penat pegi candat sotong kat Hyperama. maka kita harus masak dengan jayanya. i mean, DrNotts yang masak. gua tolong siang dan potong-potong aje sotong ni.
Bahan-bahan:
sotong bersaiz sederhana - 8 ekor
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
bawang besar - 3 biji dipotong bulat-bulat (ring)
serbuk cili - 1 sudu besar
gula 1 1/2 sudu besar
garam secukup rasa
Kaedahnya:
- panaskan kuali. masukkan sedikit minyak masak.
- tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau
- masukkan serbuk cili dan gula
- tumis sehingga cili masak
- masukkan sotong. tak perlu masukkan air kerna air dari sotong tersebut akan keluar.
- masak sotong untuk 2-3 minit sahaja. jangan terlalu lama nanti sotong liat macam pemadam. camne nak gigit.
- masukkan bawang ring tadi. gaul-gaulkan
- siap. makan dengan roti pon ok jugak nih..
2 comments:
terliur tgk..dah la kul 1 pagi nih..rs nk gi dapur mkn ape2, puaskan ati.. hehe seyes nmpk sedap..
ribbon clown - boleh pegi dapur. tapi ambik bau aje. esok boleh masak n makan. hehe.. bergigih!
Post a Comment