Tuesday, December 21, 2010

lupa

sabtu lepas, jemput kak nish dan kak faz datang ke rumah untuk lunch. sebabnya nanti kak nish dah nak balik malaysia akhir bulan ni. kak nish, aliaa doakan akak selamat submit semua dan viva dengan berjaya ya!!! aminnn.. doakan untuk aliaa pulak ye..

tapi, boleh pulak lupa nak bergambar bersama-sama jemputan. adui, belum tua lagi (eh, muda lagi ke?) dah jadi pelupa. hampeh betul aku ni..

DrNotts masak-bersilat-karate dengan jayanya!!! nasib baik tak lupa untuk snap gambar.


Resipi satay ayam (kajang style)

Ayam (boneless) - 18 ketul
Bahan marinate - serai + lengkuas + madu + kunyit

Kaedahnya:
  1. marinate ayam dengan bahan marinate. at least 3 jam. lagi lama lagi bagus.
  2. bakar dalam oven selama 1 jam (or sampai ayam masak)
Resipi kuah kacang (UK style) 

Salted peanut - 1 bungkus (500g)
Serbuk cili - 1/2 sudu besar
Gula - 1 sudu
Garam secukup rasa
Air 2 cawan

Kaedahnya:
  1. Blend salted peanut. Tambah air sikit untuk memudahkan proses nak blend dalam blender.
  2. Masukkan blended peanut dalam periuk.
  3. letak atas dapur. pasang api sederhana
  4. masukkan serbuk cili dan gula
  5. kacau rata. masukkan garam jika perlu (rasa dulu sebab kacang tu dah bergaram)
  6. masukkan air. masak sehingga kacang tu masak sepenuhnya.


Resipe dan kaedah nasi himpit:
  1. basuh 1 cawan beras
  2. masak nasi macam biasa, letak air 3 kali ganda biasa. kalau pakai beras basmati, kene lebih lagi airnya. saya letak 4 1/2 cawan air
  3. siap sahaja masak nasi tu, terus tuangkan dalam bekas lain. 
  4. tekankan nasi tu sampai takde ruang udara di antara nasi tu. nasi tu akan kembang macam bubur.
  5. tekan lagi untuk 5-7 minit.
  6. kemudian tutupkan (dengan plastik ke atau penutup). biarkan at least 2 hours. over night lagi bagus.
  7. potong-potong dan hidangkan.



dan, pembantu chef yang setia ... ke?


ok, nak sambung balik makan ayam nandos yang tak habis masa dinner tadi.

20 comments:

Anonymous said...

nampak sedap semua makanan...rasa lapar pulak dipagi hari macam ni..

DrSam said...

salam singgah,
nasib baik sejuk-sejuk tak beku kuah mee rebus tu ye :)

Mak Su said...

kalauuulahhh saya dok dekat dekat situ... hu hu hu

h4ni3 said...

mintak drnotts kirimkan sate ayam tu ke bangi, aci tak??
hehehe

bujal X said...

siul~menyelerakan~~

sambal kacang apsal cerah sangat? pakai hazelnut kah?

attyfir said...

mee rebus tu ..buat nafsu lapar kty membuak2 tau .

aliaaroslan said...

@ju - buat nescafe panas.. belasah bersama nasi lemak. pasti kenyang!

aliaaroslan said...

DrSam - Salam, terima kasih singgah. nasib baik jugak. kalau beku, masuk microwave aje. makan panas-panas baru slrrrppp..

aliaaroslan said...

maksu - boleh saya jemput maksu datang makan

aliaaroslan said...

drhanie - drnotts kata sila pegi restoran yus kat seksyen 4 tambahan bangi. lagi sedap dari samuri

aliaaroslan said...

bujal X - kerna pakai isalted peanut beli segera aje. tak beli kacang tanah mentah. adegan malas.

aliaaroslan said...

kakty - ape lagi, dengan pantas ke kedai makan berhampiran order mee rebus!!

anastasheeka said...

wuaa tgk pown sedap. lapar pulak.hee. :) alia, saya da reply jawapan awak :)

Ribbon and Circus said...

alia, spageti udang tu nampak sedap giler.. pakai udang kecik2 lak tuh, sure rasa manis udang je.. nak bookmark tuk next week..hehe..

DeLancrettLurpak said...

buat nasik impit sendiri eh?gigihnye uols!!!

aliaaroslan said...

kak ribbon clown - kat sini beli udang yang dah ready cooked dalam packet. nak cari yang fresh sungguh susah. dah try nanti masuk blog eh. nak terliur tengok sebab gambar2 akak memang menggiurkan aje makanan2 tu.

aliaaroslan said...

anastasheeka - saya sendiri tengok pon lapar balik ni. huhu~

aliaaroslan said...

kak mimah - sebab tak jumpa plastik yang seswai kak. ni baru jumpa. nak testing untuk next tetamu pulak. akak bila nak mai?

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: beli dkt Asda je rice cube tu.. berapa pence sajo... beli kotak warna purple.. satu kotak ada 4 kampit.. hehehe

aliaaroslan said...

kak mimah - orait, akan ku cari.. thanx for the info..