Showing posts with label DrNotts. Show all posts
Showing posts with label DrNotts. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

52

She turns 52 on 7th October.



Lebiu too, mother.

Thursday, October 17, 2013

one fine morning at KL tower.

Ini kali ke-2 aku datang KL tower ni.

ape Aliaa? baru kali ke-2? Seoul tower tu ko dah pergi sampai 3 kali. cet, tak Malaysian betul!

kih kih kih. maafkan saya...

masa 1st time pergi KL tower haritu pun sebab ada event si Aiman handle. dapat makan free kat restoran berpusing atas KL tower tu.

kali ni, pergi sebab accompany mother ke sana. mother ada course yang bende alan women's director tu. aku, widad dan alim mengekor je. ahahaha..

ha, nak meredah masuk KL di hari biasa ialah agak sesak di situ. aku pon dah pesan awal-awal kat kanak 2 orang tu, supaya bangun awal. by 6.15am kita mesti dah keluar dari rumah.

kau nak tau ape jadi?

aku dah siap pukul 6.10am. maklumlah bangun sebelum subuh, lepas azan subuh bagai semua terus bersiap cong ceng so itu yang 6.10am dah tercegat standby nak keluar.

sekaliiiiiii.. widad baru masuk mandi okeh!!! panas betul kakak kawasan ni ha. nasib baik alim dah siap masa tu. haishhhh. so mother suruh aku pergi office dulu.

aku sampai office pukul 6.45am, orang baru habis dengar kuliah subuh kat masjid ikram ni ha. aku singgah petronas beli makanan on-the-go untuk kami semua. then inform boss nak ambil half-day dan tunggu mother and kanak2 tu sampai kutip aku kat office.

well, kalau dah lambat masuk KL memang alamatnya adegan bonet kereta bertemu boot kereta je lah. takde nye nak berlenggang-kangkung drive 50-60km/j. memang sepanjang perjalanan tu aku perli aje widad tu. cet.

bila dah nak sampai KL tower tu, pulaknya aku nak pergi toilet. ceh, time-time ni lah yang tak menahan sangat. padahal aku minum air kotak coklat susu tu sekotak je pon. bukan 1 cartoon.

nasib baik orang tak ramai langsung, so boleh masuk park di atas dataran tu terus. kalau tak kena parking di bawak dan menapak pulak naik atas. cun-cun parking terus menunaikan hajat di toilet. keluar je, duk tengah excited selfie bagai semua, ada adegan ni...


alamak, kereta tu tersalah konsep parking daaa..

kami terus ke kaunter, mother mention pasal event beliau dan kami dapat sticker khas untuk "private event". Tak perlu bayar pon... rejeki di pagi hari... alhamdulillah.

alim nak join base jump ni tapi tak cukup umur. 18 years old and above only. along dia yang almost 29 ni ialah maleh nak join. sebenarnya kau takut sunburn kan aliaa???
ada officer yang bawa assist kami naik ke atas tu. the upmost top floor.


berapa meter dah? berapa kali telan air liur sebab telinga tersumbat dah?

budak slumber ponteng.

kemain lagi lagaknya macam kau yang attend meeting tu
actually kat area top floor tu untuk private function. 1 level bawahnya untuk rotational restaurant. yang bawah lagi ialah untuk visitor. so lepas mother dah masuk ke function beliau, kami merayau-rayau tanpa arah tujuan. lepas tu ada lagi satu officer yang bertanya kami nak pergi mana, dan nampak sticker private function yang kami pakai. then officer tu kata kat level top tu takde tempat lepak2. yang ada di level yang bawah nya tu. so dia assist kami ke situ.

ape lagi, bergambar sakan walaupon masa tu masih awal dan kedai baru nak bukak. kah kah kah.












dah habis round beberapa kali keliling tower tu dan posing sakan, kami pon turun ke ground floor. kebetulan ada pameran visit malaysia, main state ialah Terengganu. ada banyak exhibition di area dataran tu.




lepas dah panas-panas, kami lepak kat area open stage. ada kumpulan menyanyi dan main muzik tradisional.


then kami masuk mini teater yang cerita pasal pembinaan KL tower ni.




ada persembahan tarian tradisional



lepas mother habis meeting, kami pon terus balik ke Kajang. singgah di subway solaris serdang untuk lunch, mereka drop aku di office dan...


oppsss, pose perasan!

Monday, October 7, 2013

On one fine night

I was having a chit chat with mother, right after she came back from work.

Well, there's once in a week that I will be home earlier that her. (elleh, macam kau kerja teruk sangat Aliaa!!)

Me : Ma, my head feels really heavy. It has been like this every night for the past 2 weeks. 

Mother : Are you drinking too much coffee?

Me : I tried to skip coffee for 2 days but this thingy in the head doesn't feel any lighter. If I massage my head, then I will be sendawaring as if there's a huge amount of wind in the head. And this sendawaring business can go on for hours till I fall asleep. Well, as long as I keep on massaging my head, that is. 

Mother : If that makes the headache better, then keep on doing what you're doing.

Me : But I don't know what cause this thingyyyyyyyy (mengada!!!)

Mother : What have you been doing in the office ? 

Me : The usual. Meetings. Marking up student's assignments, tests, quizzes, meetings again. Invigilating the final exams. Meetings.

*thinking*

Me : But I haven't been to the site recently. So no direct sun on the head.(I was thinking the heat from the sun was the culprit).

Mother : You were fine before, even though you went to the site for 20 days straight.

Me : AHAAAAAAA that must be it. I have to go under the heaty sun and get sweating, then this heavy-headed thingy will go away.

Kah kah kah......


There's a say;

Once a surveyor, always a surveyor.

Its the second existing job in the world.

Anybody would like to guess what's the first one?

Tuesday, September 17, 2013

biggest fan of aliaaroslan.blogspot.com

sama macam Vivy Yusof of PROUDDUCK, my mother is the biggest fan of my blog. she refreshes my blog like 20 times a day and read every single comment on every single post. Vivy stated that at the beginning of her post here.

kalau aku tak reply-reply lagi comment yang orang tinggalkan, mother akan cakap "nape awak tak reply lagi comment diorang tu. kesian diorang tertunggu-tunggu. cepat reply".

and kalau aku tak baca latest update on blogs yang aku letak di sidebar tu ha, aku akan buat muka blur bila mother cerita pasal satu-satu post blogger yang dah update blog tu. lepas 5 saat mother akan cakap "ha, awak tak baca ke post baru blogger dotdotdot dotdotdot tu. hish... baca la. best tau".

kih kih kih. kesian mother aku kan. dapat anak cenggini yang tak reti control perasaan muka.

mintak mahap ler kengkawan. aku kekonon busy since minggu lepas sampai le harini. blog memang buka, bila nak update jadi lembabs sikit. eh tak, lembabs banyak.

ok, ok. aku dah let go bab yang hanya tudung aku je masuk utusan tu.


Monday, June 25, 2012

packing anchovies

sabtu malam lepas, aku masak sambal ikan bilis + kentang untuk mother. nak bawak ke korea nanti. setelah beberapa kali testing, aku rasa macam dah almost berjaya rasanya. but, practice makes perfect, right?

kaedahnya, mula-mula kene pergi pasar malam. beli kentang dan ikan bilis kopek.

pulang ke rumah, kupas kulit kentang dan potong panjang-panjeng pendek-pendek ala-ala nak sama saiz dengan ikan bilis tersebut. dan basuh lalu toskan airnya. cenggini...


komdian, goreng kentang yang dah dibasuh tadi secara deep-fried. deep-fried ye kawan-kawan. kalau minyak sikit nanti tak jadi.

oleh kerana kentang banyak, aku buat 2 round. goreng sampai garing. goreng kentang je ambil masa 40 minit untuk dua dua round sebab aku guna api sederhana. dalam masak dan luar tak hangus. 


sambil tunggu kentang tu garing, basuh ikan bilis, toskan airnya. 


sambil tu minum nescafe ais sebab pagi tu aku buat nescafe panas sejug besar dan ada baki lagi. habiskan sorang-sorang tau. hahahaha...


settle goreng kentang, goreng pulak ikan bilis tu. boleh guna minyak yang sama. or kalau nak pakai minyak baru pon boleh. tak de masalah.


oh by the way, ni contoh kentang goreng garing tu. kalau makan dia saja macam makan crisps. yum yum..
 


settle goreng ikan bilis sampai garing, baru buat sambalnya. buat sambal macam biasa, cuma bila dah masukkan cili tu, terus kecilkan api kepada api yang kecil sekali. aku masak sambal ni lama, dalam 40 minit jugak. 

bila dah siap sambal tu, tutup api dan sengetkan kuali supaya boleh takungkan minyak berlebihan. keluarkan minyak dengan sudu. then tunggu sampai sambal tu sejuk.

bila sambal dah sejuk, baru gaulkan sambal dengan ikan bilis dan kentang.


komdian, ambil plastic zapper saiz sederhana dan masukkan sambal ikan bilis kentang tu sehingga separuh beg sahaja. jangan tutup zapper tu lagi. biarkan lagi sampai betul-betul sejuk sambal tu. 









lepas 2 jam baru aku tutup zapper, leperkan. dan susun dalam freezer.


nak pergi nanti, jangan pulak aku lupa nak ambil dari dalam freezer.

Wednesday, June 20, 2012

T'ganu lagi!

some more pictures. i copied from hanah. 

geng kuaci

pickettes in the making

excited?

buat kerja survey berbackgroundkan pulau kapas. how cool is that?

kucing pemalas

hari-hari beli satar kat sini

early morning

bersama abam faaiz

GPS timeee



bla bla bla.....


jetty ke pulau kapas



bla bla bla lagiiiii

me and my morning bread toast

hahahaha... more pictures coming right up!