Tuesday, August 10, 2010

contact game

lepas dah dikurniakan jawatan yang tidaklah menjanjikan pulangan wang yang lumayan, (kerna ia hanya menjanjikan pulangan pengalaman yang berlipat ganda), maka bermulalah kisah-kisah duty-mencari-pengalaman aku n the geng.

aku ni dikirakan sebagai intake bulan november, aku masuk lambat 1 sem dari budak2 yang sepatutnya seumur sebatch dengan aku. so batch yang kekonon senior (batch ayoi, izzat, midah, mizi, etc) ialah masuk bulan july. eleh, senior 1 sem pon nak kecoh, bukan kne panggil abang pon. dahla sebaya. compare to them, diorang dah berduty pbsm selama 1 sem. aku ni ha dengan sekali aje duty (yang jaga backstage kat perarakan NAM tu), sangatlah nervous tahap dewa (asyiklah nak nervous kan) bila encik presiden (abg ref) ialah suruh aku turun duty untuk game rugby. masa tu ada event SAF (sukan antara fakulti). aku tak ingat sape lawan sape. masa tu yg turun duty, yang aku ingat, MA encik nor, nurse (tak ingat sapa), shimie, aku n izzat.

semangat punya duty, siap datang awal setengah jam ok! duty pon tak jauh, kat padang rugby belakang kolej perindu aku. masa 1st sem aku duk kat kolej anggerik, kat pintu belakang uitm tu, dekat dengan FSPU. so jalan kaki dalam 10 minit aje sampai. kalau panas, rasanya lagi cepat sampai.

rugby ialah terkenal dengan sukan yang ganas. padahal, kalo main ikut peraturan, takde ganas mane pon. setahu aku, pemain die kene kuat dan lari pantas. oh, sekarang muhammad ialah main rugby untuk bangi hunters. dari cerita ceriti izzat (yang dah berpengalaman duty lebih dari aku satu sem), rugby ni mesti ada injury punya. aku pon nervous lagi lah kan. kat kelas pbsm mane belajar lagi nak merawat luka apekebende tah tu kan. so dengan pantas aku belajar ajekenama ubat yang ada dalam first aid box tu. tapi tak berapa nak takut sangat kalau tak ingat pasalnyer MA dengan nurse pon ada. siap dengan ambulance lagi, dan pak ajak sebagai driver yang sangatlah sporting.

budak2 ni pon main lah dengan penuh semangan kesokanan (sila cakap ikut tone prof. nas ye kawan2 uitmku sekalian). tetiba ada sorang budak terbaring kat tengah padang. terus buka stretcher, shimie pon berlari ke tengah padang lepas dah dipanggil oleh referee (peraturan duty sukan : hanya masuk memberikan pertolongan apabila dipanggil dan dibenarkan oleh referee sahaja). shimie dengan budak-budak pemain rugby lain bawaklah budak terbaring tu naik atas stretcher, dah usung ke tepi padang. aku tengok, darah dah penuh kat sebelah muka die (tak ingat ler pulak belah kiri ke kanan). MA terus ambil gauze, lap semua darah yang ada. so, nampaklah luka yang terkena tu. luka straight aje, posisi die antara kening dengan mata. tempat yang memang strategic gila la, sebab kulit kat bahagian tu kan nipis. tatau la diorang ni duk merempuh macam mana tadi sampai terkoyak camtu. koyak dalam setengah cm aje. agaknye sebab tempat die sensitif, tu yang darah banyak terkeluar tu. so terus tampal dengan gauze, naik ambulance dan zasss ke hospital klang.

next rule untuk duty ialah, bila ada hantar patient ke hospital waktu berduty, sorang wakil pbsm haruslah ikut untuk memastikan patient ialah sampai di hospital. yang si izzat ni suruh aku ikut. aku yang tak pernah ikut ni, pergilah. borak2 la dulu dalam ambulance tu pasal budak tu ialah tengah geram. bukan geram sebab luka, tapi geram sebab tak dapat habiskan game. ape kah?

sampai kat hospital klang, turunkan patient, then aku tolong die register. aku toleh balik aje kat tempat ambulance tadi parking, aku tengok dah takde dah ambulance. dengan pak ajak sekali takde. apekah?

ok, aku telah ditinggalkan di hospital itu. duit takde. ic pon takde (aku ada muda pendatang ke?). beg pon takde. nasib ada handphone dalam poket. aku call izzat. die kata pak ajak tertinggalkan aku. apekah?

sementara nak tunggu ada orang amik aku, aku pon teman la budak rugby tu. dari pegi cek up awal, then pegi x-ray, (takut ada patah ke ape), then pegi jahit, then habis. budak tu pinjam fon aku n call kawan die suruh amik die. aku pon tunggu lagi, apesal la takde orang nak amik aku ni? sampai member budak rugby tu pon dan sampai, tapi orang yang nak amik aku tu tak sampai2 lagi. budak rugby tu offer nak anta aku balik uitm. tetibe muncul lah MA, encik nor. fiuhh. lega. takkan aku nak naik kereta dengan budak2 rugby 5 orang yang aku tak kenal? ok, ada yang hensem jugak. eh, silap cerita.

so encik nor kata, patutnya kne kasitau pak ajak suruh tunggu kejap. yang pak ajak ni ingatkan aku ialah temankan budak rugby yang tak dikenali tu. ha, itulah akibat tak pernah duty contact game, dan tak pernah anta patient kat hospital.

pergh, pengalaman beb. so, duty palapes cane pulak?

4 comments:

Mak Su said...

tertinggalkan? alamak!!!

Shiema said...

huhuhu....teringat kenangan dolu2 nampak

ayat prof nas yg x bole blah...hahaha

lalink7 said...

erk..ganasla kan main rugby mesti injured terok punyee...cik Aliaa pbsm? hehe..cute2..

aliaaroslan said...

maksu - memang panic tapi macam control macho.

kak shiema - itu la pasalnyer.. macam nak kne kerje kat uitm aje. haha

husna - memang ganas. tapi kne guna teknik yg betul.