Monday, July 30, 2012

Iftar 10/2012 - sayur mayur + ayam masak halia + pengat pisang

di office asyik terfikir je, ape nak masak untuk harini. yes, ayam masak halia! lama tak masak. rasanya last masak masa kat UK dolu-dolu. selalu order kat kedai je kan. tapi since mother kata "my tekak only for masakan along", maka hamba turutkan. 

steamed ladies finger + kacang panjang mentah + ayam masak halia

pengat pisang (guna pisang nangka)

melayan pengat di kala online
kali ni update blog pasal makanan waktu malam. kurang sikit terliur. hahaha

Iftar 9/2012 - paprik ayam, you all!

tiba-tiba teringat ada ayam bahagian isi kat dalam freezer. minta mother belikan sayur-sayur untuk buat paprik. then, jadilah paprik. mother kata sedap. 

paprik ayam

matching dengan sambal kerang dan telur dadar


mamat mintak trifle. so aku pon buat lah trifle untuk dia. tapi dia lupa nak bawak balik ke rumah sewa. hampeh punya budak. 


dah settle bayar zakat
kami ke PKNS bangi. aku dan mother, kami buat facial. ramai giler orang. tak jalan mana pon. kami balik je. tak boleh nak belek telek barang pon.

Iftar 8/2012 - kuih lopez pulak.

apekah menu yang telah ku masak sabtu lepas???


kari ikan duri + bendi

ikan duri goreng

kuih lopez

yang ni tak masak. bawak balik dari korea haritu. reddish pickled + cabbage kimchi

pinggan sapa ni???

kuih lopez untuk mother
so far takde yang complaint lagi. hehehe. alhamdulillah. boleh masak lagi setakat ni.

Iftar 7/2012 - kurma telur rebus dan lain-lain

kanak 6 a.k.a alim datang dari taiping. mamat pon balik. so aku buat kurma telur rebus dan repeat lauk kailan ikan masin dan sambal kentang. licin licau semua diorang makan. 




mula-mula plan nak ajak supper / sahur di Mc D Nilai. tapi budak berdua tu dah kekenyangan sangat katanya. aku je lah yang mengidam sorang-sorang...

Friday, July 27, 2012

Iftar 6/2012 - kuih tradisional

other than lauk recycle sambal udang petai dan kailan ikan masin, aku panaskan jugak sambal kerang. tapi mangkuknya tiba-tiba pecah. so kene buang the whole thing. karang, ada jugak raja bersiung pulak kami. so aku keluarkan sotong dan masak sambal sotong. 

sambal sotong

lauk tambahan jugak, telur dadar
then secara secret, tak secret jugak, aku buat tepung talam pandan untuk mother. alhamdulillah, pertama kali buat menjadi. cuma bahagia putih tu terlebih tebal pulak. kat gambar bawah ni nampak agak even aje. hehehe...


harini kanak Alim dan kanak Mamat balik rumah. yey! boleh dera diorang buat chores rumah. hahahhaaaaa.

Thursday, July 26, 2012

Iftar 5/2012 - apam tepung gandum

iftar ke-5, kami recycle lauk sambal udang petai yang mother masak masa iftar ke-3 haritu. pergh, puas makan udang. 


aku ke billion di pkns BBB siangnya. so beli kobis dan buat masak lemak sambil pecahkan telur. pergh, sedap sangat. dahla tukar santan dengan susu low fat. kurang kolesterol sikit. sikit je lah. bila dah makan udang banyak-banyak tu, even out balik. hahaha...


as usual, berdua aje dengan mother. kanaks lain tak reti nak tanya khabar mother dan ayah berbuka ape ke?

kanaks yang dimaksudkan ialah Aiman dan Maisarah.

yang lain-lain seperti Mamat, Widad dan Alim dimaafkan sebab bawah umur a.k.a tak kerja dan belum berkahwin lagi. 


percubaan ke-2 untuk membuat apam tepung gandum untuk mother, menjadi. Alhamdulillah. kali ni aku guna resipi yang diberi oleh MatGebu kat sini.  cuma kurang manis sikit, mother kata. so next time kene tambah gula lagi.


harini nak buat tepung talam pandan pulak. silalah jangan lupa beli tepung beras, wahai Aliaa!

Wednesday, July 25, 2012

excellent lagi, you all!

every year, bila ada academic excellence award (untuk Dean's list & President's list students), nama diorang jugak lah yang naik, muka aku jugak lah yang diorang carik untuk bergambar.

boleh baca kat sini untuk tahun 2010, dan sini untuk tahun 2011.. tahun lain aku tak tulis kat blog ni.. kenapa eh?

I am so proud to be one of their lecturers..
*grinning ear to ear sampai tak nampak mata*




kenapa pakai baju kurung? sebab jadi MC for the event. so kene baik-sopan-ayu ok!

gambar lain aku up nanti. sebab tunggu dari official photographer of the day...

congrats you guys and gals!

Iftar 4/2012 - first nescafe panas in 5 days!

on the way aku balik rumah dari office, terfikir-fikir, nak masak sayur ape ye untuk harini. so budjet nak singgah NZ or Ban Leong dengan harapan ada at least kobes ke kan, boleh buat goreng or buat masak lemak then pecahkan telur. pergh, sedapnya.

tapi, exit je tol rumah, ternampak pasar malam. ha, baru ingat harini kan hari selasa, ada pasar malam. so parking kereta, zasss lari-lari buaya ke gerai yang jual sayur. tengok punya tengok, nak cari kailan niat di hati. lepas beberapa saat, aku terus blurr mane satu lah rupa kailan. then aku bantai je capai, tanya kakak penjual tu "kak, ni sayur ape ye?". akak tu kata "kailan". yes, nasib baik betul. beli seikat then balik ke kereta.

pastu memang plan nak buat puding jagung pon. so pergi Ban Leong, nak cari jagung dalam tin. tapi dia ada baby corn dalam tin aje. so patah balik ke NZ. confirm ada. NZ tu, segala mak nenek pon ada. aku pernah beli kunci basikal aku kat situ tau. ha.... jangan memain.

then balik rumah, mother terlelap atas couch. so aku pon terus operasi masak.

  1. kailan ikan masin
  2. sambal kerang
  3. puding jagung (siap masak terus masukkan dalam fridge)

dan makan 2 suap baru teringat nak snap gambar.

puding jagung

di kala melepak sambil menjahit butang ketip kat kemeja-kemeja yang aku tak jahitkan butang ketip di antara butang biasa, aku terus rasa mengantuk. padahal tengah tengok movie enchanted dengan mother. so aku masak air, buat nescafe panas. itu nescafe panas, kasi campur sikit susu cair. memang sodap! so layan minum sambil jahit menjahit.

bila aku nak jahit manik nih?


harini nak masak ape eh?

Tuesday, July 24, 2012

Iftar 3/2012 - lepak makan cake je...

since bekalan udang ada banyak, so Mother buat sambal udang petai. aku balik dari office terus masak sayur bayam tumis air. then oleh kerana Widad tak balik UiTM lagi, paksa dia buat air.

lepas berbuka, kami lepak depan tv je. then decide nak keluar since nak beli ubat Mother kat farmasi.

settle beli ubat, kami berlegar-legar tak tau nak pergi mane. so singgah secret recipe makan cake!

layan je lah gambar syok sendiri ye...










sekian ulasan ramadhan ke-3...

Iftar 2/2012 - layan sambal kentang

kami berbuka berempat, Mother, Widad, Mamat dan aku.

petang tu Mamat and his twin, Widad ke bazar untuk cari apam tepung gandum untuk Mother. tapi takde. so diorang beli the next kuih in line, yakni kuih cara manis.

suruh diorang beli RM4, tapi tak cukup so diorang top up dengan kuih gelang.

kuih cara manis tak cukup masak. so tak habis pon kami makan. kuih gelang tu ok, sedap.

aku masak sambal kentang. ada lebihan kentang dalam fridge, kupas kulitnya, potong nipis wedges dan goreng sampai garing. lepas tu sambalkan.

Mother dan Mamat kata layan betul sambal aku tu. Widad? dia ape tau. makan je non-stop! sia-sia je kau diet, Widad!

kuih gelang + cara manis

air longan

licin sambal aku ni. alhamdulillah
kami panaskan lagi ayam bakar semalamnya, dan kailan ikan masin semalam. masih rangup lagi kailan tu.

sodap! masak sendiri di rumah memang puas hati. lagi-lagi kalau makan dengan family. kalau sorang, konfem aku beli je. hahaha, dasar pemalas kan.

Iftar 1/2012 - the whole family

apekah hidangan rahsia di hari pertama kami berbuka puasa?
  1. nasi putih
  2. sambal udang petai (by Miza)
  3. kailan ikan masin (by Mother)
  4. ayam bakar nandos ala-aliaaroslan (by me)
  5. pasta + beef bolognase (by me) 
  6. agar-agar cocktail (by Miza)
  7. air longan +sarsi (by Mamat & Aiman)
  8. roti john (Maisa & Zul beli - sebab diorang pemalas. hahaha)
  9. kurma yusuf tayob (beli dari officemate, 5 kotak skali kauuu)
  10. Widad tolong sediakan pinggan dan cawan jewww. even Ayah pon tolong belikan udang dan bawak dari Taiping, tau tak!
best sangat sebab semorang ada. termasuklah budak yang dah ada jerawat, si Alim.


Alim dan Mamat layan Lana main masak-masak

Mamat ajar Lana ambil gambar ke?

Lana dimekapkan oleh mak dia.

longan +sarsi yang dimaksudkan.

siap-siap letak longan dalam cawan masing-masing

roti john yang dibeli itu. Zul kata rasa macam murtabak je.

agar-agar cocktail yang Miza buat

Ayam bakor tersebut

oh ye, Mamat beli kuih kaswi untuk Mother kat bazar ramadhan tapi tak sodap. Mother kata orang tu buat tak ikhlas!

sambal udang petai tu. cuba bezakan skala sudu dan udang tu. besau tak?

kailan ikanG masin tuuu

beef bolognase

spiral pasta

kurma favorite family kami
penuh rumah Mother. meriah sakan. semua makan bersungguh-sungguh.

semua pakat tapau pasta bolognase dengan ayam bakor bawak balik.

so, next rumah sape? aku tukang bawak mother je.

Aiman? Maisa? jangan nak buat-buat tak tau eh. berbuka kat luar tanak ok!