Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Sambal pojaan hati.. Yeke? Nah resipi dia.

Sabtu lepas kan aku buat nasi lemak. Lepas tu si mak buyung Maisarah asyiklahhhhh cakap "sedapnya sambal nasi lemak ko tu longggg. terbayang-bayang ni...". Kesian lak aku baca whatsapp dia tu.

Lepas tu dia plan nak datang rumah selasa kelmarin, nak berbuka puasa sama-sama. Tapi kami semua tak puasa pulak selasa tu. So aku suruh dia beli barang dan hantar ke office aku, dan malam tu aku pon masakkan lah sambal untuk dia.

Aku masak sambal ikan bilis kentang untuk dia, dan sambal ikan bilis tempe untuk aku. Aku kasi sebekas sambal ikan bilis tempe kat dia gak untuk husband dia makan. Aku dengan zul je kaki makan tempe. Sebab tu kulit aku mulus. eh??? hahahahahaha ok bye.

So cemanakah aku masak sambal pojaan hati ramai tu?



Bahan-bahan :

15 biji kentang saiz kecik (macam saiz bawang besar tu)
1 kg ikan bilis halus
4 peket tempe (garam dan kunyit)
1 bekas sederhana sambal kokomo (gambar ada kat bawah)
30 biji bawang merah (kengkadang panggil bawang kecil) *
3 labu bawang putih *
3 biji bawang besar *
3 saiz ibu jari halia *
25 tangkai cili api *
Garam 2 cubit je
2 cups air asam jawa
2 sudu besar gula (atau adjust secukupnya, ikut kepedasan yang dimahukan)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.

Kedahnya :

  1. Bahan bertanda bintang * dikupas, dan blend. Kalau rajin boleh lah tumbuk. Aku blend je. Oppsss pemalas.
  2. Ubi kentang dikupas kulitnya, potong halus-halus saiz duit 50 sen lama. Dan digoreng sampai masak dan garing.
  3. Tempe dipotong halus-halus jugak, saiz duit 50 sen lama jugak, bubuh garam + kunyit, goreng sampai masak dan rangup.
  4. Ikan bilis dibasuh, toskan dan goreng sampai garing. 
  5. Panaskan baki minyak goreng ikan bilis tadi. 
  6. Dalam baki bekas minyak goreng ikan bilis tadi, tumis kan bahan-bahan bertandan * yang telah diblend / ditumbuk tadi. (kalau baki minyak goreng ikan bilis tu tak cukup untuk tumis, tambahkan minyak)
  7. Goreng sampai semuanya garing dan naik baru. Kalau blend bahan-bahan * tadi, kena tumis lama sikit sampai kering airnya. 
  8. Setelah garing, masukkan sambal kokomo dan gula. Kena masukkan gula terus, nanti sambal akan jadi cantik merah berkilat. Goreng sehingga cili masak. Camne nak tau, biasanya kalau style aku, sampai minyak dah naik dan berenang-renang di permukaan sambal (pecah minyak), means cili dah masak. 
  9. Masukkan air asam jawa. Masak lagi sehingga sambal kering. 
  10. Masukkan garam. Aku tak pakai banyak garam sebab ikan bilis tu dah masin. Tapi terpulang, adjust ikut selera masing-masing. 
  11. Bila sambal dah kering dan merecik-recik macam kita nak tunggu rendang kering tu, maksudnya dah siaplah sambal kita tadi. So, boleh offkan api. 
  12. Dalam 1 bekas besar, combinekan ikan bilis dan kentang. Dalam lagi 1 bekas, combinekan ikan bilis dan tempe. Maksudnya aku agak-agaklah banyak mana nak bahagikan ikan bilis tu di antara kentang dan tempe supaya mixture nya sama. Ewah, mixture macam buat kek pulak. 
  13. Lepas sambal dah sejuk, tuangkan sambal ke dalam kedua-dua bekas tadi - bekas kentang dan tempe yang dan campur ikan bilis. Gaulkan dengan perlahan supaya sambal sebati dengan kentang ikan bilis dan tempe ikan bilis. 
  14. Masukkan dalam bekas yang nak disimpan. Siap.

Layan gambar pulak ok.

inilah sambal kokomo yang digembar gemburkan itu


kentang goreng

tempe goreng garam kunyit

ikan bilis goreng

sambal di ambang dia meletup-letup, kalau terkena tangan letupan tu memang menjerit woi. nampak minyak berenang? takpa, kita guna minyak sayur.


dah gaul dengan sambal. barisan atas - sambal kentang ikan bilis. barisan bawah - sambal tempe ikan bilis.

Warnanya tak merah mak ngah sangat. Aku suspect sebab kentang tu kan warna cerah, tempe pon sama. So macam dia even outkan warna-warna tu. Ke? Mohon komen dari pakar masakan semua.

p/s: Sangat sedap tahap dewa kalau makan dengan nasi panas-panas ataupon roti. ataupon roti canai. ataupon lempeng.

p/p/s: ataupon enak dimakan begitu saja.

Yang penting, mother kata sedap dan mak buyung boleh makan ni setiap hari. Kalau habis stok nanti kasitau ok, aku masak lagi.


Friday, July 10, 2015

Fushion and improvise

 Puasa pon dah hari keberapa. So far aku berbuka kat luar dengan kawan-kawan 3 kali aje. Lain-lain konfem balik berbuka kat rumah mama. Biasanya, aku dan mama take turn masak lauk. Kadang tu Semai datang berbuka dan konfem bawak lauk jugak.

Ada jugak hari-hari yang boring makan nasi, so kami akan goreng mihun, kuey tiaw atau speghetti. Then makan dengan lauk yang ada, baki semalam or ada yang masak baru especially sayur.

Macam yang gambar bawah ni, meehun goreng makan dengan bayam, kentang sambal, telur rebus dan begedil. Begedil tu baki dari mihun soto hari sebelumnya. Nampak tak pandai adjust di situ...




Yang makanan bawah ni pulak ialah nasi impit goreng, tempe goreng, bayam, kacang panjang dan tomato. Nasi impit aiman bawak, semalamnya makan dengan kuah koleh. Ha... penjimatan serta resipi baru untuk dicuba. Mamat tambah 3 kali hokey makan nasi impit goreng ni.









 Apa yang nak dimasak, bergantung kepada idea mama pada hari tu. Ianya juga boleh bertukar di saat 5 minit sebelum memulakan aktiviti memasak. Tapi sebab dah terel kan, setakat adjust sana sini, improvise bagai tu dah biasa. Heheheeheeee..

Amacam, terliur tak?

Samprit mudah, sedap dan rangup.

Jeng jeng jeng. I ols dah buat samprit ni ha.....



Dapatlah 3 bekas ikea tu ha. Maafkan lah rupa parasnya yang sungguh takde standard untuk masuk pasaran Giant. Jangan cakap Giant, kalau letak kat pasar malam pon belum tentu laku. Hahahaah..

Anyway, aku guna resipi yang kawan UPM aku kasi. Aku copy sebijik-sebijik macam whatsapp yang dia hantar. Here goes...

1 cawan margerin
1 cawang gula icing / halus
2 biji telur
sedikit essen vanila
sedikit pewarna kuning (aku tak letak)
1 cawan tepung custard
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung

Kaedahnya:
Pukul margerine + gula sampai kembang.
Masukkan telur + esen vanila + pewarna. Pukul lagi.
Masukkan tepung satu persatu sambil gaul rata.
Kalau adunan melekat kat tangan, tambah sikit tempung sampai doh tak melekat di tangan
Masukkan dalam acuan samprit, tekan atas dulang.


Actually yang semangat sangat nak buat samprit ni sebab mother dah sebut-sebut. Pulaknya kat office, geng menjual kuih raya ni takde pulak yang jual kuih samprit ni. Itu yang buat tu. 

So, ape lagi. Silalah cuba. Shape tu kena practice lagi lah nampaknya. 

 

Thursday, July 9, 2015

Lamanya tak makan tortilla wrap

Last time makan masa bulan 2 haritu rasanya, kat Kenny Roger's. Itu pon rasa macam tak cukup perisa. Harga dahla RM20, set sekali dengan 2 side dishes. Wuwuwu kurasakan mahal. 

Berbuka tadi kami buat wrap ni. Senang aje kan. Konsepnya kena ada ayam or daging sebagai watak utama filling dia, in our case letak ayam. Pastu kena ada salad, tomati dan timun untuk kasi canggih. Then kena ada sauce, in my case aku belasah letak kuah kari pekat yg si Semai buat kari telur rebus, dan sambal dari sambal sotong yang mother masak. Kasi tarik cheddar cheese. 



Pastu masukkan dalam microwave dalam 20 saat untuk melt kan cheese tu, pastu boleh makan dah. Yummeh!! Konyang den. 

Haaaa untuk masak ayam ni memang senang bak kacang goreng. Ambil ayam bahagian isi, then marinate dengan serbuk kari, garam, kunyit, cumin powder, gula dan letak lah daun kunyit dan daun kari untuk kasi naik aroma dia. Marinate dalam 30 minit ke, lagi lama lagi bagus. Pastu goreng kering je. Jangan lupa, untuk goreng dia, letak olive oil dalam kuali, then gorenglah sampai ayam tu masak. Bare in mind, ayam bahagian isi ni lambat sikit masak so kasi masak lama sikit ok. 

Serius, kenyang sampai sekarang. 

Oh, tortilla wrap tu beli siap je, ada jual kat Giant ke, mana-mana lah. 

Kalau dalam avengers tu, Tony Stark panggil ni shwarma. Kita duk panggil tortilla. Kat pasar malam panggil kebab pita (tukar kepada pakai roti pita). International sangat kan. 


Wednesday, July 8, 2015

Our buka puasa table - 20 ramadhan

Semalam, mother dengan penuh bersemangat pergi mencari hati kat Giant. Siap pergi Mines lagi. Actually mother pergi urut kaki kat Reborn. So lepas urut tu bertabah ke Giant beli barang-barang dan barulah balik ke rumah.

Aku, bulan ramadhan ni, memang memanjang nya balik awal. Habis class terus balik. On the way tu mother whatsapp...

Patutnya aku masak semua. Tapi aku biasanya akan balik rumah aku dulu, mandi solat semua, barulah pergi rumah mother. Aku sampai aje mother dah siap masak sambal sotong dengan sambal hati. So aku tinggal buat sambal belacan letak tomato potong-potong, goreng bayam, dengan telur masak kicap pedas. Tambahannya cekodok pisang.




close up lauk
Sedap. Semua sedap. Eh sukatilah nak masak dan puji diri sendiri. Keh keh keh...

Sunday, July 5, 2015

Homemade is the best right?

Jumaat malam, lepas berbuka, aku, mother dan Alim ke Bangi getaway. Motifnya nak cari dan beli baju melayu raya Alim. Tahun ni memang plan beli je baju kanak tu, sebab option pon dah banyak. Settle beli baju melayu dia, kami beli barang dapur kat Jaya grocer. Aku ala-ala teringin nak makan burger untuk sahur. So belilah roti burger dan sebagainya. Mother belanja you all. Dah tua-tua nak masuk umur 31 tahun pon mother belikan barang dapur lagi. Well, anak kesayangan kan. Eh? Hahahha.

Unjuran dari itu, sahur Sabtu pagi. Terhasillah...



Haishhh tengok gambar ni rasa lapar pulak. Eh....

Ok, sebab semalam celebrate berbuka puasa sekali dengan birthday Semai, kami pon masaklah nasi ayam bakar...


Ayam bakar, aku masak. Nasi putih dan rebus telur ialah kerja alim. Semai masak cili dan goreng cucur udang. Salad beli yang ready to eat je. 


Kenyang kauuu. Lepas tu oleh kerana nak celebrate birthday Semai dan mak buyung tersebut ialah tak boleh makan sebarangan kek, aku pon buatkan butter cupcake favourite dia. 


Lepas berbuka, kami ke KLIA2, jalan-jalan sambil cari dan beli kasut raya Alim. Nak new balance katanya. 

Seperti biasa Sofea kan manja dengan semorang. Penat semorang kejar dia, termasuklah grandma. 


Balik rumah, semua kepenatan. Tapi best!



Cucur udang senang gile

Senang gile? Memang senang kau. Sebab pakai tepung cucur adabi. Kan senang kerja tu. Kalau nak jadi lagi sedap, tambah udang fresh yang dipotong kecik-kecik.


Camne kaedahnya? 

Guna sebungkus tepung cucur udang adabi. Dalam bekas, masukkan sebungkus tepung bancuhan tu dan udang fresh potong kecik-kecik sesedap hati. 

Lepas tu, campur air secukupnya dalam tepung tadi. Adunan tu jangan lembik sangat atau keras sangat, kena just nice je. 

Lepas tu, goreng dalam minyak panas yg secukupnya. Macam goreng cekodok tu. 

Tadaaa siaplah kuih untuk berbuka. Kalau bulan tak puasa, boleh makan untuk breakfast atau minum petang. Tapi kalau pergi camping, time bila-bila pon boleh. Paling tepat kalau time lapar. 

Ok tu je. 

Harini mother masak soft shell crab masak rose, makan dengan speghetti. Dah nak habis makan, baru teringat nak ambil gambar. Hampeh kau Aliaa. 

Mother, repeat masak please...

Oh esok, nak masak nasi ayam. Nak celebrate birthday Semai. Mak buyung tu bukannya boleh makan sebarangan, paling boleh pon home cooked. Senang kerje you all, kalo tak agak payah nak berbuka puasa beramai-ramai di luar kan. 

See you tomorrow Sofea. 






Sunday, October 20, 2013

Our AidilAdha.

We spent out Aidil Adha in Kajang, at out mother's home. keh keh keh apekehalnye macam formal. ingat nak tulis untuk masuk magezine reader's digest ke. ewah.

Aidil Adha tahun ni jatuh sama hari dengan birthday aku. So double celebration di situ walaupun our family are not big with this birthday celebration business. Minggu sebelumnya birthday mother pon waktu tu mother tengah busy with her 7days straight course.

Lepas budak-budak laki balik dari solat hari raya, kami bergambar dulu. 









malam raya aku dah masak pasta baked dan penne with tomato sauce. amboi, italian sangat kan. mother masak sambal telur rebus.

pagi raya tu just buat filling ayam kari pekat + tomato + salad + timun untuk wrap. then panaskan rendang dan mother masak paprik hati ayam.

widad goreng roti canai instant dan pratha instant.

mother dah siap wrap. tinggal makan je.

penne dan siap bungkus untuk sekali makan dengan tomato sauce.

roti canai instant

paprik

rendang campur resipi nenek (daging + paru + limpa)

order fruit tartlets

pasta baked
  1. nasi putih makan dengan rendang or sambal telur rebus or paprik
  2. roti canai dan pratha makan dengan rendang or sambal telur rebus or paprik
  3. wrap ayam
  4. pasta baked
  5. penne with tomato sauce
  6. ada soft drinks banyak botol yang tak habis2 dari raya puasa haritu
kami ulang makan berapa kali entah. alim je turun tengok korban. kat rumah mother ni korban buat 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing biri-biri.

nanti aku cerita aktiviti korban kat office pulak. banyak gilos gambar aku snap.

Selamat hari raya aidil adha.

Happy 29th birthday to me =)

great cooking helper

masa raya puasa haritu kan aku ada cakap pasal kami ke tesco nilai nak beli berbotol-botol halia lengkuas serai dan bawang putih yang dah siap blend.

ahaaaa.. inilah botolnya. selain dari senang nak masak rendang, nak masak lauk harian pon mudah. balik kerja, congceng congceng kat dapur, setengah jam, siap kau rendang ayam ke, kari ikan ke.

ape, ingat jamie oliver je ada 30 minute meal. orang melesia pon ada tau...


satu lagi great kitchen helper ialah gambar kat bawah ni. sambal dah siap. tinggal masuk dalam kuali or periuk, masukkan lah ayam goreng kalau nak buat sambal ayam, or masukkan santan kalau nak buat masak rose, etc. adjust sendiri dengan gula dan garam.


harga bendealah botol-botol ni, untuk yang adik beradik atas tu RM8.00 sebotol. yang sambal ni RM8.90 (botol dia saiz besar sikit dari sardin cap ayam tin besar tu).

memang mahal, tapi kalau nak kena kupas bawak, masukkan cili boh / cili kering nak kena blend lagi bagai, aku rasa berbaloi-baloi.

senang aku or mother nak prepare makanan dan lauk lunch untuk alim dan kanaks lain kat rumah ni.

Wednesday, September 18, 2013

FABE Raya 2013

Maaflah, lambat upload gambar-gambar kemeriahan FABE Raya 2013 yang diadakan di faculty ku itu. Kami buat hari Jumaat syawal last, 30 August 2013. Actually, tahun ni kemeriahannya lain sikit sebab semua makanan yang dihidangkan adalah dimasak sendiri pada hari kejadian, kecuali kuih raya. Kuih raya kami bawak dari rumah.

Tekong untuk makanan utama kami :
  1. Kari daging - Prof Dekan
  2. Ketupat palas - Saya
  3. Kuah lodeh - Haji Razak & Huda
  4. Sambal kacang - Haji Razak & Huda
  5. Lemang - En. Sham & Wan Arief
  6. Nasi impit express - Adil
  7. Kemas mengemas - Puan Siti & Cik Nazirah
  8. Buah-buahan - Nai 
  9. Bendahari - Aqidah
  10. Air panas dan sejuk - Taufiq & Hajah Radzmah
  11. Runner - Budi & Hanif
  12. Sitting & floor arrangement - En. Idris
  13. Floor manager & PA system - Haji Pilus
Aku takdelah expert sangat menganyam ketupat palas. Tapi takdelah terburai so kira OK lah tu kan. Huahuahua...

Setiap satu makanan utama tu ditolong oleh lecturer & staff lain as well as student-student kami. Gambar-gambar ni diambil oleh Rizal, salah sorang officemate. Layan gambar yek.

Kami start masak jam 10am. Makan jam 5.45pm sebab tunggu VIP - President IUKl & Executive Director Ikram Education, datang.

goreng tempe untuk kuah lodeh, bersama Huda.

goreng lagi. gigih kan...

runner - Budi & Hanif

kak faiza, saya & huda

saya, huda, Hj Razak, aqidah & linda

tekong sambal kacang & kuah lodeh import dari Johor ni

saya dan Haji Pilus (kanan sekali) with out helpful students

orang besar-besar discuss ape tu???

yeehaaa santan dah sampai. moh le kita masak pulut. kiri sekali Rose (student).

tumis, haji. jangan tak tumis...

with my helpful students

gagah!

gagah jugak

nak tolak ke mana tu

rendam daun palas yang dah dibuka hari sebelumnya. nak buang habuk-habuknye.

ready nak menganyam

last day for Haji Kamaruddin and last semester for Linda

amboiii sempat

kayu api untuk lemang

duduk di belakang tu, Puan Siti

bara mane baraaaaaa

duduk kanan Adil. nak rebus nasi impit

yeehaaa

lemang lemang

ni lah Wan Arief. sape nak mengorat? single ni.

En. Sham (kanan) tengah ajar cemana nak sediakan buluh nak masak lemang

kami menganyam di sini

kami menganyam sampai habis tau

Dekan (kiri) potong bawang. comel tak dekan kami?

macam tak habis-habis je menganyam kan.

antara barang-barang nak masak kari daging

dekan kami siap bawak pemain import (kiri) dari kedah lagi. wife beliau ler...

getting ready for the event. 2 orang kiri tu student kami dari Fiji.

habis kami anyam ketupat, geng potong buat take over tempat ni.

sambil-sambil buat persiapan, budak-budak ni berkaraoke bagai

rehearsal persembahan katanya

multiculture

getting ready



hudan, diana & saya. kami dah tukar baju raya!




diana, taufiq, haji kamaruddin, wife (dokong anak taufiq), saya

kenapa ada minion tu?

makan jom jom





layan borak dengan presiden & jemputan lain


presiden kata kami masak sedap. huahauhua



comeynya aisyah!!!

dua-dua vip dah sampai dan tengah makan. kami menyibuk je kat belakang tu

persembahan utk vip
we had so much fun! next year konsep ape pulak?