Saturday, July 24, 2010

TAIPING - penang - jitra = wedding fariz+kyra

pesanan : entry ini ialah sangat panjang. sila ambil nafas dulu sebelum start baca. entry ini juga sangat banyak gambar. sila klik gambar untuk gambaran yang lebih besar.

invitation telah diperolehi. tabloid perkahwinan adalah nama yang lebih tepatnya. orang lain kasi kad, die kasi tabloid perkahwinan. itu la abg fariz, suka nak lain dari yang lain. bila ditanya, kenapa susah2 design2 tabloid perkahwinan ni? die kata, alah, kawin sekali aje, insyaAllah..

planning dah dibuat, maka berangkatlah rombongan menuju ke utara. majlis perkahwinan adalah hari ahad, 6 June 2010. tapi kami bertolak pada 3 June 2010, khamis malam. niatnya nak berjimba2 die taiping pada hari jumaat dan meronggeng-tonggeng pada hari sabtu di penang.

izzat datang ke office aku dah parkir keretanya di situ. kami bertolak ke PJ untuk mengutip ayoi di rumah bundanya. oh, aku angkut sekali kanak 5 (widad) dan kanak 6 (alim) kerna diorang ialah nak balik kampung..

pitstop pertama haruslah restoran jejantas sungai buloh. wajib mengisi perut yang kelaparan itu. oh, KFC idamanku selalu.

aku ialah menyimpan niat untuk makan die KFC or Mc D setiap hari sehingga hari bertolak ke sinun nanti. kununnya memikirkan nanti tak dapat makan fast food dah kat sana kerna dikhuatiri kehalalan ayam di sinun. tapi, kalo ke KFC, aku ialah akan order fish burger. kalo ke Mc D, aku selalunya order filet-o-fish. so tiada gunanya hasrat tersebut.

anyway, lepas makan2 kitorang teruskan perjalanan ke taiping. sampai kat sana lebih kurang pukul 12tengah malam. mandi2, ready2 n tido.. kepenatankah? atau eksaited terlebih?

jumaat (4 june 2010), pagi2 lagi kami sudah bersiap2. lepas breakfast kat kedai makan tepi jalan, kitorang terus ke kaki bukit larut. ayoi, selaku bendahari program kali ini, terus menjalankan tugas dengan membeli teket jip untuk naik ke puncak bukit larut.


lepas dah mabuk2 naik jip, akhirnya kami sampai di puncak. suasana ala2 die cameron highland, dengan kabus tebal dan cuaca sedikit dingin.


ok, ini gambar syok sendiri



jip yang dimaksudkan


pemandangan memang best gila. takyah cakap la tahap kebestannya tu gred ke berapa. abes setiap angle kami nak bergambar. kitorang diberi masa lebih kurang 45 minit untuk lepak2 kat puncak bukit tu. lepas tu jip akan datang untuk drop orang yang baru naik dan kutip kitorang untuk dibawa turun. sekali lagi mabuk petai dengan perjalanan turun yang sungguh adventures tahap dewa sipersaiya! (sila bayangkan jalan terus gila zig-zag macam ular kene palu dan perjalanan menuruni bukit yang elevationnya ialah dalam 60-70 degree angle).

masa tu dah hampir ke waktu tengah hari. ayoi kene pegi solat jumaat la mesti kan. tapi sebelum balik rumah, kitorang singgah makan kat kedai cendol n rojak yang aku rasa paling feymes kat taiping tu..

hek eleh, gambar isi duit parking pon nak amek!



nak kata kelaparan tu takla jugak. tapinyer bila makan cendol n rojak tu, terus ilang mabuk petai tadi. mwahahahahaa... ingatkan nak tambah mangkuk cendol ke-2, tapi kne simpan perut untuk aktiviti makan petang nanti pulak..

balik rumah, aku n izzat di join oleh widad, kitorang ke salon rambut. cuci rambut, urut2 kepala n bahu, cuci muka = RM9 sahaja. sapa nak nangis sekarang? ok, takpe, kalo korang nangis sebab murah, aku tak marah. sebab dulu aku dah nangis jugak.. aku nangis? biar benar. tipu aje! lebih kepada terkejut ye. sementara tu ayoi pegi solat jumaat dengan alim, merempit naik moto.

lepas tu kitorang teruskan aktiviti lagi dengan makan mee udang mak jah. kampung ayah aku kat kuala sepetang ye. so memang sangat glamer la dengan mee udang. semorang pon nak bukak kedai mee udang. dalam banyak2 kedai, kedai ni aje yang paling sedap, paling dipercayai dan konfem udang fresh baru naik dari laut. ada kedai2 yang lain ialah pakai udang bela yang diberi makan pallet. tak sedap ye encik!


kesedapan ialah berlipat ganda bilamana mee udang tersebut dibalas pulak dengan laici kang sejuk gila. sapa boleh lawan tahap kesedapan mee udang home made? oh, ini festaim aku makan mee udang kat kedai ni. sebelum2 ni aku selalu order kuey tiaw goreng udang aje.. hihi

lepas tu terus kitorang muzium ape ntah namanya di matang. bergambar sakan ialah diwajibkan bagi setiap pitstop. kalau tak, akan terasa janggal dan kekurangan aktiviti di situ.



dalam banyak2 bende, yang ni paling best skali. alat2 mengukur zaman dulu. ada yang aku pernah pakai utk buat kerje n ada yang aku tak pernak tengok! kagum! berbangga aku jadi salah seorang land surveyor!


ayoi : ko ni sayang sangat dengan UK
aku : mestila. tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat kene frost bite
izzat : frost bite tu ape?



lepas puas bergambar dan tengok pameran, kitorang terus menuju ke muzium taiping yang terletak di bandar taiping. tapi muzium ialah dah tutup. makanya kitorang terus ke taman tasik taiping.


gambar lari + lompat




dah puas bergambar, kitorang ronda2 lagi taiping tu sampai gelap. lepas maghrib, kitorang dengan pantas terus ke zoo taiping untuk masuk night safari.


masa tengah duk beratur tunggu train ride, ada sekumpulan orang kurang upaya pekak-bisu tengah tunggu sama. borak2 dengan ketua kontijen diorang, rupanya diorang buat rombongan dari kelantan. bagus jugak kan, semakin banyak aktiviti dianjurkan untuk diorang untuk create awareness dikalangan rakyat malaysia.

naik train ride, kitorang borak2 sambil tengok kiri kanan. ada binatang yang nampak clear, ada yang tak berapa clear. maklumlah, malam. takkan org zoo taiping tu nak letak lampu terang benderang kat semua tempat bagaikan dalam bagunan yang dipasang lampu ketika malam. kalo ko nak tengok terang2, baik ko pegi zoo tu masa siang hari.





lepas keluar dari zoo, masing2 dah lapar. singgah makan dulu sebelum balik ke rumah.. penat ke? tak lah sebab best dapat bergambar..

esoknya (5 june 2010) kami bangun pagi2 lagi dan bersiap2 untuk meneruskan perjalanan. nak habiskan tour de taiping dulu sebelum berangkat ke penang. pagi tu ingatkan nak bawak diorang pegi makan cucur udang best gila kat kuala sepetang tu, tapi kedai tu dilanda banjir dan hanya boleh order untuk takeaway sahala. maka ayah orderkan cucur udang 10 keping dan air untuk kitorang..


kitorang pegi ke forest reserve park. tempat tengok macam macam pokok bakau di tanam dan dijaga. slumber kitorang buka makanan n berkelah kat situ. takpe, takde orang berani marah sebab diorang takut dengan cikgu roslan.




lepas dah makan, kitorang pon jalan2 ronda tempat tu. memang best lah. ni kali ke-2 aku pegi sini. ada jugak budak2 kecik yang kutik anak2 kayu bakau untuk dijual. bagus diorang ni. kecik2 dah pandai bisnes.




lepas jalan2, kitorang ke muzium taiping (yang tutup semalam tu). best gile! by the way, semua muzium adalah free ye. memang best.








lepas bergambar sakan dan hari pon semakin panas, kitorang pon terus bergerak ke penang. ok, yang tu cerita kat next entry pulak ye..

2 comments:

Shiema said...

hahaha...bab posing melompat sambil berlari tu, wajibla trademark aliaa

aliaaroslan said...

itu sudah mesti! hihi