Bahan-bahan:
Pisang - 8 biji
Gula - 1/2 cawan
Tepung - 1/2 cawan
Kelapa parut - 1 cawan
Garam secukup rasa
Kaedahnya:
- Lenyekkan pisang bersama gula
- Masukkan tepung, gaul rata.
- Dalam bekas lain, campurkan kelapa parut dan garam, gaul rata.
- Masukkan (3) ke dalam bekas (2), gaul rata.
- Panaskan kuala. masukkan minyam 1/2 sudu teh.
- Masukkan 1 sudu besar adunan (4) ke dalam kuali dan ratakan supaya leper.
- Tutup kuali, biarkan lebih kurang 1-2 minit.
- Buka penutup kuali, terbalikkan lempeng tadi. tutup kembali kuali dan biarkan lagi 1-2 minit.
- Bila lempeng dah masak di kedua-dua belah, angkat letak dalam pinggan.
- Dah boleh makan!
10 comments:
mana dpt kelapa parut? dessicated coconut yg dkt Asda tu ke? or korang beli dkt kedai asian?
Boleh start try baliklah..bertuah sapa dapat anak dara ni..terer masak woo..
cicah sos cili?
manis2?
tak penah lak aku try...
heh!
cicah kuah sardin pun sodap nih!
kak mimah - aah, beli dessicated coconut je. kalau beli kelapa yang tak parut lagi, nak parut kat mane pon tatau. huhu..
kak liza - bukan terel sangat pon kak. boleh buat rasa sedap tekak sendiri aje. janji takde yang pengsan lepas makan. hehe
afendi ariff - sedap encik, cuba testing. rasa sekali pasti nak lagi.
drhanie - sardin sambal, perghhhh!!!
uit, tidak menjawab soklan akak, yg asda punya or kedai cina punye.. hehehe
kak mimah - alamak, sory. beli kat kedai pakistan, cap NATCO, warna biru muda paket dia. yang cap asda tak sure ada ke tak.
Post a Comment