Showing posts with label ocassion. Show all posts
Showing posts with label ocassion. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Farewell for Linda

Linda first join IUKL (masa tu KLIUC) masa July 2010. Aku pon tak ingat exactly bila dia join tapi dia ada mention dalam farewell speech dia haritu. hehehe. Masa tu aku tengah duk busy prepare-prepare nak pergi UK. Kebetulan pulak walaupun kami satu school (sekarang panggil faculty), tapi dia duduk block lain sebab block faculty kitorang belum siap refurbish lagi.

Bila aku balik dari UK dan join IUKL semula June 2011, barulah kami duduk sebangunan sebab faculty dah siap. Gedebuk gedebak, dia pon dah mengandung dan bersalin anak ke-2, dia pun decide untuk berhenti kerja dan beri tumpuan pada anak-anak dah keluarga.

So Jumaat minggu lepas kami buat farewell breakfast ala-potluck untuk Linda.

Layan gambar-gambar makanan yang potluck-kan haritu...


kiri - sandwich tuna by Adil. kanan - cucur ikan bilis by Hanah


top - nasi lemak sedap gilos brought by Puan Siti. bottom - ikan masin goreng + sambal petai ikan bilis by Kak Nazi

various bread type brought by Didi

Pancake lemon cooked by Haji Razak.

kuih muih brought by Puan Radzmah and Kak Faiza

left - kek batik made by Munaiem's wife

teh tarikh bought by Hanah and freshly brewed coffee by Kak Nazi

fruits brought by Haji Pilus and Imran

fruit tartlets bought and brought by moi. dasar pemalas memang camni.

Puan Siti helped to cut  Haji Razak's lemon pencake
Majlis di ketuai oleh Haji Razak. Ucapan alu-aluan, doa dan makan...

MC

colleagues



ucapan from our Dekan

Linda





touching and teary farewell speech from Linda

Kak Faiza (kanan) kasi hadiah kepada Linda


Makan timeeeee... We had a good laugh, fill our tummy with glorious and delicious food.

macam kenduri kat rumah pulak kan. diorang releks je makan kat bawah.




tuan tanah baru enterframe. busy bebenor ambil gambar orang. hehehe..



Good luck to you, Linda.

Pergh, kenyang gilos kot pagi tu!

Thursday, June 21, 2012

sweet...

 at the office, we usually celebrate birthdays by cake and food retreat. this time, it is Kak Siti's and aqidah's birthday.

rainbow cake. if you wish to order, please call Sakinah Abd. Rashid at 017-6813107

birthday gals, kak siti & aqidah

a colleague at kliuc was selling RV cake, carrot cake and chocolate cake. i tried RV cake and it is sooooo yummeh!!!! 

RV cake. cutely packed.
sweet going around my life these days. smile...

Tuesday, October 5, 2010

Ireland

Minggu lepas, ke Ireland untuk 2 hari, 1 malam. ada urusan negara (yo la tu!!) yang perlu disettlekan di sana. Flight was on Tuesday morning, 28th August 2010 at 6.35am from east midlands airport to dublin airport. bajet-bajet nak keluar dari rumah pukul 2.30am. ambil teksi ke town, then ambil bus ke airport. hari Isnin pukul 10malam aku dah masuk tidur. kekonon at least nak dapat 4 jam tidur, bangun pukul 2am, bersiap dan pukul 2.30am call taxi. tapi, entah kenapa, tak boleh tido. keji betul. abis dah bergolek-golek, akrobatik segala. tapi still tak boleh tidur. maybe dalam fikiran terlalu concentrate takut tak sempat sampai airport. akhirnya, nak dekat pukul 2am, aku dan bangun dari katil dan bersiap-siap. then turun bawah, tengok tv sambil online, nak tengok whether forecast for Dublin. nak bawak jacket yang sesuai. kat tv ada cerita hindustan ok!

pukul 2.30am aku call taxi, tak sampai seminit dah sampai. mintak taxi hantar ke nottingham bus station. patutnya bas ke airport pukul 3.10am. aku dah sampai bus station pukul 2.45am. so biar awal kan. nak dekat pukul 3.10am tu, aku dah nampak bas airport tu kat jalanraya kat luar. tapi dia tak pusing masuk bas station pon. aku pelik jugak. so aku keluarkan balik pamplet bas airport, tengok, betul ke tempat aku tunggu bas ni. rupanya, kalo bas ke airport, kene tunggu di nottingham TRAIN station, bukan BUS station. ampehhh. next bus ialah sejam lagi. so nak mengelakkan lambat sampai airport, call lagi taxi tu. sampai airport dalam pukul 3.45am.

east midlands airport yang takde orang
serius, aku tergezut. takde orang kat kaunter pon. so yang pelancong-pelancong (termasuklah aku), i mean the customer, suma agak blurr lah muka masing-masing. aku duduk lepak kejap sementara tunggu kaunter bukak. then kaunter cek in bag pon bukak, meaning ada la sorang staff duk situ. aku nak pegi cop teket, pasal tak nak cek in bag pon. tapi dia kata, kalau nak cop, ada kaunter lain. dan kaunter tu pon tak bukak lagi. cisss. tunggu lagi.

dalam setengah jam lepas tu baru dia bukak. lepas cop teket, terus aku masuk ke security area. malas nak tunggu kat luar tu sebab ada satu group nenek-nenek n atuk-atuk (tatau la persatuan ape) duk kecoh2 barang diorang la, nak cek in la, berebut la. aku fikir, kalo beli makanan kat luar ni, tokleh lepas security. baik aku beli makanan lepas security.

so lepas security cek, aku tengok kedai kopi ni aje yang bukak. ada la muffin segala jual jugak tapi macam takde mood nak makan. so just orfer caffee latte large. jenuh nak habiskan!!!



kedai pon tak bukak lagi

gate number pon diorang tak display lagi.

sambil duduk duduk tu, tengok lah gelagat orang. sambil berusaha keras nak habiskan kopi tu kan. lepas dah habis kopi, ha, berulang pegi toilet you all! coffee kan akan dehydrate air dari badan kita. ada la 5 kali jugak pegi toilet. cisss.

dalam pukul 6am dah didisplay gate no. so cepat2 pegi ke gate dan orang semua dah beratur nak naik flight. flight smooth aje dan sampai lebih awal dari jangkaan. instead of 1jam, jadi 45mins aje. bak kata kapten flight, the whether is being very good to us today.

lepas landed, terus keluar dari flight. actually tak penuh pon flight tu. separuh aje rasanya. dan majority ialah pakcik pakcik yang bekerjaya. aku aje yang slumber pakai jeans, tshirt, hooded jacket 2, bagpack n trainer. lepas imegresen (GARDA), aku pon jalan slow n steady ke exit gate.

keluar aje, dah nampak orang yang menjemput. top up fon dulu, then baru bertolak ke lucan, which is rumah my uncle. perjalanan lebih kurang sejam setengah lebih, sebab jam dan peak hours. pukul 8am ok! kalau tak, memang 15 minit aje ke rumah uncle.

sampai rumah uncle, breakfast dulu, borak-borak. catch up on things, news, etc. then bersiap-siap untuk perjalanan ke limerick.

uncle mengajar tajwid untuk budak2 melayu








sempat buat cupcake topping dulu


lepas dah ready, aku, uncle dan orang menjemput naik kereta dan memulakan perjalanan ke limerick. macam-macam kami borakkan dalam kereta untuk mengelak bosan. perjalanan lucan-limerick lebih kurang 2 jam setengah. sekarang ni roadworks dah banyak upgrade. kalau tak, lagi lama kot perjalanan.

sampai di limerick, aku terus settlekan semua urusan. sekolah alim, sekolah widad, estate agent, argos, rumah aisyah. lebih kurang sejam lebih di sana, alhamdulillah semua settle. terus kami bertolak pulang ke lucan.

ontheway balik tu, singgah di rumah kawan uncle, lebih kurang 20mins dari lucan (tak ingat ape nama tempat dia). kawan uncle tu head chef ok! dapat kami makan roti cicah sup daging. sedapppp!!

sampai di rumah uncle, terus kami dinner. aku terus mandi, maghrib dan turun bawak borak-borak dan layan adawiyah (anak uncle). sorang lagi anak uncle, Inaas dan selamat beradu. then masing-masing pon penat, terus tidur.

esoknya adah bangun awal pagi. lepas subuh, layan adawiyah & inaas borak-borak sambil buat origami. kanak umur 9 & 5 tahun, memang best melayan tau.. lepas tu diorang breakfast & pegi sekolah. lepas tu baru aku breakfast dengan uncle & untie. sambil tu borak-borak.

on that day aku stay kat rumah. tengok tv, tolong kemas ape yang patut dan kemas barang-barang yang nak dibawa balik ke notts. petang tu aku ikut uncle bawak kanaks jalan-jalan.

depan rumah uncle n untie..


adawiyah



uncle dan untie aku ialah doktor pakar yang tinggal di ireland. gambar inaas tak sempat snap sebab budak tu sangat aktif!!!


lepas dinner, terus kami manghrib berjemaah. then aku terus bersiap sebab uncle n untie nak hantar ke dublin airport.


aku mintak uncle n untie drop off aje sebab uncle n untie nak kne pegi ziarah sahabat mereka yang kurang sihat.

kosong gila dublin airport!

lepas check in luggage dan cop ticket, aku terus masuk ke tempat security. then terus ke gate. kat airport ni memang dan display gate mana kita kene tunggu. kan senang camtu.. sempat lagi minum kopi secawan before naik flight.

dalam plane dah.. nak balik UK..




selamat tinggal ireland. nanti saya datang lagi!

flight pukul 10.15pm on 29th August 2010 (Wednesday). bertolak on time. sampai pon ontime, pukul 11.15pm. sampai di airport, bas dah ada. terus naik bas untuk ke nottingham town. sampai di town, naik teksi ke rumah. sampai rumah jam 12.30am, 30th August 2010. mama yang buka pintu dengan muka berseri sambil menanti cerita ceriti menarik aku nak sampaikan. Story from Ireland, about people in Ireland, what happened in Ireland. 

Nottingham - East Midlands Airport - Dublin Airport - Lucan - Limerick - Lucan - Dublin Airport - East Midlands Airport - Nottingham.

Saturday, October 2, 2010

trip to ireland (28-29 sept 2010)

pictures : will only put in some. but the rest, exist only in my memory and only for my own eyes. (menyampah tak?)

fun or no fun : fun and exciting

mission accomplished : first mission, definitely, with flying colours. second mission? still in progress. please pray for the best.

Wednesday, August 4, 2010

event : majlis makan-makan aliaa balik kampung + house warming fariz & kyra

setelah dibincang-bincang, tarikh dipilih dan tempat ditukar beberapa kali, maka jadi jugaklah acara makan-makan yang sangat diminati ramai ini.
mula-mula planning nak ajak geng-geng pbsm uitm keluar makan di sup utara bangi je, tapi abg fariz mencadangkan dan memvolunteerkan rumah beliau untuk diadakan agara gilang-gemilang lagi berprestij ini. maka, invitation pon dihantar ke semua warga bulan bintang pbsm.

sungguh excited sekali perasaan, yang tidak boleh digambarkan dengan movie mahupun imaginasi korang. yelah, berapa lama tak jumpa member-member lama kan. kawan-kawan sesusah sesenang zaman-zaman belajar dolu-dolu. sekarang kalau nak jumpa, bukan senang. masing-masing dah ada komitmen masing-masing.

tempat kejadian sungguh best, kerna boleh berehat-rehat, ulang makan beberapa kali dah bersantai-santai. midah datang dengan baby syawal n muin, ini first time kitorang jumpa midah lepas die bersalin. last sekali jumpa masa izzat konvo aritu.


baby syawal yang menjadi baby standard, di mana akan menangis bila nak susu dan memberykan dirinya. muka sejibik midah ok? mata sepet. maklumlah, keturunan sarawak kan.



menu yang dihidangkan sungguh menggiurkan hati warga bulan yang memang terkenal dengan sikap makan mereka. apasal aku tulis gaya camni aku pon tatau. abaikan aje ok.

menu tuan rumah : laksa utara, puding cocktail buah n jelly, popia goreng, air rozell dan air teransang (mix of lemon, longan, cincau, serai, etc campur dengan air ice cream soda).

aku bawak makanan tambahan egg sandwich dan izzat bawak begedil kecik-comel. atiqah bawak chocolate pie. meleleh air liur semorang sementara tunggu die potong pie tu. buah rambutan juga dibawa oleh atiqah. rambutan gading ye!

semorang ialah makan ulang-ulang ye. best wooo.



dari kiri : abg fariz, kak kyra, aku, abg azizan, hisham, ayoi n izzat.

acara bergambar-syok sendiri haruslah ada. siap banyak kali ok. dengan timer, takde timer, amek gambar sendiri. pakej!


atiqah, aku, hisham n budak hensem - redza

bila dah nak dekat senja camtu, baru lah kitorang gatal-gatal pegi melawat tapak. kolam dekat sebelah rumah abg fariz aje.. saje jalan-jalan. membiarkan diri digigit nyamuk.




balik dari melawat tapak, sambung lagi makan. kak kyra siap tapaukan kitorang semua laksa sorang sikit. lepas tu kitorang bergambar lagi sebelum semorang balik.


rasa terharu sangat, pasal kawan-kawan semua baik-baik belaka. ada jugak yang tak dapat datang last minute. tapi diorang suma call n bagitau.

definitely will miss u guys so much!

nanti jemputla datang ke kampung kitorang eh. korang nak honeymoon ke, jalan-jalan ke. boleh saja. kasi roger, boleh pegi jemput.