siap aje semua, terus keluar ke mapley yang paling dekat dengan rumah. bersupper + sahur. pakage. makan tosei anney untuk kesekian kalinya. masa makan pon dah ala2 mengantuk mahu tersembam muka ke meja. tapi control macho itu penting. makan still sampai habis jugak tu.
balik rumah, kekonon tanak tido, gagah kan kata. tapi tertidur jugak. bangun jam 5.30 pagi. mandi, subuh dan bersiap2. jam 6.15 pagi terus kami semua keluar rumah menuju ke KLIA.
sampai sana, terus cek in luggage pasal kitorang dah online check in 2 hari sebelumnya. lepas dah tengok aksi budak kaunter yang baru kerje tu dimarahi akak senior yang dah lama kerje, suma luggage selamat dicheck in, termasuk printer. ha, bawak printer 3 in 1 yu ols.
ramai gila kawan2 yang datang. sangat terharu. yelah tak expect pon pasal flight pagi, jam 10 am. dahla ari ahad, puasa pulak tu. memang sangat best lah bila diorang datang..
intan, ayoi, shuk, abg fariz. belakang : rusdy & ayah
iwan, zati, intan - suma ni kawan2 dari darjah 1. jawab! iwan n zati akan kahwin lepas raya..
nana n syahrull
wiwin
hassan (husband intan), intan, rusdy, wiwin, aku, kak kyra (wife abg fariz), shuk, abg fariz, izzat, iwan (tunang zati), zati (tunang iwan)
dad, aida (gf mamat), mamat, semai, iskandar, mama, kawan semai, kawan semai, aku. depan - widad n alim
so, jam 9am kitorang pon masuk la ke imegresen. perjalanan dari situ nak ke gate sangat jauh kan. naik ketapi kebagai. maklumlah, KLIA ialah airport paling besar dalam dunia (masih lagi ke?).
so, dah babai2 kan semorang, masuklah kami ahli majlis ke balai berlepas..
aku, mama, alim, widad n ayoi ~ babai Malaysia.
0 comments:
Post a Comment