Sunday, January 9, 2011

Acar Timun

** Recipe arwah nenek, Cikgu Siti Normah Hussain (mak DrNotts)**


Bahan-bahan:

Bijan - 10 sudu besar
Timun - 1 batang
Cuka - 1/2 mangkuk
Gula - 5 sudu besar
Garam - secukup rasa
Bawang besar - 4 biji (setiap biji dipotong 4)
Serbuk kunyit - 1 sudu teh

Kaedahnya :
  1. Goreng bijan tanpa minyak sehingga kecoklatan
  2. Blend bijan yang telah digoreng tadi (tambah sedikit air untuk memudahkan proses blender)
  3. Letak periuk atas dapur, dengan api sederhana. Masukkan cuka dan gula.Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan bijan yang telah diblend tadi  serta bawang ke dalam periuk.
  5. Kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan serbuk kunyit dan garam.
  7. Biarkan mendidih untuk seketika. 
  8. Setelah masak, alihkan ke dalam bekas.
  9. Timun - potong timun panjang-panjang (lebih kurang 2 inci), kulit jangan dibuang tetapi buang bahagian tengah timun,
  10. Kacaukan timun yang telah dipotong tadi dengan kuah yang telah dimasak tadi.

- ada yang suka buat kuah acar ni banyak-banyak dan simpan dalam fridge. bila nak makan, baru potong timun dan gaulkan - 

2 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

fuh..nampak menyelerakan! nanti nak try lah! ;)

aliaaroslan said...

kak izz - yang ni lagi sedap kuah dia dari yang acar timun kacau atas darat biasa tu. lagipon, cuka tu kita masak dulu so takde adegan sakit perut :)