Showing posts with label Perth 2016. Show all posts
Showing posts with label Perth 2016. Show all posts

Friday, November 18, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 9 : Corica, Shopping at Perth, Freemantle and coming back home

Final post for Perth 2016 trip. Boleh baca di link-link di bawah untuk entry-entry sebelum ni...

Day 8

Day 7

Day 6

Day 5

Day 4

Day 3

Day 2

Day 1

*****

Seawal pagi bangun, mandi dan finalizekan packing semua barang. Settle zip bag (nasib baik boleh zip dengan tenang). Lepas tu bawa beg keluar ke lobby area dan terus ke kitchen nak buat sarapan.

Haaaaaa inilah adegan yang korang nantikan kan? Pasal Indomee kan? Cenggini ceritanya. Kan 2 hari lepas kitorang breakfast indomee sambil bawak bekal lunch egg mayo sandwich kan? Indomee tu ada lagi 2 packet, telur ada lagi 6 biji dan roti ada lagi setengah buku. Aku pulak slumber aje janji dengan si Loqman nak buatkan sandwich dia, so that nanti sebelum dia pergi kerja pagi tu, bolehlah singgah ambil.

Clare dan Shah dan keluar bilik dulu. So bila aku keluar bilik sambil tolak beg ke lobby, Clare tanya, mana aku letak indomee tu. Aku cakap, semua aku letak kat meja kat pantry. Ha meja ituuuuuuuu. Kebetulan, pagi tu meriah lah pulak kitchen. Ada 1 group dari institut pendidikan guru - IPG mane tak ingat yang buat trip dan tidur di Malaysia Hall. Clare cakap, takde pon indomee. Roti pon takde. Huh???

Kitorang semua masuk kitchen. Yup, takde indomee dan roti. Dan, aku baru terperasan dan terbacayang kat dinding sebelah meja kat pantry tu, tulis WAKAF. Tak sure lah masa tu nak gelak ke nak marah. So, sekarang roti takde. Nak buat sandwich cemana kan? Telur aku tengok ada orang dah letakkan dalam fridge. So now, tinggal 1 mamee cup kari yang Clare tengah pegang. Aku tanya Clare, eh, mamee ni takde orang ambil pulak? Clare cakap dia simpan ni dalam bilik. Tahniah la Aliaa, kau memang tak aware kan pasal perkataan WAKAF yang ditulis sebesar kertas A4 tu.

So aku pon masak lah air. Kami decide, makan share aje mamee tu, the pergi corica, cari kopi and breakfast di town. Lepas tu sambil nak basuh pinggan, ada sorang student IPG ni cakap dengan kawan dia, eh, kau makan ape tu? Kawan dia cakap, ni ha megi goreng (indomee). Aku tengok Shah, Shah tengok Clare, Clare tengok aku. OK sekian.

Lepas dah settle check out dan dapat duit deposit (yezza acik kayo kejap), kami simpan luggage dalam kereta dan terus jalan kaki ke town. Corica ialah in the way aje. Masuk Corica haruslah wajib beli Apple strudle dambaan raykat Malaysia. Kami beli 1 aje. Itupon tak habis makan, kasi Loqman kat airport.



banyak graffiti menarik
Lepas tu kami beli kopi kat kedai tepi jalan ni. Honey Latte tajuk dia kau. Hebat tak kopi I ols.



Then kami berkelah kat market square nya.

Shah memang kontrak potong memotong. Potong roti, potong cheese, potong apple strudle.

Kami memang purposely pilih spot kat depan main post office. Tujuannya lepas makan nak pergi post office beli setem. So lepas makan, kami pon pergilah masuk bangunan ni. Kami masuk lift, nak tekan button tapi tak on. Sempat ambil gambar dalam lift aje. Rupanya post office besar tak bukak hari Sabtu. So keluar balik dari lift dan pergi ke convenient store dia. Kat convenient store dia pon boleh buat pengeposan tapi kalau yang complicated punya kena tunggu weekdays.

tak boleh tekan button lift, boleh ambil gambar je


Lepas beli setem, kami jalan ke kedai yang kami dah pergi masa malam 1st haritu. Clare nak beli backpack Herschel, kawan dia kirim.

banyak brand dalam kedai ni

Lepas Culture Kings, kami sambung lagi shopping kat town. Masuk Pandora lah, masuk Swarovski lah, masuk Cotton On lah (macam lah takde kat Malaysia kan). Dah agak-agak 2 jam (sebab kena alih parking kereta), kami pon balik ke kereta. Kami teruskan perjalanan ke Freemantle sebab ada lagi nak pegi souvenir tambahan. Lepas beli souvenir, kami terus ke airport. Memang purposely pegi awal sebab nak pulangkan kereta dan just in case nak kena isi borang ke ape ke kan. Sebelum pulangkan kereta, kena isi minyak kasi full dulu.


beratur untuk check in, tak nak balik katanya
Lepas check in (fiuh luggage tak lebih), kami lunch di Hungy Jack. Loqman join sekali sebab dia dah habis kerja. Sebelum masuk ke gate, kena isi dulu leaving form.

Our last picture dengan Loqman


Flight on time, takde delay. Sementara nak go on board tu, busy betul aku update IG. Nanti bila dah sampai Malaysia, cerita dah basi. Sekali ni ha, cerita kat blog pon dah berkurun baru nak habis. Sampaikan dah naik flight, dan duduk, pakai seat belt pon masih lagi aku update IG. Siap kena marah dengan nenek omputih duduk selang 1 aisle sebelah aku (Shah dan Clare gelakkan aku) hahaha. Nenek tu kata bahaya, sila offkan mobile phone anda.



Kami selamat mendarat di Malaysia setelah 5 jam setengah penerbangan. Flight smooth, mostly aku tidur aje. Sebab tak order food onboard, kami beli lah makanan. Nasi dagang dan nasi beriyani kalau tak salah, sebab gambar lupa nak snap.

Sampai KLIA2, mamat jemput aku. Shah dan Clare balik sekali, kakak Shah jemput.

Thanks Shah and Clare, sudi menjadi geng berjalan kali ni. We helped each other a lot in many ways and we care for each other. Ada rezeki kita boleh travel bersama lagi.

Thursday, November 17, 2016

Aliaa to Perth 2016 : Day 8 : Albany - The Gap and Natural Bridge & Albany Wind Farm; Margaret River and back to Perth

Haaaa sila jangan tanya kami mandi kat mana pagi tu sebab memang tak mandi. Hahaha. 

Bangun pagi tu, aku terjaga awal sekali. Itupon sebab sejuk. Aku gerakkan Shah minta onkan engine kereta sebab nak onkan heater, terus Clare pon bangun sekali. Dah mengeliat lebih kurang (ke aku je?), kami terus nak pergi mencari tempat yang nak tengok sunrise. Sebelum tu, singgah Shell masa on the way ke The Gap and Natural Bridge, pergi toilet cuci muka, subuh dan tapau kopi. Fuh nasib baik ada kopi!

Kat tempat parking the Gap tu, memang kereta kami aje. So kiranya peserta pertama lah kan. Terus jalan-jalan. Sambil tunggu sunrise, sambil posing, sambil menggigil sejuk kengkadang, sambil tahan angin sejuk, sambil semualah.

bagus ada railing ni



introduction #nofilter

nak elakkan orang jalan atas batu dan terjatuh ke apa, diorang buat laluan ni

sikit sikit keluar

senyum je kan walaupon nak pegang rail tu pon sejuk

flying kiss untuk siapa?







yup, batu tu pon sejuk

tak habis-habis

masih malu malu


icon running man?

the natural bridge

kalau terjun dalam air tu konfem biru sebab sejuk






malulah kita sebab tak mandi hahaha

masing-masing ada teabeg kat bawah mata
















Tak sure lah berapa lama kami bersejukan sibuk posing bagai. Posing punya posing, sampai lapar. Maklumlah tadi kan minum kopi aje. So kami masuk kereta, cari cafe yang highly recommended to try di area Albany ni (google je). Kami terus ke Vancouver Street Cafe.

design rumah nya cantik-cantik






blueberry pancake & big breakfast for Shah & Clare

For me, cheese & beans on toast


compulsory eating picture
Orang local sangat friendly. Neighborhood sangat aman dan tenang. Jom pindan Albany!

Selesai breakfast, kami terus ke next destination. Nak pergi tengok windmill kat tepi laut di Albany Wind Farm.



Surveyor memang macam ni. Gambar surveying mark pon nak ambil (yang warna hijau tu). Mane lah tau boleh kerja surveyor kat sini kan.







Clare pergi toilet








Besar betul Windmill dia. Memang boleh dengar bunyi bilah kipas tu berpusing. 


Lepas dah ambil gambar kat windmill farm ni, sampai aje kat kereta, barulah perasan yang spotlight kiri kereta tu dah pecah. Pecahnya kat tengah pulak tu, kalau macam langgar something mestilah terkena sekali bahagian circuiting kan. Takde pulak. Mujur ambil insurance (macam yang aku ceritakan masa Day 1). Even kalau langgar kangaroo pon mestilah efek bahagian lain depan kereta tu kan.


Selesai isi minyak semua, kami teruskan perjalanan balik ke Margaret River, sebab semalam kan bila sampai aje dah gelap, tak sempat jalan-jalan. Sampai aje kat Margaret river, dah lapar. So, pergi ke Sushi Master & Dancinwok. Makan nasi, ikan with teriyaki sauce dan sushi.


Selesai makan, kami ingat nak masuk ke Maze farm kat margaret river tu. Tapi sebab tempat tu nak tutup lagi setengah jam, so rasa macam tak best nak kena cepat-cepat. So kami decide terus ke Leeuwin Estate, another vineyard & winery place yang paling tua di Margaret River tu.










original batu bata
Paling best kat sini ialah laman dia besar sangat. Best jalan-jalan dan banyak tempat best untuk ambil gambar. 






vineyard dia besarrrrrrrr



mirror lake

dapat rainbow on our last night in Australia






sunset masa on the way keluar dari vineyard

Sebelum bergerak balik ke Perth, kami singgah di pekan Margaret River untuk beli kopi. Hipster betul cafe in I like. Namanya Sidekick Cafe, Margaret River






Lepas tu, kami teruskan perjalanan balik ke Perth. Sampai aje di Perth, singgah kat rumah cousin Clare kejap, diorang nak berjumpa. Sambil diorang berborak, aku pon berborak dengan Shah. Macam rasa sedih je sebab esoknya dah kena balik Malaysia.

Sampai di Malaysia Hall, plannya nak mandi dan keluar balik. Tapi lepas mandi, masing-masing dah kepenatan. So aku pon kemas beg aje dalam bilik, tengok tv then tidur. Esoknya bangun awal pagi sebab nak final kemas semua benda sebelum check out.