Wednesday, January 19, 2011

Kuey Tiaw Kung Fu

Chef koboi kembali lagi. mwahahaaaa..

saje tukar selera.. selalu buat kuey tiaw sup ataupon goreng sahaja. ni nak kung fu kasi skali. alah, takyah belajar kung fu pon boleh buat tau.

bahan-bahan (untuk 4 orang) :
kuey tiaw - ikut la berapa banyak nak pun
telur - 8 biji (2 biji untuk satu hidangan)
sayur-sayur campur
udang (ada orang suka letak seafood lain ataupon ayam atau daging)
tepung jagung - 4 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 hidangan)
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih
serbuk cili - 1/2 sudu kecil
gula - 1 sudu kecil
air secukupnya.
garam penambah perisa.

kaedahnya:
  1. rebus kuey tiaw sampai kembang (sini punya kuey tiaw kne rebus, macam rebus pasta tu. kat malaysia beli saja dan basuh)
  2. panaskan kuali. letak sedikit minyak masak.
  3. ambil 2 biji telur, pukul. masukkan kuey tiaw (portion untuk 1 orang) ke dalam telur yang dah dipukul tadi. gaulkan rata.
  4. masak kuey tiaw + telur tapi dalam kuali macam masak telur dadar tu.
  5. dah siap, angkat. letak dalam pinggan
  6. untuk kuahnya pulak, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak.
  7. tumis bahan tumisan sehingga naik bau. masukkan serbuk cili dan gula. kacau sampai cili masak.
  8. masukkan tepung jagung (1 sudu besar) dan air secukupnya (saya masukkan 2 cawan air)
  9. masukkan sayur campur dan udang
  10. sentiasa gaul sehingga kuah pekat
  11. masukkan garam secukup rasa
  12. bila dah pekat dan likat, tuang kuah ke atas kuey tiaw + telur tadi.
  13. settle, boleh makan dah
biasanya kuey tiaw kung fu ialah warna putih secara general. tapi saya punya warna coklat2 merah camtu. biasa kat kedai orang pakai pepper. tapi kami kurang gemar pepper. so tukar kepada cili. 

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

Aliaa, dkt kedai cina da jual kuayteow basah, heheheh...lebar2.. hehehe... nampak macam kuah chicken chop lah..nyam nyam

aliaaroslan said...

kak mimah - kedai cina sini hampeh. dahla mahal gila. kitorang membeli kat leicester saja. itu pon takda yang basah.

macam kuah chicken shop yang mushroom gravy kan? saya pon rasa camtu. tinggal takde mushroom aje. hehe