Thursday, July 28, 2011

setting

my mother dah berangan camne nak setting rumah masa majlis bertunang aku nanti.

pesanan penaja semalam : mama nak awak kahwin tahun depan.

aku jawab : aminnn.

persoalan sekarang di minda aku : sape aku nak cekup suruh masuk meminang aku ni?

pagi

alarm bunyi, snooze dulu. lepas 5 minit, bunyi lagi. snooze lagi. cukup 4 kali, baru bangun. itu pon sebab Latifah dah siap mandi manda. kalau tak, selagi dia tak habis mandi, aku duk main-main snooze dengan alarm ni.

settle semua, tengah nak bersiap. ahhchoooooooo bersin sekali. terus wheezing nafas. adoi, ni yang beta lemah ni. pagi-pagi dah wheezing nafas dan bersin. lepas 2 saat, bersin lagi, dan lagi. come on Aliaa, kamu tu ada fieldwork harini. harus berkeadaan baik badan tersebut.

puff inhaler 2 kali, wheezing berkurang. bersin pon dah stop. lalu bersiap sedia berkuntau dengan tudung yang langsung tidak memberikan kerjasama yang baik untuk hari ini.

on lap top. create ringtone harapan ramadhan by manbai  & raihan. lalu bluetooth ke mobile phone. tapi tak boleh play pulak kat mobile phone. ni yang buat aku malas ni.

tiba-tiba, terasa hidung macam ala-ala nak penuh tapi takde bende meleleh, tersiut-siut lah pulak ni. uhuk - uhuk, batuk pulak.

pakej lengkap hari ini. maka, saya perlu cari boyfriend medical doctor. ape kene mengena?

Wednesday, July 27, 2011

award di situ

dean's list award, kalau GPA 3.75 - 3.94.

president's list award, kalau GPA 3.95 - 4.00.

nak aje aku tanya budak-budak ni; "ape korang makan eh sampai pandai sesangat nih!".




lalu, conversation dengan kak nat ;

aku : kak nat, i rasa you kene tanya budak-budak ni diorang makan ape.
kak nat : kenapa?
aku : so nanti you boleh kasi baby you makan makanan yang sama so jadi pandai bijak laksana.

kami : *gelak tak habis-habis*

siri makan saja

pagi sampai di office, roommate dah letak nasi lemak atas meja. dia memang berniaga nasi lemak di kedai mak dia, so dia bawak satu untuk aku. well, aku kan memang tester tak bertauliah. selamat sebijik nasi lemak.

komdian, lepas kelas, ada short meeting dengan Dr Maziha. settle meeting, terus call DrNotts. beliau ajak lunch di ani sup utara bangi. terus start kereta dan ke tempat kejadian. selamat meehoon sup dan sup gearbox serta sup ekor.

lepas kelas lagi, hanah ajak pergi cafe. nak makan nasi or makanan berat, terasa perut masih ok. tak lapar tahap dewa. maka beli roti cream 2 bijik. selamat roti-roti tersebut bersama air paling sejuk dalam donia.

petang ada pulak event academic excellence award. selamat meehoon soto semangkuk.

balik tu kemas-kemas barang. baru teringat pulak kene jadi adjudicator untuk debate competition. settle event pon dan nak dekat maghrib. of course, ada makan jugak. selamat meehoon goreng singapore.

lepas tu dah. aku dengan baik pulang ke gagang. tamau makan lagi untuk hari ini.

kau kira berapa banyak aku sental harini. habessss!!!

esok class site surveying 4 jam. amek kau.

pasar malam

sambil driving balik dari office semalam, sedang aku bergayut on-off dengan DrNotts (line sengal, maklumlah, atas highway), aku terfikir - alamak, sedap jugak kalau dinner speghetti bolognase ni. dah terbayang-bayang sampai aje rumah nanti nak keluarkan minced meat. biar dia cair dulu sementara aku mandi dan berkuntau adegan-adegan lain. lepas aje exit tol rumah, terus nampak pasar malam. oh yes, takyah masak lah. singgah cari makanan di pasar malam lah kalau camni.

DrNotts ialah ada kelas semalam dan Latifah pulak ialah pergi main bowling bersama officemate sekalian alam.parking aje kat tepi jalan setelah buat adegan menunggu orang yang tak pandai reverse kereta keluar dari parking, aku keluar dari kereta dan terus jalan ke pasar malam. call dulu Manje, nak tanya dia nak makan ape or nak order ape-ape food dari pasar malam. tapi tak angkat lah pulak. aku fikir, maybe dia main takraw kot sebab semalam dia balik lambat sebab main takraw. aku hantar text message kat dia tanya nak makan ape dengan harapan dia akan reply dengan cepat sebelum aku settle menjelajah seluruh pasar malam tu.

jalan punya jalan, banyak gila pilihan makanan. dari putu mayam, sampailah kuey tiaw goreng kuali besar. satu pon tak singgah kat nafsu makanan aku. so aku jalan lagi. sambil fikir-fikir "rugi jugak tak beli ape-ape ni. dahla nak dapat parking satu hal pulak". aku jalan sampai habis gerai, then patah balik. on the way balik tu ternampak chicken wing bakar. so aku beli chicken wing bakar seketul (yang isi dia kalau untuk Manje hanyalah layak di peringkat celah 1  gigi sahaja) dan hati bakar sebatang. aku hulur RM50 kat makcik penjual chicken wing bakar tu. mak tu kata "alamak, takde duit kecik ke dik. makcik takde duit tukar ni. semorang pon kasi RM50, RM50 harini". aku cakap takde. boleh pulak watak lain yang berdiri sebelah aku slumber cakap "ha, baru keluar duit la tu. orang gomen kat dah dapat gaji". aku rasa nak jawab aje - weh, aku bukan orang gomen mak encik. tapi tiada gunanya aku menjawab kat dia pon sebab kalau aku jawab, bukan dia boleh tukarkan duit aku pon kan. ok, abaikan dia. aku cakap kat makcik tu, "kejap ye makcik. saya pergi tukar". dalam hati aku kata, biasanya tukang penjual yang pergi tukar kan kat gerai sebelah menyebelah. so aku buat spekulasi dalam fikiran aku sendiri bahawa makcik ni tak bercampur orang. eh, ada kene mengena ke?

so aku tinggalkan bungkusan chicken wing tersebut dan terus jalan tanpa arah tujuan dengan harapan gerai-gerai sebelah menyebelah tu boleh lah dijadikan modal untuk aku tukar duit. jalan depan sikit selang beberapa gerai, terjumpa gerai jual air. so aku bajet, semorang yang pergi pasal malam konfem beli air sebab nak minum-minum sambil habiskan duit beli makanan bagaikan di bulan puasa membeli makanan mengikut nafsu. so aku beli air soya cincau secawan. yes, dapat jugak duit tukar.

aku jalan balik ke gerai makcik chicken wing tadi dah bayar. settle semua terus aku jalan balik ke kereta. masuk kereta dan pulang ke gagang.

dalam banyak-banyak opsyen makanan yang ada kat pasar malam tu, chickeng wing bakar jugak yang aku beli kan. sampai rumah aku terus ngap. boleh pulak si Manje tengah tidur dengan sedapnya. patutla tak angkat aku call or text. hampeh. dia bangun aje dia lapar. nak pergi pasar malam, malas katanya. so dia masak meggie. aku tumpang 5 sudu sebab rasa macam tak puas pulak makan seketul chicken wing tu. wah, sedap jugak makan meggie nih. abeslah naik jerawat kecik2 kat muka aku lepas ni. cisss.

so aku rasa tanak pergi pasar malam lah untuk jangka masa yang lama. termasuk jugak bazar ramadhan. supaya next visit aku ke pasar malam barulah mendapat keterujaan yang berlebihan dan bolehlah membeli makanan yang lain, selain chicken wing bakar tadi.

by the way, hati bakar tu tak sedap. aku makan segigit aje.

Tuesday, July 26, 2011

artis

member aku cakap, student-student aku stock-stock artis. apekah?

mengapa


aku pergi proton centre of ecxellence, haruslah menjangkakan bahawa semua pekerja proton ialah bagus dan gigih memakai kereta proton jugak.

aku zass masuk parking, boleh pulak line depan aku ni ha ada sebijik yang bukan proton.

aku suspect, mesti ini kereta pinjam. mane tau, kereta proton dia kene masuk workshop ke kan. so kene lah pinjam kereta jenama bukan proton.

Monday, July 25, 2011

kapit

uih, dalam banyak-banyak siri menjadi pengapit, aku rasa kali ni yang paling banyak kerjenye, you all!

agaknya kalau aku pulak yang kahwin nanti, pengsan pengapit aku. maklumlah, OCD.

Saturday, July 23, 2011

the day has come...

we've been preparing for day since last year. but the date kept on been postponed due to a lot of reason. 

we've merge several occasion into one day :

SABE (school of architecture and built environment) day - public lectures, architecture workshops;

soft launch of the new block;

get together lunch;

accreditation visit by lembaga arkitek malaysia;

barbecue dinner.

they all went well. we feel so relieved!!!



some photos of the events :


architecture workshop at the foyer

the stage - designed and made by the students from scratch (by using recycled materials)

bridge competition

dining area

woops! at the management office before the soft launch
relaxing and preparing for the soft launch (kak faiza  hanah)


my guys of geomaticians!

preparing for the soft launch

they were sooooo excited because of the food! hey!

our gadgets (we call them equipments, actually)

morning tea

being the MC of the day

building's soft launch by our MD

banners

performance


the food lady indeed!!! just tell her what kind of food that you want, she will get it for you. you are the best, kak mala!




visitors from lembaga arkitek malaysia

finally i've got my invitation to the dean's list and president's list award. thanks zul.
at night we've got the fashion show from the student's workshop (designing clothes from recycled materials) and barbecue of course! 

exhibitions

exhibitions

night time at our building

aqeesh lost 2 tooth (hanah's first daughter)

mimi with her round eyes!!! (hanah's second daughter)

oh yes, they can't wait to eat their barbecue dinner.

let's eat!!!

judges of the fashion show

naufal with my key-band. so funny + cute (kak faiza's son)

the idris's


the singing mummy

our abah (haji razak) performes a karaoke song


my overall comment : best and the BOMB!!!

when i'm feeling....

super hungry, i will imagine that i want to cook and eat the food that i'm craving the most.

last week, while groceries shopping with DrNotts, Manje & Latifah, I was thinking of the delicious "kambing bakar". so, we bought 3 big pieces of lamb and viola!!!

don't worry, we used olive oil still!
DrNotts was craving for "patin masak asam pedas" and she cooked it! yup, DrNotts still cooks in Malaysia! muahahaha...


of course, my grandma's famous acar timun must not be forgotten, people!


we are starting to jot down the menu for our iftar. we planned to cook everyday. yes, everyday. because it reminds us of fasting overseas and actually, the food sell at the bazar ramadhan are expensive and does not taste that good, up to our satisfaction anyway.

Saturday, July 16, 2011

new office of the new building

thanks guys for this present.
 
thanks enche for giving me the tasbih. zikir to remember Him all the time.
still needs touch up here and there. but it is good enough for me!

well done future geomaticians!!!

next week we are going to be extremely busy with the soft launch of the new block, poster and banner competition and etc.

even though we are not as artistic as the architecture people, but we tried our best to present the best from our field.

most of the effort comes from the students. despite their busy schedule and classes, they tried their hardest to give the best impression of geomaticians.

by the way, our school composes of three major field, geomatic engineering, architecture and quantity surveying.






yesterday, our dean was extremely impress with the work by the students and he treated us with domino's pizza.

win or not, i'm so proud of my guys!!!

musim durian yang sepanjang tahun di malaysia ini...

menjadikan saya untuk berusaha keras memasak bubur durian.


ok, esok sepanjang hari seisi rumah akan makan bubur durian dari pagi sampai malam ok!

Tuesday, July 12, 2011

bridging @ KLIUC

KLIUC buat bridge competition. sape-sape boleh join. pemarkahan dia aku tak reti. kalau orang suruh aku judge, aku pilih paling cantik aje. hahaha. padahal siap kene test strength bagai kan.

grouping untuk students ni diorang pilih sendiri. majority besar memang student civil engineering dan ada jugak group yang combine dengan student architecture.

layan gambar la eh. by enche sarel.

diorang juara. tapi sampai skrang tak belanja-belanja lagi aku. nak kene nih! (padahal bukan aku advisor diorang pon)

artis - zyla & nina

awek cun & photographer (enche sarel)

VIPs

crew & technical team

MC & crew





comel!

melawat tapak

control perut


gambar dari sisi nampak gemuk la aku ni (padahal memang pon!)
congrats to the winner. tahun depan kita anjurkan internationally. sapa nak masuk?