Saturday, July 7, 2012

Seoul, Korea : Day 6 - Gwanghwamun

so, berjalan keluar dari main gate Gyeongbokgung Palace tu, akan terus nampak Gwanghwamun square ni. actually Gwanghwamun ni previously was the main of the main gate of the palace. berapa lapis gate daaaa.. now, oleh kerana pembangunan dan nak tarik pelancong datang, diorang modify. 

ada statue King Sejong dan Admiral Yi-Sunshin. King Sejong, of course terkenal dengan macam-macam pembangunan dan perubahan masa zaman 300 tahun dulu tu lah kan. Admiral Yi pulak admiral yang terkenal dan berbakti untuk Korea masa ditawan jepun, dia lead navy army untuk serang jepun balik, dan sebagainya... sebab tu kene buat tugu untuk dua-dua orang ni.

menuju ke gwanghwamun square

air mengalir kiri kanan

ada museum pasal king sejong. free tau...

sejarah... President Park Chung-Hee yang tulis...

King!!!

hari yang panas you all!

ada pameran jenis-jenis padi


with statue Admiral Yi-SunShin


ada air pancut... orang korea terlebih excited jumpa air pancut sebab diorang tak banyak air terjun kan

ada kempen tak nak merokok lagi...
jalan siki, berhenti snap gambar. jalan sikit, berhenti snap gambar. kat belakang statu admiral Yi tu ada tangga turun ke underground. aku turun lah dengan harapan ada jalan underground untuk kembali ke Gyeongbokgung Palace tu, sebab cuaca ialah panas. underground tu ada aircond. hehehe.

namun, ada tourist information counter sahaja dan kedai souvenir, dan board menyatakan Gwanghwamun square ni salah satu tempat shooting the famous korean dram, Iris. siapa tak tengok Iris? rugi wooo. so, silalah pergi tengok. 

so, dah berapa banyak korean drama location aku dah pergi? eh. berlagak pulak.


sambil jalan dengan kadar yang slow menghala ke Gyeongbukgong palace, ada kiosk. apebende dia tulis aku tak faham, kecuali satu : "free of charge". aku pergi intai. then ada sorang korean lady with her husband and son cakap kat aku in english, yang boleh try baju King Sejong FOC. ape lagi. mestilah nak kan. semua yang free free ni, siapa yg tak suka. 


kene tulis nama dulu. that lady tulis dia from USA. amboi. cakap korea pekat koooo


husband lady tu tolong ambilkan gambar aku, dan aku tolong ambilkan gambar diorang sefamily. 

King Sejong versi wanita muslimah.
ha, merasa la jadi King zaman jeseon selama 10 saat. 

harrimoni dan harabuji yang jaga kiosk tu. (nenek and atuk)
jalan depan sikit, ada macam museum / pameran The History of King Sejong. free jugak. mari masuk. 




gambar of the king yang berjaya dilukis oleh pelukis zaman tu. salah sorang watak dalam korean drama Painter of the Wind ke?
pameran dia memang best gila. banyak sangat info. salah satunya, King Sejong ni sihat walafiat sepanjang hayat. sampailah dia mati. cuma dia menjadi rabun dan semakin rabun ke sebab dia sangat suka membaca. 


penat jalan dan haus, singgah cafe dia beli iced cafe latte. 



then ada jugak pameran pasal Admiral Yi. dia mati muda, umur 53 kalau tak salah. itulah di medan perang. dia sangat dikagumi oleh semua askar2 korea. 



diary yang dia simpan masa zaman dia jadi tentera biasa sampai admiral

gambar admiral Yi yang berjaya dilukis zaman tu.
siap ada mini library lagi kat situ. by the way pameran tu kat underground. so boleh la lepak membaca kat mini library tu. tapi tak boleh bawak keluar buku dari situ. cool gile. 


aku suka ni tapi aku tak tau ape dia. aku suka sebab penuh tulisan.



habis explore the whole pameran, terus keluar dan menuju balik ke subway gyeongbokgung. untuk ke next destination.

0 comments: