Wednesday, January 26, 2011

jiwa

kenangan mengusik jiwa. baru lepas terjah blog kak shiema.

buat kerje survey dengan abang-abang dan kakak-kakak.

sampai hitam berkilat muka masing-masing.

in the end, dapat jugak makan ikan bakar ye tak?

laksa belut anyone?

Tuesday, January 25, 2011

gwenchana?

bila baca entry fazira kat sini, rindunya malaysia (berlagak gila pasal ko bukan kat malaysia sekarang kan aliaa).

previously, dalam fikiran ni, selalu fikir.. bestnya UK. seronoknya UK. bestnya 4 seasons country. bestnya snow. bestnya makan doner kebab. bestnya boleh lepak picnic tepi sungai masa cuaca sejuk-sejuk manja. paling best skali boleh eksyen pandai cakap english dengan british accent.

currently.. sedapnya nasi lemak paru. bestnya keluar rumah takyah pakai baju berlapis-lapis. bestnya lepak mapley malam sampai pagi. bestnya panjat gunung. bestnya main hujan lebat. bestnya semua ahli keluarga ada di sisi.

ok, sekian. nak sambung tengok pasta ni.


** gila tensi tunggu ketupusan ni**

birthday

rasa marah dan kecil hati dan kecewa tak kalau orang yang rapat (kategori keluarga dan sabahat handai terdekat) terlupa nak wish masa birthday kita?

kalau sesiapa yang assume aku ni kategori orang yang rapat dan aku terlupa atau tak wish birthday sesiapa, mintak maaf yar..

belibelah

harini membuat weekly groceries. shopping. initially, kitorang (shopping the british way) ialah buat groceries shopping setiap ahad. oleh kerana terlalu ramai sangat orang bershoping sakan sama hari ahad, maka kami tukar kepada hari sabtu. yang ni, si botak dah start taknak ikut. malas katanya. padahal nak tengok ben10, hannah montana forever, iCarly, sonny with the chance, the suite life on deck dan macam-macam lagi la. kekonon nak qada' tengok tv masa dia pergi sekolah. tapi kalo groceries shopping sabtu pon, ramai gila umat maknusia. so minggu lepas pergi berdua2an dengan DrNotts hari rabu. masih jugak ramai orang. harini aku pegi sorang. still ramai jugak orang.

pelik sungguh. tak kerje ke diorang ni? dahla aku pegi time office hour.

mari kita assume yang baik2 aje. diorang kerje kat bar yang bukak lepas pkl 5pm. takpon diorang kerje night shift.

Friday, January 21, 2011

hampeh

lunch harini aku kasi DrNotts makan MAGGIE KARI.

hampeh kan?

Wednesday, January 19, 2011

bahaya ni!

semalam..

9.00am - breakfast - teacake 2 set + nescafe panas

1.30pm - lunch - mee rebus (kalau ikut portion kat kedai, saya makan 1/4 portion)

2.30pm - buah pear kecik comel 2 biji, clamentine 2 biji

5.00pm - dinner - mee rebus (lagi 1/4 portion)

8.00pm - supper - teacake 1 1/2 set + nescafe panas

10.00pm - clamentine 1 biji


in between.. kengkadang..
  1. ada makan kacang perisa macam kari + vinegar - 1/2 paket kot..
  2. ready salted crisps
  3. 1 slice of chocolate cake (kengkadang more)


tensionnya sebab asyik makan aje ni!!! dahla kat sini takde bukit ke gunung nak panjat.



**nescafe panas 1 mug = serbuk nescafe (2 sudu kecil) + gula (2 sudu kecil) + air panas 3/4 mug + semi skimmed milk 1/4 mug

haish, jolie... jolie...

jangan salah sangka. bukan angelina jolie yang aku maksudkan.

jolie ni nickname kepada sorang lelaki yang aku pernah kenal masa kat uitm dulu. kalo sapa yang batch2 atau sezaman dengan aku kat uitm, maybe kenal kot dia ni. sebab ala2 femes jugak seantero uitm tu. eh, ke dia tipu aku kata dia femes? entah.

aku kenal dia melalui sorang kawan. ada satu hari tu, sorang member aku, mari kita panggil dia IS, mintak tolong dengan aku. dia nak sewa kereta dari kawan kepada kawan dia. kawan dia ialah jolie, kawan kepada jolie ialah W. so dia mintak tolong aku hantar dia ke KL (mane ntah aku tak ingat pasal KL tu complicated. so malas nak ingat tempat) pasal kedai sewa kereta W tu kat KL. IS support minyak n tol. aku pon ialah free weekend tu. so aku on aje. aku agak pelik jugak pasal berduyun2 tempat sewa kereta kat shah alam tu, kat KL jugak yang ko nak carik. maybe murah kot. ikut suka dia la kan.

so pagi2 tu, kitorang berjumpa. so IS bawak la kawan dia si jolie ni. nak tunjukkan tempat sewa kereta tersebut. dalam perjalanan pegi tu, memang panas aje telinga aku dengar dia duk cerita kehebatan dan kekayaan dia dan family dia, si jolie ni la. member aku si IS ni senyap aje. pelik jugak aku. kalo ko nak mengadu masalah, sampai habis napas ko bercakap tak berenti. anyway, sampai kat tempat kejadian, dah settle semua, IS bawak la kereta sewa dia tu nak balik ke shah alam. jolie ni sibuk nak balik naik kereta dengan aku. aku agak pelik disitu kerna biasanya ko pegi la dengan member ko kan. tapi maleh nak pikir dah.

sampai kat uitm balik, aku campak dia kat bus stop seroja rasanya dan aku pon blah. lepas dari tu, jolie ni asyik la hantar text message kat aku. ajak keluar la, pegi makan la, jumpa la.by the way, IS la kasi no fon aku kat jolie ni. cisss.

last2 aku saya yes untuk pergi makan. tapi kan.. aku ni saje je. aku ajak dia pegi makan ramai-ramai. kat restoran tomyam kat padang jawa. ramai-ramai as in kawan2 pbsm. lebih 10 orang jugak yang join. boleh pulak, bila dia sampai, dia nampak nak duduk meja ramai2, dia ajak aku duk meja. lain. haiyaaa.. kamon la. antara kawan2 aku tu, ko kenal kot. tapi aku buat tatau aje, aku ajak jugak dia duduk meja ramai2. muka dia haruslah ketat. lepastu asyik nak borak berdua. padahal depan ko tu ramai gila orang kot. borak la secara berjemaah kot ye pon. sila applikasikan HR yang ko belajar masa amek course OM (office management) tu.

lepas dari tu  dia selalu la hantar text message kat aku. kalau tak layan, kata sombong pulak kan. so layan ala-ala berpada-pada orang kata. paling tokleh blah, dia panggil aku DEAR dalam semua text message dan fon conversation ok! bila cakap depan2, saya-awak pulak. ke dia tak tau yang kalau zaman-zaman itu, kalau orang cakap "Hai DEAR" sama jugak yang orang cakap "Hai SAYANG". ataupon, dia tak tau ape maksud DEAR tu sebab kan...

aku  : saya nak tanya ni. ape hubungan kita ni sebenarnya. kawan ke ape ke (berani tak? gila kan. tapi pasal aku takde perasaan so tak feel ape2 pon. rimas sebenarnya dengan adegan dia tu)
jolie : kita KAWAN BIASA la. member-member. tapi kalau nak lebih dari tu pon boleh.

so, sah la dia tak tau ape maksud Dear tu. haiyaaa.. aku pulak yang malu bagi pihak dia.

salah satu tabiat kurang baik dia lagi ialah dia suka bangga-bangga yang ramai perempuan tergila2 kan kat dia. girlfriend keliling pinggang. siap kasitau nama lagi. aku kenal pulak tu budak perempuan tu. entah-entah dia citer kat budak perempuan tu aku yang tergila-gila kan dia kot.

dialog kat atas tu adalah our last conversation. lepas dari tu, dia text aku tak reply. call aku tak jawab. that was year 2004. masa tahun 2006 aku ada terserempak dengan dia makan kat foodcourt seksyen 2 shah alam. tapi dia macam buat tak kenal aku. aku rasa sebab dia ada lagi 10 orang girlfriend tergila-gila kan dia time tu kot, tu yang dia tak ingat aku tu.

Kuey Tiaw Kung Fu

Chef koboi kembali lagi. mwahahaaaa..

saje tukar selera.. selalu buat kuey tiaw sup ataupon goreng sahaja. ni nak kung fu kasi skali. alah, takyah belajar kung fu pon boleh buat tau.

bahan-bahan (untuk 4 orang) :
kuey tiaw - ikut la berapa banyak nak pun
telur - 8 biji (2 biji untuk satu hidangan)
sayur-sayur campur
udang (ada orang suka letak seafood lain ataupon ayam atau daging)
tepung jagung - 4 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 hidangan)
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih
serbuk cili - 1/2 sudu kecil
gula - 1 sudu kecil
air secukupnya.
garam penambah perisa.

kaedahnya:
  1. rebus kuey tiaw sampai kembang (sini punya kuey tiaw kne rebus, macam rebus pasta tu. kat malaysia beli saja dan basuh)
  2. panaskan kuali. letak sedikit minyak masak.
  3. ambil 2 biji telur, pukul. masukkan kuey tiaw (portion untuk 1 orang) ke dalam telur yang dah dipukul tadi. gaulkan rata.
  4. masak kuey tiaw + telur tapi dalam kuali macam masak telur dadar tu.
  5. dah siap, angkat. letak dalam pinggan
  6. untuk kuahnya pulak, panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak.
  7. tumis bahan tumisan sehingga naik bau. masukkan serbuk cili dan gula. kacau sampai cili masak.
  8. masukkan tepung jagung (1 sudu besar) dan air secukupnya (saya masukkan 2 cawan air)
  9. masukkan sayur campur dan udang
  10. sentiasa gaul sehingga kuah pekat
  11. masukkan garam secukup rasa
  12. bila dah pekat dan likat, tuang kuah ke atas kuey tiaw + telur tadi.
  13. settle, boleh makan dah
biasanya kuey tiaw kung fu ialah warna putih secara general. tapi saya punya warna coklat2 merah camtu. biasa kat kedai orang pakai pepper. tapi kami kurang gemar pepper. so tukar kepada cili. 

Friday, January 14, 2011

lumur

lumurlah badan dengan jayanya!!!

usual price ialah GBP3.03 (kalau beli di ASDA). tapi haritu ada offer, GBP2.00 sahaja!


cukupkah stok setahun?

yey us!

*sila sebut "yey us" dalam nada "yey me" London Tipton dari drama the suite life of zack and cody & the suite life on deck, lepas tu tepuk tangan cepat-cepat*


DrNotts's friend gave us this for christmas. jom jadikan ianya tugu kerna kita haruslah bergigih diet sakan ye.

baru dikenalkan

member saya, zie (ya, yang sudah pulang ke malaya itu) telah mengintroducekan saya kepada caffe mocha dari caffe NERO ini.

alamak, rasa dia erm erm erm... sedap la..


tambah cream dan chocolate chips on top, laaaagiiiii sedap.

boleh la mama.... pretty please....


ma, esok breakfast kita makan beger nak? boleh la ma... pretty please.....

p/s: sila maafkan gambar yang kurang berkualiti. inilah akibat snap dengan mobile fon bercamera 2MP sahaja.

Thursday, January 13, 2011

sampai sudah..


tipu sungguh! kata akan sampai dalam masa 10 hari bekerja. DrNotts tunggu sampai 14 hari bekerja, baru sampai.

tadi DrNotts suruh gua email company tu. tapi masa tu gua tengah syok makan ayam sodap gila ni. bila DrNotts nak naik atas, nampak dah sampul ni depan pintu (haruslah dalam rumah kan).

bukak punya bukak, betullah bateri lumix TZ-7. tapi bukan original la. ni ape tu orang panggil, AP punya? ciplak ke hape camtu lah ketegorinya. macam bekas beli kat kedai top up henfon sebelah kedai runcit kat rumah vista kat malaysia je. siap tag harga style kedai runcit lagi. cisss..

tapi dah test dah, ok, boleh masuk. ni tengah duk charge.

so boleh lah bergambar sakan lama-lama lagi. the reason beli bateri spare ni pon sebab bateri sedia ada ni dah ala-ala kong. pakai 4 jam dah abes bateri.

Tu diaaaaaaaaaa

gua tukang bakar dan makan saja. mwahahahaaa


kaedahnya:
  1. marinate chicken leg (atau mane-mane bahagian ayam, whole chicken pon boleh jugak) bersama rosemary + mixed herbs + Texas BBQ granules + thymes + bawang besar yang dipotong dadu.
  2. marinate potato bersama mixed herbs dan sedikir olive oil
  3. bakar kedua-dua ayam dan potato selama 2 jam.
  4. untuk gravy pulak, dalam try bakar ayam tu, tambahkan air 3/4 cawan dan masukkan satu OXO vegetable cube dan vegetable granules. letak atas api dan masak sampai kuah pekat. 
  5. salad dan tomato sebagai hiasan dan pelicin muka.

Wajik durian

oleh kerana semalam sampai dah lost tatau nak masak desert ape pasal bubur kacang gua tidak berapa menjadi (nasib DrNotts tolong adjustkan kasi sedap), maka berpergianlah gua ke kedai shariff and sons untuk mencari tepung pulut. sengih mulalah perasan, ingatkan gua nak buat sushi untuk dia. tapi silappppp der. gua nak buat wajik. kalo kat kampung gua tukang kacau aje (orang taiping panggil pulut kacau). ni nak kne buat sendiri ni. blasah la.


resipi adjust ikut naluri diri dan diadaptasikan dari resipi ambik kat sini..

bahan-bahan:
beras pulut - 1 cawan
gula merah - 3/4 cawan
gula putih - 1/2 cawan
santan - 1 cawan
lempuk durian - 1 batang (kalau ada durian ori ok jugak) - ni option saje. kalo elergic durian takyah letak.

kaedahnya:
  1. masak pulut tersebut ikut kaedah dan cara-cara seperti dalam website ni. gua pakai microwave saja since masak nasi pon pakai microwave. 
  2. masak gula merah + gula putih dalam periuk / kuali dengan 1/4 cawan air sampai gula semua larut.
  3. kalau ada ketul-ketul, sila tapis dan masukkan semula larutan gula tersebut ke dalam kuali / periuk.
  4. gunakan api yang kecil
  5. masukkan santan ke dalam kuali / periuk gula tadi. sentiasa kacau.
  6. masak sehingga pekat gila (bertali)
  7. masukkan pulut ke dalam periuk tadi. gaulkan rata pulut dan gula
  8. bila dah pekat, pindahkan ke dalam bekas. 
  9. makan masak panas masyukkkkk gila. tapi bila dah sejuk, laaaaaagi masyuk.

Sambal sotong


penat pegi candat sotong kat Hyperama. maka kita harus masak dengan jayanya. i mean, DrNotts yang masak. gua tolong siang dan potong-potong aje sotong ni.

Bahan-bahan:
sotong bersaiz sederhana - 8 ekor
bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
bawang besar - 3 biji dipotong bulat-bulat (ring)
serbuk cili - 1 sudu besar
gula 1 1/2 sudu besar
garam secukup rasa

Kaedahnya:
  1. panaskan kuali. masukkan sedikit minyak masak.
  2. tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau
  3. masukkan serbuk cili dan gula
  4. tumis sehingga cili masak
  5. masukkan sotong. tak perlu  masukkan air kerna air dari sotong tersebut akan keluar.
  6. masak sotong untuk 2-3 minit sahaja. jangan terlalu lama nanti sotong liat macam pemadam. camne nak gigit.
  7. masukkan bawang ring tadi. gaul-gaulkan
  8. siap. makan dengan roti pon ok jugak nih..

Sup telur pecah

Chef koboi kembali lagi. konsepnya, campak-campak ape yang ada sahaja.


Bahan-bahan:
telur - 10 biji
bawang besar - 2 biji (potong dua tak putus)
sup bunjut adabi - 1
garam secukup rasa

Kaedahnya:
  1. Masukkan air separuh periuk yang bersaiz sederhana
  2. masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa serta bwang besar.
  3. reneh sup selama lebih kurang 15 minit dengan api sederhana
  4. kecilkan api (paling kecil sekali)
  5. pecahkan telur ke dalam sup tadi.
  6. biarkan sup tadi sehingga telur masak, jangan gaul atau kacau sup tersebut. biarkan lebih kurang 5-7 minit.
  7. siap. mari makan.
**Boleh jugak tukar sup bunjut adabi tu dengan kuib tomyam. so jadi tomyam telur pecah**

koboi kan?

    Wednesday, January 12, 2011

    ulang-ulang



    aku masih ulang ulang tengok video ni. tapi forward kat part ziana zain sahaja.

    i heart ziana zain!!!

    minum

    ada efek kat badan ke kalau selalu minum nescafe?

    kadar kekerapan saya:

    breakfast - 1 cawan

    malam - 1 cawan

    in between tu kalau feeling-feeling sejuk baku ataupon saje gatal nak minum, ada la 2-3 cawan.


    apekah komen pakar?

    kotak

    plan asal malam semalam ialah nak pergi sekolah harini. tapi, tengah malam semalam (pukul 12am kira pagi la kan?), orang PAL shipping hantar text message kata nak datang collect kotak.

    actually kotak ni bukan barang-barang kitorang. tapi barang-barang DrSheffield, iaitu kawan DrNotts yang datang haritu. sekali datang, shopping sakan sampai kne shipping kotak you all!!

    tapi, sampai sekarang, iaitu jam 4.40pm, orang shipping tu masih tak kunjung tiba. haish.

    kalau pegi sekolah pon, takpe jugak kan. kalau takde produk pon, dapat jugak exercise jalan kaki panjat panjat bukit kat sekolah tu.

    persoalan

    bagi menjawab kepada persoalan DrNotts di sini;

    1. no komen (jawapan standard artis)
    2. mama, tolong carikan 
    3. ayah, tolong carikan jugak
    4. kawan-kawan, tolong kenalkan
    ok, sekian.

    nervous + excited

    nervous pulak nak pegi venice ni. the last time pergi pon ikut college trip, that was year 2001. ni nak bawak ahli rombongan seramai 3 orang (campur aku 4 orang ler). tapi, sangat excited bila nak tengok gondola. eh, ada apa dengan gondola ye?

    tapi, DrNotts lagi nervous menunggu bateri camera beliau yang tak kunjung tiba ni. takut tak dapat ambil gambar banyak-banyak dengan lumix TZ-7 nya.

    aku, cukuplah dengan samsung ST550 tersebut. sebab boleh ambil gambar syok sendiri macam ni:





    basi : AJL 25

    kalau kat malaysia, cerita AJL ni konfem dah basi ye tak. tapi sebab tadi baru berkesempatan untuk tengok kat youtube, baru lah boleh nak komen. walaupon komen aku tak penting pon dan takkan diambil kira dalam menentukan pemenang.

    by the way, Ana Raffali memang best! both lagu dan lirik memang best.

    tapi, aku tanak komen persembahan artis yang bertanding. aku nak komen persembahan pembuka dan penutup AJL. sebab saje je, takde kerje.

    persembahan pembuka, best gila. dengan francesca peter, nash dan m. nasir.

    persembahan penutup, sharifah aini, ziana zain dan siti nurhaliza. sharifah aini, biasalah. no komen pasal aku tak minat dia dan lagu-lagu dia. aku rasa siti nurhaliza macam kureng sikit, compare dengan persembahan-persembahan live dia yang lain. ala-ala mengah disitu, bab yang tarik-tarik suara segala tu suma dia tak buat. mungkin dia baru lepas lari marathon 30km kot. tapi, ziana zain memang mantap gila ok! madah berhelah tu zaman aku sekolah rendah kot. best gila!

    kesimpulannya : tengok ler 5 tahun dari sekarang, mane tau aku pulak masuk AJL kan. eh, berangan. ok, sila tido.

    Tuesday, January 11, 2011

    Cucur udang air panas


    Bahan-bahan:
    Udang - 1kg (dah kupas boleh, tanak kupas pon boleh)
    Tepung gandum - 1/2 mangkuk
    Air panas (yang menggelegak tu)
    Sedikit garam

    Kaedahnya:
    1. Campurkan udang dengan tepung dalam sebuah bekas. 
    2. tambahkan garam sikit bagi perasa.
    3. masukkan air panas (yang baru menggelegak tu) dalam bekas tepung + udang tadi. masukkan sedikit demi sedikit, sambil tu kacau. sehingga campuran tadi tu jadi pekat, sesuai untuk digoreng.
    4. panaskan kuali, masukkan minyak masak untuk goreng cucur tu (deep fried).
    5. goreng lah cucur macam biasa. 
    6. kalau goreng takyah sampai tunggu coklat sangat pon takpe sebab tepung tadi tu dah dimasak dek air panas menggelegak tu.
    ape beza dengan cucur udang biasa? tekstur (pergh, guna perkataan standard untuk pastry nih) cucur tu lebih lembut.

    lagipon, saje je nak nyusahkan diri kan. hwahwahwa..

    tapi serius, kalau dah try makan cucur ni, konfem tanak makan dah cucur biasa.

    p/s: momoe n nico, aku teringat time kita pegi camping duk tertunggu-tunggu bila la time menu makanan ialah cucur kan. cucur tepung adabi tu konfem kita bawak tetiap kali camping or masuk hutan. 

    gatal

    jari manis gua terasa gatal merenyam-renyam.

    ada orang nak datang meminang kah?

    Monday, January 10, 2011

    Ayam Masak Merah


    Bahan-bahan:
    Boneless chicken - 10 ketul, dipotong kecik-kecik
    Capsicum chilli - 3
    Bawang besar - 5 biji
    Serbuk cili - 1/2 sudu besar (boleh jugak guna gili boh / giling)
    Gula - 1 sudu besar
    Garam secukup rasa.

    Kaedahnya:
    1. Blend capsicum dan bawang besar bersama.
    2. Panaskan kuali / periuk. jangan letak sebarang minyak sebab minyak ayam akan keluar nanti.
    3. Masukkan bahan yang sudah diblend (1).
    4. Masukkan ayam, serbuk cili dan gula.
    5. Masak sehingga mendidih dan ayam masak, tambah garam secukup rasa.
    p/s: makan dengan nasi putih panas, layan gila ni. ke nak testing makan dengan pasta?

    Lempeng pisang


    Bahan-bahan:

    Pisang - 8 biji
    Gula - 1/2 cawan
    Tepung - 1/2 cawan
    Kelapa parut - 1 cawan
    Garam secukup rasa

    Kaedahnya:
    1. Lenyekkan pisang bersama gula
    2. Masukkan tepung, gaul rata.
    3. Dalam bekas lain, campurkan kelapa parut dan garam, gaul rata.
    4. Masukkan (3) ke dalam bekas (2), gaul rata.
    5. Panaskan kuala. masukkan minyam 1/2 sudu teh.
    6. Masukkan 1 sudu besar adunan (4) ke dalam kuali dan ratakan supaya leper.
    7. Tutup kuali, biarkan lebih kurang 1-2 minit.
    8. Buka penutup kuali, terbalikkan lempeng tadi. tutup kembali kuali dan biarkan lagi 1-2 minit.
    9. Bila lempeng dah masak di kedua-dua belah, angkat letak dalam pinggan.
    10. Dah boleh makan!
    p/s: saya suka makan lempeng ni cicah dengan cili sos + gula sikit. sedap!

    Masak dan Makan

    Saya tiru Kak Mimah, buat recipe link kat side bar blog ni.

    Nasi Ayam Madu


    Ayam bakar madu :
    • Marinate ayam dengan garam + kunyit + madu.
    • Bakar dalam oven selama sejam.

     Acar timun:

     Sup Ayam:
    • Seketul ayam, masukkan dalam periuk bersama air dan sup bunjut
    • Reneh sampai ayam masak
    • Tambah garam secukup rasa.

     Salad:
    • Boleh beli di ASDA ataupon Shariff and sons atau mane-mane kedai yang ada jual.

    Nasi untuk nasi ayam:

    Bahan-bahan:

    Beras basmati - 1 1/2 cawan
    Bawang besar - 2 biji dihiris bulat-bulat
    Stok ayam (ambil saje sup ayam tu) - 4 cawan
    Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

    Kaedahnya:
    1. Basuh beras
    2. Masukkan bawang dan stok ayam
    3. Garam secukup rasa
    4. Serbuk kunyit kasi warna
    5. Masak nasi seperti biasa

    Sambal cili nasi ayam (ala-ala sambal nasi ayam kat Ani sup utara):

    Bahan-bahan:
    Cili masak - 5 tangkai
    Cili capsicum - 1 biji
    Bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
    Cuka - 5 sudu besar
    Gula - 5 sudu besar (adjust ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
    Garam secukup rasa
    Kicap masin Habhal (hijau)- 4 sudu besar

    Kaedahnya:
    1. Blend cili masa + cabsicum
    2. Masak dalam periuk, masukkan cuka + bahan tumisan
    3. Masukkan Gula dan garam, serta kicap.
    4. Masak hinggap menggelegak


    Dan hasilnya:



    Baru 1st round untuk hari ini. macam nak ke second round aje ni..

    Sunday, January 9, 2011

    Ayam masak halia


    Bahan-bahan :

    Ayam - bahagian drummet, 12 ketul
    Halia - 6  ketul saiz ibu jari, dihiris nipis.
    Bawang besar - 6 biji, dihiris bulat-bulat
    Bahan tumisan - bawang merah / besar + bawang putih + halia
    Air - 1 cawan

    Kaedahnya :
    1. Tumiskan bahan tumisan dengan sedikit olive oil (jangan banyak sangat olive oil sebab nanti minyak dari ayam akan keluar jugak).
    2. Masukkan halia dan separuh dari bawang besar yang dihiris bulat-bulat.
    3. Masukkan ayam dan air. Masak sehingga ayam masak
    4. Masukkan separuh lagi bawang besar yang dihiris bulat-bulat dan gaulkan rata.

    hari lain dari lain

    sebab DrNotts dengan gigih ajak aku bersilat masak Nasi briyani, acar timun dan ayam sweet sour.


    aku makan 2 round. sedap gila ok! habis diet! lets blame the winter!

    Nasi Briyani


    Bahan-bahan:

    Rempah nasi briyani adabi - 1/2 packet
    Beras basmati - 1 1/2 cawan
    Kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih
    Bawang besar - 2 biji (dihiris bulat-bulat)
    Garam secukup rasa
    Skimmed Milk / Santan - 4 cawan (beras basmati kene masak dengan air lebih sikit)

    Kaedahnya :
    1. Basuh beras
    2. Tumis bawang besar dengan Kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih bersama sedikit minyak. 
    3. Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Tambah skimmed milk / santan dan garam secukupnya. 
    4. Gaulkan dan masakkan nasi tu seperti biasa.

    Ayam Sweet Sour


    Bahan-bahan :

    Ayam (bahagian drumstick) - 12 ketul
    Tomato - 2 biji (dipotong 6 atau 8)
    Madu - 2 sudu besar
    Cili serbuk - 1 sudu besar (boleh juga guna cili giling atau cili kering, adjust ikut availability produk)
    Gula - 1 1/2 sudu besar
    Garam - secukup rasa
    Bawang besar - 3 biji dihiris bulat-bulat
    Bahan tumisan - bawang merah / bawang besar + bawang putih + halia = secukupnya (diblend)

    Kedahnya :
    1. Ayam digaram kunyitkan dan digoreng (deep fried)
    2. Tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
    3. Masukkan cili serbuk dan gula, tumis sehingga cili masak.
    4. Masukkan madu, gaul rata.
    5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tomato. gaulkan rata. 
    6. Masukkan sedikit garam (adjust dengan rasa garam masa goreng ayam tadi).
    7. Masukkan bawang besar yang dah dihiris, gaul rata.

    Acar Timun

    ** Recipe arwah nenek, Cikgu Siti Normah Hussain (mak DrNotts)**


    Bahan-bahan:

    Bijan - 10 sudu besar
    Timun - 1 batang
    Cuka - 1/2 mangkuk
    Gula - 5 sudu besar
    Garam - secukup rasa
    Bawang besar - 4 biji (setiap biji dipotong 4)
    Serbuk kunyit - 1 sudu teh

    Kaedahnya :
    1. Goreng bijan tanpa minyak sehingga kecoklatan
    2. Blend bijan yang telah digoreng tadi (tambah sedikit air untuk memudahkan proses blender)
    3. Letak periuk atas dapur, dengan api sederhana. Masukkan cuka dan gula.Kacau sehingga gula larut.
    4. Masukkan bijan yang telah diblend tadi  serta bawang ke dalam periuk.
    5. Kacau sehingga mendidih.
    6. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
    7. Biarkan mendidih untuk seketika. 
    8. Setelah masak, alihkan ke dalam bekas.
    9. Timun - potong timun panjang-panjang (lebih kurang 2 inci), kulit jangan dibuang tetapi buang bahagian tengah timun,
    10. Kacaukan timun yang telah dipotong tadi dengan kuah yang telah dimasak tadi.

    - ada yang suka buat kuah acar ni banyak-banyak dan simpan dalam fridge. bila nak makan, baru potong timun dan gaulkan - 

    Tuesday, January 4, 2011

    tahniah CikguLan

    ayahanda saya iaitu CikguLan telah dinaikkan pangkat kepada penolong kanan ko-kurikulum di sekolah beliau.

    finally, all those years of bawak budak sekolah lawan bola merata-rata, jadi jurulatih peringkat negeri untuk U15 dan U17, handle sokan tahunan semua sekolah yang pernah dicurahkan bakti saban tahun, paling lama skali jadi setiausaha sokan kat maahad hamidiah kajang tersebut (1986 - 2000, that is where i got the idea untuk nak sangat masuk maahad bila naik sekolah menengah - nasib dapat masuk) - has been paid off.

    i am so proud of you dad!

    dari kecik panggil ayah. tetiba botak ajar panggil dad or daddy (maklumlah, botak kan anak orang putih sesat). bila mengada-ngada panggil daddy. bila nak makan seafood terbaik dari kuala sepetang, panggil daddy sambil sengih bajet manja. ape, ingat anak sulung tak pandai mengada ke?

    p/s: ayah, balik nanti along nak makan udang sambal, ketam masak ros, ikan tiga rasa + steam, tomyam seafood.
    p/p/s: tambahan jugak, kari ikan duri.

    asyik-asyik westlife

    nak citer pasal westlife lagi ni.

    nak mintak maaf bebanyak kepada yang salah sangka. saya tak pegi pon concert diorang malam kelmari. saya tengok kat TV. kat TV tu info dia tulis live. tapi tak live pon pasal lepas dah google-google dan tengok official website diorang, that concert was held last may (2010). tapi knape ntah kat info TV tersebut ialah tulis live. ok, jom saman sky network. tapi ape-ape pon, saya tersangat agree dengan mereka-mereka yang berpendapat tengok live kat rumah lagi best gila dari tengok kat stadium or the venue of the concert. pasal kat tv diorang akan zoom in muka-muka semua boyfriends saya tu. kalau kat concert venue, konfem nampak macam saiz titik air hujan aje kan. pastu pandangan mesti macam clear tak clear, nampak tak nampak sebab nanti saya yang pendek walaupon dalam keadaan jengket kaki, still pendek lagi dari geng-geng mat saleh ni kan. (eleh, ayat sedapkan hati).

    well, itu ialah concert yang first lepas diorang take a break for 1 year (tahun 2009). the band is 12 years old already. daripada ber-5, skrang jadi ber-4. the departure of brian macfadden is a huge lost for him, but a huge gain for the rest of the lads. aku rasa, kalo brian tengok kejayaan diorang, konfem nangis guling-guling. tahun lepas punya review, the westlife lads worth 8million euros each. so aku rasa now mesti brian ialah hantuk kepala kat dinding. takde sapa tau the real reason for his departure. bak kata kian, "we thought he left westlife because he was unhappy being part of westlife. but now he already left, he is still unhappy". ok, mari buat telahan sendiri kenapa dia pergi.

    apasal minat sangat westlife? sebab diorang semua ialah family man. background family semua baik-baik belaka. every one of them ada role diorang sendiri dalam that band. kian will be incharge if media wants to do an interview with them, or all that sorts. he's the main spokesperson for the band. nicky will be handling the finance of the band. shane and mark will be handling the songs and vocals. they love the music so much. lagipon, diorang kan irish. irish dude kan baik-baik belaka.

    every time tengok concert diorang dari tahun ke tahun, banyak improvement diorang buat. so i think this time around is the best concert so far. 2 hours of them, is never enough. jerit - "i want more!!!"

    my latest favourite song by them is "i'm already there". sila pegi download dan dengar.

    Sunday, January 2, 2011

    WESTLIFE concert live!!!

    i'm watching concert live WESTLIFE !!!!!!!!


    aku nak guling-guling, lompat-lompat, jerit-jerit, nyanyi-nyanyi (sing along) dengan westlife!!!!

    Saturday, January 1, 2011

    kahwin

    ada sorang member (perempuan) kepada member aku. nak kahwin tahun ni. member kepada member aku ni ialah lecturer. untuk hantaran kahwin nanti, bakal suami dia ialah mintak xbox dan iphone4, selain dari barang-barang hantaran yang lain.

    aku yang dengar ni, rasa nak pengsan. halo, ingat gaji lecturer yang baru kerje almost 2 years ni, ialah RM10K sebulan kah?

    lam ya mim alif wau


    lam ya mim alif wau = clementine = limau kopek = limau mandarine gong xi fa chai

    habis semua stok clementine di asda, aldi dan lidl. masa beli ayam di kedai shariff & sons, sengih terperasan kedai tu jual clementine sekotak kayu ni ha. kami blasah beli. stok seminggu. ke?

    salmon


    yummy!!! we had this last week for brunch.


    as requested by kak mimah, here is the way to make this salmon... (ni DrNotts punya recipe)
    1. kami beli salmon yang dah siap berpotong saiz ni di ALDI.
    2. letak rosemary + thymes. mix dengan perisa cap OXO vegetable (ataupon ape-ape sahaja cap pon takpe, janji vegetables punya). tambah olive oil sikit supaya perencah-perencah tu melekat kat salmon.
    3. tak yah letak garam pasal OXO tu dah masin dan salmon ni ikan yang keluarkan perisa masin sendiri (for some reason).
    4. then bakar. lepas dah bakar, letak atas dapur, tambah air sikit dan vegetables granules, masak sampai gravy pekat. 
    5. sekian, yummy!!
    6. sekali lagi, konsepnya campak dalam oven sahaja. sementara tunggu salmon siap dibakar, nasi pon dah settle masak.
    p/s: botak sangat suka!!! dia habiskan saya punya salmon. 

    saka


    mineral water sahaja. 

    jumpa kat kedai makan di bradford.

    melawat rakyat (2) : bradford : national media museum


    national media museum ni sangat best. semua ada. dari sejarah, sampai ke equipment, technology sampai ke magic. 

    bradford ialah bandar yang ramai penduduk muslimnya. so tak heran bila ada banyak kedai makan halal dan ada...

    alhambra

    DrNotts sangat suka!!!

    mestilah kne over!







    sengih kata, nampak jerawat kat harry potter






    siap boleh belajar camne orang buat program yang cerita berpentas, macam friends, frasier, the nanny, etc..


    ada simulation lagi

    hebat!




    bluescreen. pilih la nak background ape..




    weather forecast





    muzium ni 7 tingkat ok! best gila!!!






    ada sesi belajar baca news




    magis


    all kinds of animation

    puas bergambar sampai habis bateri dua-dua camera. kami pon nak bergerak balik ke nottingham. sebelum tu cari kedai dulu, beli burger untuk makan alas perut sementara nak sampai rumah. perjalanan lebih kurang sejam lebih aje ke notts.

    sampai kat rumah, DrNotts terus bakar ayam! yummy!!

    sekian sahaja siri penjelajahan melawat rakyat kali ini. sangat seronok!!!!