Wednesday, August 4, 2010

taiping - penang - JITRA = wedding fariz+kyra

*siri terakhir jelajah utara. maaplah kerna lambat menghabiskan cerita ceriti ini*

siri satu

siri dua

selesai breakfast di gurney drive, kami terus menuju ke jetty ferry penang. kitorang bercadang untuk naik ferry pulak untuk keseberang tanah besar. alamak, gamba atas ferry kat camera izzat. pulaknya tak copy lagi. so maafkan lah hamba kerna tak dapat nak menunjukkan muka eksaited kami2 yang lama dah tak naik ferry penang ni.

perjalanan dieteruskan. dengan hujan renyai2 manja di situ. sampai masuk pekan jitra agak awal, terus mengecall abg fariz. diorang tengah duk mekap lagi kat kedai pak andam. kitorang jalan slow-slow, menuju ke rumah pengantin. sampai aje, dengan keadaan masih hujan lagi, jam pon awal lagi, dalam hampir pukul 12pm camtu. cuaca mendung, memang sejuk aje. maklumlah, keliling sawah padi kan. kitorang lepak borak dalam kereta dulu, sambil tu tunggu geng-geng pbsm lain lagi 2 kereta. borak punya borak, sampaila kitorang bosan. then kitorang pon keluar kereta, menuju ke rumah pengantin. masuk dah terus bersalaman bersama mak pak pengantin perempuan sambil memperkenalkan diri kami sebagai kawan abg fariz.

kitorang masuk rumah, ala-ala buat macam rumah sendiri aje. mula-mula kagum tengok hantaran yang ada. then kagum tengok bilik pengantin. semuanya pengantin yang buat sendiri. maklumlah, kak kyra kan amek course fesyen dulu kan. suma jahit sendiri ye, termasuk baju pengantin!


 yang belakang tu ialah hantaran perempuan ke lelaki, putih + ungu konsepnya. yang frame-frame rumah tu semua buat-paku sendiri ye! yang depan tu hantaran lelaki ke perempuan, pink konsepnya.


sambil duduk tu, borak-borak kosong lagi. kemudian rombongan pengantin pon sampai. kitorang pon keluar, sama eksaited dengan budak-budak kan. tema warna baju pengantin ialah purple + silver. cantekkksssss!


komdian ada acara renjis-renjis dipilis dan tabur gula-gula untuk kanak-kanak. pengantin berposing-posing atas pelamin dulu, then makan beradab. kitorang pon makan sama la. lauk kenduri standard, tapi lagi best dengan kemunculan meehun sup bersama sup tulang. oh, ya. terlalu asyik makan, maka gambar sup tulang yang sedap itu tidak sempat diambil.




lepas makan, kami-kami yagn gigih ingin memenangi hadiah peraduan teka-silangkata tabloid perkahwinan fariz+kyra ni pon interview adik-adik abg fariz dan pengantin perempuan untuk mengetahui jawapan-jawapan yang masih tiada jawapan lagi itu.  gigih tak? kne make sure kertas pertandingan tu tak kene kuah gulai or peluh kerna kalau ada terpalit sedikit warna pelik, maka akan didisqualified daripada pertandingan tersebut.


lepas menghantar borang peraduan tersebut, ada acara cabutan bertuah. dari geng kami, kak zuri yang menang, menjadi wakil kami geng pbsm! 

pengantin bersama sijil nikah diorang


habis acara cabutan bertuah, kami semua bergambar bersama pengantin. havoc jugaklah nak menyusun bekas-bekas pegawai pbsm ni. 

geng yang datang : belakang - kak zuri, abg azizan, abg firdaus, abg bad, abg sumi, kak ejan, aku. duduk depan - ayoi, abg fariz, kak kyra, dan izzat.




 kemudian kitorang pon bergerak pulang. planning asalnya ialah nak singgah taiping dulu sebab ayah dah siapkan ketam dan nasi nak makan dengan pajeri nenas mak ngah. sambil ondway balik tu, dah terbayang-bayang makanan sedap, padahal baru aje lepas makan.




 lepas makan kat taiping, kitorang pon bergerak pulang ke KL. gerak balik dalam pukul 6 petang lebih camtu, sampai KL dalam pukul 10 lebih camtu. termasuk berhenti untuk toilet, makan lagi kudapan-kudapan, borak-borak dan drive dengan rate slow n steady.

sabtu lepas, abg fariz n kak kyra buat house warming rumah diorang, merangkap skali acara makan-makan untuk aku n ayoi balik "kampung". kejap aje dah nak dekat 2 bulan diorang kawin. terima kasih banyak2 buat acara makan-makan tu.

oh, by the way, aku menang tempat kedua pertandingan teka silangkata tu.. RM100 tau menang! yahuuuuu!

5 comments:

atty's said...

selamat pengantin baru utk pengantin ..cantik bilik pengantin ..

besh ar wedding ade teka silangkata..unik.tahniah utk julie..

nottingham said...

wedding seterusnya kena buat teka kacang dalam botol

julie^beth said...

kakty - thanx kakty. member tu kata, kawin sekali aje. so tu yg die blasah slumber buat kad camtu. hihi

mum - oh, teka biji betik skali.

haslina said...

syiokkkkk wedding skrg ni kan...ilmiah sungguh....

ketammmmmm....masak apa ketam tu?....

p/s lama da x konvoi ramai2 gitu..mesti syok kan...

mugiwara said...

ala....tak jadi ke 100pound?