Showing posts with label Umrah 2014. Show all posts
Showing posts with label Umrah 2014. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Change in life...

Aku terasa nak tulis something related to post Kak Diana Ishak kat SINI.

Part of it, aku pon ada terima soalan yang sama, nape kau berani pergi umrah awal-awal, Aliaa?

Bagi aku, konsepnya, bila dah sampai jemputan dari Allah. Ya, jemputan. Bukan duitan ya. Bab duit, honestly aku bagitau, mother bayarkan half of my umrah package. Kalau nak harap aku, kerjanya nak pergi Korea aje. Cettt sangat kan. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah dan doa mother, aku selamat pergi dan balik umrah tahun lepas, 21 May - 1 June 2014. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal pengalaman umrah. Lebih kepada change in life pre, during, post and until today yang related to my umrah.

Sebelum menunaikan umrah, aku attend kursus umrah 2 kali. 1 kali aku attend di Andalusia dan satu kali lagi aku attend di Tabung Haji. Aku pergi umrah dengan pakej Tabung Haji. Dalam kursus tu memang ustaz-ustaz tu banyak beli informasi, dan bimbingan serta menjawab soalan-soalan yang sentiasa dalam fikiran aku selama ni.

Dari segi luaran, aku mula kurangkan pakai pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya. Literally menutup aurat. Means no skinny jeans, no t-shirt yang pendek dari punggung, mula pakai stokin kaki dan stokin tangan, jaga perlakuan - cover sikit ape yang keluar dari mulut, etc. Cuma tudung je aku masih pakai yang sarung menyarung Ariani yang saiz medium, yang just cover sampai dada sahaja. Aku banyak membaca blog perjalanan umrah orang lain, dan mendalami step by step semua rukun umrah. Tak ketinggalan, bangun solat malam - solat hajat, solat tahajjud, solat taubat, solat istikharah, solat witir, etc. Semua ni, masa tu, aku buat dengan tujuan persediaan untuk mengerjakan umrah.

Masa di Mekah dah Madinah, alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Kebetulan bulan aku pergi tu musim panas, tapi walaupun pakai berlapis-lapis - jubah, stoking tangan dan kaki, leggings, kain dalam, niqab / purdah, telekung, tapi aku rasa selesa. Aku sendiri tak perasan dan baru tau yang betapa selesanya pakai niqab. Yes, memang best dan selesa. Perasaannya, tak tergambar.

Balik ke Malaysia, alhamdulillah aku dipermudahkan untuk terus istiqamah begitu, berpakaian menutup aurat dan dengan support mother, aku terus tukar fesyen tudung, pakai tudung yang labuh melebihi paras dada. Alhamdulillah masih terus istiqamah memakai stokin kaki dan tangan yang tebah dan mother belanja pulak beli jubah Jumana - kain cotton dan sangat selesa. Dalam pada tu, setiap hari aku doa agar aku diberikan kekuatan terus istiqamah untuk begitu, dengan 1 tujuan, mendapat keredhaan Allah.

Aku terfikir-fikir, aku ingin mengenakan niqab. Ramai yang dah aku rujuk, katanya semua itu mesti datang dari hati dan mendapat keredhaan Allah. Redha Allah datang dari redha ibu bapa. Aku tau mother dan father tak kisah, asalkan aku gembira. Tapi, aku berbalik kepada niat kenapa aku nak berniqab???

Bila aku muhasabah diri, aku nak berniqab sebab:
1. Nak jaga perlakuan - supaya tak terlalu bebas pergaulan sosial. Aku kurang minat keluar malam dan sebagainya.  Boleh jamin keselamatan.
2. Supaya rasa selamat - agar orang tak tengok kita. Masalahnya, di Malaysia ni orang berniqab bukanlah dalam golongan majoriti. Jadi, kalau aku berniqab, mesti orang akan perhatikan aku. Tak dapat nak capai objektif.
3. Dan sebab lain yang related dengan sebab no. 1 & 2.

Tapi, aku terlupa. Yang hanya boleh lindungi aku adalah Allah. Bukannya niqab.

Dan setelah belajar dan merujuk, aku yakin aku akan berniqab satu hari nanti. Bukan bermaksud masa tu aku dah "bersedia" untuk berniqab, tapi Allah dah izinkan.

Semuanya dengan izinNya. Dan doa restu mother.

Cepat tak cepat, berani tak berani pergi umrah awak ke lambat, semuanya kerana Allah. Dia yang akan jadikan semuanya.

Wednesday, May 21, 2014

Away for Umrah : Maaf zahir dan batin.

Salam. Dear readers and fellow blogger,

I will be away to perform my Umrah, InsyaAllah from today, 21st May 2014 until 1st June 2014.

Please forgive my wrongdoings and wrong-saying in this blog that may or may not meant to hurt your feelings, body and soul.

Maaf zahir dan batin, from the bottom of my heart.

Please doa for my health and safety in performing Umrah.

Assalamualaikum.