minggu lepas, ada mesyuarat di uitm. lepas mesyuarat, pergi ke pusat kesihatan. nak jumpa puan siti katijah. salah seorang sister kat pusat kesihatan tu. dulu beliau ialah salah seorang penyelaras pbsm, masa zaman kegemilangan aku n the geng kat uitm.
biasalah, kalau dah jumpa, lepas dah salam peluk2, mestilah duk cerita ceriti pasal zaman dolu2. ayat pertama dari beliau, "budak sekarang dah tak macam zaman korang dulu". nak menyedapkan hati puan siti, aku balas "takpe puan, setiap batch ada cara dan kaedah diorang tersendiri".
nak dijadikan cerita, zaman kitorang jadi ajkd (ahli jawatankuasa dalaman) pbsm dulu, ialah zaman yang memang the whole uitm nampak kewujudan dan fungsi budak pbsm. harus diingat, kitorang ialah first aider, pasukan bantuan awal. kitorang bukan doktor yang boleh beri injection, mahupun dibenarkan untuk declare seseorang itu mati (meninggal dunia). geng-geng kitorang ni terdiri dari beberapa intake, dari intake tahun 2001 sampailah ke 2007. so ada berapa banyak generasi tu. tak kira tua setahun ke, muda 2 tahun ke, kitorang kira kitorang sebatch. sefamily ialah ayat lebih tepat. kenapa? sebabnya, kitorang semua ialah gila duty. duty ni ialah bila ada kelab or persatuan or orang perseorang yang panggil kitorang untuk standby. kalau duty sukan yang contact game, macam rugby, bola sepak, hoki, etc, mesti akan ada sekali seambulance geng dari pusat kesihatan. konfem ada sorang MA (medical assisstant) + nurse + driver. kalau MA takde, mesti ada doktor (Dr). bila duty tu, bukan aje dalam kawasan uitm. sampai ke ceruk2 mane ntah pon kitorang blasah pegi. kalau kat luar uitm, merasa la kitorang naik ambulance yang terpasang lampu tanpa siren. masa tu feeling2 macam penting kan.
aku punya first duty lepas dah dilantik jadi ajkd ialah perarakan peringkat kebangsaan NAM (aman palestin) kat bukit jalil, bulan December 2002. event tu ialah malam. pagi tu kitorang ada mesyuarat agung perlantikan ajkd baru. petang tu, lepas asar, dah berkumpul kat kompleks sukan. tunggu untuk naik bas ke stadium bukit jalil. satu bas budak pbsm dihantar. bas2 uitm yang lain bawak budak uitm yang lain, kalo tak salah lebih 10 bas yang angkut budak2 uitm pegi bukit jalil.
sampai sana, kitorang makan dulu. mestilah, nanti karang cane nak angkat budak pengsan ke hape kan. banyak gila budak2 universiti lain yang datang, dari seluruh malaysia. serius nervous weh, yelah. tak pernah duty kan. masa tu baru masuk kelas pbsm sekali aje. apebende pon tak ingat. so ni kira tawakkal la.
lepas makan, kitorang dibahagikan ikut checkpoint. setiap checkpoint mesti ada sorang senior yang akan ajar kitorang la kalo ada ape2 kes nanti. aku tak ingat sapa yang secheckpoint dengan aku. kalau tak salah, kak ally (makcik matun).
tetiba, ada pulak lah budak pbsm dari cawangan selangor. diorang pon anta wakil jugak untuk duty. pastu ada pulak la salah sorang wakil yang kekonon ada pangkat tu, datang kat kitorang n kata yang kitorang semua kne tuck in baju dalam seluar. la, apasal pulak kan? mane ada dalam buku peraturan pbsm perempuan n lelaki kne tuck in baju. setahu aku lelaki aje. dah malas nak gaduh2, kitorang yang tatau ape2 ni pon tuck in aje. masa tu nak tanya presiden (abg ref), beliau pulak takde.
paling best skali pasal duty ni ialah aku kne jaga cekpoint yang belakang pentas ok! segala jenis artis dari KRU ke pakcik polis n pakcik rela pon aku jaga. agak bernasib baik jugak lah sebab kes paling terus pon, pakcik polis mintak panadol. kalo ada aksi hyperventilation, silap2 aku pon naik hyper skali pasal tatau cne nak handle. wakakakaaaaa..
habis aje konsert dan ucapan dari Tun M, event tu pon habis. so presiden pon kutip la kitorang dari cekpoint ke cekpoint. rupa2nya, memang takde pon peraturan perempuan kene tuck in baju. presiden tu siap stresskan dengan wakil pbsm caw. selangor tu. so, sampai sekarang la yang perempuan tak perlu tuck in baju.
tapi, duty tak habis lagi selagi tak balik ke uitm kan. so nak tunggu turn balik naik bas, dah satu hal. last sekali sampai bilik pukul 4 pagi.
serius memang sungguh teruja dengan duty yang first. ape duty contact game yang pertama aku? RUGBY!!!
sila bayangkan dulu keganasan rugby, sebelum baca entry aku yang seterusnya..
0 comments:
Post a Comment