Showing posts with label gembo. Show all posts
Showing posts with label gembo. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

bila merapu

bila time weekdays, meaning hari kerja, mengaji dan sebagainya, selalu berazam sangat-sangat nak tidur awal. bajet nak tidur pukul 10.30pm agar esok paginya akan berasa sangat fresh setelah berehat dan tidur dengan puas dan baik sekali. tapi, konfem every working night pon akan tidur lambat. ada la sekali ke dua kali dalam seminggu tu yang tidur awal ikut time bajet tersebut.

bila time weekend, yang kurang aktiviti research dan tak ke office, biasanya akan tidur awal. kecuali kalau ada aktiviti nak pergi tengok midnight movie or jalan-jalan memeluhkan diri kat downtown sambil makan.

ape la masalah timing aku ni.

tengok ni ha. dah pukul 12.30am dan aku ialah masih duk mengadap laptop ini. baru lepas mempress baju kerojer untuk seminggu. dan, minggu ini punya koleksi baju kerojer termasuk sepasang baju kurung. ha, harus you ols tergezut kan aku pakai baju kurung pergi office. well, sebabnya ada iftar perdana di office tersebut hari rabu nanti. maka haruslah bersopan bagaikan anak dara melayu terakhir ye kawan-kawan. awwwww. kalau ada peminat nak ambil gambar nanti aku tepek di sini yar.

ya, sangat jarang aku mengupdate blog since pulang ke malaya ini. eleh, padahal ko dah balik lamaaaa dah aliaa oiii. dah almost 4 months pon. cuma kekangan masa dan ketandusan idea untuk merapu merepek di sini dek kerana kebizian tahap tokei jongkong emas menjaga pintu bilik kebalnya!!! ha, cerita outstation bawa student ke cameron pon terbengkalai bagaikan bangunan tak siap dibina yang kat tepi LDP dekat exit subang kalau dari arah puchong tu.

oh, aku jadi artis jugak beberapa menjak ni. ramai sangat yang cari. sampai tak cukup masa nak buat pertemuan fan meeting (akibat terpengaruh untuk menjadi artis korea dan berboyfriendkan hyun bin yang tengah serve korean marine tu).

last but not least, i am wondering whether kak haslina dah bersalin ke belum ye? semalam aku text birthday beliau dan tanya dah bersalin ke belum. semoga dipermudahkan urusan. nak picit baby baru!!!

p/s: happy birthday aiman (4 august 1986) & lana (8 august 2010)

p/p/s: maklong loves lana so much!!! xoxoxoxoxoxoxo - ok, dah picit dia dah semalam.

Monday, August 30, 2010

the latest

semalam bervideo call dengan aiman n semai. aiman baru aje upload gambar2 ni untuk kitorang.. macam tau tau aje aku dah abes modal nak buli si kanak kechik ni. hihihihi...







nanti aku nak buli die pakai photoshop. tak kisah la kan bokan hands-on punya aksi buli. janji mak pak die geram kat aku. hahahahaaaa.

lepas tengok gambar-gambar ni semalam, mama cakap sorang-sorang, macam Lana ada kat depan die. ayat feveret ialah "Lana pipi gembo-gembo".

ok, itu bukan ayat feveret mama sorang, tapi semorang! gembo kan pipi die. muka merah gila! mama kata, sebijik macam eman masa kecik-kecik dulu. tapi skrang tidak lagi, aiman ialah sudah pipi berkarat ye.

aku masa kecik? mestilah comel. sampai sekarang ye tuan2 puan2. ok, sila muntah. tapi pretend aje, pasal puasa tau.

lagi 4 jam nak berbuka. mama masak tomyam harini. slllrrrpppppp!

bila puasa ni, tengok Lana minum susu pon, terasa nak susu jugak. padahla reality nya tak minum susu pon. asyik-asyik, nak nescafe aje. haiyoo, daku merindui nescafe tarik cafe atok kat ikram la. sapa nak tolong belikan?

ok, dah abes download movie alim ni kitorang akan pulang.. nak menyibuk kat dapur jugak.

Sunday, August 29, 2010

buli, bila dia besar, dia buli aku balik. mintak macam-macam la tu

nasiblah sapa jadi anak buah aku. memang kene buli sakan. budak ni memang tak makan saman betul la. buat la ape saje, asyiklah nak tido. cis!

nak korek idung, tapi jari aku tak muat

pipi gembo-gembo. geram!

tarik dagu pon masih nak tido lagi

apakah lapar?

nak korek telinga pon tak muat

last-last aku mengalah. tido la ko sangat. tapi, ini yang paling tokleh blah tau!


mak bapak budak, jangan marah ye!

Saturday, August 14, 2010

Enchek anak buah

Lana ialah kene kuning sikit. Makanya seperti biasa, grandma dan granddad ialah yang paling risau. Ayah siap buat simulasi kaedah menjemurkan kanak untuk mengelakkan kuning. Mama ialah paksa-rela suruh aiman beli ubat bunga kuning kat kedai sensi. Aku? Ialah risau, ape nak bagi kat encik anak buah si Lana ni. Basically semua bende grandma dah belikan. Daripada besen mandi, baju, seluar, boots & mittens, bedung, bedak shampoo ect, entah apebende lagi yang aku pon dh lost track. Grandpa kasi bouncer, untuk tujuan memudahkan proses penjemuran encik anak buah tersebut. Pulaknya banyak gila hadiah yg beliau dapat. Cadangan?

Seronok weh jadi baby. Hadiah macam2 dapat. Sampai orang lain nak kasi adiah pon dah tatau nak beli ape.

Encik oh encik... Semorang sayang gila die ok! Eh, alim jeles tak?


Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 11, 2010

grandma ija


kanak ni namanya LANA AL-DAYYANA BINTI AIMAN MUSTAQIM


Grandma Ija ialah sangat rindu bayangan setiap malam, since kanak ni tak lahir lagi sampai sekarang. maklumlah, mak kepada kanak ni ialah berpantang kat rumah ibunya di banting jauh nun disana.





cikgu roslan, untie along, untie sarah, uncle mus, untie wid dan uncle alim ialah rindu sambil nyanyi lagu tema Lana tu. eh, apasal widad tak siapkan lagi video clip nih? nak kene ni..