Sunday, October 31, 2010

homemade

malam ini saja;
  1. buat kuih bakar
  2. buat kek chocolate untuk sengih
  3. buat jacket potato untuk diri sendiri, sengih & botak
  4. mama diet tapi dah makan kuih bakar setengah pinggan (tergoda dengan bau punya pasal)
inilah hasil jacket potato tersebut:


esok kalau pegi aldi, nak cari coleslaw la. baru best kalo jacket potato letak cheese + baked beans + coleslaw. slllrrrppppp!!!

kuih bakar - recipe

original recipe aku ambil dari kak mimah..

aku tak reti nak tulis recipe. copy recipe pandai la. hehe.. setelah direquest oleh moon, maka inilah dia:

*sila gunakan mangkuk yang sama untuk measure semua bahan
  1. tepung gandum - 1 mangkuk
  2. gula - 1 mangkuk (kalo nak kurang manis, kurangkan gula)
  3. telur - 1 mangkuk (pecahkan dalam mangkuk yang sama digunakan untuk measure gula + tepung)
  4. santan - 1 mangkuk
  5. pandan essence - beberapa titik
  6. bijan - secukupnya
modus operandi:
  1. gula + telur - pukul hingga sebati (gula hancur habis)
  2. masukkan tepung - pukul hingga sebati
  3. masukkan santan - pukul hingga sebati
  4. masukkan pandan essence
  5. tuangkan adunan dalam bekas untuk dibakar
  6. taburkan bijan sesedap hati secukupnya
  7. bakar dalam oven, 180darjah, 40 minit.

selamat mencuba (pergh, ayat chef sungguh!)

Saturday, October 30, 2010

kuih bakar

upon coming out from the oven


put the place right next to mum
after adjusting the ingredients and testing to bake this kuih bakar for the 10th times (i think, i lost track of baking this kuih), finally i've got it right.

botak loves it so much that he said "please put this kuih far away from me, or else i'm going to finish them all". i don't know when i'm going to make karipap, but already got the ingredients from kak melin.thanks kak!

yorkshire pudding



we've bought the ready made yorkshire pudding in asda. then heat it up in the oven. mum cooked the best ever curry mutton. i like to eat the yorkshire pudding with loads and loads of gravy.

if we're in malaysia, i would ask for 'roti canai banjir kari sardin'. that was wayyyy back when i used to eat roti canai. havn't touch it since more than a year ago.

mum, can we have it again tomorrow?

shopping trolley


botak ialah sangatttt teruja dan excited bila jumpa shopping trolley ni di aldi. sebab dia kata, "it's my size. take my picture and put in your blog, along!".

ok, now its in my blog. are you happy now?

Thursday, October 28, 2010

lalalalaaaaaa


nyanyi : indahnya hidup ini bila kau tersenyum...

mata tak nampak - pasal nenek saya cina, maka eyelid pon takde (macam rain - bajet korea sebentar).

tulisan - major oak tree.

ye, pegi sherwood forest lagi.

ye, pakai jeket 2 lapis lagi.

tapi kali ni lebih sikit lumpur dia, pasal hari sebelum tu ialah hujan.

tiba-tiba, parking free. rupanya weekdays parking free, weekend kne bayar GBP3.00

ye, saya tak pegi sekolah semalam (huahuahua...).

Wednesday, October 27, 2010

NCIS LA

momoe ada cerita pasal ni. tapi lebih kepada pelakon utama yang menjadi pojaan hati semorang, termasuklah doktor mama, sengih dan jugak botak (apekah?).

doktor mama - pasal badan ketul-ketul kah?

sengih - aku tak sure dia memang suka tengok beliau ataupon memang dia asyik sengih aje. beliau sungguh takde ciri-ciri korea ok!

botak - mungkin bercita-cita untuk menjadi seperti beliau satu hari nanti. rambut dah lepas dah. huahuahua.



pics - credit to google



aku masih setia kepadamu, Dr Spencer Reed. i mean, for the moment. hihihi..

Tuesday, October 26, 2010

pic : sengih


ok, pegi stalk blog sengih yang asyik cerita pasal korea korea korea.

cuba ko belajar betul-betul supaya boleh dapat pegi korea betul-betul. ini setakat rambut aje. cheh!

drama queen

budak ni sengal. boleh dia kata aku, kassim, sabariah, latifah, lomu dengan botak ialah adopted.. cisss..


oleh kerana itu, aku nak tukar nama ko kepada sengih.

kenapa? pasal ko suka nak sengih sorang-sorang bila tengok clip korea kat laptop.

Monday, October 25, 2010

duty tsunami, kedah & tanah runtuh, putrajaya

tragedi tsunami terjadi di malaysia, tahun 2004. masa tu memang gempar, tapi tak sure segempar highland towers runtuh ke tak. tapi kira kategori gembar jugak lah. yang aku ingat, masa tu memang semua agensi kerajaan dan swasta menghulurkan bantuan, duit dan juga barangan.

sebagai persatuan yang berjaya (PBSM cabang UiTM Shah Alam), kitorang pon plan untuk hantar satu team bantuan ke kedah (kuala muda). sambil menyanyi lagu pbsm dalam hati :

di mana jua adanya sengsara, di sana ada kita
di darat dan laut kita bersedia, walaupun diancam bahaya

kitorang, team MT, majlis tertinggi (ha, riak la tu) persatuan plan nak buat satu kertas kerja hantar ke HEP UiTM. basically, plannya ialah untuk kutip derma, hantar satu bas budak pbsm ke kuala muda, sampaikan derma kat mangsa dan tolong kemas or ape-ape yang patut dibuat kat sana. memang aku ingat, kitorang plan untuk 3 hari 2 malam punya event.

sehari semalam izzati khairunnisa (pengarah program, merangkap bendahari MT) siapkan kertas kerja, dan submit ke HEP. sehari lepas tu terus dapat surat kelulusan. before submit kertas kerja tu, memang dah cari siapa yang nak join ke kedah. cari punya cari, alhamdulillah dapat lebih kurang 30 orang (tak ingat actual jumlah peserta). masa ni just risau pasal bas aje sebab kalo dah last minit sangat, susah dapat bas. tapi, Dr Zaiton (pengarah pusat kesihatan) dah keluarkan arahan untuk sorang driver ambulance PK untuk bawak kitorang ke kedah. cuma nak bas aje.

so, dengan berbekalkan surat kelulusan program dari HEP dan surat request bas dari Dr Zaiton, kitorang pegi ke unit kenderaan. terus dapat bas straight away. fiuh, lega sangat pasal esoknya nak pegi kedah ni.

so pada pagi jumaat tu, semua peserta yang terlibat pon berkumpul kat bus stop seroja. pegawai yang mengiringi ialah puan siti katijah dan puan salmah. driver yang terlibat ialah abg syafri & encik din. ini first time abg syaf join duty kitorang, masa tu abg syaf baru start kerje dengan PK. so dia macam malu2 lagi la. tapi lepas tu peramah aje.

kitorang sampai kedah dalam petang camtu, tidor di uitm kampus merbok, kedah. malam tu kitorang keluar cari makan. tapi sebab merbok tu pekan kecil, so tak banyak kedai yang bukak. cumanya tempat yang kitorang pegi tu tak berapa best tapi balasah aje makan bila dah lapar.

esoknya, pagi sabtu, lepas breakfast kitorang terus bertolak ke kampung kuala muda. sebelum sampai kat tempat kejadian, kitorang lalu tempat perumahan baru yang dibuat untuk mangsa kejadian. bila sampai aje kat tempat kejadian, memang terkejut. seriously macam jadi kampung mati tempat tu (masa tu). tak tau nak cakap perasaan ape, sedih ke, kesian ke, marah ke.

by the way, sebelum pegi ke kuala muda, kitorang memang buat kutipan derma kat uitm. hasil kutipan tu dapat RM1000++ jugak. so kitorang bahagi-bahagikan kepada 10 envelope, untuk didermakan kepada 10 keluarga / rumah kat kuala muda tu.

turun dari bas, kitorang terus bahagikan sesama kitorang kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan diketuai oleh puan salmah dan lagi satu puan siti.

cuma masa tu, bukan semua rumah bertuan. sebab mungkin ada yang dah pindah ke perumahan baru yang dibuat tu. so kitorang just pergi ke rumah yang ada orang aje. kebanyakan rumah memang dah clear. sampah pon takde sangat. cuma dinding dan lantai penuh dengan lumpur. ada satu rumah tu, dinding semua takde, tinggal rangka pintu aje. lagi satu rumah pulak, siap akar pokok sebesar 3-5 pemeluk kat tengah-tengah rumah.

kitorang pon sampaikan derma, tolong mengemas ape yang patut dan jugak ada yang yang mintak nasihat kesihatan dari puan siti dan puan salmah. kitorang yang watak biasa ni just boleh bagi nasihat semangat aje kat adik-adik kecik yang bersekolah, yang macam hilang semangat untuk teruskan kehidupan sebab nasib yang menimpa mereka dan keluarga.

dalam banyak-banyak rumah tu, aku teringat pergi ke satu rumah ni. suaminya takde, keluar. yang ada isteri dan anaknya. bila aku hulurkan sampul duit derma, terus makcik tu peluk aku dan menangis bersungguh-sungguh. walaupon aku ni bukanlah "hug person", tapi aku curious jugak, apesal makcik ni menangis bersungguh-sungguh ni. menurut cerita makcik tu, duit yang kitorang bagi tu, ialah derma duit yang pertama yang diorang terima since kejadian tu. masa kitorang pegi ke kedah ni, lebih kurang 3 minggu lepas kejadian. makcik tu kata lagi, memang la bekalan dari segi makanan dan baju semua memang diorang terima dari first day kejadian sampai waktu tu. tapi duit tak dapat lagi sampai lah hari kitorang datang melawat. yelah. memang la makan pakai cukup. tapi nak repair boat kne pakai duit. nak beli buku sekolah anak kne pakai duit. lepas tu makcik tu borak-borak lagi dengan puan siti. lepas tu kitorang move on ke rumah yang lain.

yang menjadi persoalan dari kepala aku dan beberapa member aku waktu tu, ialah, bila tengok kat tv, jumlah kutipan derma untuk tsunami ni sampai dah berjuta-juta ringgit. tapi, kenapa duit tu masih tak sampai atau diberikan pada mangsa lagi. mungkin ada banyak prosedur kot.

tapi...

yang ni kita cerita pasal duty tanah runtuh putrajaya pulak ye. aku dapat kabar berita ni dari abg fariz, senior pbsm uitm. masa tu beliau kerja kat putrajaya dah. encik ptd  ni. aku masa tu kat upm lagi. so, pada hari kejadian, aku just boleh datang tolong waktu petang aje. masa tu tugas pbsm yang datang ialah untuk sediakan makanan untuk penduduk kondo yang terlibat. diorang ditempatkan kat kondo lain, penempatan sementara. so aku dengan abg fariz join kak zuri dan team pbsm klang turun padang menolong. turun join yang dari team pbsm uitm ialah abg zizan, abg fende, kak fiza, abg sumi, kak ejan, etc.

masa tolong sediakan makanan ni, banyak lah pulak komplen / cekadak orang-orang putrajaya ni. antaranya:
  1. persoalkan kenapa yang masak makanan tu ialah orang bukan melayu / islam. aku kata, dah cukup bertuahla ada orang yang sukarela datang tolong masak nak kasi ko makan. free pulak tu. kalo ko pegi KFC ke Mc D ke, ko ada tanya ke orang kitchen yang goreng ayam / berger ko tu orang melayu / islam ke tak. ini kan disaster. susah sangat, ko takyah amek makanan, ko pegi aje beli barang, masak sendiri. 
  2. ada 2-3 kes orang sakit perut lepas makan makanan yang disediakan oleh team pbsm. terus buat aduan ke pusat kesihata / hospital putrajaya. lepas dari tu, semua penyedia makanan kne pakai glove, tutup kepala, apron. aku kata, kalo dah setakat 2-3 orang komplen, banding dengan 2000 orang yang makan makanan tu, ada kemungkinan dia makan makanan dari luar, bukan yang kitorang sediakan.
  3. marah-marah bila makanan yang disediakan ialah tak ontime. contohnya makan tengah hari dapat pkl 2 petang. aku kata, ko ingat, senang ke nak sediakan makanan untuk 2000++ zap sekaligus? ko ingat kitorang robot ke kerje takyah break? ko ingat pbsm yang datang tolong ni, sama jumlah ke setiap masa? kitorang pon ada kerja hakiki yang perlu dibuat, hanya datang bila free sahaja. kalo ko turun skali menyinsing lengan basuh ayam bersama, kan bagus,
  4. siap import budak-budak muda dari kuala muda (mangsa tsunami) untuk turun padang menolong. tujuan pbsm import budak-budak ni ialah supaya diorang ditrain untuk masak secara bencana, just in case jadi ape-ape (tsunami lagi ke) kat tempat diorang. cuma budak-budak kampung ni kan ada yang macam nakal-nakal. biasalah, teenagers. tapi diorang tak kacau orang dan kerja memang cekap buat. tapi ada yang tak puas hati kata diorang ni tak  makan saman la, hape la. aku kata, untung ada ada orang nak turun tolong tak mintak ko bayar pon. ada diorang merompak rumah ko ke?
  5. banyak lagi. malas nak citer.
untuk pengetahun, mangsa-mangsa ni kan dapat penempatan sementara pada hari yang sama kejadian berlaku. esoknya, diorang terus dapat insentif (wang) akibat kejadian ni. maknanya katalah tanah runtuh pagi ni, tengah hari ni dah dapat penempatan sementara, esok dapat terus duit derma.



aku rasa sungguh tak fair dan macam double standard. oleh kerana kejadian teradi di putrajaya, maka diorang akan dapat duit cepat. segala komplen diambil kira. tapi, yang kejadian kat kuala muda, kedah, duit derma dapat lambat (aku tak sure bila orang tsunami actually dapat duit derma tu). 3 minggu lepas kejadian pon masih tak dapat duit lagi. geram pulak rasa. ape perasaan orang kuala muda ye bila diorang perasan diorang ni macam dianak tirikan?

cuma just nak ingatkan pada diri sendiri jugak, kita kne berterima kasih atas apa juga pertolongan yang orang berikan. kalau ada komplen atau cara untuk improve, bagitau dengan terus terang. bersyukur dengan apa yang ada dan usaha untuk majukan diri. jangan jadi lupa diri sampai lupa yang bila Allah turunkan ujian / bala / musibah / bencana kat kita, tandanya Allah warning kita pasal kita lalai. Dia tegur kita pasal Dia sayang kat kita.

kesimpulan : teringat satu masa tu kat sixth form bluecoat college nottingham. masa tu cuaca biasalah, gloomy (nama pon UK kan). suddenly hujan turun renyai2 dan kilat + petir. tak sekuat melaysia punya versi. tapi orang local sini semuanya ketakutan. diorang kan sangattttt jarang experience kilat + petir. terasa bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia.

gambar pulak. harus ingat ya kawan-kawan, waktu ni aku muda belia (iyolah tu). duty tsunami ialah masa january 2005 (3 minggu lepas kejadian) dan duty tanah runtuh ialah tahun2007.

duty tsunami:

drop off geng pbsm uitm campus puncak perdana

abg la helmi

aku - depan kolej kat uitm merbok, kedah

aisyah

kiri hisham, kanan helmi

abg zizan & kak zuri

helmi, pian, hisham, kawan helmi


depan - faiz & nik, belakang - hisham & tak ingat nama

izzati khairunnisa - pengarah program

miezi tunjuk ape ntah kat aku

nisa

try nak drive bus yang tak bergerak

encik din

salifairus - presiden masa tu

background - pantai kuala muda


yup, longgokan sampah


dengan ain

belakang  puan siti, abg zizan, aku, kak zuri, puan salmah, ain. duduk depan - helmi, hisham





duty tanah runtuh :

pakai slipar pasal kerja-kerja membasuh periuk belanga sungguh membasahkan dan bakal mengundang kasut yang rosak

kak zuri, abg fariz & abg zizan, subuh supii dah sampai

gigih tak?

ramainya

wakil rakyah ke, menteri ke, melawat tapak

kereta yang kene, bukan rumah


supply


gadis-gadis yang kne kopek bawak sebab tokleh masak (ada orang orang komplen)

kebanyakan "mangsa" datang tengok aje, tak tolong pon

masak nasi pakai clinton cooker

tapi ada jugak makcik-makcik yang ringan tulang datang membantu


spot me 1

spot me 2

spot me 3

sediakan makanan untuk 2000++ mangsa dan sukarelawan

adik-adik import dari kuala muda

kawah



siap ada banner ok!

masa kemas-kemas


abg fende

abg sumi + tak ingat nama (org pbsm klang)

aku tak ingat nama budak ni tapi dia baik + me




dengan kak zuri