Saturday, July 24, 2010

taiping - PENANG - jitra = wedding fariz+kyra

alamak, terlupa la lagi satu pitstop sebelum bergerak2 khas ke penang. ni bangunan majlis daerah taiping rasanya. ayoi kata design bangunan ini ialah cantik, marilah kita amek gambar..


macam biasa, posing haruslah over dari tourist luar negara. mestilah, ini lah jugak festaim aku masuk tempat ni ok! izzat malas nak kuar kereta pasal panas. kitorang pedulik hape kan, kata pelancong. mwahahaha.. abes basah ketiak segala. nak bergambar sakan punya pasal.



ok, sekarang mari memulakan perjalanan ke penang! hoooyeah! perjalanan lebih kurang sejam la dari taiping nak sampai pulau pinang. sembang2 lagi. kunyah2 lagi.


ok, apasal ada kilang yusof tayob kat tengah2 highway ni?


jambatan pulau pinang dilalui dengan hati yang girang gilang gemilang. serius eksaited terlebih, tambahan pulak dengan perut lapar. plan asal ialah nak pergi makan di restoran minah ro gelugor, tapi bila sampai aje kat kedai tu, tutup lah pulak. tatau kenapa, biasanya dia ialah tutup hari isnin.


kenapa sibuk2 nak makan kat restoran minah ni? sebab masakan die ialah the best dalam dunia (aku rasa la). tapi kali ni takde rejeki la nak merasa.. lepas tu terus kitorang ke bandar, untuk cek in hostel dan lunch.

dalam banyak2 billboard, yang ni paling menarik sekali.


ayoi amek bilik yang sorang. aku n izzat amek yang double. murah gila, kitorang kene sorang RM18 semalam. alah, untuk tido aje pon. kalo hanimun nanti baru lah boleh pegi hostel yang grand2 kan.

jalan kaki tak salam 30 saat ialah kedai makan nasi kandar line clear. kekonon nak makan kat situ tapi duk tengok line tak clear2 pon. penat beratur aje. so kitorang makan kat kedai nasi kandar sebelah die (ape ntah nama die). sedap jugak beb. layan....


perut pon dah kenyang, maka kitorang ke tempat visit yang seterusnya, rumah P. Ramlee dilahirkan. dengan bantuan GPS yang best, kitorang sampai sana dengan agak mudah. jalan pon tak jem.





ok, seperti biasa posing mestilah lebih over dari aksi dalam filem ye. so faham2 aje lah perasaan bila ke rumah p. ramplee, seniman agung weh. beliau tu suma boleh, menyanyi, cipta lagu, tulis lirik, main semua alat muzik (yup, semua ye puan-puan), berlakon, mengarah, producer, etc.




dah puas mengimbau dan membaca semua info, kitorang terus2 menuju ke tempat pelancongan yang seterusnya, tokong pebende ntah. yang ada banyak2 turtle dan tempat sami2 semayang segala.




view sungguh cantik kat puncak. lebih2 lagi kalo amek gambar time panas gila ni, memang gambar akan jadi sangat chantekkkkksssss..

lepas tu kitorang terus ke queensbay mall. nak makan n bergambar. siap dengan sesat2 kebagai tapi int the end sempat jugak sampai. masuk aje mall tu, tak nampak bende lain dah, nampak makanan aje. kedaiyang first pulak kebetulan dave's deli. smorang muka tak bleh blah lapar, terus order n makan. jgn banyak cakap oi!





lepas makan2, jalan2 kejap. then ada orang promo jual lcd tv kat mall tu n display concert celine dion kat las vegas. aku n ayoi layan gila berdiri lama gila kot teruja tengok. izzat pegi kedai buku ape ntah. then jumpa balik kat kereta, terus ke bay untuk bergambar2. masa ni izzat ialah dah muntah2 mabuk so aku n ayoi aje yang sakan berposing malam2 buta tu.







lepas tu kitorang terus balik ke hostel. mandi2 dan tido. esoknya janji nak turun jumpa kat bawah pukul 7.00am. so kitorang bangun awal, siap2 dan terus cek out. sebelum ke gurney drive, stop bergambar posing kat masjid ape ntah, tak ingat nama lagi..







perut pon dah ala2 lapar jugak pagi2 buta ni kan. terus ke gurney drive, cari makan.. sambil makan, sambil meniup udara segar dari laut...



lepas breakfast kitorang terus bertolak ke jitra. nak seberang balik ke tanah besar, kitorang naik ferry pulak.. layan wooooo..

so, next ialah journey seterusnya ke jitra. (tempat kejadian perkahwinan tersebut).

0 comments: