Sunday, August 22, 2010

konsepnya

tajuk takde kene mengena dengan isi entry. sebab aku takde idea nak letak tajuk ape. maafkankah kekaratan kepala otak daku ini. sambil update blog, sambil tengok narnia yang didownload oleh widad. alim concentrate habis walaupon dah tengok cerita ni 5 juta kali. ok, aku tipu. beberapa kali.

rumah

main api 1

main api 2


2 hari lepas, nak keluar jalan-jalan ke city. cari ayam dan barang-barang lain. keluar dengan boyfriend baru mamat tu ler. biasalah, kalau jalan-jalan, mestilah siap sesat bagai. haha. then jumpa lagi satu macam supermarket yang murah, LIDL, die adik beradik ALDI. ada pak polisi duk dengan buat report pasal ada orang eksiden. so masing2 sebok nak bergambar berlatarbelakangkan kereta Garda (polis).





oleh kerana alim dah habis baca buku last percy jackson : lightning thief tu dalam masa sehari, mama belikan die puzzle, 1000 pieces. ha, buat la sangat!


anta kanak2 balik rumah, diorang nak main2 kat rumah. then kitorang ke parkway shopping centre. oh, janganlah meletakkan harapan tinggi menggunung terhadap shopping centre ini kerna sudah pasti tesco kajang lebih besar darinya. kalau tesco kajang lebih besar darinya, alamanda apetah lagi, 3-4 kali ganda lebih besar rasanya. konsepnya sama macam tesco aje, meaning ada satu store dan anak-anak kedai kecai ditepinya. store itu namanya Dunnes store. ala2 konsep tesco, carefore dan giant di malaysia.



kebetulan masa kitorang pegi tu, ada macam recycling fare secara besar-besaran. tapi die ambil barang-barang elektrik dan elektronik. washing machine, computer, etc. yang barang-barang recycle biasa macam kaca, kertas etc tu memang dah ada tong besar kat mana-mana pon. kat sini kalau nak recycle barang-brang elektrik & elektronik, kene bayar. i mean kalau kita hantar, kita kene bayar. so bila die buat satu fair besar2an ni, tak perlu bayar. so memang ramai orang ambil kesempatan hantar.


tengoklah, kontena berapa bijik datang nak angkut barang-barang yang nak direcycle. sini memang bagus gila, shopping pon bawak beg shopping sendiri. plastik memang diorang takde. aritu masa nak beli something kat kedai isi minyak kereta die, ada notis kat kedai tu yang bunyi lebih kurang - its illegal to sell and giveaway plastic bags. ha, jawab! kitorang pon dah beli 3 bijik recycle bag dari Dunnes store. so memang bawak ke mana-mana.

your truly - action aje control macho tak sejuk tu


setiap hari, bende yang dilook forward ialah menyediakan makanan berbuka puasa. mama ialah gigih masak ok! aku tolong jadi penyeri dapur aje. hahahaa. widad?

action aje lebih. satu pon die tak buat. tapi die tolong kemas lepas habis berbuka.. semalam punya menu : ayam sambal masak kicap kacang peas, kari telur pecah, carrot + broccoli + cauliflower + lady finger = steam, salary + reddish = potong-potong, coleslaw, potatoe salad, sambal kentang dan cekodok pisang (direquest oleh mama). sodapppppp!

harini?

feeling lain bila berbuka kat sini. sebab kita lebih appreciate makanan yang dimasak sendiri. walaupon tahun lepas kitorang tak beli langsung kat bazar ramadhan, tapi kitorang agak selalu juga berbuka di luar. sampai sini aje, keluar suma skill-skill memasak.

5 comments:

theblabber said...

sedapnyaaaaaaa..
berapa lama duduk sana ni?

lalink7 said...

wahhhhhh..
besttnyer..
nampak mcm xsejuk tp mst sjuk kan cik Aliaa..hehehe

aliaaroslan said...

encik blabber - tatau lagi. bila pulang ke malaya?

lalink - sejuk yu ols. summer pon 10 darjah.

Ms Haslina said...

ketika berpuasa berjam2..tetap semua maintain melayan suasana tempat baru..cayalah to all..
;)

Bazlie said...

cik aliaa..lama x nmpk..huhu..tgk2 je dah ade kat oversea..mcm mane..best x..actually cik aliaa further study ke kat ireland tue?..