Showing posts with label CikguLan. Show all posts
Showing posts with label CikguLan. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

tahniah CikguLan

ayahanda saya iaitu CikguLan telah dinaikkan pangkat kepada penolong kanan ko-kurikulum di sekolah beliau.

finally, all those years of bawak budak sekolah lawan bola merata-rata, jadi jurulatih peringkat negeri untuk U15 dan U17, handle sokan tahunan semua sekolah yang pernah dicurahkan bakti saban tahun, paling lama skali jadi setiausaha sokan kat maahad hamidiah kajang tersebut (1986 - 2000, that is where i got the idea untuk nak sangat masuk maahad bila naik sekolah menengah - nasib dapat masuk) - has been paid off.

i am so proud of you dad!

dari kecik panggil ayah. tetiba botak ajar panggil dad or daddy (maklumlah, botak kan anak orang putih sesat). bila mengada-ngada panggil daddy. bila nak makan seafood terbaik dari kuala sepetang, panggil daddy sambil sengih bajet manja. ape, ingat anak sulung tak pandai mengada ke?

p/s: ayah, balik nanti along nak makan udang sambal, ketam masak ros, ikan tiga rasa + steam, tomyam seafood.
p/p/s: tambahan jugak, kari ikan duri.

Monday, November 15, 2010

UPSR?

minggu lepas keluar result upsr kan? teringat pulak zaman aku darjah 6 dulu, berapa tahun dulu daaa (tahun 1996). lepas exam upsr, masing-masing datang sekolah jugak, tapinyer asyik la main aje sepanjang hari kat sekolah tu. bawak card games la, board games la, brick game la. batu seremban dengan penutup botol pon ada jugak orang main lagi. slumber main dalam kelas. nasiblah kelas tu kecik, kalo tak memang kitorang belasah main getah sekali. kene tunggu time rehat baru boleh main getah.

so hari yang ditunggu telah tiba. pagi2 lagi kerani sekolah dengan guru besar dengan cikgu kelas aku dah pegi PPD, nak amek result kitorang. DrNotts & CikguLan dah sampai sekolah dah. tak lama lepas tu cikgu pon balik. terus kitorang semua masuk dalam dewan. dewan tu dengan dihias-hias pasal nak buat hari penyampaian hadiah. kitorang suma duduk kat lantai. menanti dengan sabar. cikgu baca nama sorang-sorang dengan result sekali. nama aku pulak last-last lah kan, pasal ikut alphabetical order. aku kana nama mula-mula SITI.

sampai turn nama aku, cikgu sebut "Siti Nur Aliaa Roslan - 4A" bla bl bla... terus aku bangun, pegi kat DrNotts - salam cium tangan, CikguLan - salam cium tangan. cikgu pulak cakap "amboi aliaa, mentang-mentang mak ayah awak sorang aje ada kat sini". yep, so semorang lain jeles pasal mak ayah diorang takdak. hihi..

lepas tu DrNotts aku ambil kek dari kereta, suruh aku bagi kat cikgu-cikgu. rupanya DrNotts & CikguLan dah tau result aku awal-awal lagi. pasal pagi-pagi tu mama n ayah aku dah pegi PPD siap-siap tengok.

tapi entry ni bukanla nak citer pasal aku dapat straight As dalam upsr aku. tapi nak citer pasal pemikiran orang zaman sekarang yang kebanyakannya berfikir yang, kalo masa ko upsr ko dapat semua A, nanti besar ko akan jadi doktor. kalo ko takde A, ko takkan jadi ape-ape. dah pandangan sesetengah orang terhadap berapa banyak A budak tu boleh dapat. macam mane pulak dengan budak yang masa trial upsr dia dapat 5C, pasal upsr betul dia dapat 5B? apakah budak-budak yang dah improve keputusan diorang tu, tak deserve untuk dapat sebarang kredit?

mengikut pengalaman dan pengamatan aku, even sekarang ko dapat upsr 5A, pmr 8A or 9A, pastu spm ko dapat 28A, tak menjanjikan ape-ape pon untuk masa depan ko. sebab ape? aku ada ramai kawan yang masa spm result meletup, lepas tu bila masuk uni tak boleh buat. last-last grad cukup-cukup makan. tapi yang dapat result spm average, bila masuk uni result meletup then kerje best-best dengan gaji best. ada jugak yang orang jenis naik-turun result dia sepanjang hidup.

aku sangat pelik dengan sistem yang diciptakan manusia ni di mana kalo ko result exam bagus, ko disanjung. kalo tak, ko akan dicap "tak mengenang budi" atau yang seangkatan dengannya. result tu pengukur segala-galanya ke?

aku punya result upsr memang la sangat hebat time tu. yelah, salah sorang yang dapat 4A dikalangan daripada 15 orang student lain dan jumlah student darjah 6 masa tu ialah 80++ orang, kira terel habis lah. tapi masa pmr aku tak dapat 9A pon. A-levels, aku tak dapat semua A pon. masa degree aku tak dapat 4flat pon. masa masters, aku tak dapat jadi best student pon. tapi mama n ayah aku tak pernah pon cakap "awak ni tak pandai la, awak ni kenapa tak dapat 4flat?". tapi sebaliknya, parents aku meraikan kejayaan aku yang berjaya improve dari masa ke semasa. aku sendiri yang nak improve diri sendiri. aku tengok DrNotts boleh siapkan PhD, anak ada 6 orang lagi. takkan aku ni yang single n available ni tokleh nak buat kan? tak ke tercabar tu? cara DrNotts aku ialah - usaha sehabis mungkin, dah improve for the better.

jangan hancurkan atau tundukkan semangat budak-budak kecik yang tengah nak membesar ni. sebab kadang-kadang kata-kata sindiran tu akan membawa kepada bende yang negatif. contohnya, kalau budak tu tak dipuji akan result yang dia dapat (even bukan semua A pon), dia akan fikir yang "aku ada tak menambah, takde tak mengurang". so mungkin budak tu fikir dia tak penting dan takkan buat ape2 untuk improve diri dia. so tanamkan semangat dalam diri diorang untuk berjaya di masa akan datang. untuk diri diorang sendiri dan keluarga.. puji lah diorang walaupon diorang naikkan grade dari C ke B. itu sebenarnya yang membuatkan diorang lebih menghargai diri sendiri lagi.

raikan kejayaan yang diperolehi sekarang. usaha lebih untuk masa depan.

p/s: berceramah macam pakar pulak. cisss

Friday, September 17, 2010

update

mama suruh update lagi blog. tapi aku tatau nak tulis ape. nanti kalo banyak tulisan, semai tanak baca. semai tu memang la pemaleh nak baca. surat kaba pon die tak bace, apetah lagi kalo artikel artikel atau journal journal. tu camne nak buat masters tu. menangis keboringan la ko baca journal nanti. sila prektis dari sekarang.

mamat pon tak suka baca kalau blog yang tulis panjang panjang. tapi aku ikut mood, ada yang tulis entry panjang pajang, ada yang sekedat ayat. sukati lah kan pasal ni blog sendiri. tapi si mamat tu ampeh jugak. kalau chat dengan die kat fb, kalau kita tanya die satu perenggan, dia akan jawab satu ayat atau satu perkataan. dah la kaki perempuan. i mean girlfriend ramai. tapi die kata die setia pada yang satu, iaitu si aida. aida ialah anak ketua polis bahagian trafik kat segamat. mamat kata kalau ada saman lepas ni biar bakal bapak mertua dia settlekan. masalahnya aku takde saman dah. so nak settlekan ape pon aku tatau. tapi aritu masa kne saman parking kat ireland, tak boleh lah pulak kasi bakal bapak mertua mamat kan pasal negara lain, ok itu cerita lain pulak.

eman tu pagi pagi tadi ialah miscall mama. ingatkan apebende ntah. rupenye die kata saje saje aje. alah, aku tau die rindu kitorang kan. rindu nak buli aku la tu. dahla suka nak buli aku suruh kasi anak die hadiah best best. eleh, ko takyah duruh pon memang aku akan kasi punya. tapi aku akan kasi kat lana n mieza aje tau. engko takyah man. ok, sila jeles.

bila ayah nak pos kuih raya ni? dah mimpi mimpi nak makan putu kacang ni. aritu tak dapat nak pos pasal kitorang pindah ke notts ni. mesti pagi tadi ayah dah pos. dad, pos skali dengan kari ikan duri dan pajeri nenas boleh tak? ok, i miss u too dad.

widad ialah dah pegi kolej untuk hari ke-2 harini. semalam balik dari kolej duk cerita itu ini itu ini. eleh, takyah citer la beb, pasalnyer itu kolej aku jugak weh. nak bukti? sila tengok prospectus kolej tu. ada gambar aku ok!

alim ialah pakai boxer sepanjang hari kat rumah. aku ialah pakai stoken tak tanggal-tanggal pasal sejuk. apasal aku yang sejuk ni? lemak aku jauh lebih banyak dari die dan apasal die yang slumber bukak baju ni?

mama? selsema + semam untuk hari ke-3. ini semua gara-gara widad sengal. abes suma bekalan ubat kitorang korek. tapi mama ialah banyak stok ubat kembung dan aku banyak inhaler. apekah? mari ke boots untuk mencari ubat selsema.

Friday, August 27, 2010

tripod

testing : i bought this bendy tripod from uptown bandar melaka. its really helpful. but mine was black+blue color.

pic was taken from google

one of our dinner at ehsania bandar seri putra. i know, aiman's tummy is as big as miza's but miza was carrying Lana at that time. what's aiman's excuses?

i've put the camera on the other table as the tripod is only 1 feet high.

i've hang the camera, attached to the bendy tripod on a tree.

this was taken by mum, everyone is trying to tuck in their stuffed tummy.

the siblings.

i miss mamat, semai, miza and lana. aiman? hwahwahwa. miss him too.