Thursday, July 1, 2010

sendiri terasa malu

hari2 aku pergi kerje naik kereta. sampai aje kat parking lot, keluar kereta, terus masuk dalam office yang beraircond. bila aircond dirasakan terlalu sejuk, aku pon komplen la, "aduh, sejuk gila la aircond ni. tutup jap eh aircond ni". aircond pon ditutup. bila udara sejuk dah habis, terus aircond di on semula. keluar aje dari office untuk makan tengah hari, komplen lagi, "panasnya! malaysia hottt!". terus pilih untuk makan di tempat yang beraircond ataupon yang agak selesa berkipas laju segala. balik dari tu, masuk balik office yang sejuk beraircond tu. sampai petang, tiba masa untuk balik. balik ke rumah, naik kereta. sampai rumah, naik lift. masuk rumah, rehat2 sikit. bila malam dan terasa panas, on lagi aircond. habislah bill letrek naik (ya, dibayar oleh bunda).

tapi, bila balik kampung weekend lepas, ternampak beberapa orang pakcik yang kategori 'senior citizen' bekerja di stesen minyak. kerja diorang buang sampah, sekali sekala tolong isi minyak kat kereta yang datang dan tolong kemas2.


sementara mamat isi minyak, semai n widad sebok la nak pegi toilet la hapekebende la. balik dari toilet, semai citer pemborakan die dengan pakcik slim yang dalam gambar kat atas tu ialah belah kiri..

pakcik slim : do you wanna go to the loo? [dengan british accent ye. loo = toilet. loo biasanya digunakan oleh orang british]
semai : yup [jawab dengan nada terkejut]
pakcik slim : you need to go to the counter to get the key for it. we need to lock it, just in case some people might misused it.
semai : oh. ok then. thank you

ok, pakcik slim itu ialah cakap dengan british accent dan sangat fluent english ye tuan2 puan2. meaning diorang ni ialah dari golongan yang well educated. paling tak pon, diorang ni ialah orang yang terpilih untuk bekerja dengan orang2 british masa british menjajah malaya dulu. kagum ok!

diorang ni kerje kat bawah terik matahari. paling kejap pon, konfem diorang mestilah kerje 8 jam sehari kan. lepas tu bila kerja, kene bernafas dengan asap yang keluar dari kereta / lori / motor / etc. dengan kesihatan diorang yang tak menentu [berdasarkan umur diorang la kan]. tapi, diorang masih gigih untuk bekerja. pastu pulak, tak nampak pon kerusi kat luar tu untuk diorang duduk2 untuk melepas lelah ke ape ke. serius, tak dapat nak mambayangkan kepenatan diorang. paling best sekali, mamat kata, die nampak pekerja yang muda2 ialah kerja kat bahagian dalam kedai kat stesen minyak tu [die nampak masa bayar duit minyak tu]. apesal la management tak tukar aje, yang tua2 dan educated ni, kasi la jaga cashier. yang muda belia kuat lagi tu, kasi la kutip sampah. ish! kalaula aku yang jadi manager kedai tu.

aku yang muda belia [ye ke?] ni pon asyik la komplen macam2. itula, kadang-kadang lupa untuk bersyukur dengan peluang yang sedia ada depan mata.

2 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

wow.. font besar! hehehe.. sib baik x bold.. oo kak izzah rase pakcik slim tu tokey kedai minyak tu la kot. beliau saje undercover je tu..wakakaka.. beliau x mo berlaku penyelewengan jualan minyak di stesyen minyak milik beliau.. heheeee

haslina said...

betul tu..kecian klu tgk org tua2 kena keja berat camtu....