cerita pasal hati dan perasaan. kita ni kan perempuan, memang cepat perasan. tapi aku rasa yang ni ialah kisah hati pertama aku. actually, mengikut kata si latifah (semai), aku ni style takde perasaan. pasal kalo tengok citer sedih-sedih pon tak nangis. cerita seram pulak aku siap gelak-gelak (tapi takla buat sampai macam dalam panggung tu aku sorang aje). so kiranya aku rasalah (aku rasa) kalau perempuan kategori biasa dia dah suka / jatuh cinta dalam tempoh 3 bulan, aku kne double agaknya.
dikisahkan, masa kat maahad, oleh kerana aku anak cikgu roslan (yang sungguh digeruni), maka budak-budak lelaki ialah macam takut nak cakap lebih-lebih dengan aku. pasal bapak aku coach bola sekolah. so kalo ko memain dengan aku, aku ngadu kat apak aku, sah ko tak dapat main bola lagi. that's the end of your football carier. tapi pulak, aku kan ialah terlebih peramah. aku slumber aje bercakap dengan diorang. tapi, kalau aku bercakap aje dengan abang-abang senior, nescaya balik sahaja ke asrama, aku akan dipanggil dan disoal siasat serta didenda, kerna "menggatal". padahal bukan aku nak cakap sangat dengan diorang pon. diorang yang nak cakap dengan aku, bukan dengan ko kan. jeles kot. so, untuk mengelakkan mengadap seri paduka baginda (bukan semua senior yang perasan bagus ye), maka aku pon berhenti bercakap dengan lelaki. itu pon masa nak akhir2 form 2. perangai aku tu membawak sampai ke england ni, masa aku buat a-levels. tapi lama-lama perangai aku ok balik. pasal kat sini kan orangnya ramah tamah.
settle a-levels, maka pulangkan daku ke malay, masuk uitm. sekali lagi buat aksi gatal dengan join pbsm. maka bertambah ramah lah daku ini. i mean, muka tak malu. bila pegi duty, memang jumpa ramai orang, berkenalan dengan ramai orang yang bukan course sama or persatuan sama.
bila ramah tamah, berkenalan dengan macam-macam orang, mestilah ada beberapa orang yang kita selalu jumpa kat mana-mana event uitm pon. so, hati pertama ini marilah kita panggil MR sahaja. alamak, kalo MR baca blog aku ni, mesti dia nak backup diri dia kan. tapi takyah la ko nak backup diri ko sebab ko pon dah bertunang n nak kawen. baik kita baca story ni, pastu kita gelak-gelak. kenangan kan.
aku first time jumpa MR ni masa duty MMS yang pertama aku join. kitorang sama-sama jaga PB faculty OM masa lawatan ke faculty. borak punya borak, gatal nak tukar-tukar no fon. lepas dari MMS, dia berapa kali ntah ajak nak jumpa aku. ajak pegi makan la. tengok wayang la. suma aku tolak pasal time tu aku tengah gila nak pegi duty pbsm sana sini. tapii akhirnya jumpa jugak sekali, makan kat cafe menara.
lepas dari tu, dia ajak tengok wayang pulak. berapa kali ntah postpone, akhirnya pegi jugak tengok, LOTR3. lepas dari tu memang jadi rapat la dengan dia. sampai lepas tu ialah duty MMS next sem, pastu pegi event uitm, etc. sms dan call takyah cite. aku ni amek masa lama jugak la nak perasan. tapi, time tengah nak best-best perasan tu, datang pulak time cuti sem yang 3 bulan, pasal time tu first time ada PLKN. dia jadi fasi PLKN. aku pulak pegi holiday ke England 2 bulan. so aku join jadi fasi PLKN masa last month aje. sepanjang kat England la yang aku baru perasan yang aku ni macam suka kat dia dan dia pulak macam tunjuk suka kat aku.
sungguh semangat sekali aku membeli souvenir untuk kawan-kawan kat mesia. yang girls suma aku kasi perfume. konsepnya pilihlah nak yang mane tapi sape cepat, dia dapat yang dia suka. yang kawan2 laki aku kasi jersey england sorang satu. si MR punya, paling banyak la souvenir.haruslah kan.
pulang ke malaya dan join jadi fasi PLKN, aku rasa dia lain macam. perubahan dia ialah negatif ok. masa tu, kalo aku call, mesti nak cepat2 cakap. kalo anta text message, aku anta 3, dia reply 1. aku rasa pelik. masa tu, semorang geng-geng fasi yang aku kenal (pbsm n lain-lain) suma memberi pandangan "kasihan" kat aku. diorang ni macam nak cakap something kat aku, tapi tak terkeluar ayatnya. untuk sedapkan hati, aku cakap kat diri sendiri "alah, penat duty kan dengan budak-budak yang tak makan saman ni.
paling pelik sekali, bila aku ajak bergambar sama, mesti dia mengelak. pastu bila jumpa, mesti nak cepat-cepat blah. oh, memang aku mencarut lah time tu kan. tapi dalam hati aje.
ditakdirkan, satu hari tu aku tengah lepak kat dalam bilik gerakan teratai dengan kak zierah. aku tengah baca buku mastika (ntah kenapa aku sangat gila baca buku tu time-time tu). aku angkat buku tu separas muka aku, duk mengadap ke pintu masuk bilik gerakan. kak zirah tengah baca surat kabar. tengah duk ralit baca, masuklah si iwan (bestfriend MR) dalam bilik gerakan. jeng jeng jeng:
kak zirah : weh iwan, MR mane?
iwan : entah. dia tengah gaduh dengan awek dia, si E tu.
kak zirah : yeke? ooo.
iwan : aah.
rasanya, ape perasaan aku time tu? nak kata aku terkejut, tak jugak. tak terkejut pon tak jugak. pastu aku turunkan buku mastika tu. iwan kata "eh, ko ada sini Aliaa".
aku just cakap "aah. kak zirah, aliaa balik dulu la eh. nanti aliaa datang balik". aku terus keluar, masuk kereta, balik rumah pakcik aku. lepas tu 4 hari aku tak pegi duty. slumber tak? aku just kasi alasan aku tak sihat n banyak kerje praktikal. boleh? hahahaaaaa..
deep down inside, aku macam tak tau. tapi maybe indenial kot time tu. yelah, bila kita dah mula suka kat ko, ko buat pasal kan. then fact that dia tak berterus terang tu yang buatkan aku marah gila kat dia. sengal!!! so, time tu barulah aku tau ape maksud pandangan-pandangan "kesiannya si aliaa ni" yang diberikan oleh kawan-kawan aku yang lain pasal aku kene tipu depan mata kan.
paling best, beberapa kawan baik aku siap sound MR, cakap "weh, aku tak suka ape ko buat kat aliaa la". best kan dapat kawan-kawan camni.
hasilnya, aku jauhkan diri dari dia, sampai dia perasan dan tanya kenapa aku dah tak bercakap dengan dia. boleh pulak ko tanya aku camtu? sah sah la si iwan dah bagitau ko yang die dah terkantoikan ko dah ade awek kat aku. sengal sungguh! lagi menyengalkan, pasal dia boleh slumber macam biasa ajak aku pegi tengok wayang. boleh?
aku memang tak contact dia dah lepas tu. kalo jumpa kat event pon memang mengelak. tiba-tiba, ada sekali tu aku duty konvo masa cuti sem. kalo duti masa cuti, kitorang akan dapat kolej n makan free. boleh pulak awek dia duty konvo jugak, tapi bahagian event management. kitorang bilik sebelah-sebelah ok. tapi pasal awek dia tak buat hal dengan aku, so aku ok aje dengan awek die. senyum n bertegur sapa macam takde ape yang berlaku. yelah, yang salahnya dia MR, bukan awek dia kan. tapi paling tak tahan, ada satu pagi tu dalam toilet, aku tengah gosok gigi kat singki. masuk lah pulak kawan / roomate kepada awek dia dengan awek dia ni. diorang terus masuk shower. boleh, member awek dia nyanyi "MR cintakan E bla bla bla sayang bla bla bla". aku tak ingat la the whole song dan nada ape. tapi macam perli aku la kan. ko boleh nampak aku tengah duk gosok gigi time ko masuk toilet tu kan. pergh, membara sungguh aku. aku tatau nak kata dia buat camtu sengaje ke, tak sengaja ke. boleh pulak petang tu, si MR ni call aku mintak maaf pasal kawan awek dia buat camtu kat aku. apekah awek dia mengadu pasal adegan tersebut kat MR? aku tak paham. kamon lah, aku tak kacau hidup ko dah lama dah (lama tak, since PLKN tu ada jugak 2-3 sem aku tak contact dia). ada jugak orang yang bongok camni kan.
aku malas nak panjangkan kisah dengan dia. so aku cakap "takde ape pon" dan memang aku maleh nak involve dengan dia. boleh blah la ko kan. lepas dari tu aku dengar orang citer diorang dah breakup pasal E cari lelaki lain. then aku jumpa dia masa hari aku konvo uitm. dan yang last skali aku jumpa kat PAS dengan mak n adik dia. last skali berita yang aku tau pasal dia, orang cerita dia dah bertunang. tatau bila nak kawen pon.
one of the interesting story of my life. bende ni jadi lama dah, more than 5 years ago. usia pon makin meningkat. kitorang pon makin matang. ada sebab kenapa dia dan aku berperangai macam ape yang kitorang buat dulu. yelah, time tu kan baru nak kenal donia. hahaha
memang sah, setiap kali aku teringat kat dia, memang aku akan gelak sorang-sorang.
7 comments:
takpe
dia bukan jodoh yang terbaik utk aliaa
lagipun, dia memang poyooo.. kihkihkih
DrHani - yup. sebab Allah dah tetapkan untuk saya orang lain. tengah nak cari ni. hihi..
Poyo!!!
serius sgt ...
baget hot ke ?
kalo aku da lama sound dier alya ...
dier ingat maen2 ke ...
GERAMNYER!!!!
aku ingat zaman maahad...
kalau nak brcakap dgn putera, kena ada dua orang...
tapi ade pernah cakap dgn aku, junior puteri tak boleh cakap dgn senior putera...
p/s: elok lah jodoh ko bukan dgn die...
Allah tau ape yg trbaek utk kita kalau kita x putus doa...so, aku doakn semoga ko dpt yg terbaek...amin...
arelynn - tau takpe. dia rasa bersalah kot, tu yang duk cari aku lagi tu (baget glamer. haha)..
orang - aminnn. terima kasih banyak atas doa.. aminnnn.. kat maahad dulu memang patutnya junior puteri tokleh cakap dengan junior putera. tapi kalau diorang yang nak cakap dengan kita, takkan nak pegi camtu aje. tambah pulak diorang suka nak cakap cani "aliaa, ko tanya bapak ko, petang ni ada training bola tak".
innocent komen:
tp die x ensem pon!
haha, kne ckp gk. kuarkan dr sistem nyahaha
momoe - huahuahua.. erm, i have to agree on that. hahaha
Post a Comment