2 comments
lama tak posing2 kat sini.. kali terakhir? konvo kawan2 rasanya.. aktiviti di sini? demo menyelamat rasanya.. bila tu? lama sudah rasanya..

pictures was taken by doc_A photography.. memang kelasss yu all!



aksi lompat adalah gambar wajib..




p/s: mula la aku nak tengok balik gambar2 lama masa masih menuntut kat sini..

Saturday, December 26, 2009

addicted : mum's current passion

Posted by julie^beth at 1:02 PM 6 comments
semenjak dua tiga bulan yang lepas, mama dah addicted giller dengan drama + filem korea, taiwan n jepun.. tengok, koleksi tahap dewa dewi! (yang atas kerusi aje.. yang kat dinding tu campur2.. tu yang nampak, yang tak nampak?


ini koleksi terbaru yang beli kat serata malaysia.. ha, amek ko! yang ori ada, yang cetak rompak ada, yang blue ray pon ada.. sapa nak jawab?


sejarahnya? suma ni widad punya pasal! die yang start tunjuk citer boys over flowers (BOF) kat kitorang.. so skrang satu rumah udah addicted citer tu.. peserta yang dapat effect paling besar adalah mama, sampai berjangkit tengok SEMUA citer drama n filem korea, taiwan n jepun..

eh, pehal ada gambar aku ni? haha.. dalam plastik hijau tu ada 2 movie korea nak kne tukar kat speedy, pasalnye tokleh jalan.. jom2 pegi cari lagi citer korea, taiwan n jepun!

p/s: mama kata : i looovveeeee jerry yan sooo much!

Wednesday, December 16, 2009

x-uitm classmates gath (B.Surv. Sc. & Geomatics - Hons.)

Posted by julie^beth at 5:00 PM 6 comments
selain dari majlis kenduri kawin kawan2 (yang banyak jugak aku tak dapat pergi), ada salah sorang member x-classmates yang cadangkan buat gathering kecil2an..

so lepas fikir2 (sebab lama gila tak jumpa diorang) aku pon setuju nak join.. 13 december 2009 kitorang suma berjumpa kat midvalley - bowling.. walaupon yang join beberapa orang sahaja, tapi atleast dah start kan?

so kitorang booking lane, blasah main 3 games!

excited nak main bowling


dulu, satu2nya 'mak orang' dalam kelas





kanak tu slumber aje tido di tengah2 kebisingan


lepas penat main, kitorang pegi minum2 n makan2 kat foodjunction..


para peserta adalah:

abg azizan

kak shiema + kanak 1 + kanak 2

apad (kawan kak melin)

kak melin

airee (senyum)

aku ler

memang best.. lepas ni kte cuba planning untuk gath yang seterusnya k! harap2 next time boleh dapat sambutan yang lebih lagi

Eksyen

Posted by julie^beth at 11:00 AM 7 comments
saje mengada nak eksyen.. sila menyampah ye!
















yang last sekali yang mahal tu, siap ada nama lagi..

Tuesday, December 15, 2009

Natrah

Posted by julie^beth at 10:02 PM 4 comments
aku rasa entry kali ni adalah yang paling banyak gambar (rasanya).. besalah, super excited kan first time tengok teater kat IB (ye, aku memang lembab).. patutnya aritu nak tengok PGLTM, tapi tak jadi pulak, ada kerje.. kali ni, tengok Natrah ni pon pasal ayoi (one of my besfren) yang tolong bukingkan teket.. nak harapkan aku, lagi lah terkial2.. walaupon hantu gadjet, tapi kadang2 buta IT jugak aku nie.. cheh!

so kitorang pegi tengok Natrah 12 december 2009 (sabtu) yg lepas.. aku bertolak dari rumah (dengan perasaan teruja) jam 6.30ptg.. sampai IB pkl 7.15, terus collect teket kat kaunter n maghrib.. yang aku maleh n marah kalo solat kat surau ni, adalah orang2 yang tak berkenaan pon nak "melepak" jugak dalam surau.. kalo kamu bukan dalam kategori nak bersolat / menyusukan anak, usahlah kamu menyibuk2 memenuhkan surau yang sedia penuh n padat itu.. baik kamu duk luar surau, kasi peluang kat orang yang betul2 nak gunakan surau adalah lebih baik ye puan2 cik2 sekalian.. (pehal tersasar siap kasi tazkirah ni? sila abaikan).

lepas setle urusan aku, aku tunggu ayoi, kakak ayoi n kawan2 kakak ayoi utk datang.. diorang sampai terus solat n kitorang pon pegila depan panggung sari tunggu time diorang (orang2 IB) buka pintu.. kebetulan pulak kitorang berdiri depan booth yang menjual merchandise Natrah ni : buku program, tshirt, poster, bunga, etc.. budak yang menjual tu cakap kalo takde merchandise2 dari produk Natrah, nanti tak dibenarkan utk masuk minta autograph main cast lepas habis show.. so kitorang terus dengan pantas beli buku program sorang satu.. masa beli tu ada lagi 30 buku.. lepas 1 minit, tinggal 12 buku aje, lepas lagi seminit, habis.. maknanya diorang memang limitkan orang yang boleh ambil autograph.. atas alasan ape? ntah ler..

then tepat jam 8.15, pintu dibuka.. masuk aje, terus cari seat.. aku n ayoi sangat terkejut bila sampai seat sebab seat kitorang adalah centre, barusan kedua dari stage! ha, amek! kuku pelakon pon boleh nampak dengan clear! sebenarnya masa ayoi beli teket, die tengok dalam internet, sitting nyer 6 dari stage.. so kitorang agak, yang area depan2 tu besanya untuk press kot.. for 1st day n 2nd day memang usually ada press datang kan..



tepat jam 8.30, announce nyanyi negaraku (memang protokol, aku pulak kagum sebab tatau).. then MC kasi kata2 aluan n show bermula..

Natrah tu pasal ape? erm, google sendiri ler yek sebab aku rasa rata2 orang yang pegi tengok teater ni dah pon tulis dalam blog masing2 pasal Natrah ni..

show? fantastic, bombastic, the bomb (ye, aku teruja).. tak sangka yang panggung teater IB digelarkan bertaraf dunia tu, memang betul2 bertaraf dunia..

so layan gambar la ek sampai muntah hijau!

watak2 tambahan


sahrolnizam - peguambela

mariah - natrah @ 5 years old

samantha schubert - mak original natrah

sofea jane - natrah @ 70 years old

remy ishak - mansur adabi, husband natrah (my current boyfriend- hahaha)

umie aida - che aminah (penjaga natrah)

maya karin - natrah @ 13 years old ++

the pengarah


everyone


lepas show semorang keluar cepat2.. agaknya nak beratur amek autograph kot.. aku n ayoi pon sama naik jugak, tapi tak rebut2 la, control macho kitorang nie (ye lah tu).. sampai luar panggung, kitorang tatau mana nak beratur.. so lepak2 dulu, mingle around sambil cari kakak ayoi n the geng.. then pelakon2 utama pon keluar duk kat meja nak sign autograph.. kitorang ni still tak jumpa line utk beratur.. hahahaaa

autograph signing

sebab tak jumpa lagi line utk beratu, kitorang bergambar dulu dengan artis2 yang bukan kat meja autograph, diorang mingle around jugak.. so blasah la kan! kata jakun!



lepas tu kitorang jumpa dah line nak beraturnya.. tapi, tokleh bawak camera masuk tempat sign autograph tu.. so kitorang mintak tolong kakak ayoi standby dengan camera kat depan meja autograph tu.. modus operandinya, lepas mintak sign aje, mintak nak bergambar jugak.. so artis akan bangun n kita tunjuk camera kat mana.. chantekkkkk

oh, sungguh neves perasaan utk bercakap, mintak autograph n bergambar dengan boyfriend sendiri (sila muntah lagi)

alamak, tersangatla tinggi - songkok

chantek kan! she's very3x friendly

turn ayoi pulak..
pehal muka ayoi macam tu? sebab die marah kat petugas IB yang tak kasi die amek autograph banyak2 - sebab die mintak autograph kat program book n teket teater sekali.. siap petugas tu tarik buku program die suruh cepat.. cisssss..

aku, budak yang jual program book, ayoi n kakak ayoi

Hamzah Mohd Tahir - best!

last picture before main cast masuk (gila cun umie aida, samantah n sofea jane!)
masa last ni pon petugas IB n bouncer2 artis ni sebuk mendepang tangan n kata "ok2, sudah.. masa dah tamat".. yang artis2 ni maintain lagi berdiri kasi chance peminat amek lagi gambar diorang.. so, sape yang artis ni sebenarnya?

harus ada gambar dengan bunting

penari + pelakon tambahan IB + sofian bujang


lepas tu kitorang mingle lagi kat perkarangan IB tu, baca pasal kisah natrah (ada pameran), jumpa lagi pelakon2 tambahan n bergambar, amek autograph lagi.. ayoi beli buku Natrah yang ditulis oleh lecturer UTM.. penulis tu siap pegi jumpa Natrah (@Bertha) lagi kat Holland and US, mengejar die untuk dapatkan cerita yang sebenar2 n asli.. adventures btul!

kesimpulannya, memang best! dengar kata nak buat Natrah 2.. erm, kalo jadi, aku konfem pegi lagi.. dalam jam 11.30mlm camtu, kitorang dah setle suma.. so pulang la ke rumah masing2 dengan memori yang best!

rindu

Posted by julie^beth at 3:02 PM 6 comments
"pernah merindui orang yang tak merindui kita? pernah sayangi orang yang tak menyayangi kita? peritkan perasaan tu…"

quote dari joe

pengajaran : lenguh kaki main bowling 3 games dengan x-classmates uitm aritu..

Wednesday, December 9, 2009

once upon a time : versi KLIUC

Posted by julie^beth at 12:29 PM 3 comments
once upon a time,

bila kak nat masih bujang

bila huda masih di KLIUC

bila kak faiza masih tak busy

kitorang rajin pegi shoping sama, lunch sama (bila kebetulan semua takde kelas time lunch), potluck sama, mengarut sama..

tapi masa dah berubah.. banyak yang berubah.. semuanya ke arah kebaikan bersama..

alhamdulillah, pengalaman hidup mengajar erti kehidupan..

what ever it is, i am glad that i got the chance to know u guys!

musim

Posted by julie^beth at 12:19 PM 0 comments
semalam ada sorang kawan dari Oz baca blog aku ni.. aku cuba quote ape yang die cakap :

ape ni suma cite pasal kawen.. rasa dah tua lah pulak

erm.. kebetulan pon skrang memang musim kawin mawin ni.. maklumlah, musim cuti sekolah dan lepas dua2 hari raya.. pastu time akhir tahun.. ada yang ambil kesempatan skali untuk cuti kawin + habiskan annual leave masing2..

aku? haruslah mencuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan kahwin sedara mara dan kawan2. ape2 pon, memang sedara mara (keluarga) harus diutamakan.. so mintak maaf kat kawan2 yang aku tak dapat hadiri majlis diorang hujung minggu lepas n minggu nie..

bila member cakap pasal tua tu, erm.. rasanya belum tua lagi.. skrang pon kalo orang tanya berapa umur, jawab aje "25 years young".. ye, sila muntah sebab perasan muda..

muda atau tua tu adalah perkara yang subjektif (bagi aku la).. kita yang menjalani kehidup diri kita sendiri. terpulang la nak corak camne, terpulang jugak pada orang luar yang melihat untuk menilai macam mana.. ye tak?

Tuesday, December 8, 2009

Engineering Dinner - 7 Dec 2009

Posted by julie^beth at 4:15 PM 1 comments
Event ni organized by Civec - Civil Engineering Society.. best!!! tema die adalah "1 Malaysia".. so aku n ofismate pon dengan semangatnya mencari2 baju untuk tema tersebut..

agak mudah la jugak kalo aku decide untuk pakai baju kurung aje.. tapi nak nampak dinner ni agak thrill, so aku decide nak pakai SARI.. ha, sapa nak jawab.. siap pinjam sari dari member di UPM.. pastu nak lilit2 die, aku nk lin pon dengan gigihnya buat sambil tengok langkah2 lilitan kat internet..

sebab dah bersusah payah lilit2, aku kne duduk dengan baik aje.. sopan.. tak caye, tanya geng2 meja aku..

tengok, baik kan.. senyum pon control (mengada)

lin n fiancee

sopan sekali lagi

kak siti noraini.. berjam2 beliau tunggu nak makan..

so simbolik perasmian adalah memecahkan ais.. gigih kan dato' presiden.. nasih la engineer.. kalo aku, sampai esok pon tak siap2 pecahkan..


sourvenir

enjoying myself watching the performances

sapa nak kenal? single n available

yang ni pon single (kot??) hensem tu..
so lepas dah habis suma persembahan, cabutan bertuah, tak bertuah segala, aku, hanah n kak nat naik stage nak bergambar dengan backdrop.. student pon sibuk nak join.. layan..


jadi tak aku n lin lilit2 sari?

kak nat, aku n hanah..

watak tambahan : nina


ni la watak2 tambahan


oh ya, nasib sempat bergambar dengan thanesh.. baru hindustan!

so kitorang nak balik dah..

eh, jap.. MC nak bergambar dgn kitorang yang glamer ni

memang best.. lama dah tak pegi dinner yang menarik2 ni.. good effort! well done to all the organizing committee.. keep up the good work!

special thanx to:

kak nat - ur being such a good motivator and reference for the students.. two thumbs up!
hanah - jadi "boyfren" aku malam tu sebab pakai baju punjabi.. best!
lin - tukang lilit2 n pin2 sari aku.. best gila!
pavi - sebab pinjamkan sari.. yey me!
 

ALIEN n JULIE^BETH Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez