Thursday, January 13, 2011

Wajik durian

oleh kerana semalam sampai dah lost tatau nak masak desert ape pasal bubur kacang gua tidak berapa menjadi (nasib DrNotts tolong adjustkan kasi sedap), maka berpergianlah gua ke kedai shariff and sons untuk mencari tepung pulut. sengih mulalah perasan, ingatkan gua nak buat sushi untuk dia. tapi silappppp der. gua nak buat wajik. kalo kat kampung gua tukang kacau aje (orang taiping panggil pulut kacau). ni nak kne buat sendiri ni. blasah la.


resipi adjust ikut naluri diri dan diadaptasikan dari resipi ambik kat sini..

bahan-bahan:
beras pulut - 1 cawan
gula merah - 3/4 cawan
gula putih - 1/2 cawan
santan - 1 cawan
lempuk durian - 1 batang (kalau ada durian ori ok jugak) - ni option saje. kalo elergic durian takyah letak.

kaedahnya:
  1. masak pulut tersebut ikut kaedah dan cara-cara seperti dalam website ni. gua pakai microwave saja since masak nasi pon pakai microwave. 
  2. masak gula merah + gula putih dalam periuk / kuali dengan 1/4 cawan air sampai gula semua larut.
  3. kalau ada ketul-ketul, sila tapis dan masukkan semula larutan gula tersebut ke dalam kuali / periuk.
  4. gunakan api yang kecil
  5. masukkan santan ke dalam kuali / periuk gula tadi. sentiasa kacau.
  6. masak sehingga pekat gila (bertali)
  7. masukkan pulut ke dalam periuk tadi. gaulkan rata pulut dan gula
  8. bila dah pekat, pindahkan ke dalam bekas. 
  9. makan masak panas masyukkkkk gila. tapi bila dah sejuk, laaaaaagi masyuk.

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

taknak buatttt!! tapi nak mintak sikit bolehhh....??

DrSam said...

lumayan resipi ni alia. saya tengok pun dan meleleh air liur...apatah lagi kalau dapat rasa..

aliaaroslan said...

kak mimah - boleh saja. marilah ke rumah hamba. huahuahua..

aliaaroslan said...

DrSam - kne rasa dulu Dr baru boleh meleleh air liur.