Showing posts with label Australia 2015. Show all posts
Showing posts with label Australia 2015. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

Australia Adventure posts

Boleh click di link di bawah untuk baca full story about my Australia Adventure. Drop a comment if you have anything to ask.


Day 1

Day 2

Day 3

Day 4

Day 5

Day 6

Day 7

Day 8

Day 9

Day 10


Australia adventure 10 days 9 nights : Budget (exchange rate AUD1 ~ RM3) including :

  1. MAS Flight Kuala Lumput to Perth (5hours 30 minutes), Melbourne to Kuala Lumpur (8 hours)= RM1300 (MAS Promo beli masa bulan January, fly bulan April)
  2. Jetstar Flight intercity Perth to Sydney + 20kg luggage (5 hours), Sydney to  Melbourne + 20kg luggage (1hour 30 minutes) = RM700.
  3. Malaysia Hall Perth (3 nights) + Malaysia Hall Melbourne (3 nights) = 6 nights X RM60 (pernight) = RM360
  4. Service charge Malaysia Hall Perth + Malaysia Hall Melbourne = RM90
  5. Ibis Budget Hotel Sydney (King's Cross) (2 nights) = RM450
  6. Food + souvenirs + shopping + Opal Card and top up (Sydney) + Tram card Myki top up (Melbourne) + taxi fares + bus fares + airport transit fares = AUD700 = RM2100
TOTAL :  RM5000


Australia Adventure : Day 10 : Checking out, Melbourne International Airport, Last breakfast, Bye bye Australia

Yezzaaa akhirnya sampailah ke post terakhir pasal Australia Adventure aku ni.

Pagi last aku di Melbourne, Australia, aku bangun awal pagi jugak, aku plan nak keluar dari hall pukul 9am, by the time sampai airport pukul 10am - 10.30am, so boleh lepak-lepak breakfast ke, jalan-jalan ke kan, janji aku dah sampai awal kat airport. Flight aku pukul 2.30pm, so boleh check in paling awal pun pukul 11.30am. Tapi aku memang suka sampai airport awal, apa-apa hal aku dah ada kat airport.

Aku check out pukul 9.00am, serahkan kunci kat warden hall, borak-borak sikit dengan puan tu, then pulangkan balik myki card aku. dalam kad tu ada lagi AUD10++ tapi aku just kasi je kat puan tu, rezeki orang lain untuk pakai myki card tu lepas ni.

Lepas tu aku terus request taxi pakai apps yang aku download kat dalam iphone aku. Tak lama pon tunggu, sempat bergambar sekeping dua, taxi pon sampai. konsep apps taxi ni macam myteksi kat malaysia ni. bagus betul.

tidur sini 3 malam
Plan asalnya, aku nak ambil taxi ke station bus, then ambil skybus ke airport. kosnya bila aku kira-kira, dalam almost AUD40 jugak. Then orang taxi tu kasi deal dengan aku, dia hantar aku terus sampai airport, aku kena bayar dia AUD50 (lepas negotiate harga, asalnya dia nak AUD60). Aku fikir-fikir bagus jugak, takyah lah nak usung kesana sini luggage-luggage aku tu kan.

Cuaca sangat cantik dan best hari last aku kat Melbourne. Perjalanan lebih kurang 40 minit ke airport, sambil tu aku snap gambar.






Sampai di airport, dalam pukul 10.30am macam tu, macam yang aku target. Sementara nak tunggu kaunter check in bukak, aku pon ronda-ronda dalam airport tu dulu. Aku beli perfume, tapi boleh ambil kat kaunter perfume lepas kita dah masuk ke gate area, then aku terus cari breakfast.

Orang yang jugal perfume tu yang suggest pergi breakfast kat coffee shop ni, kopi dia sedap katanya. Dan memang betul pon!

my breakfast
Lepas breakfast dengan kadar releks, kebetulan waktu check in pon tiba. Ha, just nice timing. Aku pon terus beratur nak check in.

sempat aci tu cameo kan
Flight ni kerjasama MAS dengan sri lanka airline. So memang ramai orang India dalam flight ni. Lepas check in luggage, aku terus masuk ke ke security, isi borang departure untuk pass thru departure gate melalui imigresen. Lepas tu jalan-jalan, keluar masuk kedai (window shopping je), pick up perfume yang aku beli tu, then terus ke gate. Melbourne airport ialah just nice je, tak yah nak jalan jauh sangat nak sampai ke gate.

last photo before departure



nampak ekor mas?

flight smooth aje, dan flight pulak tak penuh. aku duduk row tengah, isle seat. 1 row tu untuk 4 orang tapi tengah-tengah tu 2 kosong, hujung sekali sorang budak perempuan. so kitorang dapat sorang 2 seat.

nasiiiiii
flight sangat smooth, takde turbulance. dapat makan 2 kali, 1 kali main meal dan 2 kali lagi snack, which is pizza. aku dapat 2 pizza sekali kau sebab ada lebih. tak sia-sia aku behave dalam flight tu. hahaahha. well, aku kan memang law abiding citizen, memang takkan minta or request pelik-pelik lah, apetah lagi menyusahkan cabin crew.

lepas tu, dah landing kat malaysia, masa nak berjalan keluar dari kapal, just before keluar dari pintu kapal, pengurus penerbangan pass kat aku satu kit warna hitam, ada lambang mas. Aku sorang je dapat. rupanya itu flight kit untuk business class. Yess!!! seronoknya!!!

Alhamdulillah, memang Allah lindungi aku sepanjang perjalanan aku ke Australia ni. Hari-hari aku keep in touch dengan mama so that she knows I am OK.

Next, Tasmania. JOM?

Australia Adventure : Day 9 : Queens Victoria Market, Harbour Town, Night in Melbourne and Mamak's

Jeng jeng jeng. Tiba-tiba nak update pasal Australia kan. Dah alang-alang lagi 2 hari je nak habis cerita ceriti Australia ni, baiklah aku habiskan terus. Nanti sendiri tak boleh tidur sebab hutang cerita.

Hutang PhD kau boleh tidur pulak Aliaa. Eh???

Hahahahaha anyway, oleh kerana semalamnya balik agak lewat ke hall dan kepenatan seharian beradventure di great ocena road, hari ke-9 ni aku bersiap dan keluar lambat sikit. Lambat tak lambat jugak, pukul 9am dah keluar kau. Sebabnya lapar! hahahahaha.

menunggu tram nak ke city centre

aku download tram tracker ni, senang nak tau kena naik tram nombor berapa untuk ke mana.

Dari Malaysia Hall tu aku ambil tram no. 6 untuk ke Flinder's station. Turun kat Flinder's tu, terus seberang jalan sikit, dan tunggu free city tram. Free city tram ni, haruslah free kan, basically route dia sekeliling Melbourne town ni. Nak ke mana-mana memang senang. So first stop, aku berhenti di station yang paling hampir dengan Queen's Victoria Market (QVM). Targetnya nak cukupkan souvenir dan jalan-jalan cari makan. Dari tram stop tu dah boleh nampak bangunan QVM tu.

warna cream belah kanan

Melbourne's sky scrappers

ha kau kemain lagi nak gambar cenggini.
Ape-ape hal, kita kena minum kopi dulu. Order cafe latte dan peach + chocolate bun, kemain sedap. Dahla cuaca makin sejuk, kopi tu pulak panas, perfect!!!

Lepas breakfast, terus berjalan-jalan dalam QVM tu. Ada beberapa bahagian, bahagian souvenirs, baju-baju, periuk-periuk, ikan ketam, daging, cheese, barang antik, etc. Kalau belek satu-satu kedai, sehari pon tak habis.

surveyor sangat kan, gambar compass pon nak ambil

classic sangat compass ni semua

pakkal lah aku tak larat nak angkut balik hall dan tak tau nak wrap macam mana. kalau tak, dah selamat aku angkut bawak balik Malaysia
Oh by the way, yang terpaling best ialah cast iron pan, size frying pan harganya AUD30, yang size periuk besar style untuk buat stew ialah AUD50. Kau tak menangis tengok harga masing-masing. Sayangnya cast iron pan tu, tutup cover periuk pon dah lebih 10kg. Kalau aku bawak balik sebijik periuk dan tutup covernya, alamatnya aku kena tinggalkan luggage aku semua. Sekali lagi, nangis. Serius next time ken pergi Melbourne lama-lama supaya boleh shopping dan sempat untuk bungkus-wrap untuk hantar shipping barang balik Malaysia. Amboi, mak-mak sangat kan shopping beli periuk. Padahal tu nak cover benda shopping yang lain. hahahaha.





cheese. kau nak yang macam mana?


bezakan skala tangan aku dengan saiz ketam tu

fresh semua ni wei


dah ready, tinggal nak masak je

Penat berjalan, beli souvenir segala bagai, perut dah lapar balik. Kat situ ada jugak section macam food court. So aku pon belilah fish n chips dan makan. Harganya AUD10. Sekali dengan fresh salad, sedap kau. Licin aku makan sebab lapar.


Lepas tu plan nak ke harbour town. Tempat factory outlet jugak dan boleh sampai dengan naik free city tram tu. So sambil jalan kaki nak ke tram stop, ada lalu satu kawasan padang luas, sejibik macam Forest Field kat Nottingham nun.




Sambil selfie sambil nyanyi lagu Ronan Keating "When you say nothing at all". Serius nostalgic sangat macam kat UK lah Australia ni.

dalam city free tram ni
Tengah syok-syok layan view dari dalam tram, suddenly tram berhenti untuk rehat 5 minit. Pulaknya dia berhenti betul-betul depan bangunan parlimen Australia. Aku pun turuk sekejap untuk snap gambar.

tak faham jugak kenapa kena ada tiang tu kat tengah-tengah view bangunan yang cantik ni

terpaksa selfie sekali lagi menyisi bangunan pulak.

Basically kat harbour town ni, macam factory outlet kat Perth tu jugak, nama pon sama. Tapi yang ni memang betul-betul tepi harbour. Aku masuk lah beberapa kedai, tapi yang paling best Laura Ashley. Dapat 2 blouse harganya AUD30 each dan 1 shirt harganya AUD16 yang memang taste aku. Pengsan, bangun balik, pengsan dan bangun balik. Macam tak percaya sebab harga sangat reasonable compared to kalau beli baru and all.



Lepas masuk beberapa kedai, testing baju lah, tengok pinggan lah (again, mak mak sangat), tengok kasut hiking boot lah, aku pon nak stop for coffee.

tak naik pon

ada pulak coffee shop nama gini

aku baru plan nak bukak kedai kopi nama ni. tapi dia dah bukak dulu. takpelah, aku ambil berkat. terus ambil gambar ni dan tag Eda, Shah dan Siti (geng Japan trip) kat instagram. Peminum kopi tegar katanya.


Dah alang-alang aku tak sempat nak pergi St. Kilda, aku pon decide jalan depan sikit dari harbour town ni untuk ambil gambar kat harbour ni. Best, angin sepoi-sepoi dan view pulak not bad.






Lepas tu terus aku naik balik free city tram tu, untuk ke area RMIT (Royal Melbourne Institute of Technology). Tapi sebelum tu, sekali lagi tram ni berhenti kat area bangunan parlimen dan kali ni aku seberang jalan sikit, nak bergambar dengan Windsor Hotel. British Royal family sangat kan.

Windsor Hotel (right)
OK, kenapa sibuk nak pergi RMIT? sebab supervisor PhD aku grad dari university ni, ambil berkata kekonon. Tapi memang nak pergi sebab ni ialah university yang paling terel, famous dan glamour kat Melbourne ni. ada jugak lecturer-lecturer aku dan kawan-kawan yang grad dari university ni. Kebetulan pulak, jalan depan sikit je terus dah Melbourne public library. Tapi tak dapat masuklah library tu sebab dah lewat dan hari makin gelap.




Best jugak kan study kat campus yang tengah-tengah bandar. Banyak uni kt UK dan Oz yang konsepnya camni.

Melbourne public Library

Lepas tu, misi seterusnya, nak jugak buat lawatan ke Longchamp. So ape lagi, on google map dan jalan. Dekat je dari RMIT tu, dalam 15 minit jalan lenggang kangkung.

damage done
Lepas tu jalan sikit lagi, terus sampai balik ke federation square, opposite flinder's station. Dah janji nak berjumpa dengan student aku, Alia nama dia. Dia datang holiday dengan family dia ke Melbourne dan Sydney. So janji nak jumpa di area federation square ni.

Cuaca makin sejuk, serius tak tahan walaupon pakai tshirt, cardigen dan jacket. So sambil tunggu tu, ambil gambar dan masuk kedai tepi-tepi tu.




Kami pergi makan kat Malaysia restaurant, Mamak nama dia. Order nasi lemak. Maklumlah dah berapa hari tak pekena nasi dengan sambal.


Lepas tu family Alia hantar aku balik ke hall. Sampai hall, mandi, solat, etc, dah terus tidur. Tak kemas barang lagi sebab memang plan nak kemas esok pagi-pagi.