Showing posts with label UK Road Trip 2011. Show all posts
Showing posts with label UK Road Trip 2011. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

melawat rakyat 5 : road trip : day 6 - let's go home...

day 1

day 2

day 3

day 4

day 5

dalam banyak-banyak travelodge yang kami stay in, yang kat Birmingham (Castle Bromwich) ni yang paling best skali. design pon lain dari travelodge lain yang sama aje interior dia. toilet sangat best. tv 32 inci flat screen gantung kat dinding lagi, walaupon kami tengok BBC news aje sebab asyik tengok Korean variety show aje. 

lepas breakfast pagi-pagi di dalam travelodge yang cemerlang lagi gemilang tu, kami teruskan tujuan aktiviti hari terkahir road trip, iaitu pergi jalan-jalan di tempat kerja mama, University of Leicester.

gaya itu penting. mesti pakai sunglass kalau matahari terik walaupon baju pakai berlapis2.


university of leicester ni parking sangat susah nak cari walaupon uni dia kecik aje. staff nak dapat sticket staff pon waiting list 2 tahun. apekah?







kebetulan hari yang sama ada open day kat uni tu. so masa kami pergi student union building dia, ada ramai student yang tengah duk melayan visitor. beli tshirt uni of leicester untuk mama then kami jalan-jalan pergi tengok office mama. ambil-ambil gambar lagi sampai tak larat. 









sebab kami parking jauhhhhhhh gila, aku suruh mama n alim tunggu kat bus stop pagar uni of leicester aje sementara aku pergi ambil kereta.

lepas dari tu kami terus balik ke rumah. sampai rumah, masak lunch dan makan macamkan tak makan berapa hari. maklumlah, berapa hari tak makan masakan melayu. nak kata pandai sangat masak tu tak la, tapi licin licau periuk kuali.

alhamdulillah, selamat pergi dan balik.

cayalah mama sebab melayan itenary gila yang aku buat.
cayalah widad sebab ponteng sekolah 3 hari. slumber kan.
cayalah alim pasal tak pernah merungut pon penat ke lambat.

kalau semorang ada sekali, laaaaaaaaagggggggiiiiiiiiiiiii best...

melawat rakyat 5 : road trip : day 5

pagi-pagi hari ke-5 kami dah checkout dari travelodge yang tak diketahui kedah nak menyebut namanya.

 

seperti biasa harus mengecek kereta dulu ape-ape yang patut dah diketahui. 


tulisan welsh yang tak difahami


kami terus ke destinasi yang dirancang iaitu Stratford-Upon-Avon. alah, tempat shakespeare tu. aku ni tak ler pandai literature dan tak pernah baca the whole book (not even one) buku shakespeare tapi nak jugak pergi lagi. 

pitstop












matahari memancar dengan cemerlang sekali. biar cuaca sejuk pon tapi bila dapat matahari tu, drive pon nak pakai sunglass. mwahaha.. puas jalan-jalan kat bandar Stratford, terus kami pergi tengok rumah wife shakespeare, iaitu anne hathaway. bukan pelakon america tu. 





enjoying the sunshine
 lepas stratford, kami teruskan perjalanan ke Birmingham. direct terus ke Bull Ring shopping complex. 


lepas light lunch di bullring, kami terus ke cadbury world. ingatkan memang murah kalau beli kat cadbury world ni. tapi, dia murah sebab expiry date dia sangat dekat, bulan april 2011. patutla dia jual murah. so kami beli coklat yang expiry date lama lagi dan makan ice cream!!!






sesak jugak area kat cadbury world tu. so ambil masa jugak nak keluar dari area tu. next destination, aston villa stadium. stadium bolasepak lagi ye rakyat.. walaupon team ni pernah glamour satu ketika dulu, tapi warna tema team dia akan ku kenang sampai bila-bila. lain dari lain tau. 



hari pon dah hampir gelap. so kami terus ke travelodge. sebelum tu singgah di tesco untuk beli cold dinner. blasah saje prawn pasta dan cheese pasta.

melawat rakyat 5 : road trip : day 4

hhoooyeah! photo uploader blogspot dah ok. baru semangat sikit nak tepek gambar perasan sendiri. yes yes yes!!

so, hari ke-4 kami seperti biasa awal-awal lagi dah bersiap-siap, breakfast dan check out dari travelodge yang cemerlang sebab dia depan asda.


destinasi kami untuk hari ni ialah Bath. dengar cerita ceriti dari kawan-kawan, katanya Bath sangat cantik. memang cantik pon you all! sebab bangunan dia (di town) semuanya konsep roman. macam terasa di zaman gladiator pulak.

kami cari parking dulu kat public parking. tengah duk nak bayar parking (pay n display konsepnya), sorang lelaki yang tengah duk bayar kat mesen sebelah tegur aku dan mintak pinjam 50pence pasal dia tak cukup duit. minimum payment untuk sejam. maybe dia ingat boleh bayar setengah jam camtu kot. so aku bagi aje. dia tanya kereta kitorang yang mana so that dia boleh bayar balik nanti and aku just cakap "don't worry about it". lepas tu dia cakap sorry dan dia rasa so cheeky. dia mintak maaf sangat-sangat sebab dia nak cepat dan kene attend interview. so takpelah.

lelaki itu.
sambung lagi pasal Bath. scenery dia memang sangat best dan macam tengok poskad ataupon gambar yang dilukis oleh pelukis yang sangat professional. terpegun sambil kagum sebab Bath ialah sangat tenang bandarnya. tak busy langsung dan sangat sesuai untuk student-student. 




kami stop by di kedai beli souvenir dan tanya ke direction square town kepada pemilik kedai. pakcik tu sangat la friendly. kebetulan ada pameran Britain from Air. semua gambar-gambar air-borne (yang diambil dari udara). terus teringat subjek Photogrammetry



the famous roman bath.

kami tak masuk pon Roman Bath tu. ambil gambar depan gelanggang aje cukup syarat.  lepas tu kami singgah BHS restaurant untuk makan.


lepas makan, kami jalan-jalan lagi ambil gambar. kebetulan pelancong pon tak ramai. maybe sebab weekdays kot. tapi memang cantik sangat!!!





keluar dari town dia, sambil mencari stesen minyak, kami singgah ke Royal Crescent dulu. memang ada beberapa tempat di Bath ni yang konsep bangunannya disusun mengikut bentuk bulan sabit. bukan bulan sabit merah ye aliaa.. 



lepas dah syook-syok feeling-feeling gladiator di Bath, kami isi minyak kereta dan terus menuju ke Bristol. tujuan utama ialah nak ke Clifton Suspension Bridge punya hentian, nak ambil gambar kat situ tapi encik tom-tom tak memberikan direction yang betul. lepas dah berpusing-pusing, kami pon decide nak terus aje ke Cardiff.

untuk ke Cardiff dari Bristol, kalau ikut jambatan, hanyalah 30 minit. kalau tak ikut jambatan, perjalanan 2 jam lebih. so kami ikut aje jambatan. jimat masa dan boleh feeling-feeling macam peergi penang sebab suspension dia lebih kurang sama aje.


next destination ialah Cardiff Bay. cantik betul pemandangan kat cardiff bay tu. macam kat liverpool dock tapi liverpool dock dia banyak tempat shopping. sini macam ada tempat untuk makan-makan dan menikmati pemandangan. tapi masa tu takde kapal berlabuh do clear aje tempat tu. 



calon pelakon video klip westlife




kami singgah dinner di Harry Ramsden's Fish and Chips restaurant.  ada offer buy 1 meal, get the 2nd meal half price. restaurant dia sangat cozy. best betul.


lapar lapar lapar


sebab kami makan early dinner, so ada banyak masa lagi sementara hari masih siang. so kami decide untuk terus pergi tengok Millennium Stadium yang sangat famous for hosting the world rugby tournament. kami ambil gambar bagi pihak Muhammad yang main rugby untuk Bangi Hunters. 


atas tu bahasa inggeris, bawah tu bahasa welsh


habis aje bergambar dan jalan-jalan di stadium, hari pon makin nak gelap. so kami terus ke travelodge di Cardiff Cardiff Llanedeyrn. jangan tanya aku camne nak sebut nama travelodge tu sebab kalau kat Wales, ejaan lain, bunyi lain. travelodge ni terperusuk kat celah mane entah, jalan-punya jalan tiba-tiba jumpa travelodge. takpe, janji jumpa.