Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

asylum

sampai di nottingham, kitorang dah book travelodge beforehand. so terus ke travelodge, yang terletak di dekat gila dengan market square. 

kitorang tido sana 2 malam, sementara nak confirmkan rumah sewa, nak dapatkan kereta, etc. so dua-dua malam kitorang suma berbuka dengan jacket potatoes! we don't mind at all sebab dah 5 tahun tak dapat makannnnnn! balas dendam kaw kaw punya.

kitorang bergerak ke mana-mana naik teksi aje or jalan kaki. including nak register budak-budak ni sekolah. kitorang nak registerkan budak-budak ni kat bluecoat school. sebabnye aku, eman, semai n mamat suma pegi sekolah tu. sekolah tu ialah sekolah n college yang no. 1 kat nottingham ni. even orang derby pon anta anak diorang ke sekolah ni. derby ialah sempadan nottingham n county lain.

by the way, gambar aku terpampang kat prospectus sekolah ni. bangga tak? nanti aku amek gamba bukti.


duduk family room. ini ialah travelodge ke-3 kami duduk. dublin airport, galway dan nottingham.

sedap gila! seperti biasa, gilling aku ialah cheese, baked beans n coleslaw.

jalan-jalan


orang jacket potatoe tu siap bungkus dalam aluminium foil, kasi panas..

singgah victoria centre beli millie's cookies..

slumber bawak bekal jacket potatoe makan kat cafe travelodge tu. haha


malam ke-2 kat travelodge, masa ala2 mata dah stim nak tido, fire alarm berbunyi. kitorang suma pon turun, sempat capai bende2 penting. orang lain yang dah turun, ada yang dengan kaki ayam kesejukan (nasib kitorang capai jacket). ada yang turun dengan laptop, etc.

fire fighter pon sampai, 2 truck lagi. hensem, tough dan bergaya!


takde ape pon. maybe faulty wiring ke hape ntah. firefighter tu pon masuk dengan tenang aje dalam bangunan n keluar dengan sengih2. masa diorang bergerak balik, aku slumber babai babai diorang. diorang babai balik ok! yang hensem, tough dah bergaya tu. hahahaa

esoknya, 30 ramadhan, kami masuk ke rumah sewa.. yey! boleh beraya kat rumah baru..

Galway, Ireland - 3rd to 4th Sept 2010 (2)

pagi-pagi buta kami dah bangun. kemas-kemas semua barang, masukkan dalam kereta. kami terus cek out sebab takut nanti kelam kabut nak balik ke travelodge pulak untuk cek out. so cek out terus dan menuju ke city centre.




sementara nak cari port yang bagus untuk park kereta, kitorang lalu salah satu pelabuhan kapal kat galway ni. so berhenti tepi jalan kejap, bergambar.




lepas dah beli teket parking kereta, kami naik tour bus untuk round satu galway city ni. ni la satu-satunya bas warna kuning kat city ni. konsepnya sekali bayar, boleh hop on-off bas brapa juta kali pon for the whole day. so macam contohnya nak berenti kat satu tempat, turun n jalan2 ke ape ke, nanti bila bas tu lalu lagi, naik aje la..


marilah membayar teket bas. dewasa 10 euro, kanak 5 euro. widad kitorang belasah kategori kanak so total kne bayar 30euro (2 dewasa, 2 kanak). makcik belah kanan aku tu memang multitasker lady. dialah ambil duit, dialah tulis resit, dialah tukang cerita atas bas, dialah tour guide, dialah tukang kasi pamplet, dialah lap kerusi basah, dialah jaga microphone, dialah semua!


yang naik bas ni ialah 6 orang aje. kitorang berempat dan satu couple. so, memang conqure la bas ni dengan hebatnya.



memang dasar tak dengar cakap. makcik tu dah bagitau, kalau bas bergerak, jangan berdiri. tapi kitorang berdiri jugak. pasal scene sangat cantik dan jakun nak bergambar. bawak camera sampai 3, lumix TZ7, samsung S550 dengan canon dslr 350. videocam lagi. rugi la kan kalo tak amek gambar, harap bawak camera banyak2.


ini ialah salah satu stop yang ada dalam tour tu. ni ialah point yang paling tinggi kat Galway. takde tinggi mane pon. dalam 30-40m from mean sea level (MSL).




korang penah tengok rancangan Judge Judy tak? die judge yang sangat glamer kat america nun. ni salah satu rumah die. die kan kaya raya so macam every state or every tempat yang cantik-cantik die ada beli rumah. ini menurut info dari makcik tour guide tu lah kan.. besar gila!


ni lagi satu stop yang ada. kat tepi laut. biru n sejuk!! tak bau masin pon. i wonder why. apekah?




dasar pelancong kan

alim tu asyiklah nak meleseh aje



tour lebih kurang nak dekat 2 jam jugak. memang puas hati gila. round suma. so lepas ni boleh la pilih nak stop kat mana kan.


sebagai pelancong yang tegar, haruslah nak bergambar dengan pemandu bas skali. dah la orang tua tu baru nak minum teh die. kitorang kacau. nasib ko la pakcik..


turun dari bas, kitorang top up lagi parking kereta untuk lagi 2 jam. kat galway ni senang sikit nak tau tempat parking tu kne bayar ke tak. pasal signboard die besar dan ada mesen nak beli teket parking kereta tu. galway sangat jauh beza dengan limerick. yelah, die salah satu tumpuan pelancong kalo ke ireland kan, selain dari dublin.

lepas dari tu kami ke galway city square. jalan-jalan, cari souvenir, bergambar, jalan lagi, etc.

Galway, Ireland - 3rd to 4th Sept 2010 (1)

Tak book pon travelodge.

Tak beli pon teket train mahupun bas.

Belasah tawakkal aje pegi naik Fiat Punto boyfriend mama tu.

Alhamdulillah sampai jugak.

tapi, pagi sebelum bertolak ke Galway tu, kitorang settlekan dulu urusan-urusan negara yang tertangguh. oleh kerana kitorang telah disamana, i mean dengan lebih tepatnya kitorang tatau pon kne bayar parking kalo nak park kat tempat parking kereta yang 2 hour zone tu. ingatkan free for 2 hours and the next hour yang kne bayar, maka berpergian lah kami ke limerick city council untuk membayar saman tersebut. 


ye, 40euro ye tuan-tuan puan-puan. kasi jugak ayat-ayat powet kat orang council tu seperti tatau kne bayar parking la, kat malaysia ada tempat parking yang boleh beli teket parking la, signboard kne bayar tu tak nampak la, tapi haruslah tak jalan kan. bayar aje dengan tak ikhlas. memang tak halalkan weh. kejiiiii!!!


jalan-jalan lagi sekitar bandar limerick tu, tengok-tengok gelagat manusia dan bende disekitarnya. ada point point yang cantik, tapi ada point yang biasa-biasa aje.


tetiba ada ambulance ni yang tengah nak angkut nenek ke atuk pegi hospital. marilah memberi laluan kepada yang lebih memerlukan. sungguh mengaplikasikan ilmu PBSM ye..


wajah kegumbiraan dalam marah setelah membayar saman tersebut. cuaca masa tu ialah panas dan sejuk-sejuk manja beserta angin menikam ke kalbu.

balik ke rumah, aku dan mama terus siapkan barang-barang yang nak dibawa, termasuklah bekalan untuk berbuka puasa nanti. lepas tu ambil alim dari sekolah. sementara nak tunggu widad habis sekolah, alim tidur dulu. mane taknye, budak yang tak makan saman ni, tak padan dengan puasanya, nak main kejar-kejar dengan kawan-kawan kat sekolah. tapi kan, budak ni satu bende yang bagus, tak pernah komplen penat or haus or lapar nak dijadikan alasan untuk berbuka puasa.


widad balik dari sekolah, terus die mandi dah kitorang angkut barang-barang masuk kereta. terus set encik tom tom ke Galway. perjalanan lebih kurang sejam setengah, lalu highway dan jalan kampung.


ini first time kitorang seberang shannon river. lebar rupanya shannon river ni. ingatkan macam sungai ulu yam aje. eh, apesal pulak teringat ulu yam ni? nak mandi sungai kah? aiyoo.. kat sini sungai airnya sejuk beku. berani ke?


jalan punya jalan, borak punya borak, telah sampai kami ke destinasi tujuan. terus ke travelodge untuk cek in. sangat bernasib baik kerna ada bilik kosong lagi. kami ambil family room. harga 69euro. kat dublin airport aritu 52 euro aje. rupanya sebab galway ni tempat hot kat ireland ni. ala2 KL. so everything ialah mahal walaupon jenama sama.


kitorang bawak masuk barang-barang dalam bilik, mama sediakan makanan untuk berbuka puasa. sambil tu tengok tv puas-puas. kalau takde rancangan best pon tengok jugak tv tu.



lepas berbuka, kami tengok tv, mandi, borak-borak, etc. then tido. masing-masing excited pasal esoknya nak jalan-jalan sekitar galway city.