Showing posts with label pbsm-abgla. Show all posts
Showing posts with label pbsm-abgla. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

wedding kak nora @ de palma shah alam

Ahad, 18 August 2013 yang lepas, aku dapat invitation untuk attend reception Kak Nora. Kak Nora ni geng-geng sePBSM zaman UiTM dulu. Kak Nora ni senior 1 tahun, 2 semester lah kiranya. Memang rapat dengan Kak Nora. Masa kat UiTM ada sekali aku pernah tidur di rumah keluarga Kak Nora. Masa tu kami pergi attend open house raya rumah dia, lepak punya lepak, mak Kak Nora tak kasi balik malam tu, suruh tidur rumah je. Kami pon sambung lagi gossip berborak sakan sampai pagi!

Reception ni di De Palma Shah Alam, kat seksyen 19. Cantik dewan dan decoration dia. Uwau, berangan nak buat reception aku kat sini. Tapi, jauh sangat dari rumah le pulak kan.
 

pelamin

meja makan beradap atas tu. theme ialah purple.

chandelier sangat cantik

aku dan atiqah duk semeja dengan midah n family

atiqah

tahan nafas. pakai baju raya je.

suruh muin (husband midah) ambilkan gambar

jumpa kak syeena (kanan sekali dan anaknya, umar) jugak. rinduuu. kak syeena sama batch dengan kak nora.

menu


acara baling gula-gula kepada kanak-kanak

gift

pengantin lambai-lambai. camera tidak memberi kerjasama.

Pictures with the bride and groom.
Congrats Kak Nora & Ren. Dress pengantin cun gile ok!

Monday, August 26, 2013

Raya guest

Minggu lepas, lepas, kawan-kawan datang beraya. Ahad, 18 August to be exact.

Pagi-pagi lagi goreng mihun. Mother punya recipe. Mother letak perencah, aku tukang goreng dan kacau je. Then panaskan rendang dan goreng roti pratha.

Tetamu yang datang, Midah dan family. Midah ada 2 anak lelaki, Syawal dan Waraqah. 

Syawal seronok lepak tengok Phineas & Pherbs


waraqah ni main sorang-sorang pon jadi. bagus...


then atiqah (kiri sekali) dan ili (tudung pink) pon datang join. sebelah midah tu adik ipar midah, adik kepada muin (kanak sekali)

sakan kami berbual. lepas midah balik, atiqah dah ili lepak lagi. kami sambung borak-borak. then aku ajak diorang pergi ke open house rumah supervisor PhD aku. uhuk uhuk siap call suruh datang. Kalau dah siap PhD nanti kita cerita pasal supervisor aku ni eh. Ini second supervisor actually sebab first supervisor ialah Mother. eh? hehehe. Mother sila jangan merajuk nanti saya belanja ais kosong kat mapley.

Petang tu x-students datang beraya. Diorang ni batch yang aku mengajar masa aku baru masuk KLIUC dulu. diorang pon ada yang sebaya, muda 2-3 tahun dan ada yang tua dari aku. tapi baik-baik semuanya. thanks for coming you all. 



seronok tengok diorang makan. bersungguh-sungguh dan memang semua diorang makan, kuih raya pon diorang suka walaupon beli je. hehehe.. sementara tu atiqah dan ili dah pergi ke hospital Serdang untuk visit Maizatul.

lepas diorang balik, terus aku bersiap untuk ke wedding Kak Nora.

On the way tu singgah hospital Serdang dulu, lawat Maizatul. Dia kena operate buang gigi geraham dia yang akar gigi tu mencengkam urat dalam gusi dia, yang membuatkan sakit kepala dan demam on-off. Now dia dah ok.

Lepas tu barulah aku dan atiqah gerak ke shah alam...

Sunday, December 19, 2010

urut

berbalik kepada cerita main monopoly masa camping, sapa yang pernah dan biasa main monopoly (saidina) mesti tau ape rules n regulations main game tu kan. biasalah, kalau jatuh kat tanah orang lain, kne bayar sewa. pulaknya kalo dia buat rumah la, hotel la, lagi mahal sewanya.

ada salah sorang pemain tu, asyik bernasib malang. asyiklah terjatuh duduk kat tempat orang yang tanahnya harga mahal dan siap bina rumah 3-4 biji, dengan hotel bagai. sampai satu stage, duit dia semua dah habis. tapi gigih jugak nak main tu. nak loan kat bank, takut nanti tak dapat nak bayar. so, empunya tanah dapat satu idea. dia suruh pemain yang tak bernasib baik tu, urut dia sebagai ganti sewa. kejap karang si pemain yang tak bernasib baik ni kne urut kepala. pastu ada yang mintak urut bahu. urut kaki pon ada jugak. idea memang tokleh blah.

selalu kalau aku urut DrNotts, mesti sendawa keluar angin. aku pon tak sure, angin tu angin dari aku ke, ataupon transfer ditransfer dari DrNotts ke aku dan aku yang keluarkan. sebab kengkadang ada tukang urut tradisional cakap itu angin transfer. ada pulak yang cakap, bukan. ada sape2 boleh komen?

anyway, kengkadang aku saja tekan2 kaki aku, sendawa jugak keluar angin. tadi, masa tengah tengok stepup3 dengan botak, aku tekat2 tapak kaki. ada sendawa sikit. boleh tiba:

DrNotts : along tu kalau pegang tekan-tekan couch tu pon sendawa (lepas tu gelak guling-guling)
Sengih : cuba suruh along pegang heater ni ibu, mesti sendawa jugak

so sebenarnya kalau mengurut orang, kalau aku sendawa, maknanya angin tu dari aku ke orang yang diurut tu?

ketupusan

yep, memang sengaja eja ketupusan. ejaan yang sepatutnya ialah keputusan. tapi sebab teringat masa...

ada sekali tu  pergi camping. dengan geng pbsm jugak. salah sorang senior (tak ingat siapa, abg fariz or abg hellis or orang lain) bawak board game, monopoly. kitorang, geng alumni yangdinamakan geng luar parameter (dinamakan geng luar parameter sebab kalau peserta camping, kemah dalam kawasan tali parameter - belang merah putih tulis caution) pon mainlah dengan penuh semangat. sahttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=9034361235221858098lah sorang pemain tu landing dekat kotak "keputusan" tapi ada pulak yang tersasul sebut "ketupusan". lepas dah bantai gelak sakan kutuk orang yang tersasul tu, semorang start sebut keputusan dengan ketupusan.

ok, berbalik kepada tajuk, pagi tadi terima ketupusan melalui encik royal mail. first class mail ok. alhamdulillah ketupusan memihak kepada aku. syukur kepada Allah dipermudahkan urusan aku. trimas DrNotts!

harapnya semua urusan lepas ni dipermudahkan juga dan permintaanku diperkenankan olehNya. aminnn

p/s: kat luar ni cuaca ialah saaaangaatttt sejuk, -3darjah. tapi terasa panas dari dalam badan lah. mintak dijauhkan sakit. nak ikut nasihat karl, minum air banyak-banyak..

p/p/s: tempat lain dah snow lebat. notts dapat snow flakes ala-ala manja gitu.

Friday, December 3, 2010

drooling ~ ~ ~

atiqah aka momoe is so good at baking and cooking. i ordered several pastries, cupcakes and others that are related to the gaining-weight-purpose food.

and just now, she made ice cream cake. right there and then, i feel like i want to bake something too.

i looked into my so-called recipe book, and got to think of making a bread pudding, as the recipe had been given to me by Hanah ages ago. but i'm missing one of the ingredient, single cream.

the plan for tomorrow is, after we finish with another photography session (if the snow comes down through the night), i'm going to asda to get some single cream and fresh milk. i must bake the bread pudding. DrNotts, are you into bread pudding at all?

by the way, we already finished a tray of two of the kuih bakar. well done sengih for baking it so well!

Thursday, December 2, 2010

nico

i had a good chat with izzat today. as usual, our chatting timing would be early in the morning and at night, malaysia time. the reason would be she needs to go to work in between, of course.

after saying hi and asking for each others health condition, we started to talk about our good old days back in the uitm. the reason was she was talking to her friend, Mr Cekal about our activities and routine there in uitm. the biggest side activities was pbsm, of course.

some pictures are here and here. if i were to put the all here and in my facebook, i think i have to open a second account as there are too many of them.

well, i'm not going to talk about the boring pbsm thingy ma jiggy. its about izzat.

we met on 13th January 1997, at SMKA Maahad Hamidiah Kajang. why did i remember the date? because that was the first day / registration day for my secondary school, which i was chosen to go to maahad. that was also our first day of hell and excruciating orientation week. as the new comer, form 1 to be exact, of course we got bullied by everyone. but we managed to get through the week though.

well, she was volunteering to be the head girl for the orientation week. most of the other girls didn't like her. one of the reason was that she suggested that we (me and the rest of the girls) got punished for being late for one of the morning assembly. the punishment was to run around the football field, on the hot and sunny day. to add to the pain inside and outside our body, it was a fasting month too. lets imagine the fire burning in our heart at that time ey.. little that we know, she was being threatened by one of the senior if she didn't do that. later on, we forgave her.

oh, our destiny is sooooo close together that we (me and izzat) had been destined to be in the same class, form 1 Zaid Al-Harith. we were not so close then as she was not staying in the hostel. we again got to the same class when we were in form 2 Osman. later on when we were in form 3, again we got in the same class and we grew closer and being good friends as we sat next to each other in the class. during PMR, she scored a lot better than me as I always play, play and play (up until now, LOL). at that time i didn't know whether i wanted to go into the science stream or account stream as my PMR result of on the border line between those two streams. finally i chose to go into the science stream and again, we had been destined in the same class, form 4 ibn rusyd (the teachers did all the arrangements). when we realized it, we chose to seat next to each other again. and we became much closer.

in the middle of that form 4 year, me and my family went to nottingham, uk as DrNotts continuing her PhD here. i didn't realize that izzat and me were so close that through my years here in nottingham back then, she is the only one who keeps on writing to me and sending me raya cards. of course we keep on moving with our own lives but not to forget to keep on writing to each other.

when i came back to malaysia and being selected to go to uitm, at that time, izzat was already in her first semester there doing her diploma. she was so happy when i told her that i got into uitm too. in uitm we grew closer. we talked about everything, helped each other out. sleepovers at each others college, movies marathon, bus trip to KL, pbsm trip around peninsular malaysia, camping trips, road trips, MMS, all other duties that we had and of course personal stuff, - boyfriends, girlfriends, crushes, midnight talk, etc.

then she continues to degree program and i continue to my masters program, which i chose to do in upm. we were apart but we always contacted each other. then i started to work while she finished her degree. right after that she got a job in melaka and i came back to nottingham.

we disagreed on some things, but agreed on most of the things. there were times that i couldn't stand to be next to her, but at the end we found peace. now we are soooo far apart form each other, she was telling me that she misses me soooo much. ermmm, am sooo touched.

ok, babe. i miss you too.

Saturday, August 28, 2010

amoi

baik sungguh amoi ni. siap rushing datang ke midvalley lepas office, sebab nak hi-tea bersama di ZEN. amoi ni member pbsm, merangkap member uitm skali.

we rarely meet each other, due to the never ending work, but once in a blue moon, we definitely meet up and gossiping about our old times.

siap kasi hadiah lagi. thanx babe!



gambar gedik2 santai haruslah ada. hihi..

nama amoi ni ialah - Alyani. single but not available. lecturer jugak tau.. we and hisham are the only lecturers from the pbsm clan.

Tuesday, August 10, 2010

ingat

minggu lepas, ada mesyuarat di uitm. lepas mesyuarat, pergi ke pusat kesihatan. nak jumpa puan siti katijah. salah seorang sister kat pusat kesihatan tu. dulu beliau ialah salah seorang penyelaras pbsm, masa zaman kegemilangan aku n the geng kat uitm.

biasalah, kalau dah jumpa, lepas dah salam peluk2, mestilah duk cerita ceriti pasal zaman dolu2. ayat pertama dari beliau, "budak sekarang dah tak macam zaman korang dulu". nak menyedapkan hati puan siti, aku balas "takpe puan, setiap batch ada cara dan kaedah diorang tersendiri".

nak dijadikan cerita, zaman kitorang jadi ajkd (ahli jawatankuasa dalaman) pbsm dulu, ialah zaman yang memang the whole uitm nampak kewujudan dan fungsi budak pbsm. harus diingat, kitorang ialah first aider, pasukan bantuan awal. kitorang bukan doktor yang boleh beri injection, mahupun dibenarkan untuk declare seseorang itu mati (meninggal dunia). geng-geng kitorang ni terdiri dari beberapa intake, dari intake tahun 2001 sampailah ke 2007. so ada berapa banyak generasi tu. tak kira tua setahun ke, muda 2 tahun ke, kitorang kira kitorang sebatch. sefamily ialah ayat lebih tepat. kenapa? sebabnya, kitorang semua ialah gila duty. duty ni ialah bila ada kelab or persatuan or orang perseorang yang panggil kitorang untuk standby. kalau duty sukan yang contact game, macam rugby, bola sepak, hoki, etc, mesti akan ada sekali seambulance geng dari pusat kesihatan. konfem ada sorang MA (medical assisstant) + nurse + driver. kalau MA takde, mesti ada doktor (Dr). bila duty tu, bukan aje dalam kawasan uitm. sampai ke ceruk2 mane ntah pon kitorang blasah pegi. kalau kat luar uitm, merasa la kitorang naik ambulance yang terpasang lampu tanpa siren. masa tu feeling2 macam penting kan.

aku punya first duty lepas dah dilantik jadi ajkd ialah perarakan peringkat kebangsaan NAM (aman palestin) kat bukit jalil, bulan December 2002. event tu ialah malam. pagi tu kitorang ada mesyuarat agung perlantikan ajkd baru. petang tu, lepas asar, dah berkumpul kat kompleks sukan. tunggu untuk naik bas ke stadium bukit jalil. satu bas budak pbsm dihantar. bas2 uitm yang lain bawak budak uitm yang lain, kalo tak salah lebih 10 bas yang angkut budak2 uitm pegi bukit jalil.

sampai sana, kitorang makan dulu. mestilah, nanti karang cane nak angkat budak pengsan ke hape kan. banyak gila budak2 universiti lain yang datang, dari seluruh malaysia. serius nervous weh, yelah. tak pernah duty kan. masa tu baru masuk kelas pbsm sekali aje. apebende pon tak ingat. so ni kira tawakkal la.

lepas makan, kitorang dibahagikan ikut checkpoint. setiap checkpoint mesti ada sorang senior yang akan ajar kitorang la kalo ada ape2 kes nanti. aku tak ingat sapa yang secheckpoint dengan aku. kalau tak salah, kak ally (makcik matun).

tetiba, ada pulak lah budak pbsm dari cawangan selangor. diorang pon anta wakil jugak untuk duty. pastu ada pulak la salah sorang wakil yang kekonon ada pangkat tu, datang kat kitorang n kata yang kitorang semua kne tuck in baju dalam seluar. la, apasal pulak kan? mane ada dalam buku peraturan pbsm perempuan n lelaki kne tuck in baju. setahu aku lelaki aje. dah malas nak gaduh2, kitorang yang tatau ape2 ni pon tuck in aje. masa tu nak tanya presiden (abg ref), beliau pulak takde.

paling best skali pasal duty ni ialah aku kne jaga cekpoint yang belakang pentas ok! segala jenis artis dari KRU ke pakcik polis n pakcik rela pon aku jaga. agak bernasib baik jugak lah sebab kes paling terus pon, pakcik polis mintak panadol. kalo ada aksi hyperventilation, silap2 aku pon naik hyper skali pasal tatau cne nak handle. wakakakaaaaa..

habis aje konsert dan ucapan dari Tun M, event tu pon habis. so presiden pon kutip la kitorang dari cekpoint ke cekpoint. rupa2nya, memang takde pon peraturan perempuan kene tuck in baju. presiden tu siap stresskan dengan wakil pbsm caw. selangor tu. so, sampai sekarang la yang perempuan tak perlu tuck in baju.

tapi, duty tak habis lagi selagi tak balik ke uitm kan. so nak tunggu turn balik naik bas, dah satu hal. last sekali sampai bilik pukul 4 pagi.

serius memang sungguh teruja dengan duty yang first. ape duty contact game yang pertama aku? RUGBY!!!

sila bayangkan dulu keganasan rugby, sebelum baca entry aku yang seterusnya..

Wednesday, August 4, 2010

event : majlis makan-makan aliaa balik kampung + house warming fariz & kyra

setelah dibincang-bincang, tarikh dipilih dan tempat ditukar beberapa kali, maka jadi jugaklah acara makan-makan yang sangat diminati ramai ini.
mula-mula planning nak ajak geng-geng pbsm uitm keluar makan di sup utara bangi je, tapi abg fariz mencadangkan dan memvolunteerkan rumah beliau untuk diadakan agara gilang-gemilang lagi berprestij ini. maka, invitation pon dihantar ke semua warga bulan bintang pbsm.

sungguh excited sekali perasaan, yang tidak boleh digambarkan dengan movie mahupun imaginasi korang. yelah, berapa lama tak jumpa member-member lama kan. kawan-kawan sesusah sesenang zaman-zaman belajar dolu-dolu. sekarang kalau nak jumpa, bukan senang. masing-masing dah ada komitmen masing-masing.

tempat kejadian sungguh best, kerna boleh berehat-rehat, ulang makan beberapa kali dah bersantai-santai. midah datang dengan baby syawal n muin, ini first time kitorang jumpa midah lepas die bersalin. last sekali jumpa masa izzat konvo aritu.


baby syawal yang menjadi baby standard, di mana akan menangis bila nak susu dan memberykan dirinya. muka sejibik midah ok? mata sepet. maklumlah, keturunan sarawak kan.



menu yang dihidangkan sungguh menggiurkan hati warga bulan yang memang terkenal dengan sikap makan mereka. apasal aku tulis gaya camni aku pon tatau. abaikan aje ok.

menu tuan rumah : laksa utara, puding cocktail buah n jelly, popia goreng, air rozell dan air teransang (mix of lemon, longan, cincau, serai, etc campur dengan air ice cream soda).

aku bawak makanan tambahan egg sandwich dan izzat bawak begedil kecik-comel. atiqah bawak chocolate pie. meleleh air liur semorang sementara tunggu die potong pie tu. buah rambutan juga dibawa oleh atiqah. rambutan gading ye!

semorang ialah makan ulang-ulang ye. best wooo.



dari kiri : abg fariz, kak kyra, aku, abg azizan, hisham, ayoi n izzat.

acara bergambar-syok sendiri haruslah ada. siap banyak kali ok. dengan timer, takde timer, amek gambar sendiri. pakej!


atiqah, aku, hisham n budak hensem - redza

bila dah nak dekat senja camtu, baru lah kitorang gatal-gatal pegi melawat tapak. kolam dekat sebelah rumah abg fariz aje.. saje jalan-jalan. membiarkan diri digigit nyamuk.




balik dari melawat tapak, sambung lagi makan. kak kyra siap tapaukan kitorang semua laksa sorang sikit. lepas tu kitorang bergambar lagi sebelum semorang balik.


rasa terharu sangat, pasal kawan-kawan semua baik-baik belaka. ada jugak yang tak dapat datang last minute. tapi diorang suma call n bagitau.

definitely will miss u guys so much!

nanti jemputla datang ke kampung kitorang eh. korang nak honeymoon ke, jalan-jalan ke. boleh saja. kasi roger, boleh pegi jemput.

taiping - penang - JITRA = wedding fariz+kyra

*siri terakhir jelajah utara. maaplah kerna lambat menghabiskan cerita ceriti ini*

siri satu

siri dua

selesai breakfast di gurney drive, kami terus menuju ke jetty ferry penang. kitorang bercadang untuk naik ferry pulak untuk keseberang tanah besar. alamak, gamba atas ferry kat camera izzat. pulaknya tak copy lagi. so maafkan lah hamba kerna tak dapat nak menunjukkan muka eksaited kami2 yang lama dah tak naik ferry penang ni.

perjalanan dieteruskan. dengan hujan renyai2 manja di situ. sampai masuk pekan jitra agak awal, terus mengecall abg fariz. diorang tengah duk mekap lagi kat kedai pak andam. kitorang jalan slow-slow, menuju ke rumah pengantin. sampai aje, dengan keadaan masih hujan lagi, jam pon awal lagi, dalam hampir pukul 12pm camtu. cuaca mendung, memang sejuk aje. maklumlah, keliling sawah padi kan. kitorang lepak borak dalam kereta dulu, sambil tu tunggu geng-geng pbsm lain lagi 2 kereta. borak punya borak, sampaila kitorang bosan. then kitorang pon keluar kereta, menuju ke rumah pengantin. masuk dah terus bersalaman bersama mak pak pengantin perempuan sambil memperkenalkan diri kami sebagai kawan abg fariz.

kitorang masuk rumah, ala-ala buat macam rumah sendiri aje. mula-mula kagum tengok hantaran yang ada. then kagum tengok bilik pengantin. semuanya pengantin yang buat sendiri. maklumlah, kak kyra kan amek course fesyen dulu kan. suma jahit sendiri ye, termasuk baju pengantin!


 yang belakang tu ialah hantaran perempuan ke lelaki, putih + ungu konsepnya. yang frame-frame rumah tu semua buat-paku sendiri ye! yang depan tu hantaran lelaki ke perempuan, pink konsepnya.


sambil duduk tu, borak-borak kosong lagi. kemudian rombongan pengantin pon sampai. kitorang pon keluar, sama eksaited dengan budak-budak kan. tema warna baju pengantin ialah purple + silver. cantekkksssss!


komdian ada acara renjis-renjis dipilis dan tabur gula-gula untuk kanak-kanak. pengantin berposing-posing atas pelamin dulu, then makan beradab. kitorang pon makan sama la. lauk kenduri standard, tapi lagi best dengan kemunculan meehun sup bersama sup tulang. oh, ya. terlalu asyik makan, maka gambar sup tulang yang sedap itu tidak sempat diambil.




lepas makan, kami-kami yagn gigih ingin memenangi hadiah peraduan teka-silangkata tabloid perkahwinan fariz+kyra ni pon interview adik-adik abg fariz dan pengantin perempuan untuk mengetahui jawapan-jawapan yang masih tiada jawapan lagi itu.  gigih tak? kne make sure kertas pertandingan tu tak kene kuah gulai or peluh kerna kalau ada terpalit sedikit warna pelik, maka akan didisqualified daripada pertandingan tersebut.


lepas menghantar borang peraduan tersebut, ada acara cabutan bertuah. dari geng kami, kak zuri yang menang, menjadi wakil kami geng pbsm! 

pengantin bersama sijil nikah diorang


habis acara cabutan bertuah, kami semua bergambar bersama pengantin. havoc jugaklah nak menyusun bekas-bekas pegawai pbsm ni. 

geng yang datang : belakang - kak zuri, abg azizan, abg firdaus, abg bad, abg sumi, kak ejan, aku. duduk depan - ayoi, abg fariz, kak kyra, dan izzat.




 kemudian kitorang pon bergerak pulang. planning asalnya ialah nak singgah taiping dulu sebab ayah dah siapkan ketam dan nasi nak makan dengan pajeri nenas mak ngah. sambil ondway balik tu, dah terbayang-bayang makanan sedap, padahal baru aje lepas makan.




 lepas makan kat taiping, kitorang pon bergerak pulang ke KL. gerak balik dalam pukul 6 petang lebih camtu, sampai KL dalam pukul 10 lebih camtu. termasuk berhenti untuk toilet, makan lagi kudapan-kudapan, borak-borak dan drive dengan rate slow n steady.

sabtu lepas, abg fariz n kak kyra buat house warming rumah diorang, merangkap skali acara makan-makan untuk aku n ayoi balik "kampung". kejap aje dah nak dekat 2 bulan diorang kawin. terima kasih banyak2 buat acara makan-makan tu.

oh, by the way, aku menang tempat kedua pertandingan teka silangkata tu.. RM100 tau menang! yahuuuuu!