Showing posts with label UKevent. Show all posts
Showing posts with label UKevent. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

our christmas

hari christmas kitorang pon ada christmas breakfast + lunch + dinner dan snacks in between. botak dah semakin sihat. sengih pon dah habiskan antibiotic dia untuk selsema. so kitorang pon pakat masak begedil dan karipap, request dari DrNotts.

by the way, cuaca kat luar ialah -3 darjah, but fells like -8 darjah. so sangat sesuai buat sup ayam makan dengan begedil dan nasi panas. tambah dengan cili kicap. pergh!

begedil ni gua dah bakar siap-siap kentang dia. pastu kerahan tenaga suruh botak lenyek dia dan bulat-bulankan dia.

ambil gambar sendiri tuh. pakai camera samsung ST550 gua.

gigih nak jugak posing

gigih jugak aku duk buat karipap kari ayam + kentang

surveyor mane la creative nak kelim karipap cantik-cantik


dapat 28 ketul

lepas botak dah bulat-bulatkan begedil, sengih celup telur dan gorengkan.

berjaya buat karipap yang tak berminyak!!!
ok, jom bukak kedai jual karipap..

Recipe karipap - Bahan-bahan dan kaedah pembuatannya:

A - Kulit karipap
Butter - 1/2 cawan
Tepung gandum - 1 cawan
Air - 5 sudu besar
  1. Butter + tepung digaul bersama sampai jadi berderai (macam pasir kasar tu)
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit. 
  3. Uli sampai adunan bersatu, sampai takde tepung or butter melekat kat mangkuk adunan
  4. Bulat-bulankan adunan tadi kecik-kecik.

B - Inti karipap
Ubi kentang - 2 biji, dipotong dadu.
Minced chicken - 1/2 cawan
Rempah kari - 2 sudu besar (kalau nak pedas lagi, tambah lagi)
Bahan tumisan - Bawang merah / besar + bawang putih + halia sikit
Garam secukup rasa
  1. Panaskan periuk / kuali. masukkan minyak masak sikit
  2. tumiskan bahan tumisan sampai naik bau
  3. masukkan rempah kari, tumis sampai pecah minyak
  4. masukkan minced chicken. kacau rata.
  5. masukkan  ubi kentang.
  6. masak sehingga ubi kentang lembut dan inti menjadi kering.
Untuk jadikan karipap;
  1. ambil satu bola-bola kulit karipap (A), leperkan macam lempeng.
  2. letak atas acuan karipap (kalau ada). kalau takde, letak atas tapak tanyan saje. 
  3. ambil 1 sudu inti karipap (B), letak di tengah-tengah kulit karipap tapi. 
  4. cantumkan kulit karipap dan kelim.
  5. tak berseni pon takpe. blasah aje asalkan bercantum dan isi tak terkeluar (teknik belasah namanya)
  6. panaskan kuali. goreng karipap-karipap yang dah dikelim tadi. deep fried.
makan panas-panas sedap you all!

Saturday, December 25, 2010

luncur ais

budak botak yang demam kekonon gagah lagi perkasa, memaksa diri dan kami semua untuk membawa dia bermain luncur ais. outdoor ice skating ni macam dah trend for the past few year di nottingham ni, menjelang christmas.

budak demam pakai berlapis-lapis

mari bergambar bersama polis berkuda. i mean, kuda aje.

mari jakun secara beramai-ramai

seronok gila ambil gambar syok sendiri pakai samsung ST550 ni..


snow man ada tangan hitam


sengih & botak aje main ice skating.

beratur nak ambil skates


kasi kasut sendiri, baru dapat skates

ramai worker dia. beratur tak lama pon.

takde unsur excited pon. aku aje lelebih over nak ambil gambar diorang.

budak rosie cheek control nak sengih la tu

control kesejukan ke?

sila balancekan diri anda


sapa nak join pegi tengok concert westlife? jom..

yang parents boleh sumbat anak dalam kreta kecik n tolak. yang baru belajar diorang kasi penguin, so boleh hold on supaya tak jatuh


 

staff ada 3 orang yang standby, termasuk sorang coach dari nottingham ice arena. yang besi tu pon diberi untuk guide budak-budak yang baru belajar. budak-budak je, mak pak budak tak yah. kalo tergolek, nasib.
 

penat kah?

kami yang setia menanti sambil beku

buang masa

selesai sudah. jalan cepat-cepat pegi starbucks

ramai gila orang masih shopping

budak demam baru lepas makan obat dan dapat signature hot chocolate starbucks.
puas hati dapat toffe nut latte starbucks.
saje je aku malas nak tunjuk skill main ice skating. nanti karang dengan coach dan staff nottingham ice arena tu naik segan tengok skill-skill aku.

masa zaman aku muda-muda dulu, tetiap minggu pergi nottingham ice arena. ice skating dikira salah satu recreation for weekly recreation requirement for my college activities. bayar pon murah, 1.50 pound skali dengan skate hire. lepas tu my parents belikan my own ice skating shoes, ice hockey punya version :

source
pergi dengan kawan-kawan college, siap lumba-lumba skate. kadang-kadang tu balik dengan seluar baju basah pasal lagi banyak jatuh dari skate. bila pulang ke malaya dan masuk uitm, cuba jugak kekalkan aktivitinya. almost every week pergi sunway pyramid (tempat yang paling dekat dengan shah alam, yang ada ice rink). tapi, nak pegi ke sunway pyramid tu, dengan nak menempuh jam lagi, beratur nak masuk parking lagi, etc. lama-lama dah gantung aje skate shoes tu. now dah tak ingat kat mana simpan skate shoes tu. tapi rasanya dah berkarat kot. kne hantar pergi sharpened la blade dia. tengok yang baru punya, 60 pound. kalau malas nak tunggu balik malaysia, ada jugak belasah satu kat sini. at least ada jugak aktiviti kan.

ok, jom pegi walking masuk hutan nak kuatkan balik kaki. lutut pon dah berkarat ni.

Monday, November 29, 2010

groceries day

shopping - british way : di mana diorang akan bawak semua anak-anak pergi shopping. biasanya bila beli groceries. DrNotts ada tulis dalam entry ni.

hanya orang british aje yang buat tau, orang american tak buat pon.

kitorang punya groceries day ialah hari ahad. so setiap ahad akan pegi ke kedai / superstore yang berikaitan untuk beli barang-barang groceries. most of them ialah food. kitorang akan pegi asda, aldi dan wazan (kedai pakistan feveret sengih). paling obvious nampak shopping british way ialah kat asda sebab dia superstore besar kan. so ada la satu troly ditolak oleh sorang mak / ayah, then ada anak-anak keliling troley or dalam troley. ada adegan tanya anak, diorang nak bawak bekal ape pegi sekolah. ada jugak adegan anak guling-guling mintak dibelikan something. 

sengih dan botak bawak bekal pegi sekolah sebab kat sekolah diorang bukannya boleh beli makanan pon. suruh bawak makanan berat-berat, diorang taknak. baik makan di rumah kata diorang. tapi bukan orang kita aje bawak bekal pegi sekolah. orang diorang pon sama. sebab kengkadang ape yang dijual kat canteen sekolah tu bukannya healthy pon. cuba tengok rancangan jamie oliver food revolution ni. memang bukti bukan semua makanan kat semua centeen sekolah adalah sihat.

ha, untuk lebih selamat dah kaedah shopping lebih teratur, baik buat list dulu sebelum pergi shopping ye.

syok sendiri - 27 Nov 2010

adegan 6.30am, lepas settle subuh...
DrNotts : Along, awak ke tu kat toilet?
Me : aah..
DrNotts : Dah snow dah..
Me : Ooo.. ok.. (naik katil, tarik selimut & tido)

adegan 10.00am, baru turun bawah lepas bangun pagi & mandi..
Me: haaalaaaa... nape tak kejut nak amek gamba pagi tadi..
Sengih : Ibu kata, jangan kejutkan Along pasal along baru tidur 
(ye, aku baru tido pukul 3am pagi tu)
Me : dahtu sapa nak amekkan gamba dengan snow ni. kejap lagi konfem dah itam snow tu.
DrNotts : widad, pegi siap. tolong along ambil gambar tu.
Sengih : Sejuk la buuuuuu..
Me : cepat2..
DrNotts : awak tu pegi la pakai elok sikit, takkan nak pakai tracksuite aje..
Me : ini bergaya la ma.. huahuahua.
DrNotts : iyooo.. (cakap bunyi macam nenek punya "iyooo", style orang minang cakap)

terus dengan pantas aku dan sengih bersiap untuk keluar.

chantekkk kan?

dikala aku masih ketiduran


backyard

backyard jugak


ready nak keluar. balut semua

zip up!

mak aih, sojuukkkkk

jangan kutip snow atas jalan, kutip atas pokok or tembok or kereta.

biar bersejuk asal bergaya

gatal

tertutup mataku

cari ape?

lompat

mane boleh makan, awak tu puasa la

jalan-jalan lagi

steps

jalan lagi


serius rasa hingus nak meleleh

sempat lagi

ok, mari pulang sengih!

bukan aku yang tolak kereta tu
balik terus duduk dalam rumah. bersila depan heater. 

lepas dah tak sejuk lagi, terus masak-masak. masak ape? laksa! nanti aku letak gambar.