Showing posts with label kuih malaya. Show all posts
Showing posts with label kuih malaya. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Iftar 11/2012 - simple saje...

nak kata ketandusan idea tu, belum lagi. sebab bahan mentah pon banyak lagi yang mother beli haritu. so, buat...

sambal ayam


sawi putih masak lemak



keledek ada lagi dalam fridge. by the way, memang kami simpan ubi kentang, ubi keledek, bawak segala mak nenek semua dalam fridge ye. so, ambil 3 biji keledek, buang kulitnya dan rebus sampai lembut. lenyekkan, tambah tepung dan goreng. nak buat kuih gelang a.k.a keria sebenarnya. tapi malas nak buat bulat-bulat tu dan tengok kat blog kak LG dia buat bulat-bulat macam cekodok tu. aku kan pemalas. hehe..

kuih gelang yang tak rupa gelang
  tapi tersalah teknik menyira gulanya. harini nak try buat lagi sekali...

Monday, July 30, 2012

Iftar 8/2012 - kuih lopez pulak.

apekah menu yang telah ku masak sabtu lepas???


kari ikan duri + bendi

ikan duri goreng

kuih lopez

yang ni tak masak. bawak balik dari korea haritu. reddish pickled + cabbage kimchi

pinggan sapa ni???

kuih lopez untuk mother
so far takde yang complaint lagi. hehehe. alhamdulillah. boleh masak lagi setakat ni.

Friday, July 27, 2012

Iftar 6/2012 - kuih tradisional

other than lauk recycle sambal udang petai dan kailan ikan masin, aku panaskan jugak sambal kerang. tapi mangkuknya tiba-tiba pecah. so kene buang the whole thing. karang, ada jugak raja bersiung pulak kami. so aku keluarkan sotong dan masak sambal sotong. 

sambal sotong

lauk tambahan jugak, telur dadar
then secara secret, tak secret jugak, aku buat tepung talam pandan untuk mother. alhamdulillah, pertama kali buat menjadi. cuma bahagia putih tu terlebih tebal pulak. kat gambar bawah ni nampak agak even aje. hehehe...


harini kanak Alim dan kanak Mamat balik rumah. yey! boleh dera diorang buat chores rumah. hahahhaaaaa.

Thursday, July 26, 2012

Iftar 5/2012 - apam tepung gandum

iftar ke-5, kami recycle lauk sambal udang petai yang mother masak masa iftar ke-3 haritu. pergh, puas makan udang. 


aku ke billion di pkns BBB siangnya. so beli kobis dan buat masak lemak sambil pecahkan telur. pergh, sedap sangat. dahla tukar santan dengan susu low fat. kurang kolesterol sikit. sikit je lah. bila dah makan udang banyak-banyak tu, even out balik. hahaha...


as usual, berdua aje dengan mother. kanaks lain tak reti nak tanya khabar mother dan ayah berbuka ape ke?

kanaks yang dimaksudkan ialah Aiman dan Maisarah.

yang lain-lain seperti Mamat, Widad dan Alim dimaafkan sebab bawah umur a.k.a tak kerja dan belum berkahwin lagi. 


percubaan ke-2 untuk membuat apam tepung gandum untuk mother, menjadi. Alhamdulillah. kali ni aku guna resipi yang diberi oleh MatGebu kat sini.  cuma kurang manis sikit, mother kata. so next time kene tambah gula lagi.


harini nak buat tepung talam pandan pulak. silalah jangan lupa beli tepung beras, wahai Aliaa!

Wednesday, July 25, 2012

Iftar 4/2012 - first nescafe panas in 5 days!

on the way aku balik rumah dari office, terfikir-fikir, nak masak sayur ape ye untuk harini. so budjet nak singgah NZ or Ban Leong dengan harapan ada at least kobes ke kan, boleh buat goreng or buat masak lemak then pecahkan telur. pergh, sedapnya.

tapi, exit je tol rumah, ternampak pasar malam. ha, baru ingat harini kan hari selasa, ada pasar malam. so parking kereta, zasss lari-lari buaya ke gerai yang jual sayur. tengok punya tengok, nak cari kailan niat di hati. lepas beberapa saat, aku terus blurr mane satu lah rupa kailan. then aku bantai je capai, tanya kakak penjual tu "kak, ni sayur ape ye?". akak tu kata "kailan". yes, nasib baik betul. beli seikat then balik ke kereta.

pastu memang plan nak buat puding jagung pon. so pergi Ban Leong, nak cari jagung dalam tin. tapi dia ada baby corn dalam tin aje. so patah balik ke NZ. confirm ada. NZ tu, segala mak nenek pon ada. aku pernah beli kunci basikal aku kat situ tau. ha.... jangan memain.

then balik rumah, mother terlelap atas couch. so aku pon terus operasi masak.

  1. kailan ikan masin
  2. sambal kerang
  3. puding jagung (siap masak terus masukkan dalam fridge)

dan makan 2 suap baru teringat nak snap gambar.

puding jagung

di kala melepak sambil menjahit butang ketip kat kemeja-kemeja yang aku tak jahitkan butang ketip di antara butang biasa, aku terus rasa mengantuk. padahal tengah tengok movie enchanted dengan mother. so aku masak air, buat nescafe panas. itu nescafe panas, kasi campur sikit susu cair. memang sodap! so layan minum sambil jahit menjahit.

bila aku nak jahit manik nih?


harini nak masak ape eh?